" Ha. Betul ke apa yang mama dengar ni? Alysa setuju?" soal Puan Rahayu dengan gembira apabila dia mendengar sendiri yang anak saudaranya itu menerima pinangan pihaknya.
Alysa tanpa ragu menganggukkan kepala. " Ye Alysa terima pinangan Mak Long." beritahu Alysa. Dan itu, membuat semua isi keluarga gembira dengan itu.
Dan saat, semua sedang gembira Alysa dan Ryan saling berpandangan dengan pandangan yang mereka berdua sahaja faham maksud di sebaliknya.
' Alysa harap dengan keputusan ni. Hati kita akan sepenuh hati menerima.' kata Alysa di dalam hati.
" Jadi. Sebab Alysa dah setuju apa kata tunangkan terus Alysa dengan Ryan hujung minggu ni." cadang Puan Rahayu yang seperti lebih kuah dari sudu.
" Saya tak kisah kak. Ikut pada budak berdua ni lah setuju ke tidak?" nyata Puan Amirah yang mengikut keputusan mereka berdua.
" Setuju." mereka menjawab serentak.
" Ha. Baguslah. Jadi majlis tunang hujung minggu ni. Lepas tu nikah lima bulan daripada tarikh pertunangan." gumang puan Rahayu memberikan cadangan.
Tidak menunggu lama semua yang berada di tempat tersebut bersetuju dengan cadangan Puan Rahayu.
Maka dengan itu, rasmilah hujung minggu ini mereka akan bertunang dan menunggu bulan minggu hari dan masa untuk di satukan.
Dan sekali lagi mereka saling berpandangan menghantar sesuatu yang tersirat di sebalik pandangan mereka itu.
' Jika betullah ini jodoh dan takdir yang sudah kau tentukan. Berikanlah kekuatan kepada diri ku dan kepercayaanaan ku kepada bahtera yang bakal aku hadapi nanti' doa Alysa di dalam hati.
Dia harapkan pilihan yang sukar di buatnya bakal perolehi kebahagian yang selamanya.
Pejam celik, sudah masuk hujung minggu. Dan hari dimana Alysa bakal menjadi tunang dan juga tidak lama lagi isteri kepada Ryan Harith.
Sesaat cincin yang sudah di beli oleh Puan Rahayu di sarungkan ke jari manisnya terus sahaja Alysa bersalam dengan bakal mak mentuanya itu.
" Terima kasih Alysa. Sebab terima lamaran kami." ucap Puan Rahayu kepada bakal menantunya itu. Dengan senyuman seikhlas hati oleh Alysa berikan menjawab.
" Sama-sama. Alysa pun nak berterima kasih sebab pilih Alysa untuk isi tempat di hati Abang Ryan." balas dia.
walaupun di dalam hatinya sesekali rasa ragu dan tidak setulus ikhlas. Tapi dia harus berbuat seperti dia tidak rasa terpaksa kerana 'sudah terlajak perahu tidak boleh di undur.'
Sekitar jam 7 malam barulah rumah keluarga berangsur sunyi daripada hingar bingar suara semua orang yang datang ke majlis pertunangannya.
Kerana keletihan melayan tetamu yang hadir Alysa merebahkan diri sambil-sambil itu. Tangan kanannya di angkat dan di lihat terletak cantik cincin pertunangannya dengan Ryan.
" Hai." keluh Alysa sedikit. Ketika ini dia langsung tidak boleh berkata apa-apa.
Semuanya sudah berlaku dan berlalu apa gunanya dia ingin menggundurkan masa semuala. Kerana dia percaya ini adalah takdir yang telah tertulis olehnya.