Till We Meet Again | kth [✓]

By its_put

13.9K 2.6K 1.7K

"Saya rindukan awak.." "Aku sentiasa ada dengan kau, Haneul. Aku tak pernah jauh dari kau.." "Saya rindu nak... More

00
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56

Epilog

269 41 24
By its_put

.
.
.

[DUA TAHUN KEMUDIAN]

Dengar saja kereta Taehyung memasuki halaman rumah, terus anak bujang aku tak senang duduk berdiri dekat atas riba aku.

Dengan tangan aku dekat bawah ketiak Taehyun, bergoyang-goyang kaki dia sambil berdiri dekat atas riba aku, excited lah tu nak sambut Papa dia balik kerja.

"Nak jumpa Papa?"

Tersengih Taehyun, pada masa yang sama badannya sudah terjoget-joget gedik melompat buatkan aku tertawa.

"Taehyun-ah! Papa dah balik ni!"

Dengar je suara bapak dia, terus keluar jeritan high pitch dia. Kaki pun dah makin tak senang duduk, terlompat-lompat setempat. Alahai anak bapak!

Risau melekat pula anak Si Taehyung ni dekat siling rumah kalau dibiar lama lagi, dengan Taehyun di dalam dukungan aku, langkah aku atur ke pintu rumah.

"Hencem boy abah, alololo rindunya dia!"

Makin diagah oleh Taehyung, makin nyaring suara Taehyun menjerit teruja. Kedua-dua tangannya sudah didepakan pada Taehyung.

Usai aku menyerahkannya pada Taehyung, terus leher ayahnya itu dipeluk erat, siap rehatkan kepala dekat bahu Taehyung lagi sambil dongak pandang Taehyung, manalah aku tak kalah dengan Si Kecik ni?! Gediknya mengalahkan aku!

Taehyung pun apa lagi, cairlah tengok anak sendiri sampai isteri depan mata ni pun dia tak nampak. Aku pun apa lagi, hanya mampu melihat jelah kegedikan anak beranak depan aku sekarang ni dengan senyuman.

"Hi, Mama Taehyun sihat?"

Tergelak aku bila Taehyung bertanyakan soalan itu pada aku setelah dirinya memberikan ciuman pada pipi dan atas kepala Taehyun.

"Sihat."

Tersenyum dia mendengar jawapan aku, pada masa yang sama tubuh aku ditarik agar menghampirinya sebelum dahi aku dikucup lembut dan lama. Setelah itu kedua-dua belah pipi aku pula dikucupnya dan berakhir pada seulas bibir aku.

"Budak dekat dalam perut ni pula, sihat?"

Kali ini baby bump aku pula di fist bump nya lembut buatkan aku tertawa lagi.

"Sihat."

"Bagus-bagus. Lagi seminggu kita jumpa."

.
.
.

"Mama, bangun.. Anak Mama dah sampai nak jumpa Mama ni.."

Perlahan-lahan mata aku celikkan tika terdengar suara Taehyung lembut dan perlahan menyapaku.

Terlihat Taehyung masih memakai disposable gown, penutup kepala serta topeng mulut dan hidung, etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak hospital untuk dia menemani aku di dalam labour room.

Tersenyum halus dia tika panahan mata kami saling bertaut lembut sebelum serentak kami menunduk, melihat seorang lagi penyeri hidup kami di dalam dukungannya.

Bayi kami dibaringkan di sisi kepala dan bahuku. Berkerut-kerut dahi Si Kecil menahan silau cahaya dari lampu di atas kami, comel. Tubuhnya masih merah, bibirnya merah menyala, keningnya sama seperti Taehyun, terukir cantik seperti ayah mereka.

"Selamat datang, sayang.." Bisikku perlahan seraya menggenggam lembut tangannya yang kecil. Dapat aku rasakan sejak tadi Taehyung ralit memerhati aku dan cahaya mata baru kami ini sambil tersenyum halus.

"Terima kasih, Haneul." Ucap Taehyung perlahan seraya menurunkan topeng mulut dan hidungnya.

Aku hanya tersenyum sebelum mata aku pejamkan tika dia menunduk, mengucup lembut dahi aku.

"Dahlah, saya berpeluhlah." Risau dia geli pula, aku bersuara perlahan.

"Tak kisah punlah." Balasnya seraya mengucup lembut pipi aku kiri dan kanan.

"Taehyun dah jadi abang dah."

Tersenyum aku sebelum aku mengangguk perlahan.

"Terima kasih.."

Sekali lagi dia mengucapkan terima kasih pada aku, renungan matanya menikam tepat anak mataku. Terbias rasa bersalah pada sepasang matanya tika ini. Terasa tangannya mengusap lembut rambutku.

"Cukuplah ini yang terakhir.." Tuturnya perlahan dengan sepasang matanya yang mula terlihat berkaca.

Pasti dia teringat apa yang aku lalui sebelum ini. Dari aku mengandung anak yang pertama sampai yang ini, ada saja dugaannya. Lepas setahun Taehyun lahir, aku pernah keguguran sekali lagi sebelum hadirnya yang ini. Yang ini pun aku kerap tumpah darah.

"Maaf banyak susahkan awak." Tuturku perlahan seraya tangan mengusap lembut pipinya. Pantas dia menggeleng seraya menggenggam lembut tanganku.

"Tak adalah.." Lagi sekali dia menunduk, mencium pipi dan bibirku.

"Kau tak pernah susahkan aku, Haneul.."

Membahang rasa mata ni bila dia guna 'aku-kau' dengan aku, mengingatkan aku walau apapun, dia tetap kawan baik aku, sampai bila-bila. Dialah suami, dialah kawan baik aku, ayah kepada anak-anak aku.

"Kau tahu kan dari dulu aku sayang kau..  Dari cinta aku tak terbalas sampailah kita ada anak sama-sama.. You don't know how grateful I am to have you.. sebagai cinta pertama aku, kawan baik aku, isteri aku, ibu kepada anak-anak aku.." Bisiknya perlahan di telinga aku.

"Setiap satu yang terjadi di sepanjang perkahwinan kita mengingatkan aku betapa bertuahnya aku memiliki wanita sekuat dan setabah kau.."

"Ada sepasang ni pun dah cukup. Lepas ni kau rehat je, kita jaga anak kita sama-sama."

Dengan senyuman aku hanya mengangguk walau air mata dirasakan laju saja mengalir.

"Dah jangan nangis."

Dia yang buat orang nangis lepas tu cakap jangan nangis. Bagaikan memujuk anak kecil, atas kepalaku diusap lembut.

"Let's spend the rest of our lives together, Haneul.."

.
.
.

[SETAHUN KEMUDIAN]

Memandangkan sekarang ini sedang musim cuti sekolah, omma dan appa mengajak kami dan seluruh keluarga Taehyung bercuti di sebuah resort.

Papa pun ada sekali. Dah jadi best friend dengan appa. Tiap hujung minggu mesti pergi mancing sama-sama, kadang-kadang Taehyung pun ikut sekali.

Sementara Taehyun sibuk main dengan sepupu-sepupunya dan anak perempuan kami, Taeha tengah menjadi rebutan atok, nenek dan pakcik, makcik dia, aku dibawa lari oleh Taehyung ke tengah lautan.

Sumpah tak tipu. Dia bawa aku naik jet ski. Sesekali aku terjerit kecil bila dia sengaja nak mengenakan aku, bawa laju-laju macam nak pergi rahmatullah!

Tadi dia dah bawa Taehyun, kali ni aku pula jadi mangsa dia. Nasib baik Taeha kecil lagi.

"Taehyung slow sikitlah!"

"Apa?!"

"Slow sikit!"

"Okay!"

Terus dia bawa 5km/j macam orang tua buatkan aku tergelak. Bahu dia aku pukul lembut.

"Kalau macam ni baik naik sampan! Taehyun kayuh basikal pun lagi laju dari ni!"

"Lah kata slow tadi!" Pada masa yang sama jet ski kami kembali menderu laju tapi tak selaju tadi. Tubuhnya yang tersarung jaket keselamatan aku peluk erat. Kepala aku rehatkan di atas bahunya. Sesekali kami sama-sama tertawa saat air memercik ke wajah kami.

"Taehyung."

"Hmm."

"Saya sayang awak sangat-sangat."

"Dah lama tahu." Jawabnya kerek seraya fokus pada pemanduannya tanpa memandangku buatkan aku tersenyum.

"Saya pun, cintakan awak." Tuturnya perlahan tika ada jeda di antara kami buatkan aku tersenyum lagi.

"Saya cakap awak jangan marah tau." Tuturku perlahan.

Untuk seketika dia hanya diam, sebelah keningnya terangkat.

"Apa dia?" Soalnya tanpa memandang aku. Mulut aku dekatkan ke telinga dia sambil tangan aku tekupkan di tepi mulut aku dan telinga dia, berbisik.

"Ha?!" Terus dia toleh pandang aku, muka terkejut beruk.

"Kata kilang dah tutup?!" Soalnya terkejut.

"Awaklah yang buka generator, saya dah tutup awak pergi buka!"

"Lah salah saya pulak?!"

"Yalah!"

"Habis macam mana ni?!"

Dah tak memasal laki bini bergaduh atas jet ski berlatarkan pemandangan matahari terbenam!

.
.
.

DAH HABIS!! HAHA

TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SETIA MENANTI SAYA UPDATE CERITA ENTAH APA-APA INI MAKASIH YAAAA!! HA TAKDE DUIT RAYA AGAGA

TERPALING NAK TAG DI0RPJM jeonsenah_ sugaminnation

HUAAA SEBENARNYA RAMAI TAPI TIDAK BERKESEMPATAN HA SIAPA YANG RASA DIRI DIA LAYAK DITAG HA MEMANG ANDALAH ORANGNYA SILA MUNCULKAN DIRI SAYA NAK MAKI EH MENGUCAPKAN TERIMA KASIH TAK TERHINGGA TANPA ANDA TIDAK BERTEMU EPILOG LAH CERITA INI SEBAGAIMANA CERITA-CERITA SAYA YANG LAIN😭😭😭🫰🏻

PECAH KACA PECAH GELAS
BERJUMPA KITA DI LAIN CERITA

HA TAK KENA!

Continue Reading

You'll Also Like

135K 1.6K 16
-ada part sweet and 18+ -nak tau bacalah -tanggung sendiri 🌚
135K 7.6K 21
"Kalau kau beritahu sesiapa yang aku ni vampire, habis semua darah kau aku hisap!" Kisah seorang gadis yang telah jatuh cinta kepada seorang lelaki y...
882K 86K 200
"Hi sayang. Kerja sekolah semalam dah siap?" Park Jimin duduk dihadapan aku lalu membelek buku latihan aku. "Tak payah sibuklah!" Add to your readin...