Lauk sardin dan telur Dadar serta sayur kacang goreng yang siap dimasaknya mula dihidangkan atas meja.
Angah yang menemani Dhia di dapur hanya tersenyum.
" Kenapa angah pandang Dhia macamtu? " Soal Dhia sambil mengangkat keningnya.
" Am, da lama t-tak makan m-masakan Dhia ." Jawabnya.
Tersenyum Dhia dibuatnya.
" Angah kan pandai masak, ingat lagi tak resepi-resepi yang Dhia selalu ajar tu?" Soal Dhia lagi.
Angah mengangguk.
" T-tapi tak sama r-rasa air t-tangan dari D-dhia dengan Am. Dulu Dhia s-selalu masak d-dengan Am. Am r-rindu." Jawabnya.
"Angah~, angah kena faham. Lepasni Dhia jarang-jarang dapat masakkan angah dengan abah macamni, sebabtu Dhia harapkan angah untuk masak macam Dhia. Angah tau tak angah ni istimewa sebab ada kelebihan memasak . Tak semua orang macam Angah ni reti masak. Jadi angah kena usaha dan terus usaha masak lebih sedap dari Dhia. Sambal nasi lemak kita dulu pun, hasil dari angah selalu tengok arwah mak masak kan?, Sebabtu kita sama-sama dapat jual makanan yang sedap. " Pujuk Dhia kepada angah.
Angah hanya merenung wajah Dhia.
" Dah, sekarang ni angah jangan sedih-sedih. Jom kita pergi mandikan Mangga dengan Uteh nak?" Bodek Dhia untuk menenangkan Angah yang sedang bersedih itu.
" Nak !" Terus segar Angah bila diajak mandikan kucing-kucingnya.
"Alhamdulillah, terima kasih lah Halim dengan Dazril sebab sudi tolong uruskan anak Haji Wahab berkhatan tadi." Kata Pak Kassim sambil memegang bahu Abah.
" Sama-sama, tapi kalau takda si Dazril ni haa, mesti lagi lambat Majlis khatan tu berlansung sebab nak naik apa aku ni dengan bawak batang pisang nya lagi..ye dak Dazril " balas abah .
Dazril yang berdiri di sebelah abah hanya menundukkan sedikit kepalanya sebagai tandas hormat.
" Bagusnya lah menantu kamu ni, terima kasih lagi sekali lah ya sebab tolong pakcik " kata pak Kassim kepada Dazril.
"Ya sama-sama " jawab Dazril.
Beberapa orang kampung mula beransur-ansur pulang setelah selesai Majlis khatan anak Haji Wahab selaku bilal masjid kampung Telok Sareh ini.
.................................................................................
Dhia dan Angah yang sedang memandikan Mangga dan Uteh dibawah rumah itu, mula merenjis antara satu sama lain.
" Hahahaha nah, ambik ni ~" Dhia merenjiskan airnya ke muka angah.
"Hahaha amik" balas Angah.
Baju yang sudah sedikit basah direnjis angah itu mula menampakkan kesan.
Angah yang masih seronok bermain renjis-renjis terus mengambil getah paip.
Hazwan yang melalui rumah Dhia dengan motornya itu terus menuju ke rumahnya .
" Eh angah~ haa jangan ! Jangan. Taknaklah macamtu" jerit Dhia sambil menjauhkan dirinya dari angah yang pergi mengambil getah paip untuk menyiram dhia.
Hazwan berjalan menuju ke arah Dhia dan angah. Sementara Dhia masih mengundur ke belakang.
"Argh !" Jerit Dhia yang hampir terjatuh tersadung batu apabila tubuhnya disembur oleh angah dan disambut baik oleh Hazwan .
Tubuhnya yang kecil itu ditahan dari jatuh terduduk mencecah tanah oleh Hazwan . Mata Hazwan tertumpu pada anak Mata Dhia. Mereka saling bertentang mata .
Dazril dan abah yang sampai di simpang perkarangan rumah juga turut melihat Dhia dan Hazwan .
Pin !- Dazril menekan hon keretanya.
" Austaghfirullahalazim Hazwan Dhia ? Kenapa ni?" Soal abah lalu menarik Dhia dari pegangan Hazwan.
" T-tak pakcik, tadi Dhia nyaris terjatuh. Tu yang saya sambut dia tu" jawab Hazwan.
" Y-ya abah, angah tadi sembur air dekat Dhia, Salah Dhia juga sebab tak tengok belakang masa mengundur tadi. Nasib Ada Hazwan, kalau tak Dhia dah terjatuh dah tadi" Dhia membela nasib Hazwan dan dirinya.
Dazril yang sedikit cemburu itu mula menutup pintu keretanya.
" Tapi saya rasa, tak perlu kot sampai nak pegang isteri saya." Dengan nada yang sedikit meleret dan cemburu itu mula mendekati tubuh Dhia yang basah.
Hazwan memandang Dazril dengan rasa serba salah. Dia sepatutnya boleh saja memanggil Dhia semasa Dhia mengundur, tak perlu pun berdiam dan menanti Dhia jatuh kan? .
"M-maaf Dazril. Saya tau saya salah, saya tak sepatutnya pegang Dhia." Kata Hazwan kepada Dazril.
Dazril mendiamkan dirinya sambil tersenyum hambar.
Matanya melirih ke anak mata Dhia. Perasaan apakah ini?
ya itulah perasaan cemburu buta.
"Haa Dhia pergi naik atas bersihkan diri. Bawak sekali angah tu." Arah abah yang tidak mahu memandangkan perbalahan.
Dazril pula hanya memandang Dhia yang membawa angah naik ke rumah.
"Haa Hazwan, ada apa kamu datang sini sebenarnya?" Soal abah .
"Ouh, ni haa mak suruh bagi duit upah ngajar Rafi mengaji" jawab Hazwan sambil mengeluarkan Wang saku bernilai Rm100 dari kocek seluarnya .
" Alhamdulillah, buat susah-susah je mak kamu ni bayar pakcik, pakcik ikhlas ngajar si Rafi dengan kawan-kawan dia tu. Besar sangat nilainya ni. Kejap abah balikkan lagi RM50" kata abah.
" Eh pakcik, tak payah pun takpe, mak ikhlas " kata Hazwan yang menghalang abah dari pergi mengambil duit pecah.
" Ish takpa, pakcik pun ikhlas terima RM 50 je. Pakcik taknak lebih dari tu. Kalau tak, kamu ambik balik RM 100 ni balik" ugut abah sambil menghulurkan duit tersebut.
" Eh jangan pakcik jangan, yelah-yelah saya ambik balance rm50 tu" kata Hazwan.
Abah yang mengangguk lega, terus naik ke rumahnya untuk mengambil duit pecah.
Dazril yang masih berdiri disitu, sebaik saja melihat abah naik ke rumah. Dia mula mendekati Hazwan.
" kau suka kat isteri aku kan sebenarnya?" Dazril menghampiri Hazwan .
Hazwan tersenyum hambar.
"Saya dan Dhia, kami kawan je tak lebih dari itu, sekali lagi saya minta maaf pasal kes tadi." Hazwan dengan tenangnya .
" Tu mungkin alasan kau untuk mengelak dari soalan aku je, lepasni aku taknak tengok lagi kau dekat-dekat dengan Dhia ." Dazril
"Kenapa takut sangat kalau Dhia rapat dengan saya?, Macam yang saya cakap tadilah, kami .. cuma..kawan " Hazwan membalas kata-kata Dazril dengan tenang.
" Takut? Hahaha siapa yang takut? aku tak takut, aku cuma pertahankan rumah tangga aku sebab dia isteri aku. Dia dah jadi isteri orang. Takkan Kau tak faham hukum hakam batas dengan perempuan yang bukan mahram kau kot . Aku tak halang kau nak berkawan dengan dia ke apa. Tapi tolong, jangan terlalu desperate sangat kejar cinta isteri orang sampaikan sesenang tu jer kau nak pegang-pegang dia. Faham?" Dazril kemudiannya menepuk kedua-dua bahu Hazwan dengan perlahan sambil tersenyum lalu meninggalkan Hazwan yang menanti abah .
Hazwan yang terkilan itu hanya mampu mengalihkan pandangan nya ke arah lain .