QAYDER : MR COLD

By Blqs_Rose

9.2M 354K 85.4K

# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clema... More

HELLO!!!
•BAB 1• 🚫
•BAB 2• 🚫
•BAB 3• 🚫
•BAB 4• 🚫
•BAB 5• 🚫
•BAB 6• 🚫
•BAB 7• 🚫
•BAB 8• 🚫
•BAB 9• 🚫
•BAB 10• 🚫
•BAB 11• 🚫
•BAB 12• 🚫
•BAB 13• 🚫
•BAB 14• 🚫
•BAB 15• 🚫
•BAB 16• 🚫
•BAB 17• 🚫
•BAB 18• 🚫
•BAB 19• 🚫
•BAB 20• 🚫
•BAB 21• 🚫
•BAB 22• 🚫
•BAB 23• 🚫
•BAB 24• 🚫
•BAB 25• 🚫
•BAB 26• 🚫
•BAB 27• 🚫
•BAB 28• 🚫
•BAB 29• 🚫
•BAB 30• 🚫
•BAB 31• 🚫
•BAB 32• 🚫
•BAB 33• 🚫
•BAB 34• 🚫
•BAB 35• 🚫
•BAB 36• 🚫
•BAB 38• 🚫
•BAB 39• 🚫
•BAB 40• 🚫
•BAB 41• 🚫
•BAB 42• 🚫
•BAB 43• 🚫
•BAB 44• 🚫
•BAB 45• 🚫
•BAB 46• 🚫
•BAB 47• 🚫
•BAB 48• 🚫
•BAB 49• 🚫
•BAB 50• 🚫
•BAB 51• 🚫
•BAB 52• 🚫
•BAB 53• 🚫
•BAB 54• 🚫
•BAB 55• 🚫
•EPILOG• 🚫
•END• 🚫

•BAB 37• 🚫

169K 6.4K 2.2K
By Blqs_Rose

"ASYALAA." Panggil suara garau milik Qayder.

"Hmm." Sahut Asyalaa bersama mata yang masih layu. Namun dia tak menoleh. Laju dia memanjat katil sebelum tubuh direbahkan di atas katil.

Mengantuk.

Qayder hanya geleng kepala sahaja melihat tubuh yang masih bertelekung itu tumbang di atas katil.

Tak apalah. Nanti Asyalaa terbiasalah tu.

Dan selepas itu, Asyalaa terlelap seketika bersama rasa kantuk yang kembali bermaharajalela.

Berkerut dahi Asyalaa apabila cahaya yang menyimbah masuk ke dalam kamar tiba-tiba menganggu lenanya. Terpisat-pisat Asyalaa bangun dari lena dan memandang satu tubuh yang sedang menarik tirai kamar.

Terkenyit-kenyit mata Asyalaa memandang lelaki itu yang segak walau hanya memakai baju jersi tanpa lengan dan sweatpants.

Oh what a view...

"Bangun. Matahari dah naik. Tak elok tidur lepas subuh." Tegas suara itu tidak bernada. Selepas itu Qayder terus melangkah keluar dari bilik.

Asyalaa terus bangun dari perbaringan. Terkedek-kedek dia mengekor langkah Qayder naik ke ruangan peribadi lelaki itu.

"Awak nak ke mana Qayder?" Tanya Asyalaa. Tangan naik menggosok mata.

"Bersenam." Balas Qayder sepatah.

"Nak ikut."

"Dengan pakai telekung? No."

Asyalaa memuncung mendengarnya. Dingin betul polar bear kutub utara ni. Jeling Asyalaa pun tak.

Cis.

"Yalah. Saya tukar baju sekejap. Tau tau tau!" Asyalaa kemudian berlari-lari anak keluar dari ruangan peribadi Qayder. Nak tukar baju agaknya.

Qayder senyum nipis sebelum menggeleng kepala dengan tingkah Asyalaa.

Qayder memulakan regangan sebelum beralih ke senaman paginya. Tenang dia mula push-ups seperti biasa. Tak lama kemudian pintu bilik peribadinya dikuak dari luar.

"Qayder!"

Qayder menoleh malas ke arah Asyalaa dan...

Bukkk!

Qayder automatik menggosok dagu yang bercium dengan judo mat. Tak sakit tapi dah tiber terjatuh. Sakit jugalah.

Urgh!

Qayder lantas kembali lakukan push-up tanpa angkat kepala langsung. Enggan menjeling Asyalaa yang hanya memakai sports top bersama high waisted yoga pants berwarna hitam. Bahagian abdomennya dibiar terdedah.

Terkena kejutan budaya Qayder dibuatnya.

"Dah lama saya tak pakai baju ni. Look at this. My abs already started to run out of shape though." Ujar Asyalaa. Dia menyentuh perut yang kononnya ada lemak mula berkumpul di situ. Padahal kempis dia sama je.

Asyalaa angkat kepala apabila tiada balasan diterima. Ceh! Khusyuk betul Qayder buat push-up dia tu. Langsung tak sudi nak pandang aku.

"Qayder. Saya nak buat apa?"

"Buatlah regangan dulu." Balas Qayder tidak bernada.

"Oh. Okey."

Lega Qayder rasa. Akhirnya diam juga budak tu buat regangan di tempatnya.

Qayder selepas itu berkalih sedikit menghadap ke tempat lain dan bersedia untuk buat plank pula.

"What are you doing?" Tanya Asyalaa.

"Plank."

"Oh. Nak join. Saya pun boleh buat plank." Asyalaa terus merapat ke sebelah Qayder dan bersedia untuk melakukan plank sama.

Qayder julingkan mata. "Nawra Asyalaa. Janganlah dekat-dekat dengan aku."

"Waeyo?"

"Kau pernah ke tengok orang lain work out rapat de..." Qayder terus terkelu saat melihat sepasang anak mata hitam pekat Asyalaa terkelip-kelip memandangnya.

Dang.

"Suka hati kaulah." Qayder pasrah sahaja. Dibiar Asyalaa buat plank rapat di sebelahnya.

Pelik betul perempuan ni.

Diam seketika. Tak lama kemudian Asyalaa jatuhkan tubuh apabila dia hanya mampu menahan sehingga dua puluh sembilan saat. Almaklumlah. Dah lama tak buat.

"Adeh. Penat."

"Baru dua puluh saat lebih." Sinis Qayder.

Asyalaa mencebik mendengarnya. "Berapa lama awak boleh tahan."

"Entah. Paling lama satu minit lebih kut." Balas Qayder tenang.

Oh.

"Eleh. Ye lah tu." Asyalaa terus meniarap sebelum dia menongkat dagu memandang Qayder. Bibir tersenyum senget memandang wajah tenang Qayder yang berubah serius apabila ditenungnya.

Mari kita saksikan.

Boleh sampai satu minit ke tak.

Qayder jeling Asyalaa. Asyalaa senyum senget pandang Qayder.

Dan akhirnya Qayder tumbang jua dengan panahan mata Asyalaa. Asyalaa ketawa kecil melihat wajah Qayder yang tersangatlah pasrah ketika itu.

"Eh apa ni hubby? Belum satu minit lagi." Perli Asyalaa.

Qayder angkat tubuh dari mat sebelum dia melutut. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Syalaa..." Seru Qayder perlahan.

"Ya saya?" Asyalaa tersenyum-senyum sendiri. Suka mendengar Qayder menyeru namanya seperti itu.

"Itu ada treadmill." Qayder memuncungkan treadmill di satu ruangan.

"Okey?"

"Kat sana pun ada punching bag dan ada dumbell." Tambah Qayder lagi.

"Uh hmm. So?" Tanya Asyalaa lagi.

"Pergi main kat sana. Jangan kacau aku boleh?" Suara lembut Qayder tadi berubah keras dan dingin. Meminta Asyalaa main jauh-jauh darinya.

"Ayyy. That's no fun lah ayo." Asyalaa sengih nakal. Tangannya naik menepuk bahu Qayder.

Serius betul suami dia ni.

"I don't want to have fun. I'm having my weekend workout so please don't disturb me." Tegas Qayder lagi. Qayder jatuhkan badan di atas lantai. Tangan disatukan ke belakang kepala sebelum lutut dibengkokkan. Perlahan-lahan dia angkat separa tubuh sebelum perlahan-lahan jatuh semula. Kemudian dia mengulang lagi dan lagi.

"Crunches?" Tanya Asyalaa.

Tapi Qayder tak jawab. Malas nak layan Asyalaa agaknya.

"Hubby. Saya tanya ni."

"Lima." Kira Qayder sedikit kuat. Asyalaa memuncung melihat tingkah Qayder yang seperti malas betul mahu memandangnya.

Cis!

Okay tak apa.

Orang buat kita tak apa.

Kita buat orang pula.

Uhuks!

Qayder rasa seperti ada sesuatu tersekat di tekaknya saat Asyalaa tiba-tiba duduk di atas abdomennya. Mengeras tubuh Qayder.

Urgh!

Perempuan ni memang menguji kesabaran aku betullah.

Qayder menongkat separa tubuh. Tajam mata memandang wajah selamba Asyalaa.

"Waeyo? Sambunglah. Saya boleh tolong kira. Teruskan." Asyalaa senyum tidak bersalah. Selamba sahaja dia bersandar ke paha Qayder.

"Nawra Asyalaa Mohd Borhan."

Kembang kempis hidung Asyalaa apabila suara seksi Qayder menyeru nama penuhnya.

Hot!

"Ya Allah, kau ni. Turun!" Tegas Qayder apabila Asyalaa tak beri apa-apa reaksi langsung. Duk kembang kempis hidung dia.

"Kalau saya tak nak?"

"Kau nak aku campak kau ke? Turun!" Qayder menolak bahu Asyalaa agar turun dari duduknya.

Asyalaa memuncung sedih. Nak halau pun cakaplah baik-baik sikit. Dingin betul.

"Ye lah. Maaf ganggu." Akur. Asyalaa mahu bangkit dari terus duduk di atas Qayder. Pasrah sahaja gayanya. Tapi tiba-tiba tangannya ditarik semula sehingga Asyalaa jatuh terduduk di atas paha Qayder.

Errr?

"Kau merajuk ke?" Tanya Qayder.

"Tak. Saya tak merajuk pun." Asyalaa senyum nipis.

"Inilah perempuan. Hati cakap lain, mulut cakap lain." Perli Qayder selamba.

Lah bro. Apa salah perempuan? Perempuan mana pernah salah.

"Betul lah. Saya tak merajuk pun. Saya cuma nak rasa macam mana orang bagi kita perhatian bila kita nakkan perhatian dari dia." Ujar Asyalaa tenang.

"Like real? You want attention?" Tanya Qayder pelik.

"Yup. Saya akui. Selama ni saya dapat perhatian yang cukup dari orang walaupun saya tak minta perhatian semua tu. Sebab... i don't want them." Asyalaa senyum nipis melihat pandangan Qayder ke arahnya.

"Judge me Qayder. Cakaplah apa yang awak nak cakap. Saya tak cukup kasih sayang. Saya tak cukup perhatian. Cakap je. Saya tak kisah." Asyalaa menepuk lembut bahu Qayder mahu membuang sedikit kotoran di situ.

"Well... that's the truth." Asyalaa melepas nafas berat sebelum dia angkat bahu. Ya. Sudah begitu hakikatnya. Nak buat macam mana?

Diam seketika.

"Oh. Okay then." Qayder angkat bahu.

Terkelip-kelip mata Asyalaa saat terasa hujung jari lelaki itu menari lembut di kulit abdomennya sebelum berlari ke belakang tubuh.

Apa ni?

"If attention you want, you should have just ask." Serentak itu lengan Qayder melingkar kemas melilit pinggang Asyalaa.

Eh?

"Oh. Macam tu eh?" Tanya Asyalaa malu-malu. Berbahang rasa wajah saat kulit lelaki itu bersentuh dengan kulit tubuhnya.

Hangat.

Tiba-tiba perut Asyalaa rasa berkepak pula.

"Hmm." Qayder jatuhkan kepala.

"Okay. So can i have your attention meow?"

Qayder tahan senyum lucu mendengarnya.

"Sure meow." Ujar Qayder macho sebelum dia melabuhkan bibir di pipi memerah Asyalaa yang terasa hangat. Tahu Asyalaa malu.

Asyalaa menyeringai suka sebelum tangannya naik menekup pipi sendiri yang terasa panas. Eiii malu!

"Jangan macam tu! I'm shy meow." Ujar Asyalaa malu-malu. Tangan naik menepuk dada bidang Qayder perlahan.

Malu.

Kononnya lah.

"Dia yang minta attention tadi. Orang bagi attention lah ni." Balas Qayder sebelum dia selamba mencium lagi sebelah pipi Asyalaa. Lembut. Macam mochi.

Asyalaa sembunyi senyum.

Aaaa Asyalaa nak jerit!

"I can give you attention as much as you want babe. Tapi lain kali, jangan kacau aktiviti pagi aku. Boleh?"

"Aye aye Captain!" Asyalaa angkat tabik hormat. Tanda mengerti.

Qayder senyum senget melihat tingkah Asyalaa. Perlahan-lahan dia mencium lembut pucuk hidung Asyalaa.

Terkelip-kelip mata Asyalaa. Omo! Asyalaa malu-malu dibuatnya. Namun dia turut mencium lembut pucuk hidung Qayder sesaat.

Terjongket sebelah kening Qayder memandang Asyalaa. Asyalaa hanya sengih.

"Kita belajar dari yang pakar." Ujar Asyalaa memberi alasan.

Qayder jatuhkan kepala tanda mengerti. "A good apprentice to her sorcerer i see?"

"Yup." Balas Asyalaa yakin.

Okey.

Tiba-tiba Qayder mencengkam lembut rahang Asyalaa sebelum bibir dilabuh lembut di bibir Asyalaa. Hanya sesaat.

Eh?

Terkelip-kelip mata Asyalaa memandang Qayder. Qayder pula menjongket sebelah kening berkali-kali bersama bibir yang menyenget jahat.

Erk that smirk!

Budak jahat.

"Just say that you want me to kiss you. Easy." Seloroh Asyalaa menyembunyikan segala rasa di dada.

Eeee nak jerit!

"Yes i want. Would you?"

Uhuks!

Rasa nak tercekik Asyalaa mendengarnya.

Oh my...

"Erm sure." Perlahan-lahan Asyalaa menyandarkan tubuh ke tubuh Qayder dan bibir berlabuh lembut di bibir Qayder. Hanya sesaat. Dan selepas itu Asyalaa laju menekup bibir dengan tangan.

"Dah!" Asyalaa rasa nak sembunyi melihat wajah Qayder yang hanya diam sendiri tanpa reaksi.

Aku je ke yang beria sendiri?

"Come." Qayder menarik lengan Asyalaa merapat.

"Hmm nak apa?" Tanya Asyalaa bingung. Asyalaa tergamam. Automatik dia mengecilkan diri di tempatnya saat wajah Qayder merapat dengan wajahnya. Sangat. Sehingga nafas itu melanggar hangat wajah Asyalaa.

Errr...

"Why bother ask, hmm?"

Membulat mata Asyalaa saat bibir mereka mula bersentuhan lembut.

"Err Qayder..."

"Hmm?"

"Tak ada apa. I just want to make sure that this is you." Asyalaa pun gelabah sendiri sebenarnya. Tapi dia tak nak lari.

Risau.

"I am Qayder."

Serentak itu Asyalaa dapat rasakan bibirnya ditindih berat dengan sesuatu.

Berat.

Hangat.

Dan...

Dominan.

Asyalaa rasa lemas sendiri dalam sentuhan itu. Rasa khayal dan leka yang hanya wujud kerana Qayder.

Dia tenggelam dalam rasa yang melemaskan ini.

Dia khayal dalam rasa yang memabukkan ini.

Dan dia leka dalam rasa yang indah ini.

Gila!

Diam. Sepi. Berombak kasar dadanya mencari nafas yang hilang diragut Qayder. Asyalaa menelan liur saat ibu jari Qayder menyentuh lembut bibirnya.

"Damn. Your beauty make me blush." Komen Qayder perlahan.

Semakin berbahang wajah Asyalaa mendengarnya. Perasan akan wajah Qayder yang berbahang sama. Membuatkan Asyalaa tahu yang dia dan Qayder sama.

Malu.

"Saya... saya cantik ke?" Bergetar suara Asyalaa bertanya. Menunjukkan betapa gilanya rasa debar yang ada di dada.

"Hmm." Bagai dikuasai magis. Qayder terus mengangguk sebagai jawapan.

Oh my.

Rasa nak pecah dada dengan degupan jantung sendiri. Qayder ni jujur ke?

Asyalaa menelan liur apabila lekuk bibir lelaki itu menyentuh lembut bibirnya. Asyalaa memejam mata. Biarkan sahaja semuanya.

Gulp...

Ding! Dong!

Asyalaa dan Qayder automatik berpandangan sesama sendiri lama. Terkelip-kelip mata kedua-duanya yang berlanggar sesama sendiri itu.

Ehem!

Qayder buat-buat berdehem. Mata buat-buat memandang ke tempat lain.

Asyalaa senyum.

"Biar saya bukakan pintu." Tawar Asyalaa sebelum dia bangun dan mahu melangkah pergi. Tapi Qayder pantas menghalang. Kemas tangannya mencengkam lengan Asyalaa.

"With that shit on? That's a no." Bidas Qayder. Kembali dingin. Hilang kembali Qayder tadi. Kembali menjadi polar bear yang beku.

"This is not a shit. Ini baju terbaik untuk bersenam tau." Balas Asyalaa. Dah lah mahal baju ni. Sesuka hati dia je panggil shit.

"Dahlah ketat. Tak cukup kain." Bidas Qayder selamba sebelum dia berdiri.

Asyalaa pasrah sahaja mendengarnya. Mata tunduk memandang tubuhnya sendiri. Mungkin Qayder tak suka dia pakai macam ni sebab terlalu seksi kut.

Tubuh Asyalaa mengeras apabila ada hangat nafas seseorang melanggar cuping telinganya.

Gulp...

"But i like it though." Bisik suara itu sebelum...

Cup!

Membulat mata Asyalaa memandang Qayder yang menonong berlalu meninggalkannya sendiri.

Asyalaa tekup mulut. Tahan diri dari tersenyum.

Eiii tak boleh lah aku dengan Qayder ni!!!

Pengsan.




























BUKKK!!!

Asyalaa yang mengintai dari tangga tersentak melihat Qayder yang sudah jatuh terduduk di atas lantai sebaik sahaja abangnya melayang penumbuk di tulang pipinya. Laju Asyalaa berlari menuruni anak tangga. Rasa mahu tercabut jantungnya saat abang Qayder mahu merapati suaminya lagi.

"Jangan!" Jerit Asyalaa lantang sebelum dia berdiri tegak di hadapan lelaki itu. Tangan didepa luas. Mahu menghalang Daiyan dari mendekati Qayder lagi.

Daiyan menyilang tangan ke dada. Matanya memandang kosong wajah tegang Asyalaa yang sedang menghalang laluannya.

"Jangan tumbuk dia. Sakitlah dia nanti!" Ujar Asyalaa keras.

Terjongket sebelah kening Daiyan mendengarnya.

Apakah?

"Itulah tujuan utama saya tumbuk dia. Sakit. Saya nak dia sakit."

Asyalaa buat muka. Ceh. Abang dengan adik sepesen je beku dia tu.

"But still. It hurts so much. Sakit tau kena pukul."

"Macam mana tahu sakit? Pernah kena pukul juga ke?"

Asyalaa terkelu mendengar soalan sinis itu. Lidah tak mampu nak menjawab. Tapi melihatkan riak wajah lelaki itu macam dia...

Tahu?

Qayder menyentuh lembut rahang yang rasa mahu tanggal dari engselnya. Namun dia pantas bangun dan menarik Asyalaa ke menjauh.

"Syalaa tak apa. I'm okay." Pujuk Qayder dan gigih dia cuba menarik Asyalaa menjauh dari Daiyan.

"Yes."

Sepi. Qayder dan Daiyan terdiam mendengar balasan tenang dari Asyalaa.

Automatik suasana hening seketika.

"Saya tahu rasa tu. Sebab itulah awak tak sepatutnya pukul orang macam tu. Sakit." Tegas Asyalaa lagi. Tegak dia berdiri di antara Qayder dan Daiyan.

Tapi Daiyan langsung tak bereaksi apa-apa.

"Umi masuk hospital semalam."

Asyalaa terkedu. Perlahan-lahan kepala diangkat memandang Qayder yang tergamam habis. Keras Qayder berdiri di tempatnya.

"Umi... umi tak apa-apa kan?" Bergetar suara Qayder menyoal abangnya.

"Umi pengsan semalam. Suhu umi agak tinggi. Kau buat hal. Along pun buat hal. Macam mana umi tak jatuh sakit." Perli Daiyan sinis.

"Along? Kenapa dengan along?" Tanya Qayder.

"Yesterday, he came back with a baby girl who turns out to be his daughter. Kau dengan along memang berpakat kahwin senyap-senyap ke?" Sinis Daiyan lagi.

Qayder tergamam mendengarnya.

"Along... kahwin senyap-senyap?" Qayder bagai tak mahu percaya mendengarnya.

Hayder. Kahwin senyap-senyap?

"Ya. Macam kau dengan cik Nawra Asyalaa Mohd Borhan ni. Kahwin. Senyap-senyap. Aku tak tahu. Ayah tak tahu. Umi pun tak tahu. Macam gitu."

Qayder menelan liur. "Tapi... umi macam mana? Umi tak apa-apakan?"

"Tak. Sebab tu aku bagi kau satu je penumbuk." Balas Daiyan tenang.

Qayder meraup wajah. Rasa risau dan rasa serba salah kembali menggebu di dada.

"Jangan risau. Petang ni umi discharge. Kalau rasa nak melawat, datang lah. Bye. Assalamualaikum." Selepas itu selamba Daiyan melangkah keluar dari rumah Qayder dan terus berlalu pergi.

Asyalaa mengeluh melihat wajah Qayder yang kembali serabut macam hari tu. Asyalaa terus memanjangkan tangan memeluk tubuh Qayder.

"It's okay hubby. Petang ni kita melawat umi ya?" Pujuk Asyalaa.

Qayder hanya diam sahaja. Namun kepala dijatuhkan perlahan. Tanda mengerti.
























ASYALAA dapat rasakan tangan yang menggenggam tangannya terasa semakin kejap dan sejuk. Tapi Asyalaa biarkan sahaja Qayder terus menggenggam tangannya. Dia mengerti jika Qayder masih gemuruh.

Jadi biar sahajalah.

"Assalamualaikum." Ucap Qayder tenang sebaik sahaja langkah mereka tiba di ruangan tamu yang megah itu.

Asyalaa menelan liur. Seperti biasa. Ada ayah dan umi Qayder. Ada Daiyan dengan Dzulfiqar di pangkunya dan ada juga adik bongsu Qayder. Namun suasana dirasakan terlalu sepi.

Qayder merapati uminya sebelum dia menghulurkan tangan ke arah Tengku Sumayyah. Tengku Sumayyah hanya diam. Namun tangan dihulur jua untuk ke arah Qayder. Qayder senyum. Lantas tangan itu disalam dan dicium lembut. Lega Qayder rasa apabila uminya masih sudi untuk bersalaman dengannya.

Selepas itu Asyalaa tunduk dan menghulur tangan sama ke arah Tengku Sumayyah. Tapi Tengku Sumayyah hanya memandang kosong ke tempat lain. Bagai tak sudi mahu bersalaman dengannya.

Akhirnya Asyalaa menarik kembali huluran tangannya yang terbiar sepi tidak disambut. Bibir hanya tersenyum nipis sahaja walaupun terasa canggung huluran salamnya tidak disambut.

Qayder terus menarik lengan Asyalaa agar duduk bersama-samanya di sofa berangkai tiga. Asyalaa patuh. Punggung dilabuhkan ke atas sofa. Sempat dia melempar senyum ke arah Raiyan di sebelahnya. Mujur lelaki itu turut tersenyum manis membalas sapaannya.

"Umi... umi dah sihat?" Tanya Qayder lembut.

"Sihat. Tapi masih pening kepala sikit dengan perangai anak-anak." Ujar Tengku Sumayyah tenang dan penuh sarkastik.

Qayder terus terdiam di tempatnya. Kaku. Tahu Tengku Sumayyah memaksudkan dirinya.

Sepi seketika suasana.

"Assalamualaikum."

Automatik Asyalaa dan Qayder angkat kepala ke satu arah.

Hmm?

Berkerut dahi Asyalaa melihat seorang lelaki yang melangkah merapat ke ruang tamu. Muka lelaki tu...

Macam kenal.

"Itu along awak ke?" Bisik Asyalaa perlahan.

"Haah." Balas Qayder berbisik sama.

Asyalaa jatuhkan kepala tanda mengerti. Oh. Lelaki ini abang Qayder?

"Umi..."

"Dah lama ke along kahwin?" Tanya Tengku Sumayyah laju tanpa sempat lelaki itu mahu berbicara.

"Sudah dua tahun umi." Balas lelaki itu lemah.

"Dua tahun? Dua tahun dan umi tak tahu apa-apa? Dua tahun along tipu umi dan ayah macam ni? Kenapa Raja Hayder? Kenapa buat umi macam ni?" Tembak Tengku Sumayyah bertubi-tubi.

Hayder pantas menghulurkan bayi perempuan di dukungannya ke arah Qayder. Qayder patuh walaupun dia agak bingunb. Bayi perempuan itu akhirnya bertukar dukungan.

Hayder jatuhkan kedua-dua lutut di hadapan Tengku Sumayyah.

"Maafkan along umi. Maafkan along. Along tahu along salah. Maafkan along..." Terus pecah tangisan jantan Hayder memecah kesunyian ruang. Saat itu bayi di dukungan Qayder mula merengek sama.

Qayder mula cemas sendiri. Pantas Asyalaa mengambil bayi itu dari Qayder. Dia menepuk lembut dan cuba mendodoi menenangkan bayi comel itu. Mujur Asyalaa tahu cara untuk handle budak kecil seperti itu.

"Along betul-betul minta maaf. Along tahu along salah. Maafkan along umi..." Rayu Hayder. Tangannya mencapai tangan Tengku Sumayyah dan dicium lembut.

Tengku Sumayyah hanya diam. Namun mengalir jua air mata tuanya jatuh ke pipi. Sayu rasa hati.

Tengku Sumayyah menarik tangannya dari pegangan Hayder. Hayder terdiam.

"Mana isteri along? Takkan tak mahu datang sekali." Tanya Tengku Sumayyah dingin.

Hayder terkelu. Tertunduk sepi dia memandang karpet.

Jeda.

Sepi seketika.

"Zahra dah tak ada umi. Zahra meninggal dunia lepas lahirkan Humaira." Ujar Hayder perlahan. Sayu dan membuatkan semua yang ada di situ terus terkelu dan membisu. Tengku Sumayyah juga bagai terpempan sendiri.

Asyalaa yang sedang mengelus lembut pipi bayi di ribanya tersentak.

Ya Allah.

Kasihan si kecil ini. Baru lahir sudah kehilangan ibunya. Mata Asyalaa rasa panas. Tiba-tiba dia rasa bersyukur dia dapat rasa kasih sayang ibunya.

Walaupun di akhirnya rasa kasih itu tak kekal lama.

Ya Allah. Kasihan Humaira.

Qayder tertunduk sama. Tak sangka selama ini Hayder yang selalunya ceria dan tersenyum seperti biasa rupanya ada menyimpan sesuatu yang cukup sedih di sebaliknya.

"Maafkan along umi. Maafkan along... Umi bencilah along sebanyak mana yang umi nak. Tapi along merayu. Tolong jangan bencikan arwah dan Humaira, umi." Pinta Hayder sayu.

Raiyan gigih tahan airmatanya. Tapi gagal. Jatuh juga airmata jantannya ke pipi. 'Ceh! Aku tak nak menangis!'

Tengku Sumayyah mengalirkan airmata. Namun tangannya pantas menyeka airmata di pipi.

"Mana cucu umi?" Tanya Tengku Sumayyah. Mata sudah menjeling bayi di riba Asyalaa.

Mengerti. Asyalaa pantas bangun dan penuh berhati-hati menghulurkan bayi itu ke arah Tengku Sumayyah.

Tengku Sumayyah terus membawa bayi itu rapat ke dukungannya. Airmatanya jatuh lagi melihat bayi comel itu. Dia tunduk mencium pipi gebu bayi itu.

Raja Eiskandar hanya menggosok lembut kepala isterinya. Memujuk Tengku Sumayyah agar bertenang.

Asyalaa senyum nipis.

Dia harap, umi dapat terima dia seperti umi terima Humaira juga.

Hanya berharap sahaja yang Asyalaa mampu.












Maafkan saya atas update yang terlalu tiber ini. Saya agak sibuk dengan bermacam kerja tapi sirip saya gatal nak update blup blup. Maaf juga jika ada sebarang typo di situ. Maklumlah sirip saya semakin gemuk blup blup. Begitulah ceritanya~

Sekian. Terima kasih sudi baca! ✨❤️

Do votes 🌟 and comments 📝 ya!





Continue Reading

You'll Also Like

158K 13.2K 53
Agency Series (3) Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai...
502K 18K 13
[Completed] [TERBIT] "INI BUKAN PILIHAN, INI ARAHAN."- ARRAN XAVIER- Terdapat sebuah rahsia yang sudah lama disimpan oleh jejaka itu. Hanya menunggu...
888K 28.1K 20
[COMPLETE] [TERBIT] 3rd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER "𝒀𝒐𝒖 𝒇𝒐𝒓𝒈𝒐𝒕 𝒕𝒉𝒆 𝒇𝒊𝒓𝒔𝒕 �...
2.5M 78.8K 29
[COMPLETE] [TERBIT] 2nd romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH SYARIKAT PENERBITAN FAJAR PAKEER Don't ever trust my words.. but trust m...