My Brother's Guardian is a Va...

By gwendalvonniel1012

20.8K 1.8K 186

HAK CIPTA TERPELIHARA. (Maksudnya jangan plagiat) Tajuk lama: Princess and The Guardian Apabila Karina bert... More

PROLOG
My Brother is King Roshan
SELEPAS HUJAN DI TENGAH HUTAN
I LOVE YOU, SIS.
I'M CRAVING FOR THIS BLOOD! HER BLOOD
NAMANYA TERTULIS DALAM WASIAT AYAHANDA
THANK GOD, IT WASN'T HER.
SAYA, ETHAN.
BEHAVE YOURSELF!
MARRY ME, KARINA
ZURIAT TERAKHIR
OUR SOULS ARE BONDED
RED-FLAG
HAUS
IS SARAH'S NEW BOYFRIEND
ISTERI? PLEASE LAH...
YOU ARE SO BUSY WITH YOUR FIANCEE
10 SEN KERIANGAN
EDWARD WHO?
IT'S A LADY'S NAME ON HIS ARM!
LADY AMARA
KIFL ETHAN ARY
WHAT'S YOUR FAVORITE BOOK?
BODYGUARD PERCUMA
ANAK ANGKAT
JANGAN SEBUT PERKATAAN MODEL!
RYDER DAN LAILA
PERVERT!
SEXY CHEF
TAK MASIN PUN!
KAU PUNYA
AGAKNYA KARINA SUKA TAK?
EMPAYAR HADID
BAD PUBLICITY IS STILL PUBLICITY
KAU KENAL SIAPA ETHAN?
IS SHE BLONDE?IS SHE SEXY?
WELL DONE, BABY GIRL.
AKU TAK NAMPAK DIA
SPOTIFY PLAYLIST
THE VAMPIRE KING
PERJALANAN YANG PANJANG
NEW NAME OF MINE
PEMILIK PAPAN CATUR
PIHAK KEDUA SELAIN UTARA
ISTANA HADID
MY MATE IS THE VAMPIRE KING'S BRIDE
HUNTER
NOT EVEN YOUR BROTHER
ETHAN ATAU KARINA?
PATUTKAH KITA TERUSKAN?
SWEET REVENGE
CEMBURU
AM I NOT ENOUGH?
LADY KARINA OF FLORANCE
DO YOU EVEN KNOW WHO I AM?
WHAT A SHAMELESS GIRL
TWILIGHT
ROSHAN DATANG?
CEO OF ALPHA GUARDIAN
DIA CUTE JE BUKAN SEXY
INFINITY RING
MALAM TERAKHIRKU
SELAMAT TINGGAL, CINTA
KEEP BREATHING!
SI KAMBING YANG BERJASA
HONEYMOON

Tuala Putih

535 48 5
By gwendalvonniel1012

'Raja Roshan, The King of Syrus. Daulat tuanku! Daulat tuanku! Daulat tuanku!'

Menaiki takhta di usia yang muda dan tanpa permaisuri, Roshan berkeras untuk kekal bujang sehingga dia menemui calon yang sesuai. Dia tidak mahu dibebankan dengan masalah 'wanita dan emosi' seperti yang terjadi terhadap ayahandanya selepas kemangkatan bondanya.

Hakikatnya, dia juga mahu untuk bercinta dan dicintai. Namun situasinya tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian. Selain masalah kesihatan, dua persoalan masih belum terjawab. Pertama, bagaimana Karina boleh 'wujud'? Kedua, mengapa Karina dikurung di penjara bawah tanah pemberontak utara?

Acara yang panjang pada sebelah siang menyebabkan dia terlanjur lena dalam rendaman air bunga-bungaan di kamar mandinya sehingga terlepas majlis keraian yang diadakan di tengah kota bagi meraikannya. Bukannya dia kisah pun semua tu. Menaiki takhta sekadar memenuhi takdirnya sebagai putera mahkota negara Syrus. Sungguhpun begitu, lenanya disulam dengan mimpi ngeri.

Mimpinya sentiasa sama. Entiti seorang lelaki dalam seragam tentera Syrus yang berlumuran darah mencengkam kakinya sambil mengerang kesakitan mengucap perkataan yang sama, "Me... rah... ."

Setiap kali itu juga Roshan akan terpaku di tanah. Peluh mengalir deras di sisi wajahnya, kerutan di dahi semakin jelas malah turun naik dadanya menarik nafas juga semakin cepat. Walau seberapa kuat dia berusaha untuk melarikan diri, kakinya tetap tidak dapat diangkat.

"Hero, lari!"

Bonda.


Mata terbuka pantas. Suara bondanya seakan menjadi isyarat untuknya terjaga dari mimpi itu. Perlahan-lahan badan bangkit untuk keluar dari tub, menepis sekuntum dua bunga yang melekat di badannya. Mimpi itu sudah tidak memberi kesan kepadanya lagi.

Kejadian 20 tahun yang lalu tidak pernah hilang dari memorinya malah terus mengganggunya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Bayangan ayahandanya ditusuk pedang tepat ke jantung menghantuinya selama bertahun-tahun sehingga memaksanya berjumpa dengan pakar psikiatri.

Khabar angin bertebaran di seluruh negara suatu ketika dahulu akan 'kesihatan mental' yang dialami Putera Mahkota Roshan namun ditepis oleh pihak istana secara tegas. Hanya sekali itu berita kedengaran. Selepas itu, tiada lagi media yang berani memuat naik sebarang berita kesihatan mental putera mahkota.

Tuala putih dicapai lalu membalut bahagian bawah badannya sehingga ke lutut. Baru sahaja keluar dari kamar mandi, telefon bimbitnya berdering.

Aih? Siapa pula? Pantas melihat ke dinding, memeriksa jam sudah larut malam. Siapa yang menghubunginya ketika ini? Lebih-lebih lagi ke nombor peribadinya? Karina ke?

Kemudian nama di skrin diperiksa.

Oh... dia... Sudah pasti. 

Roshan menarik nafas dalam-dalam sebelum menekan butang hijau pada skrin. "Roshan di sini." Nadanya perlahan dan rendah.

"Tahniah di atas pertabalan tuanku... ." Suara Wanita. Serak-serak basah. Namun lembut tutur bicaranya.

"Maafkan saya... ." Roshan tertunduk. "Awak- faham, kan?"

Wanita misteri itu tertawa perlahan. "Sudah pasti, tuanku. Kenapa tuanku meminta maaf. Tuanku tidak berbuat apa-apa kesalahan. Patik fikir, tuanku belum tidur sebab itu patik menghubungi tuanku. Memandangkan siang tadi, patik tidak hadir... ."

Akhirnya Roshan mengukirkan senyuman. Tekanan di wajah hilang serta merta. "Terima kasih."

"Tidurlah. Dah lewat. Esok hari pertama tuanku. Nanti Majlis Raja-raja buli tuanku pula, patik tiada di sana untuk membantu."

"Awak kat mana?"

.
.
.

"Patik?"

Lilith menoleh ke kiri dan kanan. Hanya dia seorang diri. Jalan belakang Pagar 5 jarang dilalui orang. Namun di kedudukan itu, dia boleh melihat sinar cahaya terang-benderang Istana Ruby yang berada di atas bukit. Terus badannya menyandar pada motosikal berkuasa tinggi miliknya sambil menyelitkan rambut di belakang telinga kiri.

"Patik di Atlanta," dia menipu. "Terlalu sibuk dengan kerja."

"Jaga diri, Lilith." Ayat Roshan mengguris hatinya. Raja muda itu begitu prihatin dengan dirinya namun tetap menjauhinya. Bukan tidak pernah bersama, namun situasi Roshan terlalu sukar untuk didekati untuk membuka pintu hatinya.

Mereka pernah bercinta. Namun berpisah atas permintaan Roshan sendiri. Kini mereka meneruskan perhubungan sebagai kawan biasa.

"Selamat malam, Roshan."

"Lilith, tunggu... !"

"Ya?"

"Awak di mana? Saya nak jumpa awak."

"Kan saya dah bagitahu tadi, saya di- ."

"Signal awak berhampiran. Awak di tempat biasa, ke? Tunggu saya, saya datang sekarang."

"Eh Hero, jangan- ." Tetapi Roshan sudah menamatkan talian. Belum pun sempat Lilith menghabiskan ayatnya.

Lilith mengeluh panjang. Dia tidak mahu melihat wajah Roshan lagi. Tujuannya menghubungi raja muda itu sekadar untuk mengucapkan tahniah. Jika Roshan muncul di hadapannya, dia tidak tahu bagaimana untuk bereaksi. Hatinya masih sayang pada pemuda itu. Jauh di sudut hatinya dia berharap Roshan juga masih mempunyai perasaan yang sama sepertinya.

.
.
.

Roshan muncul tidak lama kemudian. Hanya berbaju kameja-T biasa dengan seluar jeans, dia datang dengan Maybach hitam yang dipandu oleh pembantu peribadinya, Liam. Liam, si penyimpan kunci rahsia peribadi Raja Roshan.

Lilith tegak membetulkan jaket kulit yang dipakainya. Rambut kembali diikat ponytail, membiarkannya seperti ekor kuda yang terurai. Pakaiannya kasual tidak seperti seorang puteri raja yang diam di istana sejak lahir.

Melihat bekas kekasihnya keluar dari kereta, jantungnya terus luruh. Walau hanya dengan bantuan lampu jalan yang malap, wajah tampan Roshan tepat berjaya membuatkannya berhenti berdegup untuk sesaat.

"Tuanku... ." Lilith menundukkan kepala, merendahkan badannya memberi hormat kepada Roshan. Salamnya dibalas. Roshan menghampirinya dengan perlahan. Mata mereka tidak lari antara satu dengan yang lain. Namun mengenangkan raja muda itu bukan lagi kekasihnya, cepat-cepat Lilith mengalihkan pandangan.

"Kenapa tipu? Awak tak nak jumpa saya?" Roshan seakan kecewa dengan tindakan Lilith.

"Bukan. Tapi saya tak nak ganggu awak."

"Jadi kenapa telefon?"

"Sebab saya nak ucapkan tahniah."

"Atau awak sedang memeriksa saya?"

Lilith tergamam. Periksa?

"Maksud awak?"

"Mungkin awak fikir saya sedang berseronok dengan gundik."

Lilith cepat-cepat menggeleng kepala. "Ta- tak. Tak adalah. Mana ada. Kenapa pula? Ka- kalau awak buat pun, bukan satu kesalahan. Awak raja."

"Saya tak ada gundik." Entah kenapa Roshan perlu memberitahu semua itu sedangkan ia tidak perlu. "Belum lagi."



Senyuman kecil terlihat di hujung bibir Lilith tetapi cepat dimatikan. Ia melegakannya walaupun dia tahu Roshan dibenarkan untuk memiliki gundik. Dalam khayalannya, dia sering melihat Roshan datang kepadanya semula dan melutut untuk melamarnya sebagai permaisuri. Sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak, dia harus sentiasa menjaga hatinya. Sekali lagi, berhati-hati agar tidak terluka.

Batuk Roshan menyentak khayalannya. Roshan batuk sambil memegang dadanya kuat, cepat dibantu oleh Liam dengan meletak tangan kanan Roshan di bahunya.

"Awak tak apa-apa, ke?" Riak wajah Lilith pucat. Bukan sekali dua, dia melihat Roshan begitu. Semakin hari, badannya semakin lemah. Sudah berkali dirawat di hospital, ia tetap tidak berubah.


Roshan tidak dapat menahan kesakitan pada dadanya ketika batuknya kembali menyerang. Tanpa sepatah perkataan, dia memberi isyarat mata ke arah Liam untuk kembali ke kereta. Dia terpaksa memendekkan perjumpaan dengan Lilith, hanya menggunakan isyarat tangan, menyatakan dia mahu beredar.

"Please, jaga kesihatan awak, Hero."

Hanya itu yang didengarinya dari Lilith sebelum pintu kereta ditutup Liam. Badannya berbaring di kerusi sambil menutup mata rapat sebelum dirasakannya kenderaan mula bergerak.

"T-tak perlu ke hospital, Liam," ujarnya dengan suara yang serak, seakan menahan kesakitan setiap kali batuk. "Panggil Karina... ." Dia hanya mendengar Liam menyebut 'tuanku' sebelum kesedarannya mula hilang.

**

Continue Reading

You'll Also Like

708K 65.8K 102
ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018
249K 8.7K 65
BOOK 01 Playboys Β¦ Cute Girls [[ MR PLAYBOY FALL IN LOVE ]] Tengku Rayyan Rayqarl serta Tengku Syafiq Haziq ! Ya siapa sahaja yang tidak mengenali...
141K 3K 18
[#1 in Vampire,20 Nov 17] [#1 in Mermaid,22May 19] [#3 in Ngeri,22March 20] Aku boleh baca fikiran kau.--Afiq. Mungkin dengan orang lain kau boleh,ta...
722K 33.2K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...