PRECIOUS OF MATHEO [ C ]

By moonjni

1.2M 46.4K 1.2K

"Kau hanya milik aku. Tubuh kau hanya untuk aku. Jadi jangan biar lelaki lain sentuh tubuh kau" - Matheo. Seg... More

PROLOG 🥀
BAB 1 🥀
BAB 2 🥀
BAB 3 🥀
BAB 4 🥀
BAB 5 🥀
BAB 6 🥀
BAB 7 🥀
BAB 8 🥀
BAB 9 🥀
BAB 10 🥀
BAB 11 🥀
BAB 12 🥀
BAB 13 🥀
BAB 14 🥀
BAB 15 🥀
BAB 16 🥀
BAB 17 🥀
BAB 18 🥀
BAB 19 🥀
BAB 20 🥀
BAB 21 🥀
BAB 22 🥀
BAB 23 🥀
BAB 24 🥀
BAB 25 🥀
BAB 26 🥀
BAB 27 🥀
BAB 28 🥀
BAB 29 🥀
BAB 31 🥀
BAB 32 🥀
BAB 33 🥀
BAB 34 🥀
BAB 35 🥀
BAB 36 🥀
BAB 37 🥀
BAB 38 🥀
BAB 39 🥀
BAB 40 🥀
BAB 41 🥀
BAB 42 🥀
BAB 43 🥀
BAB 44 🥀
BAB 45 🥀
BAB 46 🥀
BAB 47 🥀
BAB 48 🥀
BAB 49 🥀
BAB 50 🥀
BAB 51 🥀
BAB 52 🥀
BAB 53 🥀
BAB 54 🥀
BAB 55 🥀
BAB 56 🥀
BAB 57 🥀
BAB 58 🥀
BAB 59 🥀
BAB 60 🥀
BAB 61 🥀
BAB 62 🥀
BAB 63 🥀
BAB 64 🥀
BAB 65 🥀
BAB 66 🥀
BAB 67 🥀
BAB 68 🥀
BAB 69 🥀
BAB 70 🥀
BAB 71 🥀
EPILOG🥀

BAB 30 🥀

16K 507 12
By moonjni

"Matheo tahu atau tak yang saya di bawa ke sini?" Soal Aeris selepas masuk ke dalam kereta.

Baron yang baru menghidupkan kereta memandang Aeris melalui cermin kereta.

"Tak Madam. Boss takde kaitan dengan pertemuan ini" jelas Baron dan memandu keluar daripada perkarangan rumah Henderson.

"Jadi awak berada di pihak yang mana, Baron?" Tekanya lagi.

Dia dapat rasakan Baron tidak setia dengan Matheo. Terlihat Baron seolah menjaga setiap langkah yang diambil oleh Matheo. Dan seterusnya dirinya akan melaporkan kepada Henderson.

"Awak orang yang paling bahaya buat Matheo" sambung Aeris dengan nada serius. Matanya juga dihala tajam ke arah Baron.

Baron hanya mengunci mulutnya. Dia tidak mahu mengulas tentang perkara itu. Dirinya juga ada tugasnya yang tersendiri. Sama ada di berpihak pada Matheo atau Henderson, semuanya adalah pilihannya.

Sepanjang perjalanan, Aeris memerhati setiap signboard yang sempat dipandangnya. Dia perasan jalan itu juga bukanlah ke rumah Matheo tetapi tempat lain.

"Sekarang apa? Awak nak bunuh saya pula ke?" Tanyanya dengan nada keras.

"Saya hanya jalankan arahan Boss sahaja" jawab Baron dan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah.

Aeris mula mengerutkan dahinya apabila memandang sebuah rumah. Rumah tersebut juga tidaklah besar dan tidaklah kecil. Sesuai untuk seorang sahaja tinggal di situ. Dari situ dia dapat meneka apa tujuannya mereka ke situ.

"Boss minta Madam untuk tinggal di sini buat sementara waktu. Makanan, minuman, pakaian dan barang keperluan akan dibawa oleh boss nanti. Buat masa sekarang, Boss hanya mahu Madam berehat" jelas Baron dan menghulurkan sebuah bag kepada Aeris.

Aeris hanya mampu menahan sabar ketika itu. Dirinya benar-benar dianggap sebagai perempuan simpanan buat Matheo. Matheo benar-benar mahu menyorokkan dirinya daripada diketahui oleh Daisha.

Malas hendak mendengar penjelasan daripada Baron, Aeris lantas masuk ke dalam rumah. Pintu masuk juga dikunci daripada dalam.

Baron hanya melepaskan satu keluhan. Dia juga tidak berdaya untuk memujuk Aeris supaya mendengar kata-katanya. Asalkan kerjanya selesai, itu sudah cukup memadai baginya. Tanpa membuang masa, Baron lantas beredar pergi.

🥀

Felix membuka pintu kedai bunga itu dengan penuh cermat. Bunyi loceng yang kedengaran sewaktu pintu dibuka mengejutkan Sally yang sedang menyusun bunga. Dengan segera bunga ditangannya diletakkan ke tepi untuk melihat pelanggan yang datang.

"Selamat datang Tuan ke RissFlower" ujar Sally dan membetulkan sedikit rambutnya yang terjuntai ke hadapan.

"Good morning miss. Boleh saya nak jumpa seseorang?" Ujar Felix dengan gaya yang sopan.

Sally mula mengerutkan dahi. Siapa pula yang ingin ditemui oleh lelaki itu. Jika Sofi, dia sudah cukup kenal dengan semua kenalan Sofi.

"Nak jumpa dengan siapa ya?"

"Miss Aeris. Dia ada dekat sini?"

Sally berasa pelik apabila nama Aeris dipetik. Sudah lama Aeris tidak ke situ. Dan beberapa pelanggan tetap Aeris juga sudah mengetahui bahawa Aeris jarang ke sini lagi.

"Maaf ya Tuan. Puan Aeris takde dekat sini. Dia ada dekat rumah suami dia" jelas Sally.

"Suami?"

Felix mula tersenyum sinis. Nampaknya dia telah dapat sebuah rahsia yang disimpan oleh Matheo. Fahamlah dia kenapa Aeris menangis bersungguh-sungguh pada malam itu.

"Dia memang takde dekat sini ke? Sebab saya hantar dia balik ke sini semalam" sambung Felix lagi.

"Takde Tuan. Saya dah periksa rumah dia pagi tadi, cuma tombol pintu yang terbuka. Mungkin ada orang yang nak pecah masuk. Tapi takde tanda yang Puan dah balik" jelas Sally.

Walaupun dia juga berasa pelik dengan tombol pintu rumah Aeris yang tercabut. Tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak baik dengan suami Aeris.

"Oh yeke. Nampaknya saya tersilap la. Tak apa lah. Boleh saya tengok bunga-bunga dekat sini?" Pintanya tiba-tiba.

"Silakan Tuan"

Sally lantas menunjukkan beberapa jenis bunga berhampiran mereka. Walaupun dirinya berasa sangsi dengan lelaki itu, tetapi baginya, lelaki itu tetap pelanggan bagi kedai mereka.

"Saya nak setangkai bunga rose merah ni" ucap Felix tiba-tiba.

"Setangkai sahaja?" Sally mula berasa pelik.

"Yes. This is for you" ujarnya dan menyerahkan kembali kepada Sally.

Sally mula berasa tidak selesa. Sudahlah dia tidak kenal dengan lelaki itu, secara tiba-tiba sahaja dirinya diberikan setangkai bunga rose.

"Untuk apa bagi saya?" Sally mula menolak pemberian itu.

"Because you're so pretty" bisik Felix di telinga Sally.

Meremang Sally apabila mendengar bisikan Felix ketika itu. Tiba-tiba dirinya berasa takut apabila berdepan dengan lelaki itu. Terasa aura yang berbeza daripada pelanggan yang lain.

Selepas meletakkan sejumlah wang ke atas meja, Felix lantas beredar. Sempat juga dia melambai ke arah Sally yang masih termenung dengan memegang setangkai bunga rose di tangan.

Di luar kedai, Felix lantas mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang.

"Aku nak kau cari dekat mana Aeris berada. Cari gadis tu sampai jumpa" arahnya dengan kasar.

Setelah itu, barulah dia beredar pergi bersama keretanya.

🥀

"You nak cakap apa dengan I, baby?" Soal Daisha.

Teruja dengan semua layanan yang diterimanya ketika itu. Dia tidak sangka Matheo sudah menyediakan lunch buatnya.

"Kenapa you kembali?"

Soalan Matheo membuatkan suapan Daisha terhenti. Sudu yang berada di tangannya segera diletakkan ke atas pinggan. Matanya juga merenung tajam ke arah Matheo.

"Why? I tak boleh balik ke sini semula ke? What's wrong with you Theo?" Nada suara Daisha mula kedengaran tidak senang.

"Kita dah putus 2 tahun yang lalu. Dan sekarang you muncul semula tiba-tiba. I cuma tak faham kenapa semua ni berlaku" jelas Matheo.

"Theo. Kita putus dengan cara baik kan? Dan hubungan kita yang tak direstui oleh atuk you pun dah berubah sekarang. Atuk you pun dah setuju untuk kita kahwin nanti. Dan sekarang I tunang you. I tahu kita berdua masih ada hati antara satu sama lain kan. Ke I silap?" Ucap Daisha dengan nada sedikit kendur.

"Bukan macam tu Daisha. I cuma tak sangka yang you boleh terima rancangan Atuk I untuk bertunang. Kenapa tak datang jumpa I dulu?" Matheo mula berasa tidak puas hati.

Jika Daisha bertemu dengannya terlebih dahulu. Segala yang berlaku tidak akan menjadi rumit. Tetapi semuanya sudah terlambat.

"Why not? Atuk you call daddy I cakap nak langsungkan pertunangan dengan you. Of course la I happy. Tambah pula Atuk you cakap nak bagi suprise about our engagement. Kenapa dengan you ni Theo? You dah beralih hati ke daripada I?" Tangan Matheo diraih lembut oleh Daisha. Cuba meminta simpati.

"Tak Daisha. I cuma terkejut dengan situasi sekarang. Tapi I harap lepas ni, kalau Atuk I ada hubungi you, please inform pada I. I takut dia apa-apa kan you nanti" tangan Daisha dirangkul lembut. Seolah mahu mendapatkan kepercayaan gadis itu.

"I will baby. Sorry okay" Daisha mengucup lembut tangan Matheo dan merenung manja ke arah Matheo.

"By the way baby. Atuk you minta I stay dengan you"

Kata-kata Daisha membuatkan Matheo meleraikan rangkulan tangan mereka. Daisha juga terkejut dengan tindakan Matheo ketika itu.

"Why? Kita tak kahwin lagi" ujarnya dengan nada tidak puas hati.

"You ni kenapa? Sepanjang kita bercinta, I selalu duduk rumah you. Sekarang ni you nampak macam dah lain pula. You tak suka ke I ada dekat sini. Atau you tak suka yang kita bertunang?"

Daisha mula terasa hati. Dia perasan sikap Matheo yang sudah berubah sejak mereka bertemu semalam.

"Sorry Daisha. I terbawa emosi. Macam yang I cakap, I masih terkejut dengan pertunangan kita. I sorry okay" ucap Matheo dengan nada pasrah.

Daisha hanya menarik muka. Itu sahajalah yang akan diperkatakan oleh Matheo. Seolah-olah dirinya tidak penting saat itu. Tiada lagi ciuman di dahinya jika Matheo melukakan hatinya untuk memujuk.

Daisha tidak kisah dengan semua itu kerana dirinya juga sudah menjadi tunangan Matheo. Tambah pula Henderson memberi keizinan kepadanya untuk tinggal bersama Matheo. Dia akan berusaha untuk mengambil hati Matheo semula seperti keadaan mereka bercinta dahulu.

Continue Reading

You'll Also Like

283K 20.8K 36
Damien Mikhail & Aryana Dahlia " Kenapa tak boleh pandang? " - Aryana Dahlia " Because you're mine, always mine baby! " - Damien Mikhail ...
148K 7.6K 31
Highest #1 in Highschool [KEMUNGKINAN JALAN CERITA AGAK SAMA DENGAN STORY SAYA YANG LAIN] Hidup dia hanya dicaci maki serta dipukul oleh orang yang d...
299K 12.9K 29
Dia sangat obses kan dengan gadis tu saja. Kemana gadis tu pergi pasti dia akan ikut bersama dengan cara memerhati dari jauh. siapa yang cuba mengang...
165K 12.8K 45
#2 𝓗𝓲𝓼 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝙆𝙖𝙨𝙮𝙖𝙛 𝙀𝙫𝙧𝙚𝙣 | 𝘿𝙖𝙝𝙡𝙞𝙖 𝙀𝙡𝙫𝙞𝙣𝙖 Kasyaf's Obsession⚠️ Pertemuan pertama mereka bukanlah yang terbaik. Perte...