YANG DIA PILIH (New Version)

By hanifazuha

10.3K 575 11

Kisah kesinambungan Hati Kala Cinta. Kisah Hareez yang cintanya tak kesampaian dengan Lya. Adakah dia akan be... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Full Novel
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Teaser 1
Bab 15
Bab 16
ydp

Bab 3

569 29 0
By hanifazuha

PAGI yang damai tapi hatinya tidak sedamai suasana di sekelilingnya.

Termenung di meja kerja, Hareez tarik nafas panjang. Tak tahu kenapa hari ni hatinya jadi serba tak kena. Banyak perkara singgah di mindanya.

Dari duduk, dia berdiri berpeluk tubuh memandang ke luar. Dinding kaca yang mengelilingi biliknya itu membolehkan dia melihat pemandangan indah di luar sana.

Seketika berdiri di situ, dia melangkah perlahan ke arah dinding kaca yang bertentangan. Langsir yang menutupi keseluruhan dinding tersebut diselak sedikit untuk melihat suasana di dalam ruang pejabat pula.

Saat itulah matanya menangkap bayangan Lya yang melintasi pejabatnya. Lenggok Lya yang nampak indah di mata lelakinya itu menjadikan dadanya sesak dengan pelbagai rasa.

Hatinya seperti dicuit dan jiwanya mula terusik. Bertahun dia cuba membenam semua rasa yang sering mengusik jiwanya saat melihat Lya. Tapi sehingga ke hari ini, dia gagal

Pantas langsir yang terselak itu ditutup kembali. Pantas juga kakinya melangkah menuju ke kerusi dan duduk di situ.

Baru saja nafas yang tersekat tadi kembali berjalan lancar, pintu biliknya diketuk dari luar.

"Masuk." Lemah saja suaranya memberi arahan dan serentak itu wajah yang cuba ingin dielaknya muncul di muka pintu.

Senyuman Lya buatkan Hareez terpaku di kerusinya. Dia hanya mampu memandang langkah Lya yang tersusun masuk menghampiri mejanya.

"Boleh I duduk?"

"Hah!" Hareez bagaikan baru tersedar dari lena saat mendengar permintaan Lya itu.

Rupanya Lya sudah berdiri di depan mejanya. Pantas dia menghulurkan senyuman bersama isyarat tangan agar Lya duduk.

"Fail yang you minta semalam." Lya bersuara sambil meletakkan fail yang dibawa ke atas meja.

Hareez berikan isyarat tangan agar Lya duduk.

Mengikut arahan, Lya labuhkan duduk. Namun, beberapa ketika dia di situ, Hareez hanya diam.

Kalau ditanya kata hati, dia lebih sukakan Hareez yang dulu, yang selalu agresif dalam semua perkara termasuklah tentang soal hati dan perasaan.

Melihat Hareez hari ini, hatinya jadi tidak tenteram. Salah diakah yang menjadikan Hareez seorang pendiam?

"Anak kita dah okey?" Terbit soalan tersebut di bibir Hareez.

Dia sendiri tak tahu kenapa selalu bila dengan Lya, dia lebih suka menyebut 'anak kita'.

Lya tergelak perlahan. Setiap kali pun, begitulah reaksinya bila Hareez sebut 'anak kita'. Kalau Zhafran dengar, mahunya berasap telinga. Dan kalau orang lain dengar, pasti akan jadi salah faham.

"Anak I, bukan anak kita." Dibetulkan sebutan Hareez.

Memang petang semalam si comel tu demam dan merengek ketika dia menjemput di rumah keluarga mentuanya.

Sejak dia kembali bekerja di Danau Crystal ini, waktu itu Antasya sudah berusia setahun, ditinggalkan si anak di bawah jagaan mentuanya. Itu permintaan Mama J dan Zhafran setuju.

Mungkin kerana itu, si anak menjadi rapat dengan Hareez sebab bertemu setiap hari.

"Tadi Zhaf call kata dah okey." Perkhabaran si anak disampaikan pada yang bertanya.

Hari ni Zhafran bercuti menjaga si anak sebab dia ada kerja penting yang perlu diselesaikan.

"Tak tengok dia pagi ni, rindu pula."

Lya geleng kepala.

"Dulu, anak you dengan Melisa..."

"Bukan anak I, Lya." Hareez memintas. Duduk dibetulkan.

Sebut nama Melisa, hati mula jadi panas. Entahlah! Baginya, Melisa penghalang untuk dia hidup bersama Lya. Sehingga sekarang pun Melisa sering mengganggunya, Melisa sering mencari peluang untuk kembali padanya.

Tapi dia harus jujur pada hati sendiri. Melisa tak pernah berjaya masuk ke hatinya.

Bagaimana dia mahu terima perempuan itu.

"Dan, cari yang lain. Buat anak sendiri." Tajam bicara Lya menusuk ke hati Hareez.

Mata Hareez terus tertancap tepat ke wajah Lya yang masih seta duduk di depannya.

"Maknanya you tak suka I anggap anak you sebagai anak I?"

"Bukan!" Pantas Lya membalas. Kepalanya digeleng laju.

"In fact, I patut berterima kasih pada you sebab anggap anak I macam anak sendiri." Nafas Lya tarik panjang.

"Tapi, you perlu ada kehidupan sendiri. Perlu cari kebahagiaan sendiri."

"Bahagia I mudah saja, Lya. Bila orang-orang yang I sayang bahagia, itulah bahagia I."

Lya terus terkedu mendengar kata balas Hareez. Entah dia mahu tersenyum atau menangis.

Perbincangan mereka tentang hal kehidupan terhenti apabila telefon Lya berdering. Perbincangan sebegini jarang sangat berlaku di pejabat seperti sekarang ini.

"Abang, Lya ada perbincangan sikit. Nanti Lya call abang balik." Terus Lya memberitahu si suami yang membuat panggilan sebaik telefon dilekatkan ke telinga.

Kalau Zhafran tahu dia dan Hareez sekarang sedang berbincang tentang hal di luar bidang kerja, harus terbalik meja.

"I love you, abang." Ungkapan yang tak pernah tercicir setiap kali berhubung melalui telefon terbit di bibir Lya. Dia lupa waktu itu dia sedangberada di depan Hareez.

Biasanya kalau berbincang tentang hal kerja, dia jarang sangat menyambut panggilan Zhafran, malah jarang bawa telefon. Tapi sebab si kecil tak sihat dan berada di rumah bersama si suami, dia usung telefon ke sana sini. Bimbang jika ada kecemasan.

Panggilan ditamatkan dan Lya tersenyum segan bila tersedar yang Hareez sedang memerhatikannya.

Pantas Hareez kalihkan pandangannya ke sisi. Rasa cemburu yang cuba dibungkus kemas sudah mula mengintai keluar.

Sakit yang tidak mungkin mampu dilihat oleh sesiapa pun.

"Sorry..." Perlahan saja Lya memohon maaf. Entah untuk apa, dia sendiri kurang pasti.

"You bahagia?" Tiba-tiba Hareez ajukan soalan yang melencong topik.

Diam tak menjawab, Lya hanya merenung jemari sendiri. Tak tahu nak jawab bagaimana sebenarnya agar tidak menjadi belati tajam yang menghiris hati lelaki di depannya ini.

"Lya?"

"Ya, I sangat bahagia." Spontan jawapan itu keluar dari bibir Lya.

Benar... dia cukup bahagia. Jika ada perkataan lain selain dari bahagia, dia ingin meminjam perkataan itu untuk menggambarkan rasa hatinya. Betapa dia cukup bahagia hidup bersama Zhafran.

Hareez tarik nafas panjang. Entah kenapa dia masih ingin bertanyakan soalan itu sedang hakikat sebenarnya dia telah tahu.

Melihat kemesraan dan keceriaan di wajah kedua-duanya sudah cukup untuk memberitahu tentang bahagia yang berada di sekeliling mereka.

Soalan bodoh itu tak sepatutnya diajukan.

"Kadang-kadang I cemburu dengan Zhaf." Berkeluh perlahan, Hareez pandang tepat ke wajah Lya yang nampak terkejut.

"Dia selalu dapat apa yang dia nak. Dia selalu bahagia tanpa perlu bersusah. Walhal dia selalu membantah cakap mama dan papa." Nafas ditarik panjang.

"Betullah, dunia ni memang tak adil."

Lya ketawa perlahan.

"Bahagia tu kena cari sendiri, Reez. Kita tak boleh nak mengharap daripada orang lain." Kalau boleh, Lya mahu Hareez faham yang sebenarnya bukan dunia yang tidak adil. Tapi ujian Tuhan tu ada kategori tertentu untuk orang-orang tertentu. Semuanya tak sama.

Kalaulah Hareez tahu betapa payahnya dia dan Zhafran sebelum mengecap bahagia, pasti lelaki ini tak akan berani berkata begitu.

"Reez...?" Suara Lya yang memanggil buatkan Hareez tersentak.

Panjang istighfarnya dalam hati. Tadi dia ralit memerhati wajah indah Lya. Lupa mengekang keinginan untuk tidak melihat wajah itu dengan mata jantannya.

"You okey tak ni?" Soalan Lya dijawab Hareez dengan helaan nafas yang cukup panjang.

Dia cuba untuk berlagak biasa-biasa tetapi hatinya seperti tidak ingin bekerjasama. Belum sempat mindanya berfikir, kepala sudah menggeleng beberapa kali.

"Bagaimana I nak kata I okey sedang hati I sebenarnya langsung tak okey." Ayat itu juga keluar tanpa akalnya merancang. Lancar saja keluar dari bibir.

Lya terus jadi bisu. Kalau Zhafran, dia tahu bagaimana untuk mengeluarkan kata pujuk. Masalahnya, di depannya kini bukan Zhafran tetapi Hareez, lelaki yang sentiasa mencetus cemburu di hati suaminya.

"I keluar dulu." Lya pantas bangkit berdiri untuk keluar. Hatinya terasa tidak enak dengan reaksi Hareez.

"Lya!" panggilan Hareez menghentikan pergerakan Lya.

"Duduk dulu." Isyarat tangan diberi. Kepalanya dianggukkan apabila anak mata Lya mencari wajahnya.

Teragak-agak, Lya duduk kembali.

"Reez...."

"Kenapa you boleh panggil Zhafran abang tapi tak boleh panggil I begitu sedangkan I ni lagi tua dari dia?" Hareez memintas, membangkitkan persoalan yang langsung tidak ada kena mengena dengan kerja.

Lya terpinga-pinga buat seketika. Dia jadi tidak faham kenapa soal panggilan tiba-tiba dibangkitkan Hareez. Dia tidak mengerti apa sebenarnya yang ingin Hareez sampaikan.

"Abang tu hanya khas untuk suami jer." Hanya itu yang terlintas di fikiran Lya saat ini.

Yer la, takkan dia nak panggil Hareez tu abang walau lelaki itu layak digelar begitu kerana sudah menjadi abang iparnya. Takut pula nanti dua-dua akan menyahut apabila dipanggil.

Hareez diam. Pandangannya terus memamah wajah Lya yang kelihatan gelisah. Dia tahu Lya pastinya serba salah dan bimbang. Zhafran itu cemburunya sangat tinggi. Dia tidak salahkan Zhafran kerana cemburu adalah sesuatu yang normal.

Maksudnya, Zhafran itu lelaki normal yang mencintai isterinya sepenuh hati kerana tanpa cinta takkan ada rasa cemburu. Bukan cinta namanya kalau tidak dikelilingi rasa cemburu. Bukan cemburu namanya kalau tidak seiring dengan rasa cinta.

"Reez... Tolonglah, cuba bukakan hati, lapangkan minda you. Pasti banyak yang you boleh nampak dan boleh rasa berada di sekeliling you."

Hareez senyum.

Tahukah Lya, sukarnya untuk membuka hatinya untuk melihat yang lain?

Tahuklah Lya, dia sudah jenuh berusaha untuk melupakan tapi sehingga sekarang masih belum berjaya.

Tahukah Lya, sakit yang bergumpal di seluruh hatinya tersangat tebal, tak mampu dikikis walau sudah lebih dua tahun berlalu.

"Reez..."

"Tak perlu cakap apa-apa Lya. Cukuplah sekadar you tahu, sehingga ke hari ini, rasa tu masih kekal di sini." Tangan Hareez naik melekat di dada sendiri.

Lya seperti ingin menangis. Kenapa harus dia?

Kenapa dia yang dijebakkan dalam kemelut perasaan dua manusia yang punya pertalian darah?

Tanpa suara, Lya bangkit dan berlalu keluar meninggalkan Hareez yang terus duduk tegak dengan pandangan lurus ke depan.

Continue Reading

You'll Also Like

362K 14.6K 94
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile...
70.5K 5.2K 21
[BOOK II] Empat tahun lalu, dia ditinggalkan atas alasan sang wanita lelah dengan keadaan. Chempaka Elana - Seorang gadis yang entah dari mana asal...
58.3K 5K 41
๐‹๐ฎ๐ญ๐ก ๐๐š๐ฒ๐ฒ๐ข๐ | ๐๐ฎ๐ซ ๐’๐ฒ๐ข๐Ÿ๐š ๐ˆ๐ค๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง๐š Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa ap...
56.5K 1.3K 62
(FAZUWA QAISARA) GADIS POLOS YANG HIDUP SEDERHANA DI KAMPUNG NENEKNYA.PARENTS QAISARA MEMINTA NENEKNYA UNTUK MENJAGA QAISARA SEMASA MEREKA KE LUAR NE...