Ericka ralit memandang lelaki itu.T erkial-kial dia memasak apa yang diminta Ericka.
'sejak bila dia berubah?! '
Ericka ketawa kecil. Dia mendekati lelaki tadi sebelum mengambil senduk untuk menggoreng telur. Lelaki tadi memeluk pinggang ramping milik Ericka. Ericka hanya membiarkannya. Entah kenapa sejak mengenali lelaki ini, hatinya sudah terpaut.
'ish..tak boleh!! Rykarl is the one in my heart'
Ericka menghidangkan nasi ayam dan telur yang digorengnya tadi. Sedikit dessert buah tembikai yang telah dipotong lelaki tadi turut dihidangkan. Air Milo buatannya juga turut menjadi pelengkap sarapan pagi mereka.
"Kau still nak jalankan plan kau? "
Ericka bertanya sebaik sahaja selesai mengunyah nasi ayam. Dihirup air panas Milo itu. Sedap!
"Yes pretty"
Lelaki itu menyuap makanan ke dalam mulutnya. Dikunyah perlahan menikmati masakan wanita itu.
"Sedap.. pandai kau masak "
Ericka hanya memandang lelaki itu tanpa balasan.
"Jangan bocorkan rahsia aku.. kalau tak, aku tahu apa kelemahan kau "
Mata tajam menatap wajah lelaki itu.
Lelaki itu hanya memandangnya selamba. Tidak tergugat dengan ugutan lelaki itu.
"I will Miss you Angel "
Alya memeluk erat tubuh kecil Dhiya. Rayden yang melihat drama itu, mencebikkan bibirnya. Tak habis-habis Alya dari tadi mengulangi ayat itu. Cakap itu, terus peluk. Ulang lagi..
Rykarl menggaru keningnya.Datin Suhaila hanya menggelengkan kepalanya.
"Alya.. Akak Dhiya nak jalan dah tu.. lepaslah.. eloklah macam tu.. macam setahun. Seminggu je pun dah drama bagai "
Rayden bersuara akhirnya.
"Kau diam ah.. taulah kau tak boleh peluk macam aku buat sekarang "
Alya menjeling abangnya. Ada je nak sakitkan hatinya. Tak serik!
"Alya.. akak senak perut "
Alya melepaskan pelukannya sebelum ketawa kecil. Maafkan Alya kak!
"Jaga diri baik-baik. Kali ni Dhiya kena dengar semua kata Rykarl "
Dhiya hanya tersenyum manis di sebalik purdahnya.
"Ye mama. Assalammualaikum"
Rykarl menggengam erat tangan kecil isterinya. Dia menarik Dhiya menuju ke kereta mewah miliknya sebelum kereta itu perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah mewah itu.
"Nak pergi mana abang? "
Rykarl hanya memandang sekilas ke arah isterinya.
"Nak pergi hati sayang "
Dhiya tersenyum.Lain ditanya, lain juga dijawabnya.
"Dhiya nak tidur tau.. nanti kejutkan Dhiya kalau dah sampai "
Rykarl hanya mengumam.
Lama memerhati wajah polos jelita itu.Tersenyum manis Rykarl memiliki wanita itu.
'I love you My Angel '
To be continued...