TINDAKAN refleks, Aurora terbangun dari alam mimpinya. Nafasnya, tercungap-cungap. Keringat yang membasahi sisi dahinya, dilap. Sekeliling ruang dipandang. Ianya, ruang bilik dia.
Nafas dihela, lega.
Seketika dia tersedar sesuatu, lantas Aurora memandang jari manisnya. Nafas dihela lagi, apabila ternampak jarinya cantik tersarung cincin. Tanda Adnan melamarnya.
Dan, tanda dia milik Adnan seorang.
Ting!
Telefon yang berada disisinya, berbunyi menandakan ada notifikasi masuk. Aurora mencapai telefonya, lalu mesej Adnan yang terpapar di atas skrin, ditekan. Tersenyum dia saat terbaca mesej itu.
+ Assalamualaikum Cinta hatiku. Dah bangun ke belum? Macam mana tidur? Ada mimpi saya ke?
Soal tentang mimpi. Ya, dia mimpikan Adnan. Tapi, entah bagaimana dia mimpi Adnan membunuhnya. Bila, teringat balik tentang mimpi itu. Seram sejuk, Aurora dibuatnya.
Tidak melenggahkan masa, Aurora membalas mesej Adnan tersebut.
+ Waalaikumussalam. Saya dah lama bangun.
Menipu sahaja Aurora.
Tidak mengapalah, ini tipu sunat. Sekarang sudah berganjak pukul 10 pagi, malu lah dia sebagai anak dara bangun lewat. Sedangkan, harini hari bekerja.
+ Yeke? Kenapa abang awak kata, awak masih tidur lagi?
Terbeliak biji mata Aurora.
Adrien! Memang teringin merasa penumbuk dia ke apa?
Laju, Aurora membalas mesej Adnan. Menafikan perkara itu.
+ Taklah, saya dah lama bangun. Cuma, masih duduk terperuk dalam bilik je. Sebab tu, Adrien ingatkan saya masih tidur.
Bijak Aurora! Aurora, memang bijak bab menipu.
Selepas, menghantar mesej tersebut. Aurora bergegas bangun, bilik air ditujui.
PRANG!!
Pecah berderai, tatkala peluru dilepaskan pada badan botol kaca. Marina memejamkan matanya, menenangkan degupan jantung yang berdegup laju.
"Takut?" Sinis, nada suara yang dilontarkan Crazed. Hujung lengan baju hujan Marina, dipintal. Bibir merahnya, terherot senyuman sinis.
"I wonder what happened to you, after this." bisik Crazed, ditelinga Marina. Marina menelan air liur sendiri. Jari-jemarinya, diramas. Kepalanya tertunduk menahan geram.
Jari telunjuk Crazed, menunjal-nunjal sisi kepala Marina.
"Kau ni bodoh, Profesor Marina. Benda senang itu pun, boleh kantoi." herdik Crazed.
Dia bangun dari cangkunganya. Badan disandarkan pada dinding konkrit, hadapan Marina melutut.
"Ailee cari kau, polis dah tahu kau siapa. Adik kau?"
Walaupun wajahnya ditutup separuh dengan tudung mantel merah, jelas kepura-puraan reaksi terkejut itu, terpamer diwajahnya. Tangan naik mengurut dada sendiri.
"Mesti dia kecewa, kan? Dapat kakak yang jahat." sindirCrazed.
Marina sudah mengetap gigi, tanganya mengigil. Bawah bibirnya, digigit. Kuat. Bagai melepaskan amarahnya dengan mengigit bibir. Sehingga, meninggalkan kesan luka disitu.
"Habislah, kau Marina. Polis cari kau, Ailee pun cari kau. Haish, tamatlah riwayat kau lepas ni." Sengaja, ingin mengeledakkan kemarahan Marina.
"Oh ya, kau belum membunuh. Jadi, kau kena masuk penjara jelah, kan? Baguslah tu, boleh jumpa adik kesayangan kau dekat sana."
Marina hilang sabar. Wajah yang ditundukkan tadi, diangkat memandang kearah Crazed. Tajam, anak matanya menikam.
"Kau jangan lupa, aku tahu kau siapa. Aku tertangkap, kau pun meringkuk sekali dalam penjara! Oh, lupa. Kau dah pernah membunuh, kan? Agaknya, kena hukuman gantung sampai mati tak?" balas Marina, balik.
Crazed tergelak besar.
"Hahahahaha!!"
Senyuman sinis Maria, mengendur. Apabila, mendapat respon lain dari yang dia jangka.
"Marina...Marina..."
"Bodoh."
"Bebal."
"Lembab."
"Lemah."
Satu persatu, kelemahan Marina disebut Crazed.
"Kau fikir kau terselamat? Aku tahu rupa kau sebenar! Aku tahu siapa kau!!" teriak Marina.
Crazed mencebik. "Bising lah."
Mesin kecil didalam poket baju mantelnya, dikeluarkan. Dia menekan butang merah pada mesin kecil itu. Serentak, pintu gelangsar yang diperbuat daripada besi bilik itu terbuka.
Dua orang pengawal yang tersarung sut merah, menutupi seluruh tubuh badan mereka. Melangkah masuk kedalam bilik gudang itu. Mereka berdua berdiri tegak disisi Marina.
"Bunuh perempuan ni." arah Crazed.
Mata Marina terbelalak. Pengawal-pengawal itu lantas, menarik lengan Marina. Lalu, mengheretnya keluar.
Marina meronta-ronta ingin dilepaskan. Nama Crazed dipanggil berkali-kali. Namun, Crazed hanya melihat sahaja sambil tertawa sinis.
Langkah dua orang pengawal itu terhenti, apabila Marina menahan kakinya pada pintu gelangsar itu.
"Crazed, jangan buat aku macam ni. Aku janji, aku buat apa yang kau suruh. Aku janji!" rayu Marina.
Crazed masih melihat Marina, dengan pandangan kosong. Tak berminat dengan rayuan Marina.
"Teruskan." arah wanita itu. Kedua orang pengawal itu mengangguk, lengan Marina ditarik sekuat hati. Membuatkan tubuh Marina terdorong sekali dan kakinya yang menahan pintu gelangsar, terlepas.
"Crazed! Aku bersumpah! Aku bersumpah, Crazed!"
Suara Marina bergema, disegenap ruang koridor itu.
Crazed tersenyum sinis. "Nice."
"Aryan you did great job." ujar wanita itu.
"PROFESOR!"
Suara Maria memanggil namanya, menghentikan langkah Aurora. Kepala dialihkan memandang kearah Maria yang sedang berlari kearahnya.
Satu senyuman terbit dibibir Aurora.
"Maria, macam budak keciklah berlari dalam makmal. Jatuh nanti, tak tahu." kata Aurora.
Tergelak Maria, dibuatnya.
"Profesor, macam mana saya tak lari kalau saya ada berita penting nak sampaikan."
Aurora berkerut, hairan. "Berita baik atau buruk?"
Maria mengetuk dagunya, seolah sedang berfikir.
"Dua-dua, Prof. Macam mana tu?" tutur Pembantu makmal itu.
Aurora mengangkat kedua belah bahunya. "Entah. Tak apa, kau bagitahu kedua-duanya sekali."
Maria mengangguk. Sebuah buku nota kecil terselit dipoket seluarnya, dikeluarkan.
Helaian buku nota itu diselak, mencari muka surat yang dia sudah conteng dengan berita yang ingin disampaikan pada Aurora.
"Pertama, berita baiknya. Pihak atasan akan bayar gaji Prof berlipat ganda kalau Prof setuju nak ambil alih kajian Profesor Red Lady yang masih belum siap."
Aurora mengangguk. Dia tidak kesah sangat tentang itu. Memang, sepatutnya dia perlu siapkan kerana itu tugasnya dahulu sewaktu memakai identiti Profesor Red Lady. Disebabkan, itulah Maria senaraikan berita itu pada berita baik.
"Berita buruknya, Profesor kena ambil alih sekali kajian Profesor Marina. Baru-baru ni, pihak atasan dapat tahu Profesor Marina letak jawatan. Atas sebab apa, pun mereka tak tahu."
Aurora terdiam. Lama dia berdiam diri sebelum tersenyum sinis.
Profesor Marina?
"Prof, itu sahaja berita yang saya dapat harini. Jadi, Prof setuju ke tak?"
Aurora mengangguk, sebagai jawapan.
"Nanti, kau hantar dua orang pekerja makmal Profesor Marina. Suruh diaorang bawa sekali, fail-fail kajian Profesor Marina." Aurora mengeluarkan arahan.
Maria mengangguk. Seketika, matanya tertancap pada jari Aurora. Mulutnya terlopong.
"Prof dah kahwin?!"
Terbeliak biji mata Aurora.
"Eh belum lagi!" Pantas dia menidakkan perkara itu.
Maria memegang tangan Aurora. Cincin yang tersarung dijari Aurora, diusap Maria.
"Habistu, kenapa ada cincin?"
Aurora tersenyum. "Ini cincin lamar, Maria."
Sekali lagi, Maria terlopong mulut.
"Siapa lamar Prof? Wah! Prof nak kahwin!" sorak Maria.
Tindakan spontan, Maria terus menarik Aurora kedalam pelukan eratnya. Tergelak Aurora dengan telatah Maria. Dia membalas pelukan Maria.
"Agaknya, siapa yang lamar Prof eh?" tanya Maria selepas, mereka merungkaikan pelukan.
"Rahsia."
Hilang senyuman dibibir Maria. "Alaa, Prof. Mana boleh rahsia rahsia. Nanti, Prof jemput saya tau."
Aurora menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
"Yalah, Maria."
MALAM itu, Aurora bercadang ingin memberitahu ibu-bapanya tentang lamaran Adnan. Tapi, disebabkan perasaan gementarnya itu tiba-tiba menyebulungi diri dia. Dia terpaksa meminta tolong Adrien. Adrien pula, sudah lama tahu kerana sebelum Adnan melamarnya, lelaki itu sudah memberitahu Adrien terlebih dahulu.
"Okay, tarik nafas. Hembus."
Aurora menarik nafas lalu menghembuskanya.
"Tarik nafas lagi, hembus." ujar Adrien.
Aurora menarik nafas lagi, lalu menghembuskanya.
"Tengok cincin." Tanpa apa-apa, Adrien menarik pergelangan tangan Aurora.
"Pergh! Cantik gila, cincin ni." komen Adrien. Cincin bewarna emas dengan bertakhtakan berlian kecil bewarna merah. Didalam berlian itu pula, terdapat ukiran sekuntum bunga mawar.Cantik!
"Dia macam tahu je, kau suka warna merah." kata Adrien.
Aurora hanya mengangkat kedua belah bahu. Selama ini, dia tidak pernah sesekali memberitahu orang lain tentang warna kegemaranya. Hanya keluarganya sahaja yang tahu.
"Jom, bagitahu ibu ayah. Diaorang ada dekat ruang tamu. Aku dah bagitahu, yang kau nak buat pengumuman." Adrien menarik tangan Aurora, keluar dari biliknya.
Lekas, mereka berjalan kearah ruang tamu. Tempat dimana, Tan Sri Ethan dan Puan Sri Aralyn berada. Ayden tiada disitu. Katanya, ada kerja kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
"Hah, pengumuman apa?" sergah Puan Sri Aralyn, sebaik ternampak kelibat anak bongsunya.
Tan Sri Ethan menyenggol siku isterinya, lembut.
Aurora mengambil tempat dihadapan ibu bapanya. Tanpa berkata apa-apa, Aurora segera menunjukkan cincin yang tersarung dijarinya.
Tan Sri Ethan hanya diam sambil tersenyum nipis. Lelaki berkacukan perancis itu seolah sudah tahu apa yang berlaku.
Puan Sri Aralyn pula, masih terpinga-pinga. Tidak faham, apa yang Aurora cuba sampaikan.
"Aurora beli cincin baru ke? Cantik, beli dekat mana?" tanya wanita separuh abad itu.
Adrien menepuk dahi sendiri.
"Aurora bagitahu jelah."
"Aurora dah ada orang lamar." beritahu Aurora.
"Dah tahu." Pendek respon daripada bapanya. Ibunya pula terngaga habis.
"Alhamdulillah..." Puan Sri Aralyn, mengucap syukur berkali-kali.
Lega, hatinya selepas menghebohkan perkara ini kepada kedua orang tuanya. Bertambah lega Aurora, apabila ibu bapanya memberi respon positif.
****
Bab ni, ringan ringan dulu.
Ingatkan nak double update, tapi saya baru lepas ambil vaksin. Tangan lenguh.