______________꧁☘︎꧂______________
______________꧁☘︎꧂______________
"Saem, okay tak gabung dengan budak sekolah elit ni?"
"Okay je....apa yang tak okay nya?"
"Ish saem ni, saem tahu kan budak sekolah ni jenis limited punya otak. Tibai nak?"
"Halah, kamu punya otak pun lebih kurang diaorang je. Cuma perangai je yang tak sama. Saem tengok diaorang tu, pergh berlagak nak mampus...tahu ah kaya"
"Itu ah, kalau ye pun tegur la saem kan..ni tidak. Masuk kelas je terus duduk lepastu buat muka ketat. Tch, menyampah aku dengan jantan macam tu"
"Eh kamu kene sedar sikit yang kamu ni bakal satu kumpulan dengan diaorang"
"Saem, saya tak nak la join. Saya tarik balik kata-kata saya tadi, saem. Tak sanggup saya saem"
"Kamu ni, bukannya kamu lawan dengan diaorang pun. Kamu satu kumpulan dengan diaorang. Buat apa nak risau"
"Tak de la, saem. Kalau diaorang buli saya macam mana?"
"Tak de nya, kalau diaorang buli kamu kan...report kat saem tau"
"Alolo saem ni, nak jadi hero saya ke?"
"Otak kamu..dah pergi masuk kelas tu. Ulangkaji sikit sikit, kuiz kali ni bukan biasa biasa macam selama ni kamu jawab. Soalan dia merecik punya. Ternganga nanti kamu nak jawab"
"Saem ni doakan la saya yang terbaik. Bukannya kata macam tu. Saem tak percayakan saya ke?"
"Yang kamu nak buat drama sedih ni dah kenapa? Pergi masuk cepat...nanti diaorang ingat kita nak lari pulak"
"Yelah, saem tunggu saya tau"
"Ye, dah pergi cepat"
"Arasseo"
"Tera! FIGHTING!!" jerit Yoon saem kuat. Pergh, aku nak malu sebenarnya tapi tak pe..aku suka dengan semangat dia. Aku pun makin semangat ah.
"Aku boleh buat" gumam aku dalam hati sebelum memulas tombol pintu kelas itu.
Masuk sahaja dalam kelas itu, mereka semua buat hal sendiri dan hiraukan kewujudan aku. Harey betul, aku rasa macam aku ni roh tau.
"Anneyong, apa nama kau?" soal salah seorang dari mereka. Nampaknya ada jugak yang jenis ramah. Aku fikir semua muka ketat tak rilek.
"Kim Tera. Kau?" tangan aku hulur padanya dan lelaki itu sambut serta senyuman manisnya.
"Lee Donghyuck...tapi panggil aku Haechan je" aku mengangguk kepala dan aku tenung wajahnya kerana tangan dia tak nak lepas dari huluran aku tadi.
"Eh bukan kau kata Haechan tu orang tertentu je ke boleh panggil? Asal dekat dia kau—"
"Sebab aku rasa dia ni special sikit. Kau tengok la ni" Haechan memotong percakapan salah seorang rakannya dan mereka bertiga tumpu perhatian kepada Tera yang sedang bertungkus lumus ingin melepaskan pegangan tangan itu.
"Woi baik kau lepas sebelum aku tumbuk kau. Nak pegang lama-lama pulak dia ni...tak pernah pegang tangan orang ke?" hambur Tera geram dan Haechan terus melepaskan pegangan tangan itu sambil tersenyum suka.
"Kan aku kata dia ni special sikit. Kalau perempuan lain kan, aku rasa sampai tangan aku putus pun diaorang tak kan lepaskan" kata Haechan selepas dia duduk di tempatnya semula dan rakan-rakannya memandang wajah Tera yang sedang cemberut rimas.
±±±±±±±±᯽±±±±±±±±
"Korang semua dah boleh pergi dewan sekarang" panggil Hong saem selepas dia membuka pintu kelas itu.
Kami semua kemas barang untuk dibawa ke dalam dewan itu nanti lalu melangkah keluar dari kelas itu.
Aku dah agak yang aku akan jalan sorang-sorang dekat belakang ni. Harey betul diaorang berempat ni. Aku sule tak dapat apa nanti.
Semasa jalan nak ke dewan ni, aku banyak rempuh kawasan sekolah ni. Bapak besar sia! Ternganga aku woi!
"Mana pelajar lain?" soal aku pada diri sendiri. Yelah, tak kan diaorang ni je wujud kan?
"Diaorang tengah kelas" jawab seseorang yang berjalan di sebelah Haechan.
Aku buat acah acah tak dengar. Aku tahu la tengah kelas, tadi aku saja je nak tanya. Hakalah, sebok je nak jawab.
"Tera, sini la jalan dengan kitaorang" ajak Haechan sambil berjalan undur ke belakang.
"Tak pe la, aku ikut korang dari belakang je"
"Series ni?" aku sengetkan mulut aku. La, dia ni dah kenapa? Suka hati aku la nak jalan mana...jalan depan ke...jalan tengah...jalan belakang ke. Nak main series series ni dah kenapa?
"Ada nampak aku memain ke?" Haechan tiba-tiba sahaja tergelak selepas aku bertanya sedemikian. Aku dari tadi tak faham kenapa dia ni kuat sangat gelak. Apa yang lawak pun tak tahulah.
"Okok jangan la garang sangat. Kau ni, sama je macam Renjun. Garang 24 jam"
"Aku pulak yang kene" Renjun menjeling Haechan dan lelaki itu mempercepatkan langkahnya menuju ke dewan sekolah mereka.
"Tu Renjun tau nama dia. Yang kau marah dia tu tadi" Haechan mula memperkenalkan rakan-rakannya selepas Renjun meninggalkan kami berempat di belakang.
"Muka ketat yang tak reti nak senyum ni...nama dia Jaemin. Sebelah aku ni Jeno. Woi Jeno, jangan nak acah sangat eh"
"Acah apanya?" Haechan meneguk liurnya selepas Jeno meletak lengannya di tengkuk Haechan.
"Halah jangan la marah sial! Memang hari ni hari semarah sedunia ke?!"
"Senyap la bodoh" tegur Jaemin kasar dan dia pula mempercepatkan langkahnya. Aku masih melihat gelagat Jeno dan Haechan.
Aku gelengkan kepala dan tinggalkan dua manusia ini yang bakal masuk ke dalam gelanggang gusti.
±±±±±±±±᯽±±±±±±±±
"Weh tak sangka sia kita dapat masuk final"
"Kalau kau nak tahu, sekolah ni memang selalu masuk final. Kau tu je yang first time masuk kan?"
"Jangan la riak sangat sia...aku tahu ah sekolah aku lepu...Hakalah, berlagak pulak dia ni" aku menumbuk bahu Haechan yang daripada tadi tak berhenti memuji sekolahnya. Bangga ah tu?
"Kali ni saingan kita hebat. Ingat apa yang kita dah belajar selama ni. Jangan cuai dan fokus masa pengacara ajukan soalan. Faham?" pesan Hong saem dan kami berlima anggukkan kepala setuju dengan kata-katanya.
"Tera, kamu jangan takut sangat. Kamu anggap final ni benda biasa je tau" Hong saem cuba memujuk aku. Tahu-tahu je dia ni aku tengah gelabah teruk nak mampus. Nak terberak semua ada.
"Gumawo saem" balas aku dengan sopan serta senyuman dilemparkan kepadanya.
"Semua peserta final boleh naik ke atas pentas sekarang" umum pengacara pertandingan ini.
Aku tarik nafas lalu dihembus dengan perlahan sebelum aku ikut jejak kaki mereka berempat yang terlampau rilek lagikan cool.
Kerusi di sebelah Jaemin aku tarik lalu duduk disebelahnya. Aku memejamkan kedua belah mata aku dan buat proses pernafasan dengan perlahan untuk menenangkan diri aku.
"Jangan tidur dekat sini" tegur Jaemin dan aku buka mata semula lalu melihat ke arahnya dengan pandangan dingin.
"Sejak bila pulak aku tidur. Selamba je tuduh, kau pun tahu kan ni first time aku. Tadi tu aku cuma nak tenangkan diri aku je"
"Oh, ada aku tanya?"
Wo wo wo wo lelaki ni memang cabar kesabaran aku betul la. Sumpah weh aku rasa macam nak tumbuk muka dia ni. Aku gosok dada untuk tenangkan diri aku sebelum penumbuk ni memang betul melayang dekat muka dia ni.
"Semua peserta sudah siap sedia?" tanya pengacara tersebut dan pihak lawan kami sahaja yang menyahut. Eh, aku jawab sekali eh. Aku tak berlagak macam diaorang berempat ni. Acah je lebih.
"Semasa final, hanya satu soalan sahaja yang akan diajukan oleh saya. Harap semua dengar dengan teliti dan fokus semasa saya lemparkan soalan"
Aku memegang pensel untuk siap sedia dan pasang telinga untuk mendengar setiap bait ayat yang akan dilontarkan oleh pengacara. Aku syak sangat soalan dia akan panjang nak mampus.
(soalan dia korang imagine je ah sendiri) (/¯◡ ‿ ◡)/¯ ~ ┻━┻
Tangan aku laju sahaja menulis point penting yang ada pada soalan itu. Aku rasa hanya aku seorang sahaja yang faham akan tulisan aku sekarang ni. Kalah cakar ayam weh.
"Semua pelajar diberikan 10 minit untuk menjawab soalan ini" aku pun apa lagi terus tengok balik apa yang aku tulis tu tadi dan compare kan dengan segala formula math yang ada pada otak aku sekarang ni.
"Setiap pasukan boleh bekerjasama ye. Memandangkan soalan ini tidak ditunjuk pada screen dan lagi satu...setiap pelajar cuma boleh jawab satu kali sahaja dan tiada peluang untuknya kalau dia dah jawab"
Makin gugup aku bila pengacara kata begini. Hebat betul peringkat final ni kan. Makin risau aku nyah.
Telinga aku dapat dengar yang pihak lawan kami, masing-masing share jawapan dan bincang soalan yang mereka dapat.
Bila aku toleh ke kanan untuk melihat semua ahli kumpulan aku...semuanya buat kerja sendiri. Weh babun betul diaorang ni. Tak de rasa nak kerjasama langsung.
"Masa tinggal lagi 5 minit—eh dah ada sorang tekan button hijau. Ha kamu bangun"
Aku mencari gerangan siapa yang sudah menyelesaikan soalan terlampau kbat ini dan akhirnya aku nampak...rupanya orang sebelah aku je.
"Kamu yakin dengan jawapan kamu?" Jaemin tidak memberi balasan bagi pertanyaan itu. Dia cuma lemparkan muka dinginnya serta tangan dipoket seluar.
Aku pulak rasa nak hempuk si Jaemin ni. Kalau ye pun, angguk la kalau suara tu berat sangat nak keluar.
"Saya anggap kamu yakin dengan jawapan kamu tu. Kamu boleh bagitahu apa jawapannya"
Semua mata melirik ke arah Jaemin dan menunggu sahaja jawapan yang keluar daripada mulut emasnya.
"63" kata Jaemin dan dia terus duduk semula dan tunggu sahaja balasan daripada pengacara pertandingan itu.
"Jawapan dia adalah..........."
"Adalah......"
Sesape yang ada pisau. Sila bagi dekat aku dengan segera. Aku pantang orang buat suspen macam ni. Rasa macam nak pancung kepala.
"Salah"
Tᗷᑕ⌫
VOTE🌼
main suspen betul ┬──┬◡ノ(° -°ノ)