ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ā€¼ļø š‘­š’Šš’“š’”š’• š’”š’•š’š’“š’š, š’‡š’Šš’“š’”š’• š’š’š’—š’† źØ„ļøŽ -āœæ- š‘»š’†š’š’ˆš’Œš’– š‘­š’‚š’‰š’“š’Šš’†š’ š‘«š’‚š’š’Šš’”š’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 47

3.3K 242 23
By WafaAriffin

Notify me with the typo

GELAP. Tiada apa yang kelihatan selain dirinya sahaja. Kaki menapak tanpa hala tuju. Kepala terpusing-pusing mencari arah. Namun, kakinya semakin lama semakin terasa berat untuk terus melangkah. Sehingga membuat dadanya turut merasa sempit dan sukar untuk bernafas. Langkah diteruskan lagi.

Desah nafas menjadi peneman. Saat dia berpusing ke suatu arah, cahaya tiba-tiba menjengah ke dalam retina mata menyebabkan kelopak mata terkatup rapat. Saat mata perlahan-lahan dibuka, tangan kanan naik melindungi wajahnya daripada terus disimbahi cahaya.

"Aaira"

Hujung kening mengerut hairan. Perlahan-lahan tangan dibawa turun. Serentak itu, kegelapan tadi hilang ditolak cahaya. Tubuh mula kaku melihat sekelilingnya lalu tersentak hebat tatkala bahunya disentuh sesuatu. Kepala terus berpaling ke belakang. Kini, baru dia perasan tubuhnya tersarung pakaian serba putih. Dia kembali mengangkat kepala.

Serta-merta dia menapak selangkah ke belakang sambil tangan mencengkam kuat kain baju di tubuhnya. Tubuh menggigil kecil saat melihat dua figura yang dia tidak kenali muncul di hadapannya.

"Aaira"

Suara itu! Nafas tersekat-sekat melihat mereka. Seorang wanita dan lelaki yang kelihatan agak berusia.

"Si–Siapa?"

Bibir wanita itu mengoyak senyuman manis. Senyuman hiba.

"Maafkan ibu"

"H–Hah?" Bergetar bibirnya mendengar gelaran itu. Tanpa sedar, air mata mengalir perlahan menuruni pipi. 

"Maafkan kami ye nak?" tutur lelaki di sebelah wanita itu pula. Aaira cengkam dada yang semakin sempit.

"Terus kuat, untuk teruskan hidup. Kami sayang Aaira" Apabila melihat kedua-dua figura itu mahu pergi meninggalkannya. Kakinya spontan terangkat selangkah.

"Akk--"

Dia terus mengambil langkah menghampiri kedua-dua orang tua itu lalu memeluk belakang tubuh mereka dengan erat. Pada saat itu juga, tangisan dilepaskan apabila hatinya terasa hangat. Sama hangatnya apabila dia bersama dengan seorang insan bergelar suami. Dan pada masa itu jugalah, dia mula sedar, pelukan ini lah yang dia dambakan selama ini.

Belakang tubuh terasa diusap lembut bersama satu kucupan hangat di tepi dahinya.

"Jangan menangis, Aaira Hessa" Lembut pertuturan itu menyinggah di telinga. Aaira tak membalas, malah menguatkan tangisannya lagi. Teresak-esak dia menangis di dalam pelukan mereka.

"Aaira takut. Gelap. Aaira takut sorang-sorang" tutur Aaira kecil. 

"Kamu tak keseorangan pun. Ada ramai yang menunggu di sana, Aaira. Belum tiba masanya lagi kamu menetap di sini" balas wanita itu penuh lembut. Aaira mengerdipkan mata. Wajah Tengku Danish dan orang-orang yang dia kenali mula menjengah di kepala. Mata berair semula. Rasa takut dan rindu mula hadir.

"Kami minta maaf, Aaira. Kami tak ada dengan Aaira. Susah senang Aaira sendiri. Hidup sendiri tanpa kasih sayang ibu bapa" Lelaki bergelar ayah itu tersenyum hiba.

"Tapi percayalah, kami sentiasa fikirkan Aaira. Kami sentiasa ada di sini.." Wanita itu menudingkan jari ke arah dada Aaira. Menunjukkan di mana hati anaknya berada dan di mana keberadaan mereka di dalam diri Aaira.

Aaira tersenyum bersama esakan yang masih lagi tersisa. Pipi yang basah di sapu dengan belakang tangan.

"Jaga diri, ye? Jadi isteri dan ibu yang baik untuk menantu dan cucu-cucu kami yang comel tu" pesan wanita itu lagi sebelum mengucup dahi Aaira lembut.

"Bila sudah kembali di sana. Kuatkan iman, kuatkan hati untuk teruskan hidup. Banyak lagi yang Aaira akan hadapi nanti. Biarlah kurang satu, Aaira tetap ada yang lain. Semua yang manusia ada hanyalah pinjaman, bila-bila masa saja Allah boleh tarik nikmat tu. Aaira faham, kan? Jadi, ayah minta sangat-sangat.. tolong jangan putus asa. Perjalanan Aaira masih panjang. Bertahan sikit je lagi. InsyaAllah.. nanti akan ada kebaikannya"

Aaira mengangguk juga meskipun tidak berapa faham dengan apa yang ayahnya cuba sampaikan. Mata terpejam rapat saat bibir lelaki itu berlabuh elok di dahinya. Sama tempat dengan kucupan ibunya tadi.

Saat mata terbuka, wajahnya terus berubah apabila sekelilingnya sudah berubah gelap. Kaki terus diangkat untuk mengejar langkah kedua ibu dan bapanya yang sudah jauh menapak mahu ke arah satu cahaya di sana. Penglihatan mula kabur apabila air mata jernih sudah memenuhi pelupuk mata. Saat tangan mahu menggapai tangan mereka, kedua-dua belah kaki tiba-tiba longlai tanpa deria sehingga membuatkannya rebah tanpa sempat ditahan.

"Hikss!" Aaira terjaga. Mata bening membulat besar melihat syiling putih di atasnya. Wajah berpeluh dingin bercampur dengan kerutan akibat sakit yang menyengat di kepala. Tengku Danish yang baru selesai menunaikan solat fardhu Maghrib terus bangun menghampiri katil Aaira.

"Sayang"

Aaira menoleh ke arah Tengku Danish bersama dada yang berombak kasar, menarik dan menghembus nafas dengan kuat.

"Shh.. breath in. Breath out" bisik Tengku Danish perlahan. Aaaira pejam mata. Nafas cuba diatur sebaik mungkin. Tubuh cuba ditolak untuk bangun sebelum erangan sakit terlepas membuatkan Tengku Danish kalut menahan tubuh kecil itu daripada bergerak.

Nafas Aaira tidak teratur. Dada dicengkam kuat sembari jantung yang berdegup kuat seakan mahu terkeluar. Tak dihiraukan tangan Tengku Danish di tubuhnya, dia tetap bergerak mahu bangun sebelum badannya terjatuh menghempas permukaan tilam semula. Aaira bungkam tatkala terasa tubuhnya menggigil.

Kenapa?

"Aaira.."

"Kenapa Aaira rasa lain?" soalnya perlahan. Tekak yang terasa perit itu dibiarkan. Yang penting adalah tubuh badannya. Kedua belah kaki cuba digerakkan. Namun, tiada satu pun pergerakan terhasil.

"Kenapa–" Suara tidak terkeluar. Saliva cuba ditelan walaupun terasa kelat berpasir. Wajah Tengku Danish dicari lalu tangan lelaki itu dicengkam. Tengku Danish kelihatan sukar untuk membuka mulut. Seraut wajah yang sebelum ini tampak tenang kelihatan berkerut-kerut penuh kerisauan. Tengku Danish tarik nafas dalam seraya meraupkan wajah dengan telapak tangan kanan.

Kemudian, dia bergerak membantu Aaira untuk duduk bersandar pada kepala katil. Bantal di belakang Aaira dibetulkan sedikit.

Tanpa bicara, tempat di birai katil diambil. Kemudian, ubun-ubun isterinya itu diusap lembut.

"Kenapa dengan kaki Aaira?" Terlepas juga soalan itu dari celah bibirnya. Setelah beberapa kali mencuba untuk menggerakkan kakinya, akhirnya dia mengalah juga dengan menunggu balasan daripada Tengku Danish.

"Kalau abang bagitau, Aaira janji jangan nangis, ye? Kalau Aaira nangis juga, abang akan denda" pintanya dengan sungguh perlahan dan memujuk. Kekura tangan halus isteirnya dielus dengan penuh kelembutan. Aaira laju menganggukkan kepalanya membuatkan Tengku Danish tersenyum nipis.

"Lepastu, abang nak hadiah. Aaira kena kiss abang dekat bibir selama satu minit. Kalau Aaira mungkir janji, abang merajuk setahun" sambungnya lagi lalu tersenyum melihat pipi ranum itu mula memerah malu. Aaira gigit bibir.

Orang tengah gundah, dia lagi nak menambahkan ketidaktenteraman di dalam hati. Tanpa mengeluarkan sebarang suara, dia menganggukkan kepalanya lagi. Tengku Danish jatuhkan kepala.

Sedaya upaya dia cuba untuk memaparkan wajah tenangnya pada Aaira, sekaligus mencuba untuk menenangkan hatinya sendiri. Kerisauannya terhadap si isteri tersangatlah tinggi. Tentang penerimaan Aaira dengan keadaannya sekarang sangat-sangat merisaukan dia.

"Doktor beritahu abang tadi yang kedua belah kaki Aaira lumpuh buat sementara" beritahu Tengku Danish satu persatu. Wajah Aaira ditenung sedalamnya. Dia ketap rahang apabila perasan dengan perubahan wajah isterinya itu.

"Lumpuh?" Jeda. Aaira terbungkam. Bibir bergetar tanpa mengeluarkan sebarang butir bicara.

"Sementara je sayang. Masih ada peluang untuk sembuh" pujuk Tengku Danish lembut. Ditarik tubuh kecil itu masuk ke dalam dakapannya tatkala melihat getaran kecil pada tubuh itu. Diusap berkali-kali bahu Aaira.

"Tapi Aaira tetap lumpuh" tuturnya kecil. Mutiara jernih di pelupuk mata jatuh membasahi pipi. Peha dicengkam kuat. Ya Allah, dugaan apa lagi yang engkau turunkan? Bagaimana dia mahu bergerak kalau cacat begini? Bagaimana dia mahu menguruskan anak-anak dan suaminya selepas ini?

Peha ditumbuk perlahan. Lama kelamaan tumbukan menjadi kuat bersama tangisan yang semakin panjang.

Tengku Danish terus menahan lalu tangan kecil itu dikucup lembut. Pelukan dieratkan lagi tatkala tangisan isterinya kedengaran sangat rapuh di telinga.

"Jangan macam ni Aaira. Dah janji dengan abang tadi kan? Aaira tak boleh nangis. Kalau Aaira nangis juga, abang akan bagi denda, kan?" Pelukan diregang sedikit sebelum Tengku Danish hulur senyuman manis pada Aaira. Kedua belah pipi merah yang sudah lencun dicemari air jernih diseka lembut.

Bibir Aaira melengkung sedih bersama mata berkaca-kaca merenung wajah suaminya itu.

"Aaira mintak maaf" pohon Aaira kecil. Berkerut hujung kening Tengku Danish mendengar ucapan yang meniti keluar dari celah bibir Aaira.

"Hey! Kenapa nak mintak maaf?" Dipegang kedua belah bahu Aaira apabila melihat mutiara jernih kembali jatuh membasahi pipi itu.

"Aaira dah cacat.. Aaira mintak maaf–"

"Jangan cakap macam tu! Ingat ni drama sinetron ke? Aaira masih ada peluang lagi. Abang akan tolong Aaira"

"Aaira dah tak sempurna. Mesti abang nak cari lain nanti, kan?" Esakan dilepaskan semula. Segala unsur-unsur negatif sudah berkumpul di kepala. Bagaimana kalau suaminya cari perempuan lain nanti? Dia kena buang ke nanti?

Tengku Danish ketap bibir. Geram mendengar ayat-ayat mengarut isterinya itu. Terus dicubit dan ditarik pipi merah Aaira membuatkan kepala itu senget ke tepi. Meraung Aaira apabila diperlakukan begitu. Sudahlah tekaknya kering, lagi dia menangis dan menjerit.

"Abang.. sakit.." rengek Aaira meleret. Tangan Tengku Danish dipegang daripada terus menarik pipinya. Menggelebeh pipinya nanti kalau tarik begitu.

"Cakap benda mengarut kenapa? Nak kena humban ke luar tingkap ke?" ugut Tengku Danish garang membalas tatapan mata si isteri.

"Tak nakk.." Air mata mengalir lagi.

"Kalau tak nak , stop cakap benda-benda macam tu, and stop crying. Buruk" Selamba saja dia cakap begitu. Sudahlah dia tak reti pujuk orang. Isteri tak isteri, kalau terus meraung begini memang dia humban je ke luar ttingkap dari tingkat tiga ni.

Aaira mencebikkan bibir mendengarnya.

"Abang cakap saya buruk? Huwaa.. abang dah tak sayang saya" Tengku Danish berdecit di dalam hati.

"Abang gurau je lah"

Aaira masih melayan perasaan sedihnya. Tangan naik menyapu air mata yang tidak henti membasahi pipi. Berkali-kali dia kesat, namun masih saja tercemar dengan mutiara jernih yang masih mengalir keluar. Tengku Danish mula diserbu rasa bersalah saat melihat isterinya masih tak berhenti menangis.

Bengap betullah kau ni Danish. Nak mengusik tak kena tempat. Cepat-cepat dia tarik tubuh itu masuk ke dalam dakapannya semula. Belakang Aaira diusap laju. Mengharapkan esakan yang masih berlagu itu berhenti.

"Aaira mintak maaf. Aaira tak mintak pun jadi macam ni. Aaira mintak maaf. Tolong jangan buang Aaira. Aaira takut sorang-sorang.. Takut gelap.." pinta Aaira bersama nada merayu. Bersungguh dia menangis ni bahu si suami. Cengkaman pada baju yang dipakai Tengku Danish di bahagian dada menceritakan semuanya.

Perihal mimpi tadi.. dia ingat-ingat lupa tetapi hangatnya masih ada. Wajah kedua-dua orang tuanya sudah kabur di ingatan. Allah tak mahu dia ingat wajah mereka? Mungkinkah sebab dia anak yang jahat?

Tengku Danish susah hati. Mendengar isterinya mengadu begitu buat hatinya risau. Kenapa Aaira takut keseorangan jika ada dia di sisi? Sekiranya Aaira takutkan kegelapan, dia sentiasa ada membawa cahaya untuk Aaira. Walaupun hatinya tertanya-tanya kenapa Aaira tiba-tiba berkata begitu, dia tahankan saja suara daripada terluah. Sekarang dia hanya mahu Aaira berhenti menangis dan tenangkan diri.

Hatinya sudah sakit melihat air mata itu.

"Aaira.." serunya lembut.

"Hey.. dah dah. Abang gurau je lah. Abang sorry, okey? Abang takkan cakap macam tu dah" pujuk Tengku Danish. Puncak kepala Aaira dicium lama seraya menggerakkan tubuh ke kiri dan kanan. Tubuh kecil Aaira yang masih berada di dalam dakapan Tengku Danish turut bergerak mengikut pergerakan tubuh lelaki itu.

Lama-kelamaan esakannya mulai reda. Hingus ditarik kuat. Kepala berlabuh cantik dia dada si suami.

Tengku Danish menjenguk wajah merah Aaira. Layu saja mata isterinya itu. Mengantuk mungkin setelah lama memerah air mata. Belakang Aaira ditepuk perlahan.

Aaira merenung ke lantai. Matanya semakin berat dek kantuk yang semakin menguasai diri.

Tengku Danish tersenyum nipis apabila mendengar dengkuran halus daripada Aaira menandakan isterinya itu sudah tenggelam di dalam lena.

Dengan perlahan, dia tunduk menyatukan bibir mereka buat beberapa saat sebelum dijauhkan wajahnya semula. Senyuman ditarik.

Denda sebab mungkir janji.

MEJA di bahagian penjuru cafe menjadi tarikan orang di sekitar itu. Orang yang lalu lalang pasti memakukan mata pada jejaka-jejaka yang sedang duduk berbincang di sebuah meja yang agak tersorok di sebalik tiang batu yang ada di cafe hospital itu. Suasana agak riuh rendah disebabkan cafe itu terisi dengan ramai orang. 

Tengku Danish abaikan saja pandangan orang ramai di situ. Rafiq dan Asyraff yang duduk santai di hadapannya dipandang dengan riak wajah serius.

"Macam mana boleh terbakar?" soalnya mendatar. Agak terkejut dengan berita yang baru dia dengari tadi. Semua buat kepalanya terasa semakin berat dengan masalah.

"Pihak bomba jumpa beberapa tong minyak berdekatan pagar belakang" beritahu Rafiq seraya meletakkan beberapa keping gambar di atas meja. Kesemuanya adalah gambar yang pihak polis ambil di tempat kebakaran.

Tengku Danish terus ambil gambar-gambar tersebut lalu dibelek satu-persatu. Tak pelik macam mana Asyraff boleh dapat gambar-gambar ni sebab lelaki itu berpangkat inspektor dan kes kebakaran itu juga dipegang oleh Asyraff. Lelaki itu sendiri

"Jadi.. maksudnya.."

Asyraff angguk.

"Kebakaran tu memang dirancang. Disengajakan" ujarnya. Tengku Danish tersandar ke belakang. Gambar-gambar tadi di campak ke atas meja semula.

20% hanya tinggal sisa sahaja. Mujur dewan-dewan dan gelanggang yang lain terletak jauh antara dewan sukan yang lain. Melihatkan jumlah tong minyak yang ditinggalkan sememangnya jelas tak akan cukup sekiranya mahu memusnahkan satu tapak sukan. Tapak sukan milik Auni besar, malah dikatakan tapak sukan terpaling besar di negara ini.

"Auni ada musuh?" Getus Rafiq perlahan. Asyraff menggelengkan kepala sebelum menongkat dagu dengan tangan di atas meja. Jururawat perempuan yang tersenyum-senyum ke arah mereka dibalas dengan kenyitan sebelah mata. Menggedik mereka dibuatnya.

Gilalah hospital ni, semua jururawat perempuan dia cantik-cantik siot. Kalau dapat ngorat sorang best juga ni.

"Kau fikir semua ni ada kena mengena dengan Aaira tak?" tanya Rafiq tenang. Tiba-tiba saja soalan itu meluncur keluar dari celah bibir. Kemalangan Aaira dan Zein dengan kebakaran pusat sukan Auni berlaku dalam jarak masa yang dekat. Jadi, itu membuatkan Rafiq terfikir ke arah itu. Tengku Danish dan Asyraff drastik memandang ke arah Rafiq. Wajah berkerut-kerut berfikir. Serta merta pelbagai andaian masuk ke dalam kepala.

"Boleh jadi.." Asyraff jeda selepas itu.

Tengku Danish meraup wajahnya. Memikirkan apa yang terjadi membuat dia berfikir yang dalangnya adalah orang yang sama. Jadi, berkemungkinan orangnya ialah orang terapat dengan mereka atau orang yang mereka kenali.

"Tak apa, biar aku akan uruskan semua ni. Nanti aku akan bincang dengan inspektor Wazif" tutur Asyraff untuk mengakhirkan perbincangan yang semakin mengusutkan kepala mereka sedari tadi. Tengku Danish menjatuhkan kepalanya. Dia tahu Asyraff tidak dapat pegang dua kes sekaligus. Jadi, rakan sekerja Asyraff, Inspektor Wazif yang tawarkan diri untuk pegang kes kemalangan Aaira dan Zein.

"Kau tahu pasal Kyle? Berita pasal penggodam yang berjaya selamatkan sistem negara pada tahun 2015" tanya Asyraff secara tiba-tiba. Dia memandang wajah kedua-dua sahabatnya itu. Rafiq menekur permukaan meja.

"Yang kebocoran data negara tu ke?" teka Rafiq senada. Pantas Asyraff memetik jari. Bingo!

"Yezza.. sekarang dia masih jaga sistem negara, plus dia banyak bantu polis dalam mengesan penjenayah. Aku pernah bekerjasama dengan dia dekat Senawang. Sekali je. Waktu tu dia tawarkan diri untuk jadi sniper. Dengan bantuan dia, pihak polis dapat ke semua data, lokasi kongsi gelap di Malaysia" beritahu Asyraff tanpa dipinta. Bersemangat nadanya bercerita pada dua orang lelaki dihadapannya itu. 

"Dia hacker?"

"Dia bukan hacker semata, tapi dia pro" balas Asyraff lagi sambil bersandar dan berpeluk tubuh. Kening Tengku Danish terjungket tinggi. Apa-apa kalau melibatkan negara memang hebat.

"Kenapa tiba-tiba kau cerita pasal dia?" tanya Rafiq hairan. Yelah, tiba-tiba saja lelaki itu buka cerita mengenai lelaki misteri itu. Asyraff menggaris senyuman senget seraya memandang ke wajah berkerut sahabatnya silih berganti.

"Kau tak terfikir apa yang aku fikir?" Tengku Danish saling berpandangan dengan Rafiq lalu kembali memandang Asyraff. Reaksi mereka berubah apabila sesuatu terlintas di kepala.

"Takkkan lah.." Rafiq menggantungkan ayatnya tatkala sedar apa yang mereka fikirkan adalah tepat.

"Yeah!"

Gila punya idea!

– Wafa Ariffin –
ෆ Do vote and comment ෆ

Hye hye hye !! Rindu saya tak? Kalau tak rindu sokay i paham jew tsk.. sorry semua sebab lambat sangat update. Saya harap semua masih ada, jangan tinggalkan saya sorang² dekat sini. Saya sunyi nanti. Okey? Bye bye thanks for reading !!

Continue Reading

You'll Also Like

2.4M 2.3K 1
#1 ENCIK'S SERIES š“š‡š€ššˆš… š‰š€šš€š‘ š— šŠš€š”š’š€š‘ š”šŒš€šˆš˜š€š‡ "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
30.9K 2.6K 29
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
396K 12.4K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...