Jam ditangan kiri Dazril, dipandang sepintas lalu.. menunjukkan sudah 8:15 malam. Telefon nya diambil setelah baterinya sudah penuh..
Nama Ilham disenarai telefon di senarai kenalannya ditekan ..
"Patut ke aku call dia ni? "
"Argh lantak jela, kalau dia angkat, kau ajak jer..kalau tak angkat, alu prgi dgn Sop Nabil..."
Jauh dilubuk hatinya mula bersuara tetapi tangan masih menyentuh skrin phone ..lalu menekan nombor Ilham..
Ring ding dong ding ring diggy..bunyi Telefon Ilham ..
Ilham yang baru sahaja selesai menunaikan solatnya melihat ada panggilan daripada Dazril terus laju tangannya menerima panggilan tersebut.
"Hello Dazril?" Ilham.
"Hello, kau tengah buat apa sekarang ni?" Dazril.
"Aku baru lepas habis solat ni haa, ada apa kau call aku malam² ni?" Ilham.
"Ouh aku menganggu kau ke ni?" Dazril.
"Eh tak lah..haa ada apa ni?"Ilham.
"Cantik, kau free tak sekarang ni?" Dazril.
"Free jer, kenapa?" Ilham.
"Jom teman aku jap beli burger..Nabil dgn Usop malas nak teman ..tau order je lebih..jomlahh "Dazril.
"Ouh haa aku okay je..ni bila tu kau nak pergi? Pukul berapa?" Ilham
"Lah takkan tahun depan kot perginya..mestilah sekarang !..dah kau pegi siap japgi Aku sampai depan rumah .." Dazril.
"Ouh okay², Aku siap sekarang..bye assalamualaikum" Ilham.
"Waalaikumsalam" Dazril.
K
edua2 mereka pun menamatkan panggilan dan bersiap² untuk membeli burger..
Ilham yang tadinya berada di atas sejadah, kini telah menyarungkan seluar track hitam beserta baju jersey..manakala Dazril, hanya mengenakan baju T-Shirt dan seluar pendek paras lutut.
Beberapa minit kemudian, Dazril pun tiba dengan kereta Proton X70 hitam untuk mengambil Ilham .
Sementara itu, berbeza pula dengan Susana di kampung ..
" Mak berkenan dengan budak Dhia tu, tapi kamu tu macam mana? sampai bila nak berkawan je..umur makin lama makin tua, kalau lambat sangat bertindak, biar mak sendiri yang masuk minang Dhia tu haa" kata Mak Leha kepada Hazwan yang sedang termenung di luar rumah.
"Ish mak ni, kesitu pulak..orang bukan tak suka mak masuk minang dia, tapi dia kan nak fokuskan pembelajaran dia dulu mak..selagi Wan boleh tunggu, wan akan tunggu dia mak" jawab Hazwan sambil menepuk2 tangan dan kakinya Yang dihurung nyamuk.
"Itulah anak muda sekarang, gunakan alasan belajar untuk elak kawin ..zaman mak dulu takda masa nak tolak tolak bab kahwin ni..mak cuma taknak kamu ni jadi teruna tua" bebel mak Leha.
"Mak !! Teruna tua tu APA mak ?"sampuk Rafi sambil membawa masuk kucing peliharaannya keluar dari rumah.
"Ini sorang lagi anak bertuah, menyibukk aje koje nya, awok tu baru 13 tahun Rafi..jangan nak menyampuk bila orang tua tengah bercakap " marah Mak Leha..
"Ooo jadi mak mengaku lah Yang mak memang dah tua kann ? " Sindir anak bongsunya menyebabkan Hazwan sedikit tertawa melihat adik lakinya suka menyakat orang.
" Eh eh budak ni!! haa kamu Wan, jangan lama² kat luar tu..dikokaknha Pontianak dekat telor kamu tu, habis takde keturunan keluarga aku nih" bebel Mak Leha lalu masuk ke dalam rumah.
"Psst mulut kau boleh tahan eh dik" kata Hazwan kepada Rafi yang masih lagi dengan kucingnya.
"Apa Psst Psst, diam ahh " marah Rafi membuatkan Hazwan terkedu lalu bangun mengerjakan adiknya dengan mencium pipi Rafi sehingga naik rimas budak tu dikerjanya.
................................................................................
Dazril dan Ilham masih mencari kedai kedai burger berdekatan tapi malangnya semua kedai burger di perumahan itu tutup.
"Tak boleh ni Ilham kalau cari dekat dalam kawasan perumahan ni..kena Cari dekat luar ..kau Okey ke? kalau tak Okey, aku boleh patah balik hantar kau.." soal Dazril yang sudah pun berada di simpang tiga.
"Eh takpe², lagipun susah kalau kau nak patah balik dekat simpang tiga macamni..Aku Okey je kalau kata kau nak Aku teman kan ke apa " balas Ilham.
"Mantap ! Okey jom" kata Dazril sambil membuka radio ..
Erti cinta~~bagimu hanya satu permainan~~ air mata ~~ Yang turun pengganti satu dendam~~
Kereta Dazril itu hanya dipenuhi dengan suara nyanyian radio dan difeatkan oleh Dazril.
"Oit, kau asal senyappp? Taknak join nyanyi sekali?" Soal Dazril sambil lirih matanya ligat melihat kedua2 lampu sisi dan cermin belakang ..
"Hehe takpelah..aku dengar kau menyanyi pun dah cukup sedap dah" bohong Ilham..
"Halah kau kekok kan sebenarnya?..Aku kan dah okey dengan kau..so kau chill je..buat macam kau dah lama kenal aku" arha Dazril sambil menguatkan radionya sedikit..
"Ouh ye iye..memang tengah usaha nak chill pun ni" jawab Ilham.
Dazril hanya mengangguk santai dengan jawapan Ilham.
Akhirnya mereka pun tiba di destinasi gerai burger ..oleh kerana hanya kedai itu sahaja yang buka dan ramai pula pelanggan nya.. mereka memutuskan untuk tunggu di meja gerai tersebut .
" Bang ! Burger 5 kasi bungkus Okey " Jerit Dazril kepada penjual burger itu.
Aku yang mengekori Dazril dari belakang merasa sedikit segan kerana cara Dazril bercakap dengan peniaga tu agak kasar baginya.
Kerusi di meja pilihan Dazril itu ditarik perlahan oleh ilham sebelum didudukinya.
" Kuat ye korang bertiga makan? " soal Ilham dengan Nada santai untuk memecahkan kesunyian diantara Dazril dengan nya.
" Banyak ke aku order tadi? " Soal Dazril dengan nada seakan pelik.
" Kalau dah sampai 5 bungkus tu..dikira banyaklah tu.." jawab ilham..
"Ooo itu sebab lagi 2 bungkus tu untuk kau dengan Azam .." jelas Dazril.
"Ehh bila pulak aku kata nak beli sekali ni?aku dah lah tak bawak duit ni Dazril...boleh ke kalau aku mintak cancel je burger tu satu.." Soal ilham yang terkejut.
"Hahaha memang taklah orang tu bagi kau cancel order..buat rugi dia je.. memang aku saja beli utk kau..kau kan dah teman aku sejauh ni..setakat burger rm3-4 ringgit ni apalah sangatt.." jawab Dazril dengan nada yang tenang dan selamba .
" Ouh, kau ni susah² je belanja aku..dahlah petang tadi pun kau yang belanja..naik segan aku keluar dengan kau lepasni" kata Ilham.
" Jadi kau tak selesa lah berkawan dengan Aku? Kau rasa macam aku ni buat kau rasa lemas macamtu?" Balas Dazril dengan nada serius.