SELAMANYA KITA BERDUAโค๏ธ๐Ÿ’š (OH...

By qsara_liyanaa

3.5K 215 28

MAIN COUPLE: OHMNANON โค๏ธ๐Ÿ’š SIDE COUPLE: NEOLOUIS Kisah tentang dua orang sepupu yang dari kecil hingga ke dew... More

Pertemuan
Permulaan
Permulaan pt2
Permulaan pt 3
Permulaan pt4
Permulaan (sesuatu) pt5
Percintaan Pt 1
Percintaan Pt 3
Percintaan Pt 4

Percintaan pt 2

227 15 3
By qsara_liyanaa

9.00 pagi
"Pagii!!!"
Ohm terjaga dari tidurnya..
Ohm bangun dari katilnya dan berlari ke cermin
"Helo hensem.. HAHAHAHA..um call sayang aku lah.." Ohm terus mengambil telefonnya

"Helo.."Nanon menjawab panggilan telefon Ohm
"HELLO SAYANGKUUUU!!"jerit Ohm
"Eh Ohm,kau kenapa ni kuatnya jerit..aduh sakit telinga aku"balas Nanon
"Sorry hehe,oh btw harini ada kelas?.."tanya Ohm
"Takde, tapi aku ada hal..aku kena keluar dgn mama dan papa aku"balas Nanon
"Ohh.. takpe la macam tu"balas Ohm dengan nada yang perlahan
"Alolo jangan la macam tu..nanti aku update kau okay.."balas Nanon
"Ala tak perlu la..aku gurau je..aku okay..aku pun nak lepak.. tengok movie je kat rumah"balas Ohm
"Okay..dah..pergi mandi..aku boleh bau kau dari sini tau"balas Nanon.
"Eh tau tau je kan kau ni..okay.. byee"balas Ohm

11.00 pagi

Ohm menuruni tangga

"Eh..mana Mama dengan Papa aku ni.."kata Ohm sambil menggaru kepalanya

Ohm melihat jam di telefonnya

"Hm kata semalam cuti..takpela..
Tapi..aku nak makan apa ni"kata Ohm

Ohm terus menuju ke dapur.

"Uish dah ada sarapan ..nasi goreng? Fuh.." kata Ohm sambil mencium aroma nasi goreng itu.

"Fuh,dah lama tak makan ni.."
Ohm terus mencapai pinggan dan mencedok nasi goreng itu ke pinggannya.

Ohm terus menyuap nasi ke mulutnya

Mata Ohm berair

"Arghh..panas panas.. fuh fuh fuh.. haih kau ni Ohm..tu lah..lahap sangat..tiup dulu.." kata Ohm sambil mengelap mulutnya lalu meminum air.

Selepas beberapa minit

"Fuh kenyang..

Kedengaran bunyi kereta di luar rumah.

"Haa..dah balik pun dorang.." Ohm terus membuka pintu utama rumahnya itu.

"Mama,papa!" Ohm memanggil mereka

"Iya,Ohm.. dah sarapan belum?" Mama Ohm menjawab panggilan Ohm

"Dah..sedap gila hehe.."kata Ohm

Mereka berdua duduk di sofa

"Mama dengan papa pergi mana tadi?"tanya Ohm

"Ada kerja tadi.. Mama tolong papa.."balas Papa Ohm.

"Haah"Mama Ohm mengangguk

"Kata cuti semalam? Emergency eh?"tanya Ohm.

"Haah..tu kitaorang pergi awal tadi pukul 8:30 macam tu kitaorang gerak pergi pejabat papa."balas Mama Ohm.

"Ohh..okayy" Ohm menggangguk.

Ohm mendekati mamanya lalu memeluknya

"Eh ni dah kenapa manja nii..nak sesuatu ke"kata Mama Ohm sambil mengusap pipi Ohm.

"Hehe..mama dengan papa ada apa apa hal lagi tak harini?tanya Ohm

"Takde, kenapa sayang?"balas Mama Ohm.

"Um..ingat nak jalan jalan dengan mama dan papa..membeli belah sikit ke..makan makan..nak?"tanya Ohm sambil melihat ke arah wajah Mama dan papanya.

Mama dan Papa Ohm melihat ke wajah masing-masing

"Mestilah boleh!! Pukul berapa?"jawab Mama Ohm.

"Yeayy..petang sikit..dalam pukul 4 atau 5 macam tu..sebab Ohm ada nak selesaikan sesuatu lepastu jalan jalan la dengan mama dan Papa.."balas Ohm.

"Okay,boleh.." balas Papa Ohm.

"Okay, Mama dengan papa rehat la dulu ya.. Ohm naik atas jap.."balas Ohm lalu mencium pipi mamanya.

"Hehe,okay sayang.."balas Mama Ohm dengan senyuman.

Ohm memasuki bilik tidurnya.

Ohm membuka aplikasi WhatsApp

"Nanon Korapat"

Ohm menaip

"Nanon,nanti kau pergi jalan jalan kat mana?"

Selepas beberapa saat,Nanon membalas.

"Paragon Mall, kenapa?"

"Oh saja tanya.. pergi pukul berapa?"

"Pukul 4 macam tu..sebab mama dengan papa ada nak selesaikan kerja dorang dulu lepastu baru kitaorang bergerak."

"Okay hm..😔"

"Hm hm kenapa?Ada masalah ke? Ada apa apa jadi🤨?"

"Takdelah,risau huhu😔"

"Risau kenapa😗?"

"Risau la,kau keluar nanti.. maksudnya..hm😔😔"

"Maksudnya?? janganlah mesej separuh separuh..🙂"

"Yela..kau bukan jodoh aku la.. jodoh tak kemana kan..hmm☹️😭"

"Eii kau ni.. pickupline tu dah lapuk laa.😪."

"Eleh, tapi kau blushing jugak en😜"

"HAHAHAHA iyalah..🤣🤭"

"Hm.. Nanon?"

"Ya?"

"Kau sarapan apa tadi?"

"Roti bakar dengan Ovaltine 😋"

"Ha roti bakar je??☹️"

"Iyalah..mama dengan papa aku kerja kan, macam tak biasa pulak dia ni.."

"Hehe okayy..bye..aku nak siapkan kerja aku sikit.."

"Iya ..aku pun"

"Kalau rindu mesej je..tapi lagi okay..call terus..hehe🥺"

"Baik..🥰"

"Hehe, ada peluang nak jumpa ni..baik aku siapkan cepat."kata Ohm dengan harapan untuk berjumpa dengan Nanon.

Pukul 4 petang

"MAMA!! PAPA!! Dah siap ke?"Ohm menjerit memanggil mama dan papanya dari ruang tamu.

"Iya, sekejap!!"jawab Mama Ohm.

"Mama dengan papa turun ni..apa tak sabar sangat ni..ada nak jumpa sesiapa ke?"tanya Mama Ohm.

"Eh takdelah..saja..tak sabar nak jalan jalan dengan mama dan Papa..

"Eleh..yelah..jom.. Paragon Mall kan?"balas Papa Ohm

"Yup"jawab Ohm.

Mereka sekeluarga bergerak ke Paragon Mall.

Semasa di Paragon Mall

"Mama,ada apa apa lagi?"tanya Ohm.

"Dah dah.. cukup la ni..mama lapar..makan jom?" jawab Mama Ohm.

"Itulah Papa pun dah lapar..teman perempuan beli barang ni lama sangat humm"balas Papa Ohm.

"Eh papa ni..bukan selalu..dah lama mama tak beli baju tau Ohm..apalah papa ni.."jawab Mama Ohm.

"Iya.. Ohm tahu tak..kalau dulu.. masa papa dengan mama kamu ni bercinta..lagi teruk tau..penuh tangan ni pegang barang shopping mama kamu ni.. sekarang dh tua sikit..tak larat la kan.."balas Papa Ohm.

"HAHAHAH orang perempuan kan pa.. HAHAHA"Ohm ketawa.

"Amboi seronok ya.. gelakkan mama..kamu tu Ohm..jangan nak seronok sangat. Nanti kamu ada girlfriend..sama la macam papa kamu ni nanti..kehulur kehilir..masuk keluar kedai..pegang je barang shopping girlfriend kamu nanti.."balas Mama Ohm.

"HAHHAHAHA iya Ma...janganlah serius sangat.. Mama lapar sangat la ni eh... okay jom cari restoran."jawab Ohm sambil memimpin lengan mamanya.

"Eh..tu bukan Neen ke?"tanya Papa Ohm.
"Eh haah la.. panggil la dorang.."balas Mama Ohm.

Ohm tersenyum

"Neen!"Papa Ohm memanggil kakak iparnya iaitu Mama Nanon.

"Eh pa..tu Chitt kan?"Mama Nanon mencuit lengan papa Nanon.

"Eh haah la..Ya!!"Papa Nanon melambai ke arah Papa Ohm.

Nanon terkejut melihat Ohm dan keluarganya.

Mereka sekeluarga datang menghampiri Ohm dan keluarganya.

"Eh buat apa kat sini?" Mama Nanon bertanya kepada Mama Ohm.

"Ohm ni ha..tak tahulah..tiba tiba nak jalan jalan..kami pun ikutkan jelah.. lagipun lama tak jalan jalan sama sama."jawab Mama Ohm.

Ohm tersenyum lalu melihat Nanon

Nanon tersenyum kepada Ohm

"Ha korang dua ni.. pandang pandang..takkan malu kot.." Mama Nanon mencuit Nanon.

"Eh takkan la malu ma..mana ada.." balas Nanon sambil tersengih-sengih.

"Eleh..ha..ni korang dah makan ke?kami nak pergi cari restoran ni.."kata Mama Ohm.

"Eh sama lah tadi pun memang kitaorang tengah cari restoran.. jomlah makan sama sama."jawab Mama Nanon.

"Ha..NY Steakhouse? Okay?"balas Ohm.

"Eh ni kedai favourite Nanon ni.. tahu tahu je Ohm. HAHAHA kan Nanon?"kata Mama Nanon.

Nanon hanya mampu tersenyum.

"Hehe jomlah pergi.."jawab Ohm sambil tersenyum lebar kepada Nanon.

Di NY STEAKHOUSE

Ohm dan Nanon duduk bersebelahan.

"Fuh..sedap betul..kenyang Ohm..hehe.."kata Ohm.

"Kan.. sebab tu ni jadi restoran kegemaran aku."ni baru main course dia.. dessert dia..kau belum try.."kata Nanon.

"Ye aku tahu la..aku pernah je pergi sini..tapi aku tak sempat rasa dessert dia lah huhu.." jawab Ohm.

"Kalau macam tu..rasalah dessert dia..tu amikkan buku menu tu.."balas Nanon sambil menunjuk ke arah buku menu.

"Nah.. banyak ke dessert dia.."tanya Ohm.

Ohm semakin mendekati Nanon.

"Takde la banyak sangat.. tapi semua sedap sedap..kau nak try yg mana?"tanya Nanon sambil menoleh kepada Ohm.

Wajah Ohm dan Nanon sangat dekat
Mereka juga seperti terkedu.

"Ada kek perisa red velvet tak Nanon?"Mama Ohm mencelah

"Ada auntie.. auntie nak yg red velvet?"Nanon tersedar dari lamunannya.

"Boleh jugak"jawab Mama Ohm.

"Okay, Mama nak kek apa? tanya Nanon kepada mamanya.

"Um..Ohm.. Ohm nak kek apa? auntie ikut Ohm."jawab Mama Nanon.

"Umm..Ohm pilih kek brownies dengan ice cream vanilla ni.. tapi kalau Auntie takleh manis sangat ke..Ohm tukar"jawab Ohm.

"Eh takpe takpe.. okay jugak pilihan Ohm tu.. Nanon pun suka jugak kek yang tu. Order la yang tu.."jawab Mama Nanon.

"Baik auntie.. terima kasih."balas Ohm.

"Cik,kek red velvet dua. Kek brownies dengan aiskrim vanilla ni dua"kata Ohm kepada pelayan restoran itu.

Selepas memesan kek

Mama Nanon berdiri

"Eh Mama nak pergi mana?" tanya Nanon.

"Mama nak pergi tandas jap.. Nanon duduk je sini..mama pergi sekejap je.."jawab Mama Nanon

"Okay ma..hati hati.."balas Nanon.

"Nanon.."Ohm memanggil Nanon dengan mencuit bahu Nanon.

"Ha ya?"

"Kau tak marah aku kan?"tanya Ohm.

"Marah? kenapa pulak?

"Yelah,aku tak bagitahu kau..yang aku nak datang sini.

"Eleh..kau tak bagitahu pun..aku tahu..kau tanya dengan jelas kot.. pergi mall mana... pukul berapa.. dah agak dah.." balas Nanon

"Ye eh..hehe sorry.."balas Ohm.

"Ala..aku tak marah pun. Aku suka apa kau datang sini nak jumpa aku kan..kau nak tengok muka aku ni kan HAHAH ngaku jelahh"

"Ehehe tau ii je kau ni"jawab Ohm.

"Tahu la Ohm..kita kan macam kembar hehe..

Mama Nanon kembali di tempat duduk.

Pesanan kek mereka telah sampai

Pelayan itu menghantar dua kek red velvet dan satu kek brownies dengan aiskrim vanilla

"Cik,saya ada order lagi satu kek brownies ni." kata Ohm.

"Tapi saya dapat pesanan..oh maaf kek ni tinggal satu je.."jawab pelayan itu.

"Oh..takpe.. terima kasih."balas Ohm dengan senyuman.

"Auntie,nah..auntie amiklah.."Ohm menghulur kek itu kepada Mama Nanon.

"Eh takpe la Ohm.. Auntie tengah senggugut ni..dah kenyang..Ohm makanlah.." jawab Mama Nanon.

"Mama senggugut? Mama okay tak? Nanon order air suam eh untuk mama nak?" tanya Nanon.

"Takpe,mama okay..Nanon makan lah dengan Ohm. "jawab Mama Nanon

"Betul ni? Okay.."jawab Nanon

Ohm menikmati kek nya

"Nanon,kau nak rasa kek ni?"tanya Ohm kepada Nanon.

"Taknak..aku dah kenyang.." jawab Nanon

Ohm merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Nanon.
Nanon kelihatan muram

"Nanon..kau jangan risau.. apa kata kau kongsi je kek ni dengan aku..mama kau pun suruh kau makan dengan aku kan.."kata Ohm sambil tersenyum mesra agar dapat menenangkan Nanon.

"Serius.. aku kenyang..aku memang nak tengok kau enjoy kek kau..sedap kan?"jawab Nanon

"Kalau kau taknak kongsi kek ni dengan aku. Aku taknak makan."jawab Ohm lalu bersandar di kerusinya

"Ohm,makanlah..cair aiskrim ni nanti.. janganlah macam ni.."balas Nanon dengan nada berbisik.

"Tak...nak.."jawab Ohm.

"Ohm...okay okay...aku kongsi dengan kau..makan cepat"balas Nanon lalu mengambil sudu

"Okay..jom.."Ohm kembali tersenyum lalu sambung menikmati kek nya.

"Amboi..laju pulak makan..kata kongsi.."

"Iya la..kau lambat sangat respon..aku dh terliur.. cepat makan.."jawab Ohm

"Makan du.."

Ohm mencelah
"Kau tak makan sekarang,Aku suap kau.. aaaa" kata Ohm sambil memegang sudu untuk menyuap Nanon.

"Hei janganlah.."Nanon menolak

"Eh kamu ni, janganlah kenakan Nanon tu.." Mama Ohm tertawa kecil

"Saja ma hehe.. dah dia taknak makan dari tadi."jawab Ohm sambil ketawa

"Tengok Ohm ni auntie,saya suruh makan dulu..tapi dia paksa saya makan dulu"balas Nanon dengan suara seperti merengek

"Eh eh kau ni..aku dah makan dari kek ni sampai tau..kau tu taknak makan. Cepat nganga..kalau tak aku sumbat terus kat mulut kau."jawab Ohm.

"Auntie,tengok dia ni" kata Nanon sambil merengek kepada Mama Ohm.

"Ohm,suap je dia tu. Sumbat je "kata Mama Nanon sambil ketawa kecil

Nanon terkejut

"HAHAHHAA okay auntie..aaa"jawab Ohm sambil memegang muka Nanon

"Eh ii MAA!!" balas Nanon

Nanon memakan kek itu.

"Ha..sedap kann nyum nyum"jawab Ohm.

"Kek ni memang sedap.. tapi kau sumbat centu jadi tak sedap dah..hmph.." balas Nanon sambil mengelap mulutnya.

"Mama kau yang bagi green light..aku ikut je..kan auntie hehe.." jawab Ohm lalu melihat kepada Mama Nanon.

"Iya.. Nanon memang dari kecik macam ni tau..susah betul nak suap..kena suruh pasangan dia yang suap kot baru dia taknak melawan"jawab Mama Nanon.

Ohm dan Nanon melihat ke wajah masing-masing lalu tertawa sinis.

"Ha dah habis makan? Uncle nak bayar dulu." kata Papa Ohm.

"Eh takpe akak bayar..Chitt duduk.."kata Mama Nanon lalu terus berjalan menuju ke kaunter.

Selepas itu,

"Okaylah terima kasih tau akak..belanja makan malam ni.."kata Mama Ohm sambil memeluk Mama Nanon.

"Takde apalah..akak pun seronok..lama tak jumpa kan.. dari hospital tu tak berjumpa.. tiba tiba harini terjumpa.. lepaskan rindu la..hehe"jawab Mama Nanon.

"Okay akak, kami balik dulu ya. Ohm ni ada kelas besok."kata Papa Ohm lalu memeluk kakaknya.

"Bye Nanon,jumpa esok bro"jawab Ohm

"Bye Ohm,jumpa esok jugak bro..jangan lambat pulak eh"balas Nanon

Mereka membuat handshake mereka lalu berpelukan

"Ala ala..macam korang ni tak berjumpa besok..lama betul peluknya."perli Mama Ohm sambil melihat kepada Mama Nanon.

"Dah cepat,nanti jem"jawab Papa Nanon.

Di Rumah Ohm

"Huarghhh, ngantuk nyaa.." kata Ohm sambil menguap kerana kepenatan.

"Itulah..tak isi minyak awal awal..dah kena redah jem.. cepat lah tidur..esok kelas pagi kan."jawab Mama Ohm sambil mengusap rambut anaknya itu.

"Okay ma,pa..Ohm naik bilik dulu. Selamat malam.."jawab Ohm lalu terus menaiki tangga.

Di bilik Ohm

Ohm menyalin bajunya.

Ohm menghempaskan badannya ke katil

Ohm memandang sisinya.

"Bila la nak ada seseorang yang akan baring kat sebelah aku ni.."kata Ohm

"Kalau tak sabar.. cepat cepat lah kahwin."Mama Ohm mencelah.

"Eh, ma.. terkejut la Ohm."jawab Ohm.

"Kamu yang tak tutup pintu rapat,mama masuk teruslah..ni ha barang barang kamu ni"jawab Mama Ohm sambil menghulur beg barang kepada Ohm.

"Terima kasih.." Ohm mengucapkan terima kasih kepada Mamanya.

"Eh tapi ada satu baju tu..macam bukan saiz kamu je..macam kecik sikit je saiz tu"tanya Mama Ohm.

"Oh,ini untuk kawan Ohm. Esok hari jadi dia..so nak bagi la.. lagipun dia selalu tolong Ohm.."jawab Ohm

"Neo ke?"

"Haah.. Neo..hehe" jawab Ohm.

"Okay..dah rehatlah..Mama pun nak masuk tidur."kata Mama Ohm lalu menutup pintu bilik anaknya itu.

Ohm mengambil sehelai baju berwarna hijau dari beg barangnya.

"Haih.. pandai lah kau pilih baju Ohm. Confirm dia pakai hari hari ni hehe."kata Ohm lalu tidur sambil memeluk baju itu.

Keesokan paginya

"HUARGGHG" Ohm menguap

"Fuyoo,macam ni rupanya bila kau bangun tidur."

"OPOCOT KEDING!"Ohm melatah

"Oi kau ni.. bila nampak aku je melatah, nampak aku je melatah..teruk sangat ke rupa aku..skks sksk"jawab Neo.

"Dah kau tu..suka sangat terjah aku.. memang la bila aku nampak kau je..aku termelatah.

"Yela..aku tahulah aku tak hensem macam kau..kau dari kanak-kanak sampai ke besar jadi kegilaan ramai kan.."balas Neo

"Kau ni, ye tu fakta..aku tak boleh nafikan. Tapi kau ni hensem je..kau je malas nak cari."jawab Ohm.

"Iya lah tu..kalau macam tu.. kenalkanlah aku dengan mana mana perempuan."jawab Neo.

"Boleh jelah..eh sekejap.. macam mana kau boleh ada dalam bilik aku. JAP SEKARANG PUKUL BERAPA?!"kata Ohm lalu terus mencapai telefonnya

10 a.m.

WEH!! DAH LAMBAT, ADUHH

Ohm terus bangun dari katil.

"Oi oi.."jerit Neo.

Neo menarik baju Ohm.

"Kau boleh rilek tak?Tadi, kau tanya kenapa aku tiba ii ada kat rumah kau kan?"tanya Neo.

"Eh..haahlah..ha kenapa?..kau tak pergi kelas ke?"tanya Ohm.

"Kelas batal harini, Puan Lya tu ada emergency harini. Aku datang sebab mak kau telefon aku."jawab Neo

"Lah.. kenal pulak mak aku call kau?"tanya Ohm

"Entah,aku call kau..kau tak angkat.. lepastu mak kau telefon..bila kelas kita habis..aku cakap terus lah..kelas pagi ni batal..lepastu mintak aku datang. Aku datang jelah.."jawab Neo.

"Serius la, kenapa?..takpe la..aku  mandi dulu.."jawab Ohm lalu masuk ke dalam tandas.

.
.
.

Ohm keluar dari tandas

"Ohm,ni baju siapa?..aku nampak kau peluk je baju ni.. siap ada tag harga lagi..untuk siapa ni?"tanya Neo.

"Adalah.. memang taklah aku nak bagitahu kau.."jawab Ohm.

"Elele..ke untuk aku..sebab ni baju lelaki..tapi setahu aku..yang rapat dengan kau..aku sorang je hmm.."balas Neo sambil tersenyum sinis.

"Eishh,kau ingat aku ni lonely sangat ke..aku ada lagi kawan yang lain."jawab Ohm.

"Ohh.. sorrylah"kata Neo.

*Knock knock*

"Ohm, Neo.. turunlah sarapan.. nanti petang ada kelas kan.."kata Mama Ohm.

"Baik ma.."
"Baik,auntie"

"Cepat lah..aku lapar dah ni.."kata Ohm.

"Ek eleh kau,bila je tak lapar"balas Neo.

Mereka berdua menuruni tangga dan terus ke meja makan.

"Uish.. English breakfast wow..jarang-jarang..ada apa apa ke ni ma.."tanya Ohm.

"Eleh, buat buat tanya..oh masih nak rahsia eh.. sorry.."jawab Mama Ohm.

"Ha?rahsia apa ma.."jawab Ohm.

"Nak mama bagitahu sekarang ke?"jawab Mama Ohm.

"Okay.. bagitahu la"jawab Ohm.

"Mama,sediakan sarapan ni..untuk sambut hari jadi seseorang tu lah.."jawab Mama Ohm.

"Wah, hari jadi siapa auntie?"tanya Neo.

Ohm terkejut kerana menyedari apa yang ingin dilakukan oleh mamanya.

"Eh,kamu buat buat tanya..janganlah malu.. auntie memang buat ni semua untuk kawan kawan Ohm. Harini kita sambut hari jadi kamu ya..anggaplah ni hadiah untuk kamu dari auntie."

"Eh tapi-"

Ohm mencubit peha Neo.

"ADUH" Neo melihat ke bawahnya.

"Aku cakap kat mama aku harini hari jadi kau..kau angguk je ya..nanti aku jelaskan kat kau"

Ohm memberi pesanan kepada Neo melalui note di dalam telefonnya.

Ohm dan Neo memandang muka masing masing

Ohm menggangguk kecil.

"Aduh.. aduh auntie hehe..maaflah menyusahkan auntie..saya memang pemalu sikit orangnya.."jawab Neo

Neo menepuk bahu Ohm.

"Terima kasih Ohm..kau memang kawan yang terbaik."

"Auntie yang kena berterima kasih kepada Neo sebab sudi berkawan dengan Ohm. Auntie boleh nampak Neo ikhlas berkawan dengan dia.. kawan kawan dia yang lama selalu ambil kesempatan dekat Ohm ni.."

Neo tersenyum mesra.

"Takde masalah lah auntie. Ohm ni pun banyak jugak tolong saya.. auntie beruntung ada anak macam Ohm ni.."jawab Neo.

"Auntie bersyukur sangat..ha jamah lah.. jangan segan.."jawab Mama Neo

"Baik, terima kasih banyak banyak auntie.."jawab Neo.

Di bilik Ohm.

"Ha...jelaskan lah..dah kenapa pulak tiba tiba..aku kena mengaku harini hari jadi aku."tanya Neo.

"Ish..kau ni tak sabar..baru masuk bilik.."jawab Ohm.

"Cepat lah.." jawab Neo.

"Okay..kau nampak en baju ni.."tanya Ohm.

"Ha nampak.."jawab Neo.

"Aku nak bagi ni dekat seseorang yang istimewa..tapi memang taklah..aku nak cakap..aku nak bagi ni dekat seseorang istimewa..nanti aku kena temu ramah pulak dengan mama aku tu.."jawab Ohm.

"Ha.. seseorang yang istimewa..kau ada gf tak bagitahu aku pun.."

"Nanti nanti lah.. Aku kenalkan kat kau..tu je sebabnya.."jawab Ohm.

"Haih..kau ni.. harap cepat cepat la bagitahu kat mak kau terus.. nanti tak pasal pasal..aku kena dua hari jadi aku..satu hal pulak..so dalam setahun ni..baik kau kenalkan kat mak kau"jawab Neo.

Ohm terdiam

"Ohm..ohm!"

"Ha?"

"Kenapa kau terdiam tiba-tiba"

"Aku rasa..kau kena bertahan lama sikit kot.. 1 atau 2 tahun?"jawab Ohm.

"HA? KAU GILA? Kenapa? Gf kau tu teruk sangat ke apa.." jawab Neo.

"Hmm..taklah..tapi..kau tolong lah aku..."

"Boleh..tapi kau kena kenalkan aku dengan seseorang tu harini jugak.."jawab Neo.

"Tapi-"

"Takde tapi..harini kan hari jadi aku.. jadi..aku boleh mintak apa je..tadi mak kau dah bagitahu.

*Imbas*

"Ha, Neo.. kalau Neo nak apa apa harini.. mintak je kat Ohm. Auntie benarkan"kata Mama Ohm.

"Betul ni?"tanya Neo.

"Ya" jawab Mama Ohm

.
.
.
.

"Ha..ye aku tahu.. okay la.. petang ni lepas habis kelas..aku kenalkan kat kau.."balas Ohm.

"Okay..dah aku nak lepak kat katil kau.."jawab Neo.

Neo melompat ke atas katil

"Amboi kau..ni katil aku.."kata Ohm.

"HAHAHAAH aaaa empuknya..sedap betul baring sini.."

Ohm memandang Neo

Lama kelamaan

Dia membayangkan Nanon

Nanon.. tersenyum lebar dengan lesung pipinya itu.. memandang kepada Ohm.

Ohm mendekati

"OIII!!!"

Neo menjerit lalu menolak Ohm sehingga jatuh katil.

"Aduh.."Ohm mengerang kesakitan

"Kau dah kenapa.." tanya Neo

"Kau tu yang dah kenapa? Aku nak ambil laptop aku lah.."jawab Ohm.

"Lah kau ni..bagilah tahu.. terkejutlah aku tadi.."

Ohm berdiri dan terus mengambil laptopnya.

"Haihss kau ni.."jawab Ohm.

Ohm membuka laptopnya itu

Nanon:
"Nanon,lepas habis kelas nanti..aku nak jumpa kau tahu..aku harap kau tak lupa..yang harini.. Hari isnin.."

"Weh.. lagi dua jam..aku tidur dulu boleh.."tanya Neo

"Ha.. okay.."

"Ha..boleh je..jumpa nanti" jawab Nanon.
"Jumpa nanti"

.
.
.
.
Ohm memandang Neo sedang tidur

"Aku harap aku dapat bawak Nanon tidur atas katil aku ni.."

Petang

"Neo..bangun..jom.." Ohm mengejutkan Neo.

"Ha..dah kul 3? Okay jom jom" Neo tersedar dari mimpinya lalu terus mencapai begnya

Di universiti

"Okay semua.. siapkan assignment kamu..jumpa minggu depan"kata seorang pensyarah

"Weyh..fuh..tak sabar siak..nak tahu siapalah seseorang yang istimewa untuk kau tu.. cantik ke, comel ke.."

"Kau ni.. jomlah cepat..

.
.
.
.

Nanon sedang menunggu

"Tu ha..jom"kata Ohm sambil menunjuk ke arah Nanon.

"Weh..jap jap..aku tertinggal sesuatu.. nanti aku datang balik" jawab Neo.

"Okay " jawab Ohm

Ohm berlari ke Nanon

"Haiii!!"kata Ohm.

"Hai.."kata Nanon

"Lama tunggu?"tanya Ohm.

"Takdelah lama sangat..tu Neo kan.. kenapa dia ada kat sini?" tanya Nanon.

"Umm aku nak kenalkan dia kat kau.. macam yang kita janji.."jawab Ohm.

"Oh..um pasal tu.. boleh tak kita tukar...kita janji yang kita akan bergilir belanja masing masing.. yang tu je..."tanya Neo.

"Tapi..Neo boleh dipercayai.. takpe.. kita bagitahu lah dia dulu."jawab Ohm cuba untuk memujuk Nanon.

"Taknak Ohm.. sorry..aku tak bersedia lagi.." jawab Nanon.

Nanon menatap mata Ohm.

"Okay..eh hai.." Neo melambai.

Nanon juga melambai

"Neo..ni lah..nama dia Nanon Korapat."

"Ni.. seseorang yang istimewa untuk kau?"tanya Neo

"Haah.."jawab Ohm.

"Istimewa?..aku?"tanya Nanon

Neo menggangguk

Nanon memandang wajah Ohm.

Ohm menatap wajah Nanon.


















Continue Reading

You'll Also Like

96.1K 5.6K 63
Ezran dan Ayreen sudah berkawan sejak umur 5 tahun, sewaktu keluarga Ezran berpindah di depan rumah keluarga Ayreen. Persahabatan sejak kecil begitu...
319K 12.6K 54
ใ€Œ โœฆELYANA LYRA โœฆ TENGKU RAESS AEDDEN โœฆ ใ€ Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan...
415K 1.7K 28
sumbang mahram
75.8K 6.3K 51
๐‹๐ฎ๐ญ๐ก ๐๐š๐ฒ๐ฒ๐ข๐ | ๐๐ฎ๐ซ ๐’๐ฒ๐ข๐Ÿ๐š ๐ˆ๐ค๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง๐š Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa ap...