Fated to Love You, Doctor

By NalaAii

40.1K 1.6K 118

Aileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia ha... More

Author's introduction
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
Author's note
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
Just one question, need your comment. ❤️
25
26
27
28
29
30
31
32
Author's note 2~ welcome new readers
33
34
35
36
37
Cerita belum tamat. ❤️❤️
38
39
40
42
43
44
45
46
47
48
49

41

518 27 3
By NalaAii

"Sayang." suara Haizer lembut memanggil.

Aileen membuka matanya yang dikerdipkan beberapa kali. Badannya terasa lenguh kerana tidur beralaskan lengan, menumpang disisi katil hospital itu.

"Emmm.. abang dah bangun. Sorry, Aileen tak sedar."

"It's ok. Sayang tu yang lenguh nanti. Lama tidur macam tu." tangannya mengelus lembut pipi kesayangan hatinya itu.

Aileen bangun dan berjalan ke ruang tandas. Selesai dia menyegarkan dirinya, dia memeriksa Haizer tanpa kata-kata. Dia melihat kesan merah dipipi dan leher yang sudah berkurangan.

"Assalamualaikum, Kapten Haizer, Doktor Aileen." Mejar Dr Shahrul masuk dan menyapa keduanya. Haizer menjawab sambil tersenyum. Dr Shahrul bertanya beberapa perkara dan amat berpuas hati dengan jawatan Haizer.

"That was a great save by your team member. I heard you yang suggest the atropine?" Aileen mengangguk. Semalam dia sempat bertemu Naufal semasa Haizer diperiksa.

Semalam,

"Doc, saya buat apa yang doc ajar. Saya minta maaf kalau masih belum cukup bagus." Naufal menundukkan kepalanya. Dia rasa bersalah dengan Aileen kerana masih lagi bergantung dengan kepakaran gurunya itu.

"What are you saying? You did a very good job Naufal. A very good..."Aileen sudah menangis di depan Naufal. Megat dan Epul memegang bahunya sedikit, risau melihat Aileen sedikit tidak stabil.

"Doc, duduk dulu." Megat berkata perlahan. Aileen hanya menurut. Dia mengesat sebentar airmata dan menarik nafas. Tangisannya terhenti dan dia senyum pahit memandang Naufal.

"That was a smooth saving, Naufal. Saya rasa bangga awak dapat buat dengan tenang. It was a correct decision saya untuk mengajar awak." Aileen menunjal bahu lelaki itu sedikit.

"Thanks Doc." Mukanya berubah sedikit ceria.

End of flashback.

"Yes. Details I tak boleh enclosed. So, how is my husband?" Aileen menjawab tenang.

"He's doing great. The doses we gave are working well. In shaa allah, tomorrow boleh discharge. As long as nothing comes up upon the test. Kapten, rehat elok-elok. Doktor Aileen risau tu." usik Dr Shahrul. Kemudian doktor itu meneruskan kerjanya, tinggal mereka berdua.

"You scared me to death!" Aileen memeluk tubuhnya dan memandang Haizer dari jauh.

"Come. Mari la dekat abang, sayang."

"No. I don't want to. Abang janji abang jaga diri abang baik-baik." Suara Aileen sudah sebak tertahan-tahan.

"Aileen Falisha, I'm sorry. Come here. Or do you want me to walk down from this bed?" Aileen berjalan perlahan, kalah dengan ugutan suaminya. Haizer menarik Aileen kedalam pelukannya.

"Sayang tahu, this is what I have to face having married to you. Tapi susah, tahu tak, abang? Susah. I am a doctor, but I felt helpless. Please, no more of this." Ditarik nafasnya dalam. Haizer mengusap lembut belakang Aileen, cuba menenangkan perasaanya.

"Woahhh, wrong timing! Hahahaha." Suara kuat Epul membuatkan Aileen melepaskan pelukannya segera.

"Kau ni kacau daun betul. Masuk lah." Haizer tersenyum melihat kawan sepasukannya hadir melawat. Naufal berdiri seketika disebelah katil, tetapi tak lama dia sudah menempel di sebelah Aileen.

"Naufal, untung kau selamatkan aku je. Pantang aku biarkan. Ada je menempel dengan Aileen tu sepanjang masa." bebel Haizer memandang ke arah mereka berdua yang rancak berbual.

"Alamak tuan. Sorry." Naufal menggaru kepalanya. Aileen senyum membalas. Dia tahu Haizer bukan serius memarahi Naufal. Namun Naufal terus bangun mendekati kaptennya.

"Tapi, tuan. Saya tetap nak belajar dengan Doktor Aileen lepas ni. Tuan nak marah pun marah lah." Jujur lelaki itu mengaku. Dia mahukan ilmu yang Aileen ajarkan kepadanya.

"Ikut suka kau lah. Lagipun kau dah tunjukkan kecekapan kau kali ni. Jadi, aku rasa semua tak ada halangan. And Naufal, terima kasih. Aku hutang nyawa aku pada kau."

"Terima kasih juga tuan beri izin." masih tersengih-sengih dia menjawab. Mereka menyambung bual sambil Aileen mengemas barang-barang milik Haizer yang dibawa secara kecemasan malam tadi.

Memandangkan kesan VX gas tersebut tidak menjejaskan Haizer, dia dibenarkan pulang dan hanya bercuti selama 2 hari. Selebihnya, dia kembali mengejar kumpulan pengganas tersebut. Aileen hanya membiarkan kerana dia tahu itu pengorbanan bersuamikan aset negara.

Seminggu kemudian,

Aileen masuk kedalam rumah mentuanya apabila salam diberikan. Dia memerhatikan kereta Mak Lang yang diparkir dalam garaj. Tarik nafas, hembus. Tarik.... 'Ok, you got this Aileen. Kena tahan sabarrrrr....'

Sayup-sayup terdengar suara dari dapur.

"Perhatikan sikit menantu kau tu. Jangan dibiarkan rapat sangat dengan kawan-kawan Haizer. Elok lakinya tak ada dirumah, dia keluar dengan lelaki lain." Suara Mak Lang jelas di telinga.

"Amal tu kan patah tangan. Lagipun Amal dah bagitahu, dia balik dengan Aileen. Dia yang message saya." mama cuba mempertahankannya.

"Kalau Haizer kahwin dengan Misha aritu kan mudah. Hasya tu sayang betul pada Haizer."

"Eh kak, takkan la kita nak atur-aturkan hidup mereka. Pandai lah masing-masing."

Aileen malas mendengar perbualan itu lagi. Dia segera pura-pura memberi salam.

"Assalamualaikum. Mama, Mak Lang. Aileen bagi salam tadi, tak ada orang dekat depan." Aileen menghulur salam pada mama dan kemudian kepada maklangnya.  Namun Mak Lang hanya bersalam sekadar hujung jari. Eleh, datin-datin sangat perangainya.

"Ada juga kamu balik sini? Ingatkan tunggu Haizer balik baru tunjuk muka." Bom serangan dilempar oleh Maklang.

"Eh, ada je Mak Lang. Cuma tak terserempak dengan Maklang. Kuasa Allah kan." perlinya dalam diam.

"Aileen kerja hari ni?"

"Tak, ma. Arini cuti. Pasif oncall je la. Aileen tidur sini malam ni. Ayah mana?"

"Ayah ada. Dalam office dia tu. Ada syarahan jemputan minggu depan. Tengah buat kerja dia lah tu. Aileen nak makan apa tengah hari ni?" Aileen mengangguk. Dia tahu ayah mentuanya yang berkhidmat cemerlang sebagai tentera dan juga pakar letupan itu sentiasa dipanggil untuk menyampaikan ilmu.

Dan perbualan harian menantu dan mentua itu bersambungan. Mak Lang mencebik dan meminta diri.


***

Aileen merenung surat yang telah diterimanya.  Haizer telah pulang semalam dan dia seperti menyendiri. Apalah yang difikirkannya.

"Sayang, duduk kejap dengan abang." Panggil Haizer sesudah mereka makan malam. Sementara menunggu azan Isya', Aileen mengemas dapur. Dia mengambil surat di dalam beg kerjanya, terus diatur langkah ke sisi Haizer.

Wajah Haizer sedikit tegang. Dahinya berkerut dan mata merenung tv yang hanya berbunyi perlahan. Pandangannya tembus ke alam fikiran. Aileen lalu di hadapan Haizer supaya kehadirannya disedari. Dia duduk di sisi Haizer tetapi menghadap lelaki itu.

"Sayang, abang nak bagi tahu sayang something." Tangannya meraih tangan Aileen dan dibawa ke genggamannya.

"Kenapa? Is it a bad news? Should I prepare myself? Am I in trouble?" Bertubi-bertubi soalan Aileen kepada Haizer.

"Eh.. jangan panik, sayang."

"Then..kenapa?"

"Abang...." Haizer memikirkan ayat seterusnya.

"Abang nak kawin lagi satu?"

"Eh, Masyaallah, budak kecik ni. Ke situ pulak dia. Bukan lah!" bulat matanya memandang doktor trauma itu.

"Cepatlah, suspense betul!"

"Abang dan team ditukarkan ke Melaka." Haizer senyap. Begitu juga Aileen. Tanpa ditahan, airmata wanita terus gugur satu persatu.

"Aileen pun nak bagitahu. Aileen dapat tawaran sambung belajar. USM." Aileen melepaskan tangannya dari genggaman Haizer dan dibawa ke mata.Titisan airmata itu dikesat perlahan. Dia menghulur surat itu ke tangan Haizer. Haizer membaca seketika.

"Congrats sayang. I know my beautiful wife ni memang layak dapat continue study."

"But now, kita makin jauh." Esakkan Aileen semakin kuat. Haizer memaut badan Aileen dan membiarkan isterinya menangis didadanya.

"Don't worry sayang. We'll manage this. Sayang sambung belajar. Abang pindah Melaka. Later kita decide nak beli rumah dimana. Tapi rasanya, kita menyewa saja buat masa sekarang. Boleh?"

"I don't like this." Keluhan berat dilepaskan tetapi Aileen faham itu yang terpaksa mereka berdua turuti.

"Me too. Tapi we'll manage this. We can do this."

"Ok. Kita try."

"Sayang..."

"Umm..ape?"

"Hingus."

"What??!!" Aileen bangun segera dari pelukan Haizer dan lelaki itu sudah ketawa terbahak-bahak.

"Tipu!!!"

Continue Reading

You'll Also Like

27.7K 981 39
Mawar Fatima Syed Mikhael Putra One of the most heartbreaking love story I've ever written. Pertemuan yang tak dijangka membawa kepada sisi pembongk...
594K 16.5K 39
KEPADA SESIAPA YANG DAH PERNAH BACA, AISHA NAK INGTKAN NI VERSI EDIT YE. JALAN CERITA AKAN SEDIKIT BERUBAH ❤ Menjadi anak buangan tidak pernah diimp...
405K 17.8K 40
Book 1:IAN ADAM HAYDEN. Book 2:HAZEL MEDINA. "Hanya kerana seutas tasbih, kita ditemukan." Betullah kata orang,cinta tak seharusny...
1M 36.2K 67
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage...