Selepas sejam bertapa di dalam gym, dan kelenjar peluh telah merembeskan peluh semahu-mahunya, Zahin menutup treadmill itu. Puas. Hilang amarahnya.
Salah satu cara untuk hilangkan marahnya. Work out. Atau bersenam.
Sama, bukan? Abaikan semua orang.
Badan yang basah dengan peluh di lap. Melekit mak oi. Telinga yang bersangkut earbud ditanggalkan. Tiba-tiba perut rasa lapar. Iris dah masak ke?
Selepas sejam, baru dia teringat akan isteri dia semula. Dasar suami derhaka. Itulah terlalu mengikut habit waktu bujang, sampai bini pun boleh lupa dekat bawah. Timbul rasa bersalah namun demi ego, dia keraskan. Siapa suruh mengada sangat?
Pintu bilik gym dikuak. Terkejut Zahin sehingga terkebelakang tubuhnya. Mata disajikan dengan tubuh Iris yang duduk bersilang kaki sambil badan bersandar di dinding. Pasrah benar mukanya. Di sisi Iris, terdapat dulang yang diisi satu pinggan nasi goreng kampung, dan air kopi panas. Mungkin sudah tidak panas. Separa panas mungkin.
Iris mendongak. Senyuman kecil diberikan. Masih takut. Takut ditengking lagi. Dikuis jari-jemari perlahan sebelum dia bersuara.
"You, ni I buat sarapan." Perlahan sahaja suaranya.
Reaksi wajah Zahin mendatar.
"Aku tak lapar."
Balas Zahin mengundang keluhan di bibir Iris. Zahin masih marahkan dia.
"Penat I masak." Gumam Iris lagi. Namun sempat ditangkap di pendengaran Zahin.
"Kalau dah penat, tak payah masak. Aku kan beban. Pergi breakfast dengan nenek kau tu." Perlahan langkahnya di bawa melepasi Iris. Terkulat-kulat Iris di situ mendengar balasan suaminya. Salah lagi kah aku cakap?
"You, janganlah macamni. I nak say sorry." Lengan lelaki itu pantas ditarik. Tidak berniat mahu memanjangkan pergaduhan. Dia tidak suka. Tambah-tambah bergaduh dengan Zahin.
Tangan Iris ditepis Zahin. Tergamam Iris tidak kurang juga Zahin. Dia hanya mahu menepis perlahan, tetapi kelajuannya tidak dapat dikawal pula. Alamak.
Serentak dengan itu, air mata Iris jatuh laju. Tidak pernah orang berkasar sebegini dengannya. Dan dia tidak tahu mengapa ketika bersama Zahin, air matanya begitu murah untuk mengalir. Weak.
Melihatkan air mata yang mengalir sayu itu, Zahin terkaku.
Ha elok lah tergamam, terkaku, terkaki, terkedu, terkelu. Semua dia rasa.
Pantas Iris didekati.
"Sorry aku tak sengaja nak berkasar dengan kau." Pujuk Zahin pula. Tidak betah melihat air mata itu jatuh lagi, Iris ditarik ke dalam pelukan. Ha busuk pun busuklah. Halal kan aje.
Tersedu-sedu Iris di dalam pelukan itu. Takguna betul air mata ni. Juga takguna dengan Zahin yang menolak hidungnya kemek ke dada bidangnya itu. Nasib baik ketiak bau wangi. Mau tak dia smackdown lelaki itu.
"How dare you." Dada lelaki itu ditumbuk perlahan. Oksigen buk oksigen. Kemek hidung diva kita.
"I'm sorry sayang." Pujuk Zahin lagi. Lembut. Tidak berkasar seperti tadi.
Memang salahnya. Dia marahkan orang lain, Iris yang menjadi tempiasnya. Dasar tidak berguna kau Zahin.
"You buat lagi, malam ni you tidur luar." Dengan sedu-sedan yang masih bersisa, Iris mengugut dengan penuh kepayahan namun tampak bergaya gitu. Amaran!
Zahin ketawa.
"Iya cinta. Promise tak buat lagi. Abang taknak tidur luar." Tangan di angkat separas dada. Meyakinkan isteri divanya itu.
"Dah lap hingus tu. Tak senonoh betul. Ini kalau snap, viral ni." Jari telunjuknya di hala ke arah wajah Iris yang sudah memerah. Haih la sampai merah muka menangisnya. Comel betul. Macam budak tecik.
Pantas ditutup hidungnya. Dasar tidak beremosi. Macam gitu je dia tegur tanpa rasa bersalah.
"Mana ada hingus! You tipu I." Iris merengus. Dahla giliran aku pula nak merajuk. Kali ni tiga jam! Rasakan kau.
Zahin ketawa. Siapa suruh percaya? Siapa? Tiada bukan?
"Teman abang makan, sayang. Abang lapar." Perut berchocholate bar itu ditunjuk ke arah Iris sambil bibir menjuih meminta simpati. Kau fikir kau comel lah tu? Ya kau comel.
"Eh, tadi ada yang cakap, aku tak lapar." Muka didatarkan bagi meniru reaksi wajah Zahin sebentar tadi. Sebijik siot. Korang tak boleh tengok? Kesian.
"Tadi tak lapar sebab merajuk. Sekarang lain." Giliran dia pula menangkap lengan Iris sambil digoyang ke kiri dan kanan untuk meraih simpati. Kurma.
"Kenapa degil sangat ni? Nak jadi suami derhaka ke Zahin Aiman? Dah nak ingkar arahan isteri?" Ajuk Iris sambil ketawa terbahak-bahak. Dia berlalu ke bilik utama mereka meninggalkan Zahin yang tercengang di belakang sedang menghadam situasi. Kurma lagi kah?
"Im masih marahkan saya ke mak?" Nasi di dalam pinggan dikuis-kuis.
Puan Sri Zanirah mengeluh. Dia pun taktahu. Sudah lima hari Zahin tidak menelefonnya bertanya khabar. Kecewa betul cucunya itu.
"Mak pun tak tahulah Syari. Beri dia masa ye? Bukan senang dia nak terima kamu." Pujuk wanita tua itu.
Keluhan dilepaskan Puan Syari. Dia memang layak dibenci. Sebagai seorang ibu, dia gagal. Gagal untuk memberikan teduhan kasih sayang kepada anak tunggalnya itu. Kesan, dia tidak dikurniakan anak lain ketika dia bersama suami barunya.
"Tapi Syari dah berubah mak. Syari rindu anak Syari. Syari nak tengok dia. Nak tengok menantu Syari." Air mata mengalir perlahan. Pantas diseka air mata itu. Malu menatap wajah mertuanya sendiri. Mereka sungguh berbeza. Sifat keibuan mereka sungguh berbeza. Dia sangat gagal menjadi ibu yang terbaik.
"Sabar ye sayang."
"Kalau Syari pergi rumah Im macam mana? Mak tahu rumah dia dekat mana?" Ya, dia harus pergi memohon kemaafan. Sebelum terlambat. Dia harus lakukan apa sahaja.
"Jangan Syari. Nanti Im lagi marah. Makin jauh dia dengan kamu." Larang Puan Sri Zanirah. Dia kenal benar dengan perangai cucunya itu. Keras kepala.
"Habistu macam mana ni mak?" Dia terdesak. Sangat terdesak.
"Okey apa kata macamni."
"Cinta!" Laung Zahin dari tingkat bawah.
"Yes, baby?" Geli tekak Zahin mendengarnya. Iris suka mencabar betul apa yang dia tak suka. Geram betul.
"Stop calling me that!" Laung Zahin, keras.
Iris ketawa. Memang dengar sampai bawah. Makin sakit hati Zahin mendengarnya.
"But i want it, baby." Panggilan baby ditekankan. Biar makin sakit hati kau muahahaha.
"Whatever. Ni stokin abang kenapa sebelah warna hitam sebelah lagi warna biru gelap?" Dua stokin itu dihala ke wajah Iris. Ha bau bau.
Iris yang baru turun itu terkejut apabila setepek begitu sahaja Zahin halakan stokin ke arahnya. Kurang asam sungguh. Nasib baik tak bau apa. Kalau tak, kau makan la stokin tu buat breakfast.
"Pergilah ambil sendiri." Bebel Iris. Itupun dia kena buat ke. Mengada sungguh. Dah tua pun kena suruh ke.
"Your job, cinta."
Mendengar balasan Zahin itu, maka bermulalah bebelan Iris. Itu dia buat, ini dia buat, dia pun ada kerja lain. Aduh geram sungguh la.
Zahin ketawa. Bebel pun cantik. Ini kalau hari-hari dengar pun dia rela.
"Okey cinta. Wait, wait." Ditekup mulut isterinya. Ini kalau tak tutup, makin banyak keluar.
Terhenti bebelan Iris. Ha kan dah terkeluar semua. Sekarang baru dia tahu, genetik Puan Kayla memang menurun kepadanya. Hantu membebel.
"Abang balik malam sikit tau. Qai ajak jumpa."
"Abang Qai ajak jumpa? For what? You jangan macam-macam eh."
"What?" Kening terjongket. Apa salahnya.
"You jangan cari awek baru ye. Sedar sikit abang tu laki orang."
"Qai ajak lepak je sayang. Sampai hati sayang sangka buruk dengan abang." Bibir menjuih. Tanda kecewa teramat. Apa ingat dia ni playboy ke.
"Dah, dah jom breakfast then go to work."
"Nak kiss."
"No."
"Nak jugak. Palliiii." Jerit Zahin.
Sejak bila laki aku tahu korea ni? Nak menangis Iris. Patutla extra gedik, gatal dan manja dua tiga hari ni. Tengok korea rupanya.
Pipi Zahin dicium sekilas. Comel sangat.
Zahin menyerigai suka. Yeayy dapat kiss.
Ciuman dilabuhkan di dahi juga.
Forehead kiss to him.
Check!