๐‡ || ๐„๐ฅ๐ฅ๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฆ

By chilldelheree

13.5K 4.6K 171

[ ๐“๐ก๐ž ๐„ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐ˆ ] โ๐ž๐ฅ๐ฅ๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฆโž n. a sense of sadness one experiences when realizi... More

๐„ ๐‹ ๐‹ ๐ˆ ๐ ๐’ ๐ˆ ๐’ ๐Œ
๐ ๐‘ ๐Ž ๐‹ ๐Ž ๐†
1 | ๐๐ข๐š
2 | ๐š๐ง๐ง๐จ๐ฎ๐ง๐œ๐ž
3 | ๐›๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐จ๐ฌ๐จ๐ง๐ 
4 | ๐ค๐ž๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š๐ง?
5 | ๐ ๐š๐๐ฎ๐ก
6 | ๐ก๐จ๐ฐ?
7 | ๐ก๐ž๐š๐ซ๐ญ
8 | ๐ก๐จ๐ฆ๐ž
10 | ๐ก๐ž๐ฅ๐ฅ
11 | ๐ฉ๐ซ๐ž๐ฒ
12 | ๐œ๐จ๐ง๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐ž๐?
13 | ๐ก๐ž๐ซ
14 | ๐œ๐ซ๐ฒ
15 | ๐š๐ ๐š๐ข๐ง
16 | ๐ช๐ฎ๐ž๐ž๐ง
17 | ๐œ๐š๐ฅ๐ฅ
18 | ๐ฆ๐จ๐ฆ?
19 | ๐ฅ๐จ๐œ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง
20 | ๐ญ๐จ๐ฎ๐œ๐ก
21 | ๐ฌ๐œ๐š๐ซ๐ž๐
22 | ๐š๐ซ๐ซ๐ข๐ฏ๐ž๐
23 | ๐ก๐ข๐ฆ
24 | ๐ซ๐š๐ข๐ง
25 | ๐ฌ๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ
26 | ๐ญ๐š๐ฅ๐ค
27 | ๐ฎ๐ฌ
28 | ๐›๐จ๐ง๐ ๐ค๐š๐ซ.
29 | ๐ข๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ข
30 | ๐ฃ๐ข๐ฃ๐ข๐ค
31 | ๐›๐ฎ๐ฅ๐š๐ง
32 | ๐๐š๐ฆ๐ง
33 | ๐ก๐ข๐ฆ
34 | ๐ฆ๐ข๐ง๐ž
35 | ๐Ÿ๐š๐ญ๐ก๐ž๐ซ?
36 | ๐ฌ๐ก๐ž ๐ค๐ง๐จ๐ฐ.

9 | ๐œ๐จ๐ง๐œ๐ข๐๐ž๐ง๐œ๐ž?

346 165 1
By chilldelheree

ℋ𝒶𝓃'𝓈 𝒞𝒶𝓈𝓈𝒶𝓃𝒹𝓇𝒶
𝐄𝐥𝐥𝐢𝐩𝐬𝐢𝐬𝐦

𝐜𝐨𝐧𝐜𝐢𝐝𝐞𝐧𝐜𝐞

Kegembiraan yang mula membalut diri, mula terhapus apabila Encik Taufik membuat pengumuman yang mengejutkan ramai pelajar.

"Maaf, pihak atasan telah membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan balik kita semua." Berita tersebut membuat ramai beriak tidak suka.

"Apa ni, tadi kata boleh? Mesti korang semua ada rancang apa apa kan?" Ishraf menjerit tidak suka.

Terdengar bisikan bisikan yang mula ketakutan dengan apa yang dicakap oleh Ishraf.

"Tak, jangan risau. Kami tak ada rancang apa apa pun. Pihak atasan yang membuat keputusan secara mengejut. Mahu atau tidak, perjalanan balik kita semua mesti dibatalkan." Madam Helen bersuara bagi pihak Encik Taufik.

Si 'dia' yang berada dibelakang mula tergelak kecil, dan berlakon sedih.

'Dia' mula mengangkat tangannya keudara, ingin menanyakan soalan.

"Ya, ada apa?" Cik Hanis mula menenangkan pelajar untuk mendengar pertanyaan rakan mereka yang mula ditenggelami suara.

"Hm, bila kitorang semua dibenarkan balik? S..saya takut, dahlah tinggal saya berdua je dengan Lyn." 'Dia' mula menitiskan air mata.

"Jangan risau, kamu akan dibenarkan balik dalam masa terdekat. Kita cuma kena tunggu pihak atasan sahaja sekarang ni." Cik Hanis menjawab dan mendapat persetujuan dari semua pensyarah.

'Dia' mengangguk sambil mengesat air matanya. Lyn mula menarik 'dia' supaya dibawa kebelakang untuk menenangkan dirinya.

Alessia mula berdecit, tidak berpuas hati dengan apa yang sedang berlaku. Alessia terus bangun sambil menggalas beg miliknya.

"Hei, kamu nak kemana tu?" Panggilan Encik Taufik membuatkan semua orang memandang ke arah Alessia.

"Nak buat apa lagi? Pergi pasang khemah baliklah. Encik nak suruh kami duduk berapa lama lagi dekat sini?" Alessia mula menyuarakan ketidakpuasaan hatinya dan terus berjalan pergi.

"Detention for you, Alessia Cassandra. Memang tak ada adab ya bercakap dengan kami?" Madam Helen menggelengkan kepalanya, kesal melihat kerenah pelajarnya.

Alessia yang memang sudah tiada 'mood' hanya berjalan. Tidak mengendahkan lagi sesiapa.

'lantaklah apa yang nak jadi pun, yang aku tahu sekarang benda ni jadi makin pelik' monolog Alessia seorang diri.

Selepas kesalahfahaman tadi, Alessia dan Tasha tidak lagi satu khemah. Kini hanya tinggal kami berdua sahaja. Alessia sudah menceritakan semuanya kepada Aina.

"Weh." Alessia mencuit bahu Aina. Aina yang sedang berbaring mula mengiring menghadap Alessia.

"Hm, apa?" Aina memandang Alessia sambil menahan rasa kantuknya.

"Kau tak rasa pelik ke? I mean dengan semua ni. Lecturer kita tu mula mula bagi balik tau. Lepastu tak bagi pula." Alessia menyuarakan perasaan yang menyelubunginya saat itu.

"Hm, nak kata pelik tu. Aku pun rasa juga sebenarnya. Macam ada something fishy tau." Aina yang tadi berada di posisi mengiring terus duduk.

Nampaknya, tajuk pembicaraan ni semakin menarik ya.

"Ingatkan aku sorang je yang rasa macam tu. Nak kata benda yang berlaku ni kebetulan pun macam tak logik tau." Alessia mula memandang Aina.

Aina hanya menganggukkan kepalanya bersetuju dengan pendapat Alessia. Aina mula membuka mulut seperti ingin berkata sesuatu tapi hasratnya dibatalkan.

"Kau tak rasa macam ada dalang kan disebalik semua ni dan kenapa Hani? Kenapa diorang nak bunuh Hani? Mesti Hani ada simpan sesuatu yang kita semua tak tahu." Alessia menyambung lagi.

Tanpa mereka berdua sedar, seseorang sedang mendengar perbincangan mereka berdua. Belum sempat dia melangkah, bunyi ranting yang dipijak kedengaran.

"Sial." Gumamnya sendiri. Dia terus melarikan diri dari khemah dua anak dara tersebut.

"Weh, kau dengar tak apa yang aku dengar?" Alessia mula menegur Aina tentang bunyi ranting yang dipijak tersebut.

Aina mengangguk. Alessia terus bangun dan membuka zip khemah mereka berdua. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Namun, tiada sesiapa yang berada disitu.

Alessia mula masuk kembali ke dalam khemah dan terus membatalkan hasrat Alessia untuk meneruskan perbincangan mereka sebentar tadi.

Mereka berdua memutuskan untuk tidur sahaja memandangkan hari sudah pun larut malam.

_____

"Sial, nasib baik aku sempat lari." Tudung hoodie diturunkan. Muncul wajah Lyn yang sedang mengibaskan rambutnya.

Telefon yang dipegang dari tadi diberikan kepada Tasha. Ya, Lyn disuruh untuk mengintip Alessia dan Aina.

"Bodoh, next time tu bagi kerja tu cleanlah! Kau nak mati macam si bedebah tu juga ke ha?" 'Dia' mula naik angin dan ton suaranya mula naik seoktaf.

"Weh, sudah. Orang tu tak sengaja. Perlahankan sikit suara kau tu. Nanti orang lain dengarlah suara kau tu." Tasha mula mengusap bahu 'dia'.

'Dia' terus menepis tangan Tasha, dan terus membaringkan dirinya. 'Dia' merengus, perasaan marah ditahan. 'Dia' tidak mahu membuat onar di sini.

Tasha hanya menggeleng kesal dengan perangai rakannya yang seorang ini. Tasha memandang Lyn, Tasha terus menyuruh Lyn untuk tidur sahaja.

"Kau ni, memang tak pandai nak control anger issues kau tu sebab nilah ramai orang tak nak kawan dengan kau." Tasha memujuk 'dia'.

Tasha membaringkan dirinya tepat disebelah 'dia'. Dia mula mengiringkan badannya memandang Tasha.

"Gosh, you really know how to calm me down. Dont you?" Dia mula mengusap pipi Tasha.

Tasha hanya mengukir senyum nipis. "Hei, ni Tasha lah. Of course, I know how to calm you down babe." Tasha memegang tangan 'dia' yang berada di pipinya. Tasha menurunkan tangan sosok tersebut dari pipinya.

Tasha berdecit, mulai rimas dengan sentuhan yang diberikan. "Not here, kau tak nampak ke ada Lyn tu?" Sosok itu mula berdecit kesal. Dia menjeling Lyn yang sedang nyenyak tertidur.

'Dia' terus mencium pipi Tasha sebelum memejamkan matanya. "Love you." Tasha yang terkejut dengan tindakan 'dia', hanya memegang pipinya.

Tasha memastikan yang sosok itu sudahpun tidur dengan nyenyak sebelum mengesat pipinya kasar.

Tasha terus mengambil telefonnya yang disorok. Aplikasi rakaman ditutup. Ya, dia merakam perbualan mereka bertiga dari awal hingga akhir.

"Ew, gelilah. Kalau berlesbi tu. Janganlah libatkan aku." Tasha mengumam.

Tasha terus memejamkan matanya, kemudian mula memasuki alam mimpi.

_____

Matahari pagi mula menyinari bumi, dan mereka sekali lagi dikejutkan dengan satu lagi pembunuhan.

Tepat pada jam 8 pagi, semua pelajar diminta berkumpul untuk menjadi saksi kepada pembunuhan tersebut.

"Baiklah, saya rasa kamu semua tahu bukan kenapa kamu semua di arahkan berkumpul disini?" Semua orang mengangguk lesu, masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Okay, saya akan terangkan sekarang tentang mangsa. Nama mangsa. Amalyn Natasha atau dikenali sebagai Lyn betul?" Tanpa menunggu balasan dari mereka. Pegawai polis tersebut terus menyambung percakapannya.

"Orang terakhir yang bersama dengan mangsa adalah Keysha Humaira, iaitu ketika ingin mencari sumber air bersih, betul?" Keysha mengangguk.

"Dan mangsa terakhir kali dilihat adalah pada jam 3.50 pagi bersamaan dengan 3 jam sebelum kematiannya." Pegawai polis itu menghentikan pembicaraannya agar kami dapat menghadam maklumat yang diberikan.

"Mangsa ditemui di hadapan sungai Gabai. Kesan kecederaan, terdapat hentakan benda tumpul di kepalanya sebelum di tikam sebanyak 8 kali, 2 dibahagian leher, seterusnya 2 di perut dan 2 di dada." Pelajar perempuan hanya mampu meringis sakit. Tidak mampu membayangkan bagaimana pembunuh tersebut sanggup membuat perkara sebegitu kejam.

Seseorang mengangkat tangannya. Keysha dengan muka yang sembap mula berdiri.

Tindakan Keysha membuat mereka semua menumpukan perhatian kepadanya.

"Ya, ada apa apa yang saya boleh bantu, cik?" Pegawai polis wanita yang berada disitu terus meluru kearah Kesya.

Dengan suara seraknya, dia mula bersuara. "Encik rasa, apa motif pembunuh? Dan kenapa pembunuh tu meninggalkan topeng putih dan bunga ros tu?"

Pertanyaan yang dilontarkan oleh Keysha membuatkan mereka semua terkelu, dan hanya mampu memandang antara satu sama lain.

"You're next, Keysha Humaira. Wait for your suprise." Dia ketawa sinis.

Continue Reading

You'll Also Like

4.1M 200K 61
Highest #1 in teen fiction (under major editing) Afiq memeluk tubuh kecil itu dari belakang. "Hai sayang. Miss me?" Afiq mengeratkan pelukannya. "...
1.6M 122K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
1.1M 64K 59
Prestige High #1 Headprefect AND Vice Headprefect Ugh mereka memang tidak sekepala. Asal jumpa dekat mana-mana je mesti ada sahaja yang mahu dibahask...
4M 162K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...