Cinta Dua Hati (SU)

By NrulNashuha

3.8K 141 17

Doktor Dhiya huriyah & Mejer Ian el Haider Seorang doktor wanita ego melangit dan seorang lagi seorang tente... More

introduction
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 22
bab 23
bab 21

bab 1

212 8 0
By NrulNashuha

Dhiya dengan langkah longlai menonong masuk ke rumah kakaknya, Ainul Humairah.

Lalu tubuh dihempas di atas sofa empuk.

"Ehh dik, kau dah kenapa?" Tanya suami Humairah. Rayyan Rizqin yang juga berada di lantai ruang tamu sedang menonton bola.

Dekat betul dia dengan tv semata mata nak tengok bola. Tinggal sejengkal je lagi jarak.

"Adik tumpang rumah abang malam ni. Tertinggal kunci dekat hospital" lalu dengan selambanya Dhiya berbaring di sofa. Dengan scrub hospital yang masih membalut tubuh.

Bau ubat menusuk masuk hidung Rayyan.

"Banyak ke surgery harini?" Tanya Rayyan sambil menghirup nescafe.

"Mana ada hari ni je abang. Dari kelmarin lagi. Aku dapat tidur sejam je..."

Jari telunjuk diangkat menandakan satu.

Rayyan yang sedang membelakangi Dhiya tertawa kecil. Selama 5 tahun dia berkahwin dengan Humairah, Dhiya sudah dia anggap seperti adik.

Hanya saja yang haram dia tak pernah halalkan. Dia tak pernah menyentuh Dhiya walaupun dia menganggap gadis itu seperti keluarga.

"Dah tau penat, pergilah naik atas. Badan Dhiya dah lah berbau ubat. Pening kepala kakak" Humairah muncul dari dapur dan duduk di hujung kaki Dhiya.

"Kakak tolong urutkan kaki adik. Nanti adik bagi upah"

"Hahahah upah? Makan Dhiya pun abang yang bayar" usik Rayyan.

"Abang jangan la cari pasal. Dhiya tak larat nak gaduh. Esok kita gaduh lain"Dhiya membalas dengan suara mendatar seperti orang lalok.

Rayyan ketawa.

"Berapa banyak bam adik letak ni? Habis melekit tangan kakak" tangan Humairah masih ligat berlari di anak betis Dhiya.

"Aaa kak sakit!" Dhiya terjerit sedikit apabila Humairah menekan bahagian yang bengkak.

"Tahan lah sikit"

"Adik tak nak ambil cuti ke? Dah lama adik tak cuti ni. Doktor Malini tak selesai lagi ke dengan kes penceraian dia?"

Terus segar mata Dhiya mendengar pertanyaan Rayyan.

"Dah tapi dia minta extend. Adik nak kata tidak pun tak sampai hati. Nampak sangat yang dia tengah bersedih lagi. Tapi minggu depan Dr Adam masuk. Jadi dia akan gantikan dhiya. Nasib baik. Lepas tu Dhiya dah minta 2 minggu cuti tanpa gaji. Finally.." Dhiya terus bangun.

"Dhiya tidur dulu. Assalamualaikum" lalu hilang kelibat Dhiya huriyah di balik tangga.

Mereka suami isteri hanya menjawab salam di dalam hati.

"Abang, kalau saya minta dia berhenti kerja dia nak ke abang?"

Humairah bergerak duduk di sebelah Rayyan dan serentak itu Rayyan berbaring di atas riba Humairah.

"Jangan sayang, Dhiya tu sanggup buat apa saja yang sayang minta. Kesian dia, susah payah dia belajar sampai dia dapat jadi doktor bedah"

Lalu Humairah diam.

~~~~~~~~

"Tuan" seorang lelaki melapor diri di bawah khemah.

"Orang lain dah lapor awal kenapa kau lambat?" Soal koperal Fitri.

Terdiam lelaki dalam pakaian rasmi TDM. Peluh mula memercik di dahi.

"Kau bisu ke?" Pipi lelaki itu ditampar berkali kali namun tidak bergitu kuat.

"Tak tuan"

"Kau pergi kawad sampai petang" arah koperal Fitri sambil jarinya terarah ke padang yang luas. Dengan cuaca panas terik ni kalau berjemur memang terus bertukar jadi orang somalia.

"Baik tuan" lelaki tadi hanya pasrah. Nak lawan koperal dia pun hanya menjawat sapper sahaja. Redha je la labu.

"Suka hati kau je ehh suruh orang berdiri tengah panas ni? Kena strok budak ni nama siapa yang rosak?" Sergah Haider lalu dia masuk ke dalam khemah.

"Tuan!" Kedua dua mereka memberikan tabik dan seorang lagi koperal di bawah khemah yang membantu.

"Budak ni tolong makcik dekat luar tadi. Sanggup dia berlari keluar balik nak tolong orang tua tu. Kau yang duduk dalam ni buat bodoh korek hidung" sembur Haider kepada mereka berdua.

Tertunduk koperal berdua.

Sapper tadi menyimpan senyum. Lawak tengok koperal yang galak berdua ni kena sembur.

"Kau tak payah senyum senyum sangat. Lain kali datang awal. Orang yang gagal merancang, merancang untuk gagal. Pergi lapor cepat" kemudian Haider terus berlalu keluar.

Sama je dua dua tu. Kang aku suruh komando rest sampai dekat tar panas tu baru tau. Biar mendidih sampai ke otak.

"Ehh Tuan, berkerut dahi tu macam orang telan asam jawa dah kenapa?" Tegur sarjan Sam.

Nama sebenarnya Mohamed Samad tapi dia minta semua orang memanggilnya Sam. Nampak lah vouge sikit.

"Lah Pak Samad, apa khabar?"

Sam terus membuat wajah meluat.

"Khabar baik tuan. Nama saya Sam"

"Sam. Samad. Sama lah tu" ejek Haider.

"Tak Tuan. Jauh sekali bezanya. Bagai langit dan mantel di bawah bumi"

Ambil kau, bukan langit dan bumi. Langit dan mantel terus.

"Ha yelah yelah. Kau dah lunch?. Jom teman aku makan. Aku baru sampai je ni"

Haider memeluk bahu Sam kemudian membawa rakannya ke kantin.

Sam menepis tangan Haider kemudian berjalan beriringan ke kantin.

Haider senyum kecil.

Tahulah dia yang Sam tak gemar dipeluk. Memang perwatakan Sam agak jauh beza dari Haider yang murah dengan senyuman namun Sam seperti terkena sumpahan dari lahir. Payah betul nak tengok lelaki itu senyum.

Itulah sebabnya mereka mengelar Sam sebagai sarjan Batu.

"Semalam mak kau call aku, dia kata kau lari rumah" lalu Haider mencapai sepotong tembikai dan terus masukkan tembikai ke dalam mulut.

"Memang pun. Saya lari balik kem"

"Kau ni tak baik buat perangai macam tu dekat mak kau. Mak kau tu"

Haider dan Sam duduk serentak di meja.

"Apasal kau lari rumah?" Soal Haider sambil menyuap nasi Briyani. Nice giler menu harini.

"Pertama, saya tak lari rumah. Mak saya tahu yang saya kena balik kem. Kedua, mak saya suruh saya bertunang"

"Wahh, seriuslah? Dengan siapa do? Dengan leftenan Sarah ke?" Nada Haider kedengaran seronok dan teruja.

Sam merenung wajah Haider dengan riak geram. Sakit pula hati dia dengan nada Haider.

"Saya dan leftenan Sarah tak ada apa apa hubungan istimewa. Hanya hubungan seperti atasan dan bawahan"

Riak Haider terus berubah kusam. Well dia peminat teratas yang sering 'ship' kan Sam dengan Sarah. Nama dah sedap. Sam dan Sarah.

"Eleh kau crush dekat leftenan Sarah kan? Kan? Kan?" Usik Haider. Wajahnya kembali ceria.

Sam menggulingkan mata lalu ulam raja disumbat masuk ke mulut Haider.

"Makan. Esok lusa mati dah tak boleh makan"

Haider tersenyum mengejek.

"Kau.."

Haider menelan dulu ulam mentah dalam mulut baru menyambung.

"Tak payah lah malu dengan aku. Aku restu hubungan korang berdua" kening Haider diangkat berkali kali.

Bam!

"Oo mak!"

Sebuah tray dihempap kasar di sebelah Haider membuatkan jejaka itu melatah.

Muka hensem, badan sedap tapi melatah. Potong betul.

"Hai senior, sembang pasal apa ni? Hubungan apa? Ada apa apa yang perlu saya tahu? Restu dengan siapa?" Bertubi tubi soalan diberikan oleh leftenan Sarah di sebelah Haider.

Wajahnya cuba dimaniskan namun masih jelas aura cemburu.

Sam di hadapan Haider sudah meneguk air liur. Pandangan dia alih ke tepi.

"Ehh Sarah, kami tengah sembang pasal Sam ni. Mak dia suruh kawin"

Sam terus mengubah arah muka kepada Haider. Masa bila dia cakap kawin? Mak dia suruh bertunang saja.

"Ouhhh kawin...." Terangguk anguk kepala Sarah.

"Patut lah call tak dapat. Mesej tak reply. Sibuk cari jodoh lain" sambung Sarah. Matanya tajam memandang Sam manakala kedua belah tangannya sibuk mencarik kasar ayam..

Haider tersenyum kekok. Seram pulak dengan junior dia ni.

Sam hanya beriak selamba tapi hatinya bagai nak meletop. Terbayang Sarah mencarik dia seperti ayam di dalam tray besi itu.

'masaklah aku. Bodoh kau Haider' getus hati Sam.

Continue Reading

You'll Also Like

GURU 2023 By

Romance

44.2K 1.9K 155
2023
279K 9K 31
Fayyadh Al-Hakim Amilya Cassandra Will they fall in love? Mampukah Fayyadh menjaga perempuan yang beku seperti Amilya? Bolehkah abangnya, Adryyan Cas...
30.3K 3.4K 34
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa ap...