Bibliophile's Secret Admirer

By QistinaDian4528

327 61 11

Bila budak baru cuba berkenalan dengan gadis introvert, jadi janggal lah perbualan mereka. LUQE ARIEF- budak... More

๐Ÿ–ค1
๐Ÿ–ค2
๐Ÿ–ค3
๐Ÿ–ค4
๐Ÿ–ค5
๐Ÿ–ค6
๐Ÿ–ค7
๐Ÿ–ค8
๐Ÿ–ค9
๐Ÿ–ค10
๐Ÿ–ค11
๐Ÿ–ค12
๐Ÿ–ค13
๐Ÿ–ค14
๐Ÿ–ค15
๐Ÿ–ค16
๐Ÿ–ค17
Bab 19| Memory Loss
Bab 20 | Tempat kegemaran
Bab 21|Ubat Pil
Bab 22 | Aireen
Bab 23 | Candle Light Dinner
Bab 24|Ending

Update ep 18 reminder

9 2 0
By QistinaDian4528

"Jaga diri baik-baik tahu, adik. Habis kerja nanti mama dan papa datang melawat adik, ok?"

Puan Hanys memeluk erat tubuh kecil anak bongsunya. Dia tidak mahu berpisah dengan Akira dan Maira tetapi atas dasar kerja, dia dan suaminya terpaksa tinggalkan mereka berdua.

"Luqe, jaga anak saya dengan baik ya?" Kata Encik Taufiq Ren berserta senyuman.

Luqe mengangguk lantas membalas senyuman bapa mertuanya. "Baiklah."

Habis sahaja bersalaman dan mengatakan selamat tinggal, Puan Hanys dan Encik Taufiq Ren mengambil beg bagasi mereka dan berjalan jauh menuju ke kapal terbang MH 371.

Luqe, Akira dan Maira melambaikan tangan sebelum kelibat Puan Hanys dan Encik Taufiq Ren hilang dari pandangan.

"How have you been, sis? Long time no see." Kakaknya, Maira menyoal. Shawl hitam dibetulkan awning nya.

"I've been good." Kata Akira ringkas. Maira memandang adiknya atas bawah.


"All black?" Soal Maira. Akira dari dulu hingga sekarang suka pakai style boyish dan tak suka pakai skirt. Dan yang paling penting,pakaian itu haruslah berwarna hitam atau warna gelap.

"Like my soul." Maira menepuk perlahan bahu Akira apabila mendengar jawapan adiknya.

"Apa cakap macam tu?!" Akira mengguling mata ke atas. Meh. Luqe hanya ketawa kecil sebelah Akira.

"Orang takde iman dalam diri je yang hati dia hitam." Maira menjeling adiknya sambil berkata.

"Adik, akak nak ikut adik balik boleh? Teringin nak tengok rumah adik. Please, please.." Maira mengelipkan matanya manja ke Akira. Akira mengeluh.

"Suka hati akak lah." Mereka bertiga berjalan keluar dari airport.

Kereta Luqe

"Fuiyo! Cantik bhaii kereta!!" Maira menekup mulutnya. Begitu terkejut melihat kereta Luqe yang cantik itu.

"Guna duit yang ada, beli kereta berkualiti." Luqe berkata. Maira mengangguk perlahan.

Mereka memasuki kereta dan Luqe menghidupkan enjin kereta. Kereta yang dipandu Luqe keluar dari airport tersebut. Maira menoleh,merenung permandangan bandar Kuala Lumpur itu. Sudah lama dia tak ke Kuala Lumpur kerana sibuk study di Universiti. Baru sekarang dapat masa rehat.

Luqe menekan brek. Lampu isyarat menunjukkan warna merah. Dia menanti dengan sabar sehingga lampu bertukar hijau.

"Luqe, terima kasih jaga adik akak." Kata Maira sambil menoleh semula ke tingkap. Luqe menjeling sekilas Maira dari cermin kereta.

'Nampaknya, semua orang bergantung pada aku. Susahnya hidup jadi suami.' Omel Luqe dalam hati.

Sedang dia sedang memandu, sebuah kereta meluncur laju ke arahnya dan tiba-tiba....

Bang!

Akibat pelanggaran yang kuat, kereta yang dipandu Luqe terbabas melanggar pokok di seberang jalan raya. Mereka bertiga sudah nyawa-nyawa ikan dengan darah yang mengalir di kepala dan baju yang bermandikan darah. Dalam keadaan separuh sedar, Luqe mencelikkan mata memandang Maira dan Akira. Maira seperti masih hidup dan Akira pula pengsan. Luqe dalam hati berharap sesiapa boleh tolong mereka. Dia berharap ambulans boleh datang cepat. Dia takut, jantungnya berdegup kencang. Lagipula, ibu bapa Akira berharap sepenuhnya ke dia untuk menjaga anak bongsu mereka.

Nafas Luqe semakin tidak teratur. Dia batuk-batuk dan dirasakan seperti sesak nafas. Kepalanya pening dan pandangannya pudar. Dia akhirnya tewas dengan sakit kepala dan jatuh rebah di tempat pemandu.

                                *****

Luqe membuka mata perlahan-lahan. Dia menoleh ke kanan dan kiri. Cuba mengenal pasti dimana keberadaan dia sekarang. Dia berada di hospital. Dia melihat segala jarum telah disuntik ke tangannya.

Seorang doktor dengan tag nama "Mia Klara" memasuki ruangan bilik pesakit. Matanya bertembung dengan mata Luqe dan doktor itu mendekati Luqe.

"Saya lihat kamu dah sedar. Macam mana keadaan kamu? Ada sakit mana-mana tak?" Tanya doktor itu prihatin.

"Luqe menggeleng kepalanya. "Doktor, saya tak sakit teruk kan? Mana isteri saya? Mana Maira?"

Doktor Mia Klara diam tanpa sepatah kata. Dia mengambil nafas panjang dan menghembusnya sebelum membuka mulut.

"Cik Maira cedera teruk di lengan dan kaki. Manakala Cik Akira pula cedera teruk di kepala."

Mata Luqe membuntang. Rasa nak menangis mendengar berita buruk dari Doktor Mia Klara.

"Will they be alive, doctor?" Soal Luqe cemas. Air mata muncul di bola matanya. Dia cuba menahan tangisan daripada jatuh ke pipi.

"Cik Maira sedar dan kini sedang rehat. Kerana Cik Akira mempunyai luka di bahagian kepala, akibatnya, dia tak dapat ingat siapa kamu. Luka dan hentakan kuat di kepala mostly mengakibatkan koma(brain dead). Tetapi untuk kes isteri kamu, pesakit hanya mengalami amnesia(memory loss) dan tak dapat nak ingat siapa kamu buat sementara waktu." Terang Doktor Mia Klara.

Luqe diam mendengar.

"Saya sebagai doktor yang juga bertugas menjaga isteri kamu, ada ubat yang mungkin membantu kembalikan memori dia semula. Ubat ni merupakan ubat pil yang dinamakan Nootropic, also know as 'cognitive enhancers'. Nootropic are drugs(medicine) use in an attempt to improve memory, increase mental alertness and concentration as well as boost energy levels and wakefullness." Jelas Doktor itu lagi.

Luqe merenung anak mata Doktor Mia Klara.

"Doktor, boleh saya jumpa isteri saya?"

"Until your body gets better, then you can meet them." Kata doktor itu sebelum berlalu.

Luqe menutup mata dan merehatkan badan diatas katil hospital. Dia mengeluh hampa.

                             ******

"Saya meletakkan kepercayaan saya pada awak untuk jaga anak saya. Kenapa boleh jadi macam ini pula?! Awak drive betul-betul ke tak? Tengok phone sewaktu drive?!"

Laungan Encik Taufiq Ren dari ganggang telefon menyentakkan Luqe. Hati dia berkecai mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut orang tua itu. Hati dia sakit. Sakit sangat.

"

Air mata mengalir deras menuruni pipi. Dia menangis teresak-esak. Lidah dia kelu. Dia tak tahu nak cakap apa lagi. Nak kata ini semua takdir, nanti bertambah marak lagi api kemarahan Encik Taufiq Ren.

"Saya minta maaf....saya minta maaf..." Luqe menangis lagi tanpa kata-kata yang mampu terungkap. Matanya sudah merah dan dia terbatuk-batuk.

Panggilan telefon terputus. Dia meletak perlahan telefon hospital atas meja counter jururawat. Orang ramai kini memandangnya yang menangis teresak-esak.

"Ya Allah, kenapa mesti jadi macam ni? Aku tak minta semua ini terjadi ya Allah! Jika semua ini ialah takdir dan ujian bagimu kepadaku, kau ringankan lah bebanku untuk mengharungi segala rintangan! Tabahkanlah hati hambamu ini Ya Allah Ya Rabbi!" Dia menadah tangan dan berdoa, berharap agar Tuhan mendengar segala isi hatinya.

Kakinya berjalan menuju ke bilik dimana Akira berada. Atas izin doktor Mia Klara, dia menolak pintu dan menghampiri katil hospital. Isterinya baring lemah atas katil dengan kepala dililit dengan kain rawat.

Dia mengucup dahi isterinya sambil mengusap ubun kepalanya.

"Maafkan abang, sayang. Maafkan abang! I'm sorry, sweetie. I'm sorry!" Tangan Akira digenggam erat sambil tangisan yang tadi reda mula membasahi muka.

Dia tak sanggup. Sudah lelah dengan semua ini.

"Luqe....?"

Dia berpaling kepala apabila namanya diseru. Maira menapak selangkah demi selangkah ke hadapan menghampiri. Lengan kanan dan kaki kiri dibaluti simen kain rawat. Maira memegang tongkat di tangan kirinya.

"I'm sorry you had to be this way. Ini semua salah saya..." Luqe menyeka air matanya. Maira menggeleng perlahan.

"Bukan salah sesiapa. Salah pemandu tu sendiri sebab tak tumpukan perhatian ketika memandu." Kata Maira menyalahkan pemandu kereta yang melanggar mereka.

Continue Reading

You'll Also Like

3.9K 1.3K 6
๐š…๐š˜๐š๐šŽ ๐š‹๐š˜๐š˜๐š” โ™ก Nak aku vote buku korg? Tekan je read tu. Book ni sentiasa open utk para author yang goodlooking seperti anda ๊’ฐโ‘…แต•เผšแต•๊’ฑห–โ™ก cover by :...
10.6K 1.7K 51
Para pelajar 5F mempunyai satu misi sulit di Sekolah Menengah Sultan Muadzam Shah. Sasaran mereka adalah Cikgu Wan, makhluk berupa harimau dan berger...
291K 10.6K 72
BOOK 2. Spin-off Aryan: Her Biggest Heartbreak Kata Darya, Arden Nufail ini bersikap lembut walaupun dingin. Namun, kenapa dia bersikap kasar terhada...
5.9M 262K 62
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...