Senyap suasana ruang tamu rumah itu. Lepas dapat panggilan dari Tuan Azfanizam, Wardina terus mengajak Syuhada untuk pulang ke rumahnya. Kali ini Syuhada juga mengikut bersama dan setia duduk disebelahnya kini.
Disebabkan Wardina ingin melupakan kejadian ketika berada di Terengganu, sedaya upaya dia berlagak tenang. Seperti tiada apa yang berlaku. Ibarat pergaduhan dengan ayahnya tidak pernah terjadi.
Masing-masing berwajah beku.
"Ada apa ayah?" Soal Wardina. Hampir 5 minit ayahnya itu tidak bersuara semenjak dia tiba disitu. Takkan lah suruh dia balik sebab rindukan muka cantik anak terbuang dia ni?
Pap!
Serentak itu, terdapat sampul surat putih yang dihentak pada meja kaca di ruang tamu. Pandangan Wardina terhala disitu. Begitu juga dengan yang lain.
"Kau tengok apa kau dah buat?" Nada suara Tuan Azfanizam seakan bergetar.
Apa? Apa yang dia dah buat? Selama ni elok aje dia duduk kat rumah sewa dengan tenang. Tak kacau siapa siapa pun. Wardina berkerut. Kemudian, sampul surat itu diambil dan dibuka.
"Astaghfirullahalazim!" Hampir terjatuh sampul yang berisi beberapa keping gambar itu. Kalau bukan Syuhada menahan, agaknya dah berterabur di atas lantai.
Dadanya yang berdebar laju dipegang. Belum masuk lagi tangannya yang terketar-ketar itu. Nafasnya hampir hilang apabila melihat gambarnya yang terpapar disitu.
"Apa ni ayah?" Soal Wardina terkejut.
Tuan Azfanizam mendengus kasar.
"Apa? Kau tanya aku pulak? Tak nampak ke gambar apa tu? Dah buta ke?!" Tempelaknya.
Kali ini marahnya memang tak dapat dibendung. Sudahlah marahnya pada hal tempoh hari belum reda. Ditambah pula dengan perkara ini.
Syuhada yang melihat juga turut terkejut dan tercengang.
"Mana ayah dapat gambar-gambar ni?"
"Tak payah tanya lah aku dapat dari mana. Tak penting pun! Aku nak tanya. Apa kau buat dekat sana? Belajar ke atau pun jual diri?!"
Zup!
Hati Wardina seakan dicarik-carik apabila mendengar kata-kata itu. Kalau sebelum ni ayat itu dilemparkan daripada Puan Kirana dan Nabella padanya, dia tak kisah. Tapi kini ayah kandungnya sendiri.
Hinaan yang dia terpaksa telan bulat bulat.
"Apa ayah cakap ni? Dina tak buat lah semua ni!" Wardina pantas membela diri.
"Habis, tu apa? Kau nak cakap yang dalam gambar tu bukan kau?" Tempelak Tuan Azfanizam lagi.
Wardina melirik pada gambar gambar itu. Gambar seorang perempuan dan lelaki tidur bersama di atas katil diselubung dengan comforter putih. Paling mengejutkan, perempuan itu dia! Berwajah sama seperti dia. Kening, mata, hidung dan mulut. Semua sama seperti dia dan paling dia tak faham, lelaki itu pula sama seperti wajah Hayyan!
Wardina gigit bibir.
"Bukan, bukan Dina. Dia tak akan buat benda benda macam ni, ayah."
Tuan Azfanizam merengus kasar mendengar suara itu. Bersungguh sungguh menidakkan bukti yang dah ada depan mata.
"Kalau sebelum ni, aku boleh maafkan lagi kau berpeluk bercium dengan jantan tu. Tapi yang ni dah melampau! Mana aku nak letak muka kalau orang tahu tentang ni?"
"Ya Allah, Ayah! Dina tak buat! Dina tak tahu ini gambar apa." Susah betul ayahnya itu ingin mendengar kata-katanya. Wardina bangun.
"Macam mana ayah boleh percaya seratus peratus dengan apa yang ayah nampak dalam gambar tu? Ayah sikit pun tak dengar daripada side Dina." Tubuh ayahnya dihampiri. Lelaki itu langsung tidak menunjukkan rasa ragu ragu dan terus menuduhnya tanpa usul periksa.
"Aku tak terkejut dengan gambar tu sebab sebelum ni aku dah nampak perangai kau macam mana! Nak berdalih lagi?"
Wardina terdiam. Disebabkan perkara lepas yang disalah anggap, persepsi Tuan Azfanizam padanya terus terpesong jauh.
Bagi lelaki itu, Wardina dah menjadi seorang gadis yang liar dan tak tahu menjaga maruah diri lagi.
"Sabar, ayah... sabar. Kita duduk dulu." Nabella yang dari tadi menjadi pemerhati terus meluru kepada ayahnya. Tubuh itu dibawa ke sofa.
"Dina tak buat lah semua ni, Dina tak buat!!!" Balas Wardina geram. Gambar yang berada diatas meja itu diambil lalu dironyokkan. Tak cukup dengan itu, dia koyak sehingga menjadi serpihan kecil kemudian dibaling ke lantai.
"Sumpah. Dina berani bersumpah yang Dina tak buat. Susah sangat ke ayah nak percaya anak sendiri? Ni mesti perempuan ni punya kerja kan? Dia hasut ayah supaya ayah bencikan Dina kan?!" Jarinya dituding tepat pada wajah Nabella.
Nabella yang melihat wajah serius Wardina itu terus terdiam. Gerun dengan pandangan maut yang dilemparkan.
"M-mana ada! Kau jangan nak t-tuduh aku pulak."
"Kau cakap dengan aku Bella. Kau yang bagi ayah gambar gambar ni kan? Kau yang palsukan gambar ni kan?!" Wardina meluru pula pada Nabella.
Wajah Nabella pucat lesi. Matanya yang membuntang itu terkelip kelip menahan gerun. Dia kenal Wardina. Perempuan itu bukan senang dipijak.
"Kau memang tak guna kan, Bella? Apa salah aku kat kau sampai nak buat macam ni?" Serentak itu, rambut Nabella ditarik kuat. Wardina seakan akan sudah hilang sabar. Dia dah tak boleh fikir secara rasional lagi.
Kalau sebelum ni, Nabella perangkap dia dengan Hayyan tak apa lagi. Tapi kali ni dah melampau!
"Arghhh! Apa ni, lepaslah!" Nabella memegang rambutnya sendiri. Terasa kulit kepalanya seperti ingin tercabut.
"Kau cakap dengan ayah perkara sebenar!" Rambut itu masih belum dilepaskan.
"Lepaslah, aku tak buat apa apa pun! Gila ke?!"
"Lepaskan anak aku lah!" Kali ini, Puan Kirana terus meluru pada Nabella. Tubuh anaknya itu ditahan dari ditarik oleh Wardina.
"Dina, sabar Dina." Syuhada pula tidak duduk diam. Dia juga turut cuba meleraikan pergaduhan itu.
Suasana jadi kecoh. Wardina pula tidak menunjukkan tanda tanda ingin mengalah. Dia geram. Dia sakit hati. Siapa lagi yang dengki dengan dirinya kalau bukan si Nabella itu?
"Wardina!"
Pang!
Wardina jatuh terduduk. Pipinya yang terasa pijar terus dipegang. Automatik suasana jadi senyap. Tiada lagi pergaduhan dan tiada lagi kekecohan.
"Ya Allah, Dina!" Syuhada yang terkejut itu terus menghampiri Wardina dan melutut di sebelah gadis itu. Tubuh Wardina dipegang.
Wardina tersenyum sinis. Tangannya terketar ketar memegang pipi sendiri. Dia langsung tidak menjangkakan itu.
"Finally." Ucapnya. Semua penghuni di ruang tamu itu memandang ke arahnya dengan pandangan yang pelik.
"Finally ayah naik tangan juga dekat Dina." Kali ni terlepas ketawa kecilnya. Ah, sakit dipipinya tak boleh menandingi sakit dihatinya tatkala itu.
"Kenapa? Kau nak sangat ayah tampar kau?" Nabella menyampuk. Dia melihat Wardina seakan dah hilang akal. Kena tampar pun bibir itu masih menarik senyum.
Puas hati Nabella apabila melihat perempuan itu ditampar. Memang layak. Rambutnya yang serabai dibetulkan. Turun naik nafasnya menahan geram.
"You know what... Dina dari dulu dah terfikir. Mungkin suatu hari nanti ayah akan tampar Dina. Tapi tak sangka pula hari ini adalah harinya." Suaranya bergetar perlahan. Tubuhnya pula terus berdiri tegak. Air mata sedaya upaya ditahan.
Syuhada yang melihat situasi itu berlaku hanya menahan geram dalam hati. Tak cukup dengan itu tangannya digenggam. Dia tahu keluarga Wardina seperti apa tapi dia tak sangka seteruk ini.
"Aku nak kau kahwin dengan dia." Ucap Tuan Azfanizam tiba-tiba.
"Apa ayah cakap ni?" Wardina berkerut.
"Kahwin dengan lelaki yang kau dah tidur tu." Ulangnya.
Tak masuk akal! Tidak pernah dalam fikirannya dia akan berkahwin dengan sesiapa. Lagi lagi dengan Hayyan. Masa depannya jauh lagi lah.
"Dina tak nak."
"Habis tu? Nak tunggu perut tu membuncit baru nak kahwin?" Pedas sekali kata-kata Tuan Azfanizam membuatkan lidah Wardina kelu.
Perniagaannya sudah stabil selama beberapa tahun. Dia kena pastikan nama baiknya sebagai seorang ahli perniagaan tidak tercalar kerana hal macam ni.
Kalau perempuan itu buat hal dan rakan perniagaanya tahu tentang ini, mana dia nak letak muka? Silap hari bulan, projek pun terlepas!
"Dina tak nak. Dina akan bertanggungjawab kalau itu kesalahan Dina. Tapi masalahnya, Dina tak salah. Ayah faham tak? Dina tak tahu lagi macam mana nak yakinkan ayah." Kali ini, suaranya mula merintih.
"Bukti dah ada depan matalah! Kau tak payah nak berlakon dengan air mata palsu ni. Meluat. Kau dengan mak kau, sama aje! Dua dua menyusahkan orang." Tanpa berlapis, Puan Kirana terus mengherdik. Membuatkan panahan mata Wardina terpasak pada wajahnya.
Pang!
Terketar ketar tangannya hinggap dipipi wanita itu. Dia juga tak sedar dengan tindakan sendiri. Melampau. Kalau nak hina dirinya, dia boleh terima lagi. Hina lah sepuas hati. Tapi arwah umi... dia tak boleh terima!
"Wardina!!!" Lantang suara Tuan Azfanizam menengking. Tubuh gadis itu ditolak.
"Kau dah makin biadap kan sekarang ni?! Kau tahu tak kau tampar siapa?" Sambungnya lagi.
"Siapa? Ibu? Dia bukan ibu Dina! Ibu Dina ada satu aje dalam dunia ni. Hanya Umi."
Wardina diam. Dia dah tak kisah tentang apa yang orang fikir tentang dirinya. Biadap? Ya dia memang biadap. Dia kurang ajar. Tapi hanya dengan orang yang biadap dan kurang ajar dengannya.
"Su! Su!" Panggil Tuan Azfanizam berang. Mak Su yang menjadi pemerhati sedari tadi terus berlari menghampirinya.
"Ya tuan." Takut takut dia membalas. Wajah ditundukkan.
"Mulai sekarang, jangan bagi lagi perempuan ni masuk dalam rumah ni." Keras nadanya berbaur arahan. Nafasnya turun naik menahan geram.
Mak Su terkejut. "Tapi Tuan..."
"Saya tak ada anak yang tak reti jaga maruah macam ni. Tak ada adab! Mulai sekarang, kau jangan jejak kaki kat rumah ni. Faham!" Sambungnya lagi sambil jarinya dituding pada wajah Wardina.
Wardina terpempan. Ayahnya... halau dia? Ayahnya... buang dia?
"Ayah... Dina..."
"Keluar! Keluar dari rumah aku!" Wardina ingin meminta maaf tapi pantas ayatnya dipotong.
Tak cukup dengan itu, lengan gadis itu ditarik.
"Ayah... Dina minta maaf. Dina tak buat lagi." Rayu Wardina bersama air mata yang sudah mengalir dipipi. Sungguh dia terkejut dengan apa yang berlaku. Tuan Azfanizam buat tak dengar. Ditariknya tubuh itu sehingga ke muka pintu.
"Ayah! Dina minta maaf!" Wardina meraung tetapi langsung tidak diambil peduli oleh sesiapa. Hanya Syuhada yang berdiri disisinya dari tadi.
Dalam matanya berkaca-kaca, Wardina dapat melihat senyuman puas Nabella sebelum pintu ditutup kasar.
"Ayah!"
"Shh... Dina, kita balik dulu. Kita balik okay?" Tubuh Wardina yang seakan lemah itu dipegang.
"Syu... kenapa nasib aku macam ni?" Wardina menangis.
Rasanya, masuk kali ini dah berpuluh kali dia menyumpah Tuan Azfanizam. Perangai tak serupa seorang bapa! Sampai hati dia buat anak kandung sendiri macam ni?
Syuhada tidak dapat berkata apa. Kalau tadi dia takut untuk masuk campur perbalahan mereka sekeluarga tapi sekarang dia menyesal. Mungkin kalau dia masuk campur, dia dapat mengubah keadaan?
Entah.
Dia sendiri tidak pasti. Bahu Wardina digosok perlahan. Tumpah rasa kasihannya pada sahabatnya itu.
_______________________
Dah makin intense ya story line kali ni😌
Hari ni double update jangan lupa vote 🤍