Dia menuruni tangga satu persatu sambil memegang pinggang yang terasa lenguh. Sampai sahaja di anak tangga terakhir, bunyi lagu kuat serta tarian dari jejaka-jejaka terpampang indah. Masing-masing hanya mengenakan seluar separas lutut dan singlet tanpa lengan.
Zaqiu berlari ke luar rumah lalu menari dengan penuh gaya. Pinggul di goyang kiri dan kanan manakala kedua belah tapak tangan menekup seluruh wajah tampannya.
" Bikin lengkeng cintaku"
Aisar meletakkan sebelah tangan pada pinggang, sebelah lagi menutup separuh muka lalu pinggul bergoyang ke depan dan belakang. Gaya ditukar pula dengan membuat gaya jantung berdegup. Kedua Tangan dilekapkan pada pinggul sambil menunduk menggoyangkan pinggul.
" Gantengnya pacarku"
" Di Goyang-Goyang."
" Di Goyang-Goyang"
" Di Goyang-Goyang... Asekk! "
Shahmeel dan Arian menari seperti dalam dunia kayangan. Tangan Arian terletak elok pada pinggang Shahmeel pula memaut bahu Arian. Sesekali cermin mata dibaiki oleh Shahmeel. Budak berkaca mata ni biasanya Innocent.
" In the middle of the night, in the middle of the night"
" Just call my name, I'm yours to tame
In the middle of the night, in the middle of the night"
" I'm wide awake, I crave your taste
All night long 'til morning comes
I'm getting what is mine, you gon' get yours, oh no, ooh"
" In the middle of the night, in the middle of the night, oh"
Jam pada dinding dipandang, 12 a.m. Adelyn mengerutkan dahi saat melihat perangai tidak senonoh masing-masing. Yang terlihat normal disini hanyalah Mikael dan Adhan. Jejaka Hot and Spicy itu hanya duduk bersahaja sambil menghisap Pod di atas sofa berhadapan Televisyen. Asap berkepul-kepul keluar dari mulut keduanya.
Hampir terjatuh rahang Adelyn bila Adhan membuka baju singlet lalu mencampak ke lantai tanpa dia tahu bahawa Adelyn ada di belakang. Dada diurut perlahan. Adhan terlalu Hot untuk dia. Leher dipatahkan ke kiri dan kanan bagi menghilangkan lenguh membuatkan adhan kelihatan lebih panas dan pedas.
Semakin melopong bila Mikael merenggangkan urat sendi. Terlihat sangat tegap dari belakang. Mulut ditekup dengan tangan halusnya. Kepala digeleng berkali-kali. Ini terlalu bahaya untuk kesihatan jantungnya. Namun mulut masih tersenyum gatal.
Asap yang keluar dari Pod dan Mulut Adhan menembusi ruang udara. Bau menyengat ruang pernafasan Adelyn hingga dia terbatuk kecil.
Adhan dan Mikael terkejut lalu menyorok Pod supaya asap tidak mengganggu Adelyn lagi. Mereka berlalu ke dapur untuk mencuci mulut.
“ Little Bunny? Kenapa turun? Dah nak beranak ke?” Mikael bertanya dengan nada risau. Adelyn hanya menggeleng.
“ I can’t sleep” tangan menggosok perut yang terasa senak dengan tendangan anaknya.
“ Come, sit here” Adhan menepuk ruang kosong di sebelahnya. Mikael pula duduk bertentangan dengan mereka.
Ajak duduk pun Hot!
Dada berketul Adhan di intai melalui hujung mata. Ada enam ketul di perut. Ehh biceps! Dari hanya memandang hujung mata bertukar kepada sepenuhnya menatap badan tegap Adhan. Adhan bersandar pada sofa tenang.
Mikael menyilang kaki dan tangan sambil memangku pemandangan sepenuhnya pada Adelyn. Terlakar senyuman halus pada bibirnya bila melihat Adelyn seperti mahu makan Adhan.
Aisar mencuit bahu isterinya yang masih ralit namun ditepis kuat. Tapak tangan direhatkan di atas bahu adhan lalu mencengkam bahu itu. Terlepas tawa kecil dari bibir adhan.
“ Seronok Nampak?” sinaran mata Adelyn terus memudar bila suara tidak asing itu menjamah system pendengarannya.
“ Ehh Is! Bukan saya nak, baby yang nak tengok! Saya tak salah!” Adelyn mula berbicara untuk pertahankan diri sendiri.
Aisar memegang kedua pipi Adelyn lalu mencium bibir gadis itu di khalayak ramai. Mata Adelyn ditatap tajam. Adhan dan Mikael menayang senyum sinis.
Jealous la tu.
“ Alaaa, sorry la. Ni last! Lepasni saya dah tak buat dah! Sorry okey Husband?”
“ Fine! Lepasni tengok aku punya je. Janji tau!” Adelyn menggangguk laju.
“ Hai Mama!” tegur shahmeel penuh ceria.
cermin mata di cabut lalu disangkut pada singletnya. Mata kehitaman miliknya bersinar indah bila memandang Adelyn. Dia duduk bertinggung di hadapan Adelyn sebelum…
“ Baby, keluar cepat sikit tau. Nanti uncle ajar Law. Boleh jadi Lawyer macam uncle” ucap shahmeel tanpa menyentuh perut gadis itu.
Dengan perut besar serta berbaju tidur kelabu dan tudung sarung biru menambahkan lagi kecomelan Adelyn.
“ Bagus jugak tu, bolehlah mama langar lampu isyarat banyak kali lagi nanti. Dah ada backup kan” seloroh Adelyn selamba.
“ Mama langgar hati Baba sudahlah. Takpayah nak langgar lampu isyarat tu semua, tak bagi keuntungan pun. Tengok sekarang, Baba dah jatuh cinta sampai tak boleh berenggang dengan Mama.” Sambung aisar pula.
“ My Heart and Body is only yours Darling” bisik aisar mendayu di tepi telinga Adelyn. Memerah sempurna kulit wajah Adelyn. Blushing dengan suami sendiri.
Baju singlet di buka lalu diletakkan di atas muka Adelyn. Mulut mula memuncung tidak puas hati dengan aisar. Mata menjeling aisar manja.
Tangan mula merayap pada setiap ketulan yang terbentuk di perut aisar yang sedang berdiri dibelakangnya. Jejaka-jejaka yang lain tersenyum lucu.
Adelyn menghentikan perbuatannya lalu memegang perut dengan dahi berkerut. Aisar melompat ke sebelah Adelyn dengan riak wajah risau. Perut gadis itu diusap lembut.
“ Adel! Adel Pee Pee kat sini ke?” soal zaqiu setelah melihat air yang mengalir dari celah kaki Adelyn.
“ Sayang? Kenapa tak bagitahu nak pee. Is boleh angkat je”
Masing-masing hanya diam memandang Adelyn. Masih blur dengan situasi yang berlaku. Kerana sudah merasa sakit, Adelyn menggenggam lengan kekar aisar kuat.
“ Is! Sakit!” raung Adelyn sambil mencengkam lengan aisar. Nafas terasa tersekat.
“ Sakit dekat mana?” berlapis dahi Adelyn bila aisar bertanya soalan tidak masuk akal itu.
“ Sakit dekat perut lah! Takkan dekat kaki pulak!”
“ Oh” hanya itu yang dibalas oleh aisar.
“ Saya sakit dekat perut tau! Kaki saya tak sakit! Jangan sampai kaki saya ni naik dekat muka awak!” tempik Adelyn dengan suara tertahan.
“ Ehh, you nak beranak ke?” selamba sahaja soalan yang di aju oleh Mikael.
“ Asal semua bodoh sangat ni? Ye la, nak beranak la ni! Nanti baby lemas” jawab Adelyn dengan menguatkan cengkaman pada lengan aisar lebih kuat.
“ Ehhh! Adel nak beranak lah!” jerit zaqiu kuat.
“ Kereta! Kereta!” arian sudah menjerit gelabah.
“ Kau ambik kereta! Aku ambik barang kau!” arah Mikael kepada Adhan.
Aisar naik mengambil beg Adelyn dan menukar baju. Sama seperti yang lain kecuali adhan yang sudah pergi mengambil kereta. Baju dan seluarnya di ambil oleh Mikael.
Aisar memberikan barang-barang kepada shahmeel lalu mencempung Adelyn ke kereta. Adhan terus memecut laju tanpa menunggu yang lain. Nasib baik Mikael sempat naik.
Tangan melingkar kemas pada batang leher aisar. Esakan terluncur jua dari bibir munggilnya kerana rasa sakit yang teramat.
Dahi berpeluh Adelyn di kucup tanpa henti. Bibirnya juga tidak lekang dari memberi kata semangat dan alunan zikir.
“ Sayang. Tahan sikit, kita dah nak sampai” perut Adelyn juga diusap lembut.
“ Tengok Is sayang, jangan tutup mata. Tatap Is. Is ada dengan sayang, selalu. Don’t worry okey? Kesayangan Is kuat” wajah berkerut Adelyn ditatap sayu. Air mata yang mengalir dari mata cantik isterinya juga disapu.
“ Ace, nak call mama tak?” aisar mengangguk menjawab soalan Mikael.
“ Call nenda dengan tok ayah sekali. Pastu sediakan pengawal untuk berjaga. Aku taknak ada apa-apa masalah pun.”
“ Roger!” jawab Mikael Bersama anggukan. Telefon pintar terus ditekan laju.
Adhan menekan minyak lebih dalam bila melihat wajah pucat dan lemah Adelyn dari cermin. Habis lampu isyarat di langgar. Kereta pengawal yang berderet di belakang juga ditinggal begitu saja.
Jari jemari berpeluh Adelyn diusap penuh kasih lalu melekapkan bibirnya pada belakang dan depan tapak tangan kecil itu. Jari runcing isterinya dibawa ke pipi, mengusap pipinya menggunakan jari halus Adelyn.
Mulut berkumat kamit tanpa suara Adelyn dipandang tanpa jemu, cuba memahami pertuturan isterinya namun tidak faham juga.
Hanya dua patah perkataan yang sempat ditangkap oleh telinga aisar…
“ Is… maaf…”