Garapan Hati (LOVE OR LUST 2)...

By kinsellhriz

22.2K 517 83

LOVE OR LUST 2 Kesinambungan kisah cinta antara Syed Naufal dengan Kayla Batrisya. More

SINOPSIS
GH 1 | Kalut
GH 2 | Marah
GH 3 | Naufal
GH 4 | Razif
GH 5 Berita
E-BOOK
Spoiler
Shopee
GH 6 | Lunch
GH 8 | Sejarah
GH 9 | Cemburu
GH 10 | Merancang

GH 7 | Shafira

835 23 0
By kinsellhriz

Hari yang ditunggu-tunggu setelah lima hari bekerja tanpa mengira masa kini telah tiba. Hari hujung minggu.

Seperti yang sudah dirancang, hujung minggu ini kami akan bermalam di rumah keluarga Naufal. Bagi menyambut kepulangan kakak Naufal dan keluarganya dari Indonesia. Kali ini kakak Naufal akan pulang menetap terus di Malaysia memandangkan suaminya sudah dipindahkan kembali ke sini.

"Kayla buat apa sekarang? Full time housewife ke?" Soal kakak Naufal.

Tika ini aku, Naufal, Haikal, Shafira dan kakak Naufal sekeluarga sedang menikmati makan tengah hari di meja makan. Cuma budak-budak kecil yang terkecuali. Mereka lebih berminat dengan pelbagai jenis mainan yang dibawa pulang oleh kakak Naufal. Seronoklah Irfan dua hari ni dapat bermain dengan sepupu-sepupu dia.

"Kay dah start masuk kerja semula. Baru je berjinak-jinak nak mula semula selepas berbulan-bulan cuti." Jawab aku sopan. Aku masih belum biasa dengan kakak Naufal. Cuma beberapa kali saja kami pernah berjumpa dan bersembang.

"Eh you kerja ke? Sejak bila? Kenapa tak join kita orang je.." suara Haikal membuatkan aku toleh kearahnya serta-merta.

Haikal masih kelihatan sama seperti dulu. Tidak banyak yang berubah cuma penampilan dan raut wajahnya kelihatan lebih matang berbanding empat tahun yang lepas.

"Kenapa I nak join PH pula? Kay tak pernah quit dari company along tau."

"Alah apa salahnya. Dapat kerja sekali baru meriah sikit.." tambah Haikal lagi.

Spontan aku mencebik. "Lagi meriah atau lagi senang korang nak buli I ni? Tiba-tiba je ajak join mesti ada motif apa-apa ni." Dengan curiga aku berkata dengan mata aku mengerling ke arah Naufal yang sedang enak menjamah pencuci mulut.

"What? Abang tak tau apa-apa okay."

Haikal ketawa. "Eleh Fal nak main sorok-sorok pula. Dah lupa ke apa yang kau kata kat aku dulu." Giat Haikal mengusik.

"Kau nampak ni?" Naufal tunjuk buku limanya ke arah Haikal. "Jangan nak buat-buat cerita lah. Tak memasal aku kena tidur luar pula malam ni."

Aku cubit peha Naufal kuat. Naufal ni kalau dibiarkan memang lagi jauh dia melalut nanti.

"Ish korang berdua ni kacau jelah. Akak nak sembang dengan Kayla pun tak senang tau." Selar kakak Naufal tidak puas hati.

Aku melemparkan senyuman sinis ke arah dua beradik kembar itu. Kalau hari lain bolehlah mereka menyakat aku tapi dengan kehadiran kakak Naufal ni jangan harap lah perangai nakal itu dibiarkan. Pasti kakak Naufal akan menyebelahi aku.

"Kayla jangan nak bagi muka sangat dengan Naufal ni. Bila dua orang ni berjumpa mesti ada je modal nak kenakan orang tu. Elok lah Kayla tak kerja sekali dengan Naufal. Nanti apa-apa masalah kat tempat kerja bawa balik rumah jadi masalah lain pula nanti." Pesan kakak Naufal penuh prihatin.

"Tak ada lah. Kay memang dah selesa dengan kerja sekarang, so far tak ada rasa nak lompat ke mana-mana lagi."

"Baguslah macam tu... Shafira pula macam mana? Dah habis study kan?" Kini giliran Shafira pula disoalnya.

Shafira yang tadinya menguis-nguis makanan dalam pinggan makannya termanggu-manggu bila tiba-tiba saja namanya disebut. Tidak dapat tangkap apa soalan yang ditujukan padanya.

"Woi Fira termenung apa? Laki kau kat sebelah pun boleh lagi termenung ya? Dah sampai ke bulan ke?" Bidas Naufal tajam dalam nada gurauan. Haikal dan Naufal tergelak-gelak dengan situasi yang berlaku tika ini. Wajah hairan Shafira bagaikan menggeletek rasa lucu pada hati mereka.

Aku yang memerhati situasi ini jatuh kasihan dengan Shafira yang sudah berubah air mukanya. Pasti dia malu bila ditertawakan depan ramai orang seperti ini.

"Abang..." lengan Naufal aku pegang. Kepala aku menggeleng perlahan sebagai tanda agar Naufal tidak lagi mengenakan Shafira.

Sekali lagi kakak Naufal meredakan suasana di meja makan. Diulangnya semula soalan yang ditujukan buat Shafira tadi.

Shafira kelihatan teragak-agak mahu menjawab soalan itu. "Em Fira dah habis belajar. Sekarang ni tak ada buat apa-apa pun. Cuma duduk rumah jaga makan pakai abang dengan Hayfa."

Hayfa ialah anak perempuan hasil perkahwinan Haikal dengan Shafira. Umurnya baya-baya dengan Irfan.

"Oh full time housewife lah ni? Fira muda lagi kan? Seronok ke duduk je rumah jaga anak?" Kakak Naufal lepaskan tawa yang kedengaran kelat sahaja. "Akak rasa duduk rumah jadi full time housewife lagi penat daripada keluar bekerja. Nak nak lagi budak-budak tu makin lasak. Tak menang tangan nak uruskan budak bertiga tu."

Shafira dilihatnya tersenyum kelat. "Penat tu memang penat tapi tak apa. Abang ada selalu dia yang balik kerja rajin layan Hayfa. Boleh la rehat sementara Hayfa main dengan papanya."

"Hm bertanggungjawab juga lah Haikal ni? Nasib baik bini kamu ni cerita yang baik-baik je kalau tidak siap lah akak basuh telinga kau tu."

Haikal mencebik. Bahu Shafira dipeluknya lalu sebuah kucupan hinggap di kepala Shafira. Berbunga hatinya bila si isteri menghargai penat lelahnya menjaga permata hati mereka.

"Alah akak ni over je. Fal ni tak payah nak tunggu Kay cerita pun dah boleh tahu lah macam mana orangnya Fal ni. Fal pun bertanggungjawab juga tau." Naufal yang tidak mahu kalah mencelah tiba-tiba.

"Eleh dengan kau tu lagi lah akak tak percaya tau. Entah ye ke tidak kau ni. Tahu nak yang senang-senang je."

"Heii!"

Gamat ruang makan ini dengan tawa kami semua. Naufal pula wajahnya mencuka bila ditertawakan sedemikian rupa. Nak merajuk lah tu? Ingat ada orang heran?

Suasana di meja makan kembali reda bila kaum lelaki mula mengundur diri. Cuma tinggal aku, Shafira dan kakak Naufal yang masih bersembang dari satu topik ke topik yang lain.

"Eh akak sebenarnya nak tanya Kayla ni. Tapi asyik terlupa je."

"Tanya apa tu?"

"Kayla makan apa eh? Macam mana Kayla jaga body ni? Anak dah dua pun badan mantain je macam anak dara. Ni kalau jalan berdua dengan Naufal mesti orang ingat korang berdua ni sepasang kekasih tau. Langsung tak berubah."

Aku tersipu malu bila dipuji sedemikian rupa. Segan bila dikatakan seperti anak dara sedangkan anak aku sudah dua.

"Entahlah kak. Kayla tak ada makan apa-apa supplement pun. Mungkin faktor genetik kot tu yang body susah nak naik." Jawab aku merendah diri.

Dulu tika awal-awal lepas bersalinkan Irfan ada juga aku menyertai kelas senaman posnatal untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan normal. Ia dilakukan untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Bila lama berpantang, ditambah pula sering berjaga lewat malam untuk menyusukan Irfan, tubuh aku akan mula rasa lesu dan tidak semangat. Mujur Naufal mengesyorkan untuk aku sertai kelas senaman bagi memulihkan kekuatan otot tubuh badan.

Lepas bersalinkan Irsyad pula, aku lebih selesa melakukan senaman sendirian. Lebih mudah dan lebih fleksibel.

"Jealous betul akak dengan kamu ni. Badan maintain cun je. Elok lah muda-muda jaga badan, akak ni belum 10 minit buat exercise ringan pun dah termengah-mengah. Nasib baik la dapat suami macam Shuk tu. Tak ada nak komplen apa." Tambah kakak Naufal lagi dengan iringan gelak tawanya.

"Betul tu kak. Dapat suami yang memahami dan tak pentingkan bentuk rupa padan semata-mata pun satu nikmat juga."

Bunyi kerusi bergeseran dengan lantai membuatkan aku berpaling muka ke arah Shafira.

"Erm Fira minta diri dulu lah. Nak tengokkan Hayfa kejap." Ujar Shafira lalu dia terus berlalu dari meja makan ini. Wajahnya kelihatan murung dan muram.

"Eh akak terlepas cakap ke ni? Fira terasa hati ke? Ya Allah lupa pula akak Fira pun ada sama kat sini tadi." Kata kakak Naufal dengan serba-salah.

Nampaknya bukan aku saja yang perasan riak mendung pada wajahnya. Memang Shafira kebelakangan ini lebih banyak berdiam diri daripada berkata-kata. Perwatakan cerianya sudah jarang aku lihat semenjak dia bersalinkan Hayfa.

Aku agak Shafira mungkin terasa hati dengan perbualan kami tadi. Selepas bersalin, tubuh badan Shafira agak berisi berbanding dulu. Pinggangnya semakin lebar dan dagunya juga kelihatan berlapis bila dia tersenyum. Walaupun sudah hampir 3 tahun bersalinkan Hayfa, tubuh badan Shafira masih belum berjaya dikembalikan pada bentuk asal.

Selama ni bila bersembang, tak ada pula Shafira meluahkan apa-apa pada aku. Tapi siapa tahu kalau dalam diam Shafira sebenarnya sedang memendam rasa hatinya. Walaupun bukan aku yang buka topik ini, sedikit-sebanyak rasa bersalah mampir dalam diri.

"Tak ada apa lah kak. Mungkin dia risau kot lama sangat tak nampak Hanani tu." Jawab aku. Tidak mahu kakak Naufal rasa bersalah pula walhal aku sendiri mula rasa tidak sedap hati dengan perubahan sikap Shafira kebelakangan ini.

Continue Reading

You'll Also Like

250K 1.2K 19
Karya fuukye js Cerita berkisar tentang percintaan yang tidak tulus penuh dengan konflik serta misteri. AMARAN KERAS ! Tidak sesuai untuk...
15.7K 117 25
[Warning ! 🔞] Mikayla Qarine. Anak tunggal yang menjadi kebanggaan. Sentiasa taat perintah, mendengar kata, menunaikan permintaan ibunya. Namun di...
5.9M 263K 62
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
28.4K 272 24
22-08-2023 : Juliet Stella @ Laura Sofia X Kamil Adam Ia berlaku dengan sekelip mata, dengan petikkan jari orang yang bernama Dato Kamil, aku dibeli...