RyanDalisha (HOLD)

By aish_maira

8.3K 624 49

[The Zandero's Family] [Stand Alone Series] Lima tahun lalu, lima tahun yang cukup sukar baginya. Dalam tempo... More

PROLOG
EPISOD 1
EPISOD 3
EPISOD 4
EPISOD 5
EPISOD 6
EPISOD 7
EPISOD 8
EPISOD 9
EPISOD 10
EPISOD 11
EPISOD 12
EPISOD 13
EPISOD 14
EPISOD 15
EPISOD 16
EPISOD 17
EPISOD 18
EPISOD 19
EPISOD 20

EPISOD 2

445 39 4
By aish_maira

3 tahun kemudian...

Seoul, Korea Selatan,
20 Mac.

Beojkkoch. Di dalam bentuk tulisan hangul, ianya ditulis dengan rupa (벚꽃). Beojkkoch, membawa maksud bunga sakura. Bunga yang perlahan gugur jatuh ke jalanan.

Bunga yang sering singgah pada tubuh orang yang berjalan di bawahnya. Bunga yang tenang. Bunga yang cantik. Indah mata memandangnya.

Bunyi alat scan cop harga itu bergema kecil di kaunter bayaran. Sekali sekala aku memandang sekeliling dengan ekor mata. Kelakar. Aku yang tidak buat apa-apa kesalahan, kian hidup sudah seperti pelarian.

"igeo da eolma-eyo?" (Berapa harga semua ini?)

Budak remaja lelaki warganegara Korea itu, menyatakan harga. Tanpa berlengah, aku mengeluarkan wang kertas won dari poket seluarku. Wang itu diserahkan padanya.

"jandon.." (Keep the change..)

Justeru selesai mengambil plastik makanan ringan yang aku beli, langkah kaki aku hayunkan menuju ke pintu keluar.

Seperti selalu, aku terus berjalan pergi sehingga akhirnya tiba di apartment sewaku. Apartment kecil yang cuma mempunyai ruangan tidur, dapur dan ruang tamu sekali gus.

Perlahan pintu dibuka. Langkah aku hayunkan lagi terus menuju masuk ke dalam. Punggung aku labuhkan diatas lantai. Ramen yang aku beli di dalam paket mangkuknya, aku buka. Ramen itu aku masakkan.

Baru saja aku ingin menuju ke balkoni luar yang sedikit usang itu untuk menjemur kain, sesuatu pelik mula menarik perhatianku.

Sekeping nota kecil berwarna putih terlekat di belakang permukaan pintu keluar menuju ke balkoni.

Aku cabut nota itu.

'È molto tempo che non ci vediamo Diandra ..'

Saat aku membaca apa yang tertera pada permukaan kertas kecil itu, kepala mula terpusing ke arah kiri, kemudian ke arah kanan. Tidak lama selepas itu, aku rasa seperti aku patut mengangkat kepalaku ke atas.

Seperti yang ku jangka,

Zap!

Kakiku segera menapak tangkas ke belakang. Mujurlah aku cepat, kalau tidak, arwah aku di episod dua. Haih.

Pisau berlumuran darah yang jatuh dari atas kepalaku tadi, aku kutip. Sekali lagi aku menoleh ke atas. Rasanya tiada sesiapa yang membaling pisau ini, memang pisau ini terletak di hujung atap apartment lama ini.

Aku mengeluh dan kembali fokus pada nota yang aku terima. Pisau ini, sudah tentu ada kena dengan nota dihadapanku sekarang.

Kenapa datukku tidak boleh biarkan aku pergi? Sampai di sini dia buru aku rupanya.

Tok! Tok! Tok!

Aku tersentak hebat saat pintu rumah diketuk kuat. Aku mula mendekati laci almari dan mula menggenggam pisau lipat dengan erat.

Tok! Tok!

"Dalisha, mun-eul yeol-eola! ibeon dal jibsee daehae yaegihaeya haneunde, ajigdo don-eul an naess-eoyo." (Dalisha, open the door! We need to talk about this month rent, you still didn't pay me!)

Saat telingaku menangkap suara itu dari luar, aku mengeluh sambil memusingkan bebola mata. Lahh, ajumma tingkat atas nak kutip hutang sewa rumah rupanya. Buat suspen je.

Aku selitkan pisau lipat tadi di belakang poket seluar. Pintu aku laju dekati. Tidak lama selepas itu, tombolnya aku pulas.

Plak!

"Ajumma! Terkejut saya, ingatkan siapa, ya.. ya.. saya bayar hutang, berapa bulan ni punya?" Aku menyoal seraya tangan terus menarik pintu ke belakang untuk dibuka sepenuhnya.

Namun, apabila pintu itu terbuka luas, sesuatu yang tidak ku jangka, mengejutkan ku. Mataku, terbeliak besar. Nafasku, terhembus laju. Dadaku, mula naik turun.

Wanita Korea yang berusia dalam lingkungan 50 tahun itu, kini terbaring di hadapan mataku bersama dengan cecair pekat berwarna merah sedang perlahan memenuhi lantai.

Tubuhnya kini diselaputi darah. Mata hitamnya kini terbeliak ke atas. Dia kejung. Dia kaku. Aku sendiri juga begitu. Segera, pisau lipat yang aku simpan di belakang poket ku, kini aku keluarkan kembali.

Aku cuba mengawal diri dari terus dilanda panik. Aku bukan tidak biasa dengan situasi begini. Sewajarnya aku bertenang dan bukan menggelabah.

Aku mula menjenguk ke kiri, lalu mengalihkan mata ke kanan, dalam keadaan nafasku masih sedikit gelisah, aku mula mendekati mayat kejung wanita Korea berusia dalam lingkungan 50 tahun itu.

Dapat aku lihat, pada dadanya yang sudah tidak naik turun lagi, tertampalnya satu nota yang tertulis sebuah tempat pelancongan terkenal di Seoul dan masa.

Myeong-dong
8.00 p.m.

Ianya agak mengelirukan, tetapi aku seolah faham kemahuan orang yang meninggalkan nota ini. Tidak lain dan tidak bukan, dia mahu aku datang ke tempat yang dipilihnya pada masa yang ditetapkan.

Tetapi... Tujuan konco-konco datuk adalah untuk menyerang dan cuba menculik ku membawa aku pulang ke negara tumpahnya darahku. Jadi mengapa mereka memilih bandar pusat membeli-belah terkenal? Sudah tentu di sana akan ada berjuta orang. Bagaimana mereka hendak menyerang?

Nanti... Atau sebenarnya itulah rancangan mereka untuk memancingku?

Tidak!

••••••••••••••••••••••••••

Terengganu, Malaysia.

Mata bahagian kanannya ditutup cuba untuk terus menyasarkan tepat papan tembak yang berada beberapa meter lebih jauh dari posisinya sekarang.

Nafas ditarik dalam sebelum dia mula menghembusnya perlahan. Sebaik itu, jari telunjuknya mula menolak bahagian trigger ke belakang dengan gerak yang perlahan dilakukan sedikit demi sedikit, Satu saat diambil, diikuti kiraan dua, kini tiga. Dan...

BANG! BANG! BANG!

Tepat tiga das tembakan pistol Glock 43 menembusi papan tembak yang kini sudah berlubang-lubang di hadapannya. Semuanya tepat mengenai sasaran di bahagian kepala orang yang terdapat pada papan itu.

Dia terus mengetap rahang tajamnya, dengan mata yang dia pejamkan untuk lebih bertenang, kini dibukanya fon kepala yang digunakan semasa menembak tadi.

Begitu juga dengan half finger gloves yang kemas tersarung di tangan sasanya, diikuti sekali dengan eyes safety goggles yang melindungi bahagian mata sewaktu dia melakukan tembakan tadi. Sebaik semuanya siap dibuka, dia menghela nafas berat.

Mata kini fokus memandang ke arah papan tembak yang sudah ditebuknya dengan peluru. Dengan menekan satu butang berwarna merah pada sudut sebelah kanan kawasan dia berdiri itu, papan tembak yang tadinya jauh, kian bergerak ke hadapan lebih dekat dengannya.

Plak!

Klap! Klap! Klap!

"Wau! Perfect! Cantik ah bos!"

Pintu tiba-tiba diterjah masuk oleh seorang lelaki berbadan sasa yang berwajah penuh kacukan Eropah. Dia melagakan kedua belah permukaan telapak tangan sehingga bunyi tepukan bangga terhasil.

Ryan berpaling memandangnya. Sejurus itu, dia sekadar senyap dan mengabaikan. "Ini round ke berapa bos?" Aster menghayun kaki panjang itu mendekati bosnya, dia kini berdiri di sisi Ryan yang sedang fokus memandang ke arah papan tembaknya tadi.

"Lima," jawab Ryan sambil tangan dibawa naik dan disilangkan ke dada. Aster senyum bangga melihat pencapaian bosnya hari ini. Dia juga terus menatap papan tembak yang ditebuk dengan peluru tepat di bahagian kepala itu.

"Mantap ah bos.. ni baru betul!" Aster memuji lagi. Ryan masih senyap. Aura dinginnya seperti selalu akan terus menyelubungi diri.

Mereka senyap untuk beberapa saat sehinggalah Ryan mula mempamerkan riak pelik pada penolong unitnya itu. "Eh, siapa suruh kau masuk sini? Tadi aku dah pesan pada semua, aku tak nak diganggu kan?" Wajahnya berubah serius.

Aster terkebil-kebil. Dia tersengih polos. "S.. sebenarnya.. there's a reason why I'm being here." Dia mula tunjukkan wajah sedikit serba salah. Ryan berpusing ke kanan menghadap Aster di sisi.

"Apa?" Soalnya sepatah. "Puan Tania telefon bos sejak pagi tadi. Dia mengamuk teruk sebab bos tak jawab call dia. To be honest, saya dah stress dengan mama bos."

Aster mengeluh sambil bebola matanya dipusingkan ke atas, sama juga dengan Ryan yang baru mendengar berita itu. "Apa dia nak?" Tanyanya lagi. "Tak pasti. The only thing that she said, she wants you to call her back.. as soon as possible. Kalau tak, bos faham-fahamlah apa jadi. Mama bos tu bukan boleh bawa bincang." Aster membebel sendiri.

Ryan menggeleng kepalanya. "Mari sini telefon aku." Aster lantas mengeluarkan telefon pintar berjenama itu dari poket seluarnya, telefon itu diserahkan pada bosnya.

"Dia nak apa bos?" Setelah beberapa saat membiarkan bosnya memeriksa telefon, Aster bertanya lagi. "Dia chat kata nak aku balik KL," jawab Ryan sambil menggaru hujung keningnya. Serabut betul dengan mama ni.

"Jadi? Bos nak balik?" Ryan mengangguk sambil dia mengemas segala alatan yang digunakan semasa latihan menembaknya tadi. Aster mencebik. "Habis saya?" Tanyanya pula. "Kau duduk jelah sini, jaga Guns Empire Terengganu ni." Ryan terus mengemas peralatan-peralatan tadi.

"Ala bos. Nak ikut balik KL." Aster masih memujuk. "Tak payah. Aku balik sekejap je." Ryan masih berkeras. "Bos ni... Please  bos.. saya duduk sini mana reti nak cakak ganu, dok tahu starang baroh, lagu mane?" (Cakap Terengganu, tak tahu pun langsung, macam mana?)

(Saya x reti speak ganu guys, ni bantuan google, maaf klu silap :(

Ryan tersentak. Nanti, dia kata dia tak tahu, habis yang dia cakap tu bahasa apa? Krik.. krik..

"Nak kata bodoh, kau ni kelulusan PhD habis yang kau cakap tadi bahasa apa? Bugis?" Aster ketawa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal langsung. Kan dah kena. Tulah, buat-buat bodoh lagi.

"Aku suruh kau stay Terengganu jaga Guns Empire ni sementara aku tak ada. aku tak suruh kau kahwin dengan orang Terengganu, yang kau takut tinggal sini sebab tak reti cakap bahasa Terengganu dah kenapa? Cakap jelah macam biasa. Jangan pakai bahasa Itali sudahlah, memang orang takkan fahamlah."

Ryan kini selesai mengemas segala peralatan yang digunakannya untuk beberapa jam tadi. Dia sudah kembali tegak di hadapan Aster. "Kenapa tak nak bawa saya balik bos? Bos ada hal family eh? Mama bos nak apa sebenarnya?"

"Aku ada job untuk kau."

Celoteh Aster terhenti. Wajahnya yang tadi manis serta suaranya yang tadi mengada, kini berubah serius. "What job?" Soalnya juga dengan reaksi yang agak serius.

"Sementara aku tak ada dekat sini nanti, aku nak kau track someone for me. " Aster terangguk-angguk. "Siapa dia ni? Perompak senjata haram? Kali ni dari mana? Polis dah tahu?" Semua soalannya dilontarkan dengan penuh ketekunan.

Satu yang pasti, Aster, kalau bab kerja, dia akan ambil semuanya serius. Itulah punca utama Ryan mengambil dia bekerja di Syarikat pengeluaran senjata miliknya ini.

Namun, selain daripada syarikat pengeluaran senjata kepada pihak berkuasa di serata dunia, Guns Empire Private Center juga merupakan satu agensi pembanterasan penyeludupan senjata haram.

Mereka bekerjasama dengan pihak berkuasa, namun tanpa pengetahuan orang awam. Oleh itu, agensi mereka diiktiraf sebagai agensi rahsia.

Ada juga beberapa kegiatan lain yang mereka lakukan, seperti undercover mission dan misi persendirian bukan kerajaan. Selain terletak di Terengganu, bangunan pengeluaran senjata api berdaftar ini, juga mempunyai beberapa cawangan di beberapa negeri lain di dalam Malaysia.

"Bukan.. aku nak kau track seorang perempuan."




BERSAMBUNG...

Siapa nak lagi angkat tangan? Huhu

Continue Reading

You'll Also Like

790K 34.5K 57
"Mujhe jhelna mushkil hai nader," she said with a smile while her gaze was fixed on the table. ("It's difficult to tolerate me, Nader") "Main jhel l...
5.1M 460K 95
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 𝐑𝐚𝐭𝐡𝐨𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐧'𝐬 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐒𝐚𝐠𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
686K 98.3K 38
Yaduvanshi Series #3 it is a book under yaduvanshi series. But it could be read as standalone too. Nitya Raghavendra is a telugu businesswoman earnin...
10.1M 637K 168
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...