FIRASY ✓

By Thekalon

529K 40.4K 3.8K

Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati... More

FIRASY
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44 (flashback)
45 (flashback)
46
47
48
49
50
51
52
FIRASY ( Dear diary)
54
55
56
57
58
59
60
61
❤️
✨ Special Chapter ✨

53

6.8K 599 79
By Thekalon

       ASYFA termenung lama di sejadah. Wajah diraup beberapa kali. Rasa berdosa pula bila tak fokus masa solat tadi. Sepatutnya dia perlu tinggalkan hal duniawi untuk seketika. Bukannya sibuk fikirkan hal duniawi sepanjang masa.

Kata-kata yang dilontarkan kepada Firas tadi kembali bermain di fikiran. Terbit rasa serba-salah dalam dirinya tiba-tiba. Sepatutnya tadi boleh je selesaikan dengan cara elok.

Macam mana kalau..dia yang salah? Kusut betul macam ni. Dahlah dia memang sejenis orang yang tak boleh marah lama-lama. Walaupun teruk mana pun salah orang tu, tetap ada sisi lembut dia untuk memaafkan.

Bak kata Firas, sesuai dengan nama dia.

Asyfa Hanan. Penawar kasih sayang.

Aduh, Firas lagi. Buatlah apa benda sekali pun, nama Firas tetap berlegar je dalam fikiran dia. Ke ni petanda yang dia perlu minta maaf dengan Firas? Tapi siapa yang salah sekarang ni?

Firas la kan. Tapi..kalau dia cuma salah faham macam mana? Ya lah, dia bukannya baca full pun isi diari tu. Cuma helaian pertama dan muka surat terakhir..

Jadi memang salah faham ke ni?

Ah, senang cerita dia kena cari balik diari tu!

Asyfa bangun lalu telekungnya ditanggalkan. Sejadah dan telekung yang digunakan tadi disangkut rapi di tempat biasa. Langkah mula diatur ke rak buku yang ingin dituju. Tujuannya hanya satu.

Cari diari tadi!

"Dekat mana pulak—"

"Eh, apa ni?" Lain yang dicari, lain pula yang ditemui. Tapak kaki yang terasa seperti terpijak sesuatu segera dialihkan. Gambar yang kelihatan terkoyak itu dikutip. Hanya satu bahagian sahaja.

Tapi...

Ni gambar dia!

Asyfa terpempan. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Bagaikan ada satu rasa yang membuatkannya makin berdebar-debar.

Dia ingat gambar ni.

Gambar terakhir mereka bersama sebelum Firas pindah..

"Kalau tiap gambar awak menangis, macam mana saya nak kenal awak bila dah besar nanti?"

Asyfa menyeka air matanya pantas.

"Habistu kenapa kena pindah?"

Budak lelaki itu hanya tersenyum. Tidak memberikan sebarang jawapan. Macam biasa.

"Kenapa awak koyakkan gambar ni Firas.." Perlahan Asyfa bersuara. Dia mengetap bibir, menahan seribu satu rasa yang mula membelenggu dirinya.

Pantas Asyfa menunduk, cuba mencari sebahagian gambar lagi yang terkoyak. Janganlah hilang..dia nak dapatkan sendiri kepastian dari mulut Firas.

Sama ada Firas pura-pura tak kenal dia atau Firas memang tak ingat dia..

Setiap penjuru rak itu dicari Asyfa. Tangan turut sibuk menggagar di bawah rak buku. Manalah tahu akan ditemuinya juga.

Dan...

"Dah jumpa!" Satu lagi bahagian gambar yang terkoyak itu dicapainya lalu dicantumkan semula menjadi satu.

Gambar seorang budak lelaki dan budak perempuan. Jika budak lelaki itu dilihatnya sedang tergelak, budak perempuan itu pula dilihatnya sedang menangis.

"Awak memang tak nak memori kita berdua ada ke Firas? Kenapa perlu koyakkan.."

•••

          MAKAN malam itu hanya ditemani suara Akim dan ibu yang rancak berbual. Abah sesekali turut mencelah apabila dirasakan perlu. Memang sifat semula jadi abah. Bercakap bila perlu, marah bila perlu, gelak bila perlu. Semua bila perlu. Kontra betul dengan sifat ibu.

Namun, perbualan mereka tiba-tiba terhenti apabila mereka mula dapat rasakan kejanggalan di antara dia dan Firas.

Nampak sangat bergaduh. Tapi apa yang digaduhkan pun mereka tak faham. Tadi elok je.

"Tak suka ke kami datang sini? Along, Asya?" Firas dan Asyfa serentak menggeleng. Kedua-duanya masih tidak bersuara. Selesa untuk diam membisu. Memang tu cara mereka berdua bila dah mula bergaduh.

"Habistu kenapa dua-dua diam je ni? Gaduh ke?" Firas dan Asyfa diam lagi. Nafi pun tak, mengiakan pun tak. Walaupun tekaan ibu itu begitu tepat dengan situasi mereka berdua sekarang.

"Kalau gaduh, selesai dengan cara elok. Komunikasi tu penting dalam hubungan. Dengan cara tu, baru kepercayaan akan jadi kukuh." Abah dan Akim hanya menjadi pendengar dan pemerhati. Hanya anggukan yang menjadi bukti mereka mnyokong kata-kata ibu.

Mujur sahaja Emma dah tidur dekat atas. Jadi tak perlulah ibu berselindung nak nasihat sesuatu. Yang ada di meja makan pun semua dah besar, faham tentang pasang surut dalam perhubungan.

"Along penatlah. Nak naik dulu. Along tak rehat lagi harini lepas balik dari Johor."

Asyfa mengerling Firas sekilas. Namun, apabila mata mereka berdua berlaga, cepat-cepat dia segera mengalihkan pandangannya kearah lain. Kenapa dia rasa bersalah tiba-tiba ni?

Perlu ke dia slow talk dengan Firas?

Sebab memang dia yang mulakan gaduh tu. Entah kenapalah dia beremosi sangat tadi. Hampir seminggu kot dia tunggu Firas balik, takkanlah bila Firas dah balik dia sia-siakan macam tu je.

Lagipun, tak logik jugak kalau Firas still suka Luna. Luna tuduh dia bukan-bukan kot haritu! Mungkin diari tu diari lama.

Atau..dia sebenarnya yang silap faham tentang diari tu.

Boleh jadi!

"Er, Asya nak—" Ketiga-tiga pasang mata menjadikan Asyfa sebagai fokus. Semua kini tertumpu padanya.

"Pergilah. Pujuk dia. Bincang dan selesaikan elok-elok," kata-kata ibu membuatkan Asyfa tersenyum nipis. Macam mana nak pujuk..takut jugak dia yang Firas dah tawar hati.

"Jangan risau Asya. Hati along mudah sejuk," celah abah pula. Bagaikan tahu apa yang difikirkan Asyfa sekarang.

"By the way, his love languange is physical touch tau Kak Asya." Tambah Akim pula. Sempat juga dia mengenyitkan matanya, sekadar mengusik nakal.

Hai, Akim, Akim. Tuan empunya badan yang berpesan pun nakal, inikan pula mesej yang dipesan. Menyempat je!

•••

          "GELAPNYA..." Baru sahaja ingin menekan suis lampu bilik, tangan yang terlebih dahulu menyentuh tangannya mematikan pergerakan tersebut. Tidak semena-mena, lengannya dapat dirasakan seperti diraih seseorang. Lalu tubuhnya mula terdorong merapat pada dinding.

Asyfa terjerit kecil, tiba-tiba gerun dengan situasi yang berlaku. Hembusan nafas seseorang membuatkan mulut Asyfa terkunci untuk seketika.

"Firas!" Tubuh Firas cuba ditolak menjauh, namun gagal. Kedua-dua belah tapak tangan yang dilekapkan Firas ke dinding menjadi halangan untuknya melepaskan diri.

"Give me a damn second." Akhirnya suara Firas kedengaran jua. Samar-samar cahaya di luar masih membataskan penglihatan Asyfa ketika itu. Hanya hembusan nafas sahaja yang dapat dirasai.

"Let me get this straight. Is it a sin for me to love you for such a long time?" Asyfa automatik tercengang. Langsung tidak menyangka soalan macam tu yang akan terpacul dari mulut Firas.

"Just answer that." Asyfa masih lagi diam. Kata-kata Firas itu cuba diprosesnya. Nak cakap dia ni sejenis yang lambat faham, tak adalah sampai macam tu. Tapi sungguh, kali ni dia memang tak dapat meneka apa yang ingin disampaikan Firas padanya.

"Salah ke Sya kalau abang suka Sya dari dulu lagi? You hate me because of that? So Sya nak abang buat apa? Turn down my feelings for you? Macam tu?" Dahi Asyfa sudah berkerut namun dia masih mendiamkan diri.

Firas mula menjatuhkan tangannya ke sisi. Rambutnya diraup kasar ke belakang. Sakit hatinya apabila Asyfa hanya diam, seolah-olah dia memang bersetuju dengan apa yang dilontarkan itu.

"Huh, easier said than act." Tegang sahaja suara Firas. Kata-katanya itu kedengaran agak sinis.

Walaupun dalam keadaan bilik yang gelap-gelita, samar cahaya lampu dari luar bilik masih dapat memberikan gambaran jelas riak wajah yang dipamerkan Firas. Riak kecewa. Tapi kenapa?

Asyfa mula rasa serba salah. Dia masih tidak faham tentang apa yang berlaku. Tapi timbul jugak rasa hati yang seakan-akan tak sanggup tengok Firas macam tu.

"By the way, his love languange is physical touch Kak Asya."

Teringat sahaja kata-kata Akim tadi, Asyfa mula mendekati Firas. Perlahan-lahan, tubuh Firas didakap lembut. Lama Firas membeku sebelum mula mengambil masa untuk membalas pelukan Asyfa.

"I'm hurting..." adu Firas perlahan. Sayu sahaja suaranya kedengaran. Dapat dirasakan juga air mata Firas yang menitik jatuh mengena bajunya.

Asyfa mengusap-usap belakang tubuh Firas. Dia tak tahu pulak Firas boleh jadi sensitif macam ni..

"Maafkan saya.."

"..tapi sumpah saya tak faham apa yang awak bagitahu ni.." Perlahan sahaja Asyfa cuba mengatur bicaranya. Terpaksa la dia jujur buat kali ni. Sebab dia memang tak faham apa yang Firas cuba sampaikan.

Agak lama Firas diam, cuba memproses kata-kata Asyfa sebelum akhirnya dia menyoal.

"Maksud Sya?"

"Awak cakap awak suka saya dari dulu? Really? Since when? Jadi, diari tu..awak tulis untuk saya ke?" Asyfa cuba menebak dalam ragu. 

Untuk kesekian kalinya, Firas terdiam lagi. Agak lama sebelum kembali bersuara.

"Abang ingat Sya dah baca. Sebab tu Sya marahkan abang.."

Oh, jadi sebab tu lah Firas koyakkan gambar tu. Sebab Firas pun salah faham.

Jadi apa yang dia boleh simpulkan..dia dan Firas, dua-dua dah salah faham.

"Er, tak adalah. Sebenarnya kan..saya cuma baca first and last page je.."

"Jangan cakap yang Sya ingat orang yang abang maksudkan tu Luna?" Asyfa hanya mengiakan soalan Firas. Memang betul pun dia fikir macam tu. Kalau tak, perang takkan terjadi.

Keluhan kecil terbit dari bibir Firas. Untuk sejenak, dia hanya mendiamkan diri. Selesa dengan keadaan mereka begitu.

"Awak tak nak terangkan dekat saya apa-apa ke?" Dalam julat nada rendah, Asyfa menyoal lambat-lambat.

"Just..let me sleep in your hug for a while. Boleh?" Firas mengubah topik.

"Er..."

"Please?"

"O..okay. Tidurlah. Kalau tu je cara awak maafkan saya," ujar Asyfa lembut. Sebelah tangan mula naik menepuk-nepuk lembut kepala Firas.

"I can't be mad at you. Cause after all, you're still my huge comfort." Jawapan Firas membuatkan Asyfa tersenyum. Lama dia membiarkan sunyi menyapa mereka berdua sebelum panggilan lembut Firas memecahkan suasana.

"Sya.."

"Nak tahu ke isi kandungan diari tu?"

Continue Reading

You'll Also Like

456K 13.7K 42
Beautiful Cover by DE BEAUTY GRAPHIC. ARIQ ILHAN, ketidakrelaan dirinya memperisterikan NAJWA NABILLA telah menimbulkan rasa benci terhadap isteri ya...
7.5M 240K 30
US Mafia: 3rd Series [COMPLETE] "I'm not just a killer, but I'm also a headhunter. Peluru aku takkan pernah tersasar dari kepala orang. Ra...
10.7M 242K 31
US Mafia: 2nd Series [COMPLETE] Highest rank #1 in Romance [No.1 hot in Killer] [No.1 hot in Mafia] [No.1 hot in Comedy] Ariq Frandy Louise memang d...
4.3M 294K 73
First romance story by cweetiee 𝐇𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐇𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐅𝐈𝐓 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍𝐀. Tidak tersangka di dalam fikiran Qaseh yang dia baka...