SEBELUM PT3

By real__hih

11.4K 595 43

kisah ragam pelajar sebelum peperiksaan PT3 . Dan ikuti kisahnya membuat pelbagai projek yang pelik-pelik More

PERMULAAN
KELAS
KENAL
SEJARAH
PROJEK
PUTIK
KEMALANGAN
HANTU
HANTU (2)
PUJUK

KETAWA

653 48 3
By real__hih

3/1/2015
~~~~~~~~~
Macam biasa rutian pagi kami akan dimulakan dengan sedikit penguguman tapi belum sempat bontot aku cecah lantai dataran ."Saya nak jumpa Aqil and the geng dari form 5 , Hanna Izzati dan Aida Anum dari form 3 , masuk bilik saya sekarang". Pehh ni mesti pasal kes semalam ni , masaklah aku kena ceramah dengan Pengetua . Aku dengan Anum dah melangkah kaki pergi ke bilik Pengetua . Dari jauh aku dah nampak Aqil dan rakannya yang buat projek semalam kena bisik dengan Rayyan . Tapi kenapa Rayyan melambai-lambai kearah kami berdua pulak ? . Kaki kami mula melencong kearah Rayyan , tapi nasib pengetua dah masuk bilik dia dulu . "Ya nak apa abang ?". Saja panggil Rayyan abang sebab dia abang besar kawasan sekolah , cehh gitu . "Korang takpayah risau sangat kalau kena gantung ke apa ke . Pandai-pandailah bapak aku handle kalau korang kena macamtu". Baik jugak Rayyan ni, siap nak panggil bapak dia tolong kitaorang lagi ,pehh biasalah anak Dato' .

Masuk je bilik pengetua , angin dari penghawa dingin yang sejuk menyegat kedalam tulang-tulang kami . "Assalamualaikum Puan." Pengetua sekolah kami perempuan tapi cukup tegas orangnya . "Waalaikumussalam , masuk . awak semua tahu apa kesalahan awak semalam ?" . Kan aku dah agak dah ni mesti kes semalam ni . "Saya dapat laporan dari pelajar tingkatan 2, yang korang semua ni rosakkan motosikal dia . Apa nak jadi dengan korang ni . Aqil , periksa SPM menanti awak begitu juga Hanna dan Anum PT3 tinggal berapa bulan jelagi . Walaupun ni bulan 1 tak bermakna awak boleh main-main". Sesekali pandangan aku dialihkan kearah Anum , hemm sebuk betul minah ni berangan sampai lupa Pengetua kat depan . Aqil pula ? Dia borak guna bahasa isyarat dengan kawan-kawan dia. Nasib je mamat ni tahu guna bahasa isyarat untuk orang pekak bisu tu

Selepas 2 jam lebih kami 'dicuci' dalam bilik pengetua . Akhirnya kami dibenarkan masuk ke kelas .Nasib je kami takkena sebat or gantung sekolah tapi hanya kena amaran terakhir dimana kalau kami buat lagi kesalahan yang sama kami akan terus dibuang sekolah . Kedengaran dari jauh suara Ustazah Ummi, so means subjek pertama kelas aku dah mula . Pendidikan Islam . "Assalamualaikum Ustazah" .Aku ni walaupun jahat tapi aku tak lupa adap dan adat sebagai seorang pelajar . "Awak boleh masuk Hanna Izzati dan Aida Anum". Ustazah ni memang suka panggil orang dengan nama panjang orang tu . "Terima Kasih Ustazah". Sekuntum senyuman dilemparkan .

حنا وجهتم الكتاب؟ : Ustazah ummi

يا أستاذه : Hanna

See , siapa cakap budak nakal macam aku tak pandai Arab . Jangan pandang orang sebelah mata tau . Semasa Ustazah dok sebuk berceramah di depan . Aku membuka helayan muka surat yang lain . Motifnya untuk melihat gambar-gambar dalam buku teks . Korang pun mesti pernah buatkan kalau rasa bosan bila cikgu dok bebel kat depan . Sesekali mata menangkap tingkah laku Anum di sebelah . Main Fhone ? . "Minah !!! , belajarlah . Cikgu ada kat depan dia kat belakang sebuk main fhone pulak . Bagi sini fhone tu, apa yang best sangat sampai tak fokus belajar". Adegen rampas- merampas telah mula . Awalnya Anum berkeras ingin memberikan Iphone nya itu tapi setelah dibentak banyak kali dengan aku dia lepas kan juga . Aku mengodam Iphone 5s Anum .Aqil ? banyak betul gambar Aqil dan chat dia dengan mamat tu . Japp , Couple ke apa ni ? . Bila Anum melihat apa yang aku godam , segera tangannya menyambar kembali Iphone nya . Okey kita tangok sampai mana secret Anum dan Aqil tu boleh bertahan .

'Kringgggg'
"Okey semua , masa saya dah tamat . Cikgu Ellidawati tak ada . Jadi kamu tunggu guru yang akan ganti kelas kamu . Jangan bising sebab kat bawah ada pelawat datang". Yeeahhh Cikgu Elidawati tak masuk kelas . Hey, senangnya dalam hati bila Cikgu Eli tak masuk , seperti dunia ana yang punya . Belum habis lagu aku nyanyikan, Aishah budak depan aku menyuit . "Hanna, dah siap PSV . Cikgu nak cheak harini tau". OMG aku lupa pasal PSV yang sepatutnya aku siapkan semalam . Segera aku rembat watercolour Aishah . Memandangkan Aishah ni jenis yang semua barang dia ada so aku tak perlu risau . Kau cakap lah apa yang kau nak semua dia ada . Toppup pun dia ada tau .

Aku melihat Anum pun mengeluarkan buku PSV dia . Dah sah minah ni pun tak siap jugak . "Ehh Hanna bagi aku warna coklat tu , aku nak tambah warna sikit kat rumput ni". Anum menghulurkan tangannya kearah aku . Tapi tiada respond yang diberikan . Beb semua sebuk mengala takda masa nak layan kerenah dia. Aku tenggok Anum masih lagi dengan aksi memintanya . "Kau kalau nak ambik sendiri .okey". "Pemalas lah kau ni Hanna". Dalam keadaan sibuk ni boleh pulak Anum ajak gaduh dengan aku. Sesekali mata menjeling kearah lukisan pelajar lain . Aisah , hemm still kemas . Sharina punya semua haiwan dalam lukisan dia kecik sama macam tuannya kecik orangnya . Azwa punya pulak , cantik !!! Serius cantik , class kau Azwa . Anum pulak , rumput dia ada warna coklat , first aku ingat warna coklat tompokkan kat rumput dia tu taik dari haiwan dalam lukisan dia rupanya dia kata ton warna . Tapi aku tengok macam taik . Hahaha ketawa berdekah aku masa tu . Sampai dah tak boleh nafas . Pelajar dari group sebelah pun join group kami . Tu yang tambah meriah group kitaorang .

Continue Reading

You'll Also Like

771K 26.1K 77
[Complete] ๐‘๐จ๐ฆ๐š๐ง๐œ๐ž : ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐š๐ข๐ฌ๐ฒ ๐™๐š๐ซ๐ข๐ญ๐ก ๐€๐๐ก๐š๐ฆ | ๐๐ฎ๐ซ๐š๐ซ๐ž๐ฒ๐ฌ๐š ๐Œ๐ž๐๐ข๐ง๐š start:19/12/2023 end:2/3/2024
34.7K 1.9K 45
GREY SERIES : NO.1 *.โœง Helena Dahlia Grey ร— Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.โœง โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข [ one girl ร— seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
494K 23.7K 93
[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah deng...
685K 22.2K 54
Completedโˆš Disebalik kemanisan lelaki ini, terselit kedinginan dan kekejaman. "Rose is red, ocean is blue, everyday I want to say I love you"...