Heks-Kalibur ~ Que Sera Sera...

By SeraElya2

261 32 10

Detektif Rose Hayla, anggota polis yang tangkas, cekap dan unbeatable. Namun tak dia sangka, suatu hari nanti... More

Part 1 ~ Witness protection
Part 2 ~Dragon
Part 3 ~ Slay
Part 4 ~ Disaster
Part 5 ~ Hocus Pocus
Part 7 ~ Dragon's Bride

Part 6 ~ Daddy's girl

28 5 1
By SeraElya2

DAHIKU terasa perit. Berdenyut-denyut hingga mata naik kelabu sebagaimana pemandangan alam di luar sana menerusi tingkap kaca yang dibasahi hujan.

Kata-kata ayah amat menusuk. Mencincang jantung. Selama ini aku dengan ayah ibarat kawan baik. Jarang kami bertelagah pendapat. Kami partner in crime sejak zaman ibu dan Dahlia hidup lagi. Berbanding Dahlia, aku lebih serasi dengan ayah. Dahlia pula anak ibu.

Seringkali aku + ayah vs Dahlia + ibu. Kami tag team yang ampuh. Selalu saja menang kalau berlaku perdebatan pendapat.

Tapi kali ni... bukan! Semenjak kebelakangan ini... semenjak suami Dahlia muncul dan kemudian ayah berhasrat mengambil semula Azalea, hubungan aku dengan ayah perlahan-lahan renggang. Kini hampir putus berpunca dengan permintaan ayah yang kuanggap bukan-bukan.

Seperti ayah tak pernah fahami aku. Tapi entah kenapa dia sanggup lukakan hatiku dengan permintaan janggal. Ini semua lelaki itu punya pasal. Kalau dia tak muncul antara aku dengan ayah, tentu aku tak akan bermasam muka dengan bapa sendiri.

"Rose fikir baik-baik. Permintaan ayah tak salah. Seorang ayah tak akan mahukan yang tak baik untuk anaknya."

Ayah tinggalkan aku terkebil-kebil di meja makan di dapur. Walaupun ayah suruh aku fikir, aku tahu dia akan anggap aku setuju. Sebelum ini putih kata ayah, putihlah yang aku buat. Tak ada bantahan.

Tapi bila berkait rapat dengan tubuh badan aku sendiri, perlukah aku akur?

Bunyi kerusi ditarik membuat aku mengangkat kepala. Lelaki itu dengan muka tenang duduk di depanku. Riak langsung tak bersalah. Spontan kuturunkan hijab.

Tenuk.

Cipan.

Badak air.

dan akhir sekali... cicak tokek.

Terus aku bangun sepantas kilat, sengetkan kerusi yang dia duduki tadi supaya cicak tokek jatuh ke lantai. Dengan tak ada rasa bersalah, aku mengangkat kaki dan memijak cicak tokek yang terpinga-pinga. Mujur dia cepat lari. Malas aku nak kejar.

Sebelum tinggalkan dapur, aku tukar balik lelaki itu menjadi dirinya semula.

"Kalau kau setuju, aku sumpah kau jadi Myvi putih!"

Aku tinggalkan dia tanpa toleh ke belakang. Aku masih berperikemanusiaan sebab tak tukar dia menjadi ba alif ba ya.


TOCANG? Aigooo... aku mana tahu mengikat tocang. Ada-ada sajalah si Azalea mahu menderaku. Sepanjang hidup, manalah pernah aku berambut panjang. Jadi kalau aku tak reti ikat tocang, memang bukan satu perkara pelik.

Bila Azalea merengek-rengek manja, aku mula berasa rimas. Tentu Mak Su selalu manjakan dia. Semua kehendak dia Mak Su turutkan.

"Okey... kejap... kejap mommy gugel cara nak ikat tocang." Aku pun menyeluk saku seluar dan mula menggugel tutorial menocang rambut budak. Okey... jumpa satu video. Nampak senang saja. Aku letak handphone di atas meja dan tarik lembut lengan Azalea supaya membelakangiku yang duduk di atas kerusi meja makan.

Rambut Azalea yang panjang mencecah pinggang lembut dan tak kusut. Pandai dia menjaga rambut. Dengan gunakan jari, aku membahagi dua rambut dia yang berwarna coklat gelap itu. Kemudian sambil berpandukan video, aku mula menocang.

Lima minit kemudian...

"Tocang ke two half hitches?" Suara itu menegurku dari belakang.

Terus bahuku menjadi kejang. Rambut Azalea aku lepaskan. Sejak kejadian hari itu, aku memang sengaja mengelak daripada terserempak dengan Keir di istana.

"Sorry Lea. Mommy memang tak reti ikat tocang." Terpaksa aku mengaku kalah bila cubaanku disamakan dengan cara ikat tali two half hitches pemburu. Ikat tali aku tahulah. Semua jenis. Cakap saja cara mana.

The Figure Eight? Reef Knot? Sheet Bend? Minta saja. Laju saja aku ikatkan. Tapi tocang rambut? Satu cara pun aku tak tahu. Aku mahu bangun sebab tak sudi bernafas di dalam ruang yang sama dengan lelaki itu.

Keir menarik kerusi lain dan diletakkan di sebelahku. Rapat hingga kaki hampir bersentuhan. Terbantut niatku nak beredar. Rasa tak selesa tiba-tiba. Masalahnya aku tak boleh nak bangun dan beralih tempat sebab dah terkepung. Di kananku meja. Di depanku Azalea dan di kiriku dia. Kecualilah kalau aku sorong kerusi dan undur ke belakang.

"Come, love. How do you want it to be this time?" Keir menarik lengan Azalea ke arahnya.

Baru saja aku mahu bangun mengundurkan kerusi, Azalea letak sebelah tangannya di atas paha aku. Macam tau-tau saja aku nak blah.

"I want a waterfall braid. Mommy... please watch and learn from daddy."

Ewah... ewahhh... kemain lancar lagi arahan Azalea kepadaku.

Aku melepaskan keluhan berat. Sengetkan badan sedikit mahu menengok bagaimana Keir menocang rambut seperti yang diminta. Laju saja jari-jemari dia yang panjang itu membahagikan rambut Azalea dan mula memintal semudah memakan kacang Cap Tangan sebelah tangan.

Lima minit dah siap. Azalea meraba-raba kepalanya dengan tangan. Merasai setiap lekuk rambutnya yang ditocang kemas.

"Thanks, daddy." Azalea berpaling menghadap Keir sambil menghadiahkan senyuman manis. Azalea hulurkan tangan meraba-raba ke wajah daddynya. Begitulah cara dia mengetahui perasaan seseorang dengan lebih tepat.

"I love you." Azalea peluk tubuh lelaki itu.

Dan aku baru nak bangun memberikan mereka ruang bonding. Tapi sebelah tangan Azalea begitu pantas memaut leherku dan memelukku sekali dengan Keir. Terpaksa aku menahan diri bila kepalaku dan Keir berlaga dari sisi. Gila rapat! Tapi disebabkan tak mahu Azalea kecil hati, aku terpaksa membiarkan.

Azalea cium pipi Keir dan aku silih berganti berkali-kali hingga buat aku lemas. Indirect kiss melalui orang ketiga! Cessss.

"Okay... enough, sayang. Sakit tengkuk mommy." Aku tolak tangan Azalea perlahan-lahan dan lepaskan diri. Sepantasnya aku bangun dan bergerak menjauhi kedua-dua anak-beranak itu. Pura-pura bergerak ke arah peti ais untuk mengambil jus kotak. Automatik tekak terasa kering walaupun pada mulanya aku sengaja membuka peti ais tanpa arah tujuan.

Sewaktu sedang meneguk jus, sempat aku menjeling mereka. Azalea sedang bergurau senda dengan Keir. Entah apa yang dibualkan kerana suara mereka perlahan. Berbisik sambil tergelak-gelak.

Baru aku perasan sesuatu. Azalea lebih mirip Keir. Warna rambut yang sama. Anak mata biru kelabu yang sama. Senyuman yang sama. Cuma warna kulit Keir tan sedikit berbanding Azalea yang putih seperti orang Eropah. Rupa Azalea sedikit pun tak serupa Bani Jawi. Kalau Dahlia masih hidup, tentu dia berkecil hati. Azalea langsung tak seiras dia. Seratus-peratus iras orang Inggeris.

Keir pula yang nampak kacukan. Kulit dia tak secerah lelaki Inggeris yang lain. Tapi gelap seperti kulit lelaki Bani Jawi yang berkulit cerah.

Kataayah, nenek lelaki ini berasal dari tanah Nusantara. Mungkin dari situ Keirmewarisi rupa paras Bani Jawi sikit-sikit. Kecuali anak mata dia. Yang itu dahsah-sah daripada keturunan Inggeris sebelah ibu bapanya.


AKU tersengih puas hati kerana dapat membenamkan penumbuk ke muka penjahat. Yang aku tendang tadi pun dah berguling ke atas tanah, mengerang kesakitan. Hancur luluh kelelakian dia aku terajang tadi.

Jangan pandang rendah pada pegawai polis wanita. Ingat semuanya lembik-lembik? Aku Detektif Rose Hayla. Belum pernah kalah lawan penjahat. Aku tak pernah lari daripada pergaduhan kecuali terpaksa selamatkan lelaki itu dulu yang cedera ditembak.

Aku menundukkan badan mengutip pistol automatik yang tercampak tadi. Belum sempat badan aku tegakkan, seseorang merempuhku hingga tubuh terlekat pada dinding. Rasa sakit seluruh tubuh.

Bunyi tembakan mesingan kedengaran bertubi-tubi ke arah tempat aku baru saja berdiri tadi. What the heck? Aku menoleh memandang lelaki yang menolakku tadi.

Wajah dia serius. Rahangnya diketap kuat seolah-olah sedang menahan marah. Dari mana dia muncul? Bukan tadi dia dah dibawa masuk ke dalam bangunan selepas tembakan pertama dilepaskan?

"You're not invisible!" Suaranya berbisik keras sebelum dia melepaskan tembakan ke arah bumbung bangunan tanpa mengalihkan pandangan dari mukaku.

Serentak tembakan mesingan terhenti dan sekujur tubuh melayang jatuh dari bangunan.

Mulutku terlopong. Bagaimana Keir boleh menembak dengan tepat tanpa memandang? Keir ada mata di belakang kepala?

Selepas kejadian dia ditembak dulu, sekali lagi Keir dipanggil ke mahkamah memberikan keterangan. Dan seperti kejadian lalu, belum sempat masuk ke dalam, kami diserang hendap. Sekali lagi. Disebabkan Keir dah 'normal' semula, dia dapat mempertahankan diri sendiri dan... melindungi aku juga. Walau terasa berat hati mahu berterima kasih, aku akui yang aku terhutang nyawa pada dia.

Hasil daripada kejadian serangan itu, sekali lagi perbicaraan ditangguhkan. Aku tak berasa hairan pun. Muka Keir aku tengok biasa-biasa saja seolah-olah penundaan itu sikit pun tak mengganggu-gugat keadaan dia.

Aku tak kembali ke presint, sebaliknya terus mengiringi Keir pulang ke istana. Dannny yang akan buat segala mak nenek laporan mengenai kejadian yang berlaku.

Kena kuarantin lagi di istana itu. Buta meraba-raba tak tahu hujung pangkal perkembangan kes. Nak tanya Keir? Lidahku berat, mulutku bagaikan terkunci. Lagipun antara aku dengan dia masih ada isu yang sedang tergantung tanpa kata putus.

Ayah sangat-sangat berharap. Aku rasa tersepit. Nak dahulukan harapan ayah ataupun dahulukan hidup sendiri? Sekali lagi seperti biasa, aku menolak cadangan berbincang dengan Keir mengenai perkara itu. Kerana aku tahu, jawapan dia hanya satu.

Setuju!



Continue Reading

You'll Also Like

171K 618 6
" Korang jangan laa macam ni, husband ida ada tu kat atas"
2.4M 12.1K 27
*Tajuk lama : Perempuanku ********** Shakeel Anas. Satu nama yang begitu terkenal dalam dunia fesyen sekaligus menjadikan nama itu menjadi pembakar s...
788K 17.2K 22
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
187K 626 23
HANYA SEKADAR HIBURAN SEMATA-MATA