Hina's Engagement Day ❤️
"Haaaa meh sini saya ratakan lagi lipstick dekat bibir tu" Cakap Emma. Emma pun duduk tegak di atas kerusi di dalam biliknya. Kau dan Emma lah yang bertanggungjawab untuk menghiasi dan mencantikkan Hina pada hari itu. Sudah 3 jam kau bertiga di dalam bilik. "Sini saya kemaskan lagi lengan baju tu" Cakap kau.
Toman
Member Toman tengah duduk di ruang tamu bersama ahli keluarga Takemichi dan ahli keluarga Hina. Dulang hantaran pertunangan pihak lelaki sudah kemas disusun rapi di tengah ruang tamu dan di sebelah pelamin kecil mewah Hina.
Chifuyu: Oi, rilek lah sikit
Mikey: Hehehe Takemitchy jangan nangis
Mitsuya: Kau buat ja macam biasa
Baji: Kau pasang ah muka handsome kau
Nahoya: Aku sebenarnya dah lapar ni
Pahchin: Aku pun
Draken: Nanti ambil gambar dengan Hina, senyum sikit muka tu Takemichi
Takemichi: T-Tapi... T-Tapi-
Chifuyu: Takda tapi-tapi. Kau rilek je
Kazutora: Woi woi tu diorang bertiga dah keluar dari bilik
Kau dan Emma mula mengangkat dulang hantaran tunang dari pihak perempuan. Kau dan Emma mengangkat kesemua dulang hantaran dan meletakkannya bersebelahan dengan dulang pihak lelaki. Selesai mengangkat dulang, kau dan Emma masuk ke bilik semula untuk mengiringi Hina.
Anggun ayu wajah Hina, molek bahasa lenggoknya, manis senyumannya yang terukir, tatapan matanya yang mampu membunuh Takemichi. Sempat juga Hina menjeling Takemichi. Hina pun duduk dengan sopan di atas pelaminnya. Kau dan Emma duduk bersama mak Hina
"Pssttt psstttt" Kau mendengar sesuatu. "Psstttt pssttt" Sekali lagi kau mendengar bunyi itu dan kau menoleh ke belakang.
[name]: Eh Naoto
Naoto: Kak, akak cantik Harini
[name]: Mekasih Naoto. Ni kak Hina dah 1 step nak jadi milik orang
Naoto: Itulah, Naoto gembira juga untuk kak Hina
[name]: Naoto doa yang terbaik untuk kakak Naoto
[a/n]: Time tunang ada tok kadi ke tak eh?
Orang pun mula lah berbalas-balas pantun. Kau dan Emma berada di pihak perempuan, Toman berada di pihak lelaki. "Anak nyonya makan pinang, hajat Takemichi ingin bertunang" Cakap Draken
Emma:
Bulan puasa makan kurma,
Hajatnya diterima
Ayah Takemichi:
Pak Selatan pergi ke pekan,
Niat kami ingin berbesan
Ayah Hina:
Anak dara pergi berkelah,
Apa tunggu lagi, jomlah
Mak Takemichi:
Pucuk ubi ulam pegaga,
Terimalah kami menjadi keluarga
Mak Hina:
Lelaki disana namanya Hanma,
Kami terima!!
Dengan itu majlis diteruskan dengan bacaan doa dan pengesahan untuk menjadi tunang. [apa author cakap ni Raju?] Mak Takemichi pun menyarungkan cincin ke tangan Hina. Begitu juga dengan Takemichi. Mak Hina menyarungkan cincin ke tangannya. Dengan itu Hina dan Takemichi pun sudah bertunang. Dulang hantaran pun ditukar.
Tugas kau dan Emma. Ambil gambar Hina dan Takemichi. Kau siap bawa camera kau sendiri. Emma siap bawa ring light dia. Korang pun ambil gambar bersama. Seterusnya bersama Toman. Seterusnya bersama family. Lepastu semua tetamu pun mulalah menjamah hidangan. Macam biasa, duduk dengan pakwe masing-masing lerr. Dari awal sampai kesudah Toman asyik menyakat Takemichi. Lagi-lagi Mikey.
Hina: Thank you tau korang tolong saya dari sebelum majlis sampai lah hari majlis
[name]: No hal lah. Kitorang pun enjoy
Emma: Betul tu. Seronok sangat
Draken: Kemain lagi Emma senyum
[name]: Ha Draken-kun boleh la ambil feel juga untuk bertunang dengan Emma nanti
Emma: Eh-hehehe
Baji: Saya pun ambil feel jugak hehe
[name]: Ha ambillah. Kita kasi Emma dengan Hina kawin dulu, baru kita kawin
[a/n]:
"Kita kasi Emma dengan Hina kawin dulu, baru kita kawin"
Selesai menjamu selera dengan lahapnya, kau dan Emma mula melipat lengan baju. Tetamu pun banyak dah balik. Tetamu pun tak banyak, tak jemput orang banyak sangat. Kite-kite jerr. Kau dan Hina mula berdiri dan mengambil 2 atau 3 besen besar. Kau berdua meletakkan pinggan, mangkuk, senduk, sudu dan cawan di dalam besen itu. Selesai mengutip kesemuanya, kau berdua mengangkat besen itu dan pergi ke dapur.
Mak Hina: Eh eh kamu berdua buat apa ni. Tak payahlah susah-susah, nanti makcik boleh basuhkan
[name]: Alaa takpe makcik. Kitorang tolong sikit je ni
Emma: Betul tu makcik. Makcik kan orang penting Harini, makcik selfie lah dengan Hina dan Takemichi dulu
Mak Hina: T-Tapi-
[name]: Takpe makcik, kami okey. Boleh je ni kami kan kuat ( ◜‿◝ )
Dengan hati yang tak rela, makcik pun meninggalkan kau berdua. Nahhh disitulah kau dan Emma beraksi. Air sabun mula dibancuh, sisa makanan mula diasingkan. Dan pingganlah yang paling awal dicuci. Korang tertunduk-tunduk, tercangkung-cangkung, tertonggeng-tonggeng. Yes, memang penat. Tapi korang enjoy. Siap boleh menganjing Hina lagi. Dari pinggang sampai lah ke telapak kaki korang rasa penat. Toman?
Toman
Baji: Wehh nampak [name] tak?
Mikey: Tak nampak, tadi ada
Draken: Emma pun takda ni
Mitsuya: Diorang ada dekat dapur
Pehyan: Tengah jadi tukang cuci
Toman pun bergegas pergi ke dapur. Mereka memaksa diri untuk menahan ketawa melihat gelagat kau dan Emma. Diorang ingin tolong tapi dihalau oleh korang. Niat tu dah elok, tapi tak boleh dipercaya. Percaya tak kalau author cakap, kerja akan cepat siap dan senang kalau sikit je tangan campur. Tapi kalau banyak tangan yang masuk campur, kerja akan jadi susah dan lambat settle.
[name]: Haih pi lah temankan si Takemichi. Dia still nervous tu
Emma: Betul tu, biarlah kitorang buat kerja
Baji: B-Betul ke ni?
[name]: Iyee, sikit je ni
Draken: Kalau macam tu kitorang blah la dulu
Mikey: Alaaaaaaaaaaa nak tolong [name]-channnnnnnn
Baji: Kau pendek jangan mengada-ngada kacau makwe aku
Baji pun menarik telinga Mikey dan pergi ke ruang tamu semula. Kau dan Emma pun lega kerana tiada yang mengganggu. Di ruang tamu pula....
Baji: Aku rasa, majlis tunang aku dengan [name] nanti nak letak banyak lagi bunga dekat pelamin
Draken: Kalau aku, aku nak bagi sebiji ke untuk hantaran
Baji: Nak lagi mewah, aku nak kasi heels.
Draken: Baju tunang pulak nak colour silver
Baji: Kalau aku, aku ikut je [name] nak colour apa
Baji dan Draken pun sembang sampai mulut dah tak larat nak bercakap. "Diorang bincang apa tu?" Tanya Mikey. Mikey mula berdiri dan ingin pergi ke arah Baji dan Draken namun dihentikan oleh Mitsuya. "Jangan kacau, diorang telah melihat masa hadapan" Cakap Mitsuya.
Kau dan Emma
"Yeahhhh finally settle juga setelah 2 jam lebih" Cakap kau sambil tersenyum bangga. Kau dan Emma pun mengikat plastik yang berisi sisa makanan dan memanggil Naoto untuk membuangnya. Kau dan Emma ingin duduk namun mata kau terhenti di suatu sudut
[name]: Tu periuk apa?
Emma: Entah?
[name]: .......
Emma: ........
[name]: Jangan cakap kita lupa nak cuci 2 periuk besar tu
Emma: Ha sudah...
Kau dan Emma pun melangkah kaki dan berjalan menuju ke arah periuk tersebut. Nahh, firasat perempuan tak pernah salah. SURPRISE!! Itu periuk kari ayam yang korang lupa nak cuci. Dan yang paling menyakitkan hati, dalam tu masih ada 10 pinggan dan 15 mangkuk yang belum dicuci. Pinggan dan mangkuk yang telah dicuci tadi dahla sudah tersusun rapi untuk dikeringkan. Tengok-tengok ada lagi kembar diorang yang masih belum dicuci. Korang pun mula mencuci semula
"Haduhh penatnya... 3.30 petang dah ni. Mana [name] dan Emma?" Tanya Hina. "Ohh tadi diorang cuci pinggan dekat dapur. Cuba tengok" Cakap Mak Hina. Hina pun bergegas menuju ke dapur dan mendapati kau dan Emma sedang tidur sambil tertunduk di meja makan. Hina pun mengejutkan kau dan Emma dan menyuruh kau berdua baring di luar tamu.
Mak Hina: Aloooo sian kamu berdua. Jom duduk kat sini rehatkan badan tu. Hina ambil cheese tart tadi bagi dekat [name] dan Emma ni
Hina: Orite kejap-kejap
[name]: Penat, tapi best makcik
Emma: Betul tu
Kau dan Emma bercakap dengan mata yang masih bertutup. Masing-masing mamai. Adalah dalam 15 minit macamtu korang tidur. Toman pula tenung je korang, takut nak tegur. Kan tegur nanti kena tengking pulak. Korang pun makanlah manisan tu sama-sama. Sambil tu borak juga dengan makcik. Naoto pula dari tadi jadi wartawan menemu ramah bakal abang ipar dia. "Ha korang ambil lah gambar puas-puas dekat pelamin tu sebelum orang dekat butik datang ambil" Cakap makcik
Mitsuya: Ha let me take your picture
Nahoya: Duduk rapat-rapat sikit
Baji: [name] senyum sikit, ha barulah manis
Kazutora: Buat ✌️
Mitsuya: Jap nak adjust camera. Bagi dia balance sikit
Draken: Emma jangan tunjuk sangat muka ngantuk tu
Emma: EH-oh.. okay
Mak Hina: Rajin [name] dengan Emma tu ye bang
Ayah Hina: Ye, untung Hina dapat kawan yang baik macamtu
Mak Hina: Dari pelamin, baju tunang, dulang hantaran, makeup, cuci pinggan, semua diorang settlekan
Ayah Hina: Teringat masa kita muda-muda dulu
Mak Hina: Betul, dulu saya pun sibuk juga macam ni masa tunang kawan saya. Sayalah yang paling sibuk
Ayah Hina: Betul, samalah macam [name]. Dia yang paling kerja keras, masa hujan sikit lagi tadi dia risau sangat
Mak Hina: Itulah, yang paling sibuk tu lah yang paling awal kawin nanti
Ayah Hina: Betul tu, tengok lah nanti
Selesai lepak-lepak apa semua, kau, Emma, Takemichi dan Toman pun minta izin untuk balik. Majlis pun dah settle. Masing-masing penat. "Makcik, pakcik, Hina, kami balik dulu"
Mak Hina: Eh kejap, [name], Emma tunggu dulu
Emma: Ye makcik?
Mak Hina: Ha nah, hadiah untuk kamu berdua
[name]: Eh-duit apa ni makcik
Mak Hina: Ni duit untuk kamu berdua tak susah payah tolong kami
Emma: Eh takpe makcik, susah-susah je
Mak Hina: Takpe, makcik ikhlas. Ambil lah
[name]: Mekasih makcik. Tapi kitorang tolong ni ikhlas tau makcik
Mak Hina: Ye makcik tahu, ambil ye duit ni. Ni reward untuk korang
Baji pun tengok kau dengan bangga. Senyum macam suami bangga tengok isteri gitu. "Saya kena sorok duit ni" Cakap Emma. "Kenapa pula?" Tanya kau. "Nanti Mikey tagih dorayaki kat aku" Jawab Emma. Emma pun cepat-cepat menyorok duitnya. "Emma adikku sayang~" Panggil Mikey
Ha sudahhhh-Emma