Hatimu Milikku

By Syerlinas

41.2K 744 18

Cintanya kepada lelaki itu terlalu mendalam hingga sanggup lakukan apa sahaja termasuk kahwin dengan lelaki i... More

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43

27

1K 18 0
By Syerlinas

AIH masam je muka. Tahu la tak dapat dinner dengan bini. Dah kalau tak nak datang kenapa datang? ” Tegur Zulfan sebaik sahaja dia sampai dan duduk di meja bersama Emiir.

“ Kau la yang suruh. Lagipun kena la jaga hati ceo company ni. Dah orang ajak kita datang la ” Balas Emiir bersahaja. Mata memandang sekeliling.

“ Cari siapa? Meliar je mata dari tadi ” Zulfan juga turut melihat sekeliling.

“ Tak ada lah. Keras betul la hati Jasmin. Aku tak tahu nak pujuk macam mana lagi ” Emiir mengadu masalah. Hanya Zulfan tempat dia meluahkan perasaan serabutnya tika ini.

“ Kau buat apa sampai dia merajuk macam tu sekali? ”

“ Aku terbuat dia cemburu ” Suara Emiir kendur. Dia tahu salah dia.

“ Padan la dengan muka kau ” Zulfan menyembur Emiir kembali. Memang patutlah Jasmin cemburu dah kalau terbuat isterinya cemburu. Kalau dia jadi Jasmin lagi teruk dia cemburu.

“ Eee kau ni. Menyesal pula aku bagitahu kau ” Emiir menjeling tajam ke arah Zulfan yang mengekek ketawa.

“ By the way apa benda yang kau buat sampai dia cemburu macam tu sekali? ” Zulfan kembali serius.

“ Hai. Kau orang ” Belum sempat apa-apa yang keluar dari mulut Emiir, Sofiya terlebih dahulu datang menyapa.

“ Hi, Sofi ” Zulfan membalas. Emiir hanya tersenyum tipis memandang gadis itu.

“ Emiir? Okay tak? ”  Sofiya menegur apabila dia perasan wajah Emiir masam.

“ Oh... Dia ada small problem sikit ” Zulfan pula yang sibuk mahu menjawab.

“ Oh... Patutlah. Jom la kita ambil makanan. Emiir, nak saya tolong ambilkan untuk awak? ” Zulfan memandang pelik dengan cara Sofiya melayan Emiir. Sepertinya dia dapat menghidu sesuatu.

“ It's okay. Dia boleh berjalan dan ambil makanan dia sendiri ” Zulfan menarik tangan sepupunya berlalu dari situ. Pelik pula tengok pandangan mereka berdua. Adakah ini punca Jasmin merajuk dengan Emiir?

“ Kau asal tak cakap 'tak apa' bila dia offer? Kau jangan cakap yang kau suka Sofi, Miir ” Sangkal Zulfan.

“ Baru aku tahu bila ada orang offer nak ambilkan makanan terus kena suka ” Perli Emiir. Tangan mencapai cupcake lalu diletakkan ke dalam pinggannya. Tiada selera mahu makan nasi.

“ Whatever la Miir. Tak, asal kau makan cupcake je ni? Tak nak nasi ke? ”

“ Tak nak lah. Tak ada selera ”

“ Hmm. Suka hati kau lah. Tolong letakkan aku punya makanan sekali. Aku nak ke toilet kejap ” Zulfan menghulur pinggannya lalu dia berjalan mencari tandas.

Emiir menyuap cupcake yang diambil sambil mata meliar mencari kelibat ayahnya. Tak datang ke?

“ Hello yah, ayah tak datang ke dinner? ”

“ Tak. Ayah wakilkan angah je lah. Siapa suruh jemput last minute ” Selamba Dato Khalid menjawab.

“ Okay la. Saja je angah tanya. Good night ayah ”

Selesai membuat panggilan, Sofiya melabuhkan duduk di hadapannya.

“ Emiir. Saya nak minta maaf kalau sebab saya awak bergaduh dengan Jasmin ” Tiba-tiba sahaja Sofiya membuka topik pasal perkara beberapa hari lepas.

“ Tak apa. Bukan salah awak pun. Awak ada mesej saya nak jumpa dekat Rian's Cafe? Kenapa? Pasal kerja ke? ” Emiir menjungkit kening.

“ Oh... Saya ingat awak dah tak nak layan saya. Ye lah, awak tak reply pun chat saya ” Ujar Sofiya dengan nada berjauh hati.

“ Sorry la, saya tak sempat nak reply, sempat baca je ”

“ Sokay, jadi boleh ke kita jumpa dekat Rian's Cafe? ” Sofiya mahukan persetujuan dari Emiir.

“ Hmm. Okay nanti cakap la bila. Kalau free saya datang lah ” Beritahunya mudah.

“ Hari minggu nanti. Saya nak bagitahu something tapi bukan pasal kerja ”

“ Okay. Apasal lama sangat si Zulfan ni. Kejap eh, saya nak pergi cari dia ” Emiir berlalu pergi ke tandas mahu mencari kelibat Zulfan. Boleh pula dia menghilang.

“ Zul, kau pergi mana? Lama sangat kau membuang ” Tegur Emiir sebaik melihat Zulfan keluar dari tandas.

“ Aku terjumpa Zafri ” Bisik Zulfan.

“ Dia buat apa dekat sini? ” Membulat mata Emiir mendengar nama itu. Orang yang paling dia benci.

“ Mana la aku tahu. Kalau nak tahu tanya la dia sendiri ”

“ Gila ke? Kang bergaduh pula dekat sini ”

“ Aku tak faham betul la dengan kau ni. Dari zaman sekolah lagi kau asyik bergaduh, bermusuh dengan dia. Kenapa? Cuba cerita ”

“ Tak payah nak sibuk la pasal aku ” Zulfan mencebik. Nak tahu pun tak boleh.

LA Aqil tak tidur lagi? Kakak dah tidur ke? ” Buka sahaja pintu, Emiir melihat Aqil masih bersandar di sofa sambil menonton televisyen.

“ Tak tahu la. Tadi, kakak cakap dia pening kepala. Mungkin dah tidur kot ” Jawab Aqil. Emiir mendaki tangga mahu ke bilik.

“ Jasmin? ” Buka sahaja pintu dia terdengar suara Jasmin sedang muntah di dalam tandas.

Laju dia menapak ke arah tandas. Dia membuka pintu tandas sebelum menerpa ke arah Jasmin.

“ Jasmin? Kenapa ni? ” Soal Emiir cemas. Risau dengan kesihatan isterinya. Bukan dia tidak perasan wajah pucat Jasmin dari tadi.

“ Okay. Tak payah risau lah ” Jasmin menepis tangan Emiir yang mahu memeluk bahunya.

“ Apa yang okay kalau muntah-muntah macam ni? ” Jelas riak Emiir sangat risau. Jasmin memandangnya malas.

“ Okay je. Ni morning sickness je tak teruk pun ” Balas Jasmin mendatar. Emiir menayang wajah keliru.

“ Morning sickness? Takkan morning sickness tu berlaku dekat orang mengandung je ke? ” Soal Emiir dengan riak berteka teki sendiri.

“ Jap... Kau....kau pregnant? ” Membulat matanya melihat anggukan daripada Jasmin.

“ Seriously? Dah berapa bulan? Dah pergi jumpa doktor? Kalau belum nanti kita pergi esok ” Ujar Emiir teruja. Jasmin hanya memandang kosong wajah itu.

Entah kenapa dia rasa tidak teruja seperti orang lain bila mengetahui dirinya sedang mengandung. Mungkin dia fikir, Emiir tidak mencintai dirinya seperti seorang suami mencintai isteri. Kalau suami sendiri tidak mencintai dirinya, bagaimana dia mahu membina sebuah keluarga yang bahagia?

“ 2 bulan. Dah pergi jumpa doktor kelmarin ” Jawab Jasmin berura-ura mahu membaringkan diri. Patutla dia rasa tidak bermaya dan sakit kepala sebelum ini.

“ Oh.... Kenapa tak ajak aku? ” Nada suara Emiir menunjukkan yang dia agak terasa dengan Jasmin. Sepatutnya, dia yang menemani isterinya ke klinik.

“ Tak nak ” Senang Jasmin menjawab. Rasakan sakit hati apabila mendengar jawapannya.

“ Pergi sendiri ke? Atau minta Hanani temankan? ” Emiir faham kalau Jasmin tidak mahu ditemani olehnya.

“ Abang Mikail temankan ” Mendengar balasan itu, serta merta rasa amarah dan cemburu Emiir datang bertandang.

“ Kenapa perlu Mikail yang temankan kau? Dia bukan siapa-siapa pun dalam hidup kau. Aku sepatutnya yang temankan kau, Jasmin ” Mendatar suara Emiir, dia cuba mengawal emosinya. Kalau dia berkeras lagi, mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.

“ Kenapa? Jelous? ” Jasmin bangun dari baringannya. Membalas pandangan Emiir.

“ Yes! Of course aku jelous. You're my wife and I'm your husband. Kenapa? Tak ada hak ke aku nak jelous? ” Emiir meluahkan isi hatinya. Dia cuba sabarkan dirinya daripada meletus. Dia sedar dia perlu menjaga emosi Jasmin tika ini.

“ Baguslah kalau masih sedar sebagai suami orang. Tak ada lah nak menggatal dengan perempuan lain kan? ” Perli Jasmin sinis.

“ Sekarang ni kita tengah bercakap pasal kau keluar dengan Mikail tanpa izin aku. Asal tiba-tiba nak kaitkan aku dengan Sofiya pula ni? ” Emiir duduk lebih dekat dengan Jasmin.

“ Semua ni berpunca daripada diri awak sendiri la Emiir. Saya dah mesej awak yang saya nak keluar. Awak je yang tak baca ” Jasmin membela dirinya.

“ Mesej? ” Cepat-cepat Emiir melihat telefonnya dan membuka aplikasi whatsapp.

Baru dia perasan mesej tersebut masih belum dibaca. Ya, salah dirinya.

“ Okay, I'm sorry ” Emiir mencapai tangan Jasmin. Jasmin menjeling menyampah.

“ Suka hati lah. Saya nak rehat ” Jasmin menyelimutkan seluruh tubuhnya dan tidur membelakangi Emiir.

“ Okay, good night ” Emiir mengucup sisi dahi Jasmin sebelum dia masuk ke tandas membersihkan diri untuk tidur.

‘ kenapa aku bukan orang yang pertama tahu tentang kandungan kau Jasmin. Kenapa mesti orang lain? ’ Gumamnya pada diri sendiri namun dia sedar kesilapannya.

SOFI, kau nak pergi mana dengan barang-barang semua ni? ” Hanani terkejut melihat Sofiya membawa semua barangnya keluar dari bilik.

“ Keluar dari sini ” Balas Sofiya malas melayan. Dia meneruskan aktivitinya. Memasukkan kesemua baranganya ke dalam but kereta.

“ Takkan sebab aku nasihat jangan ganggu suami orang kau terus nak melenting pastu keluar dari rumah kot ” Sangkal Hanani. Memegang lengan Sofiya supaya berhenti daripada memindahkan barangannya ke dalam but kereta.

“ Biarkan je dia Nani. Kita tak boleh berkawan dengan orang macam dia ” Sufi yang sedari tadi menonton televisyen datang ke arah Hanani dan Sofiya.

Sofiya hanya diam menahan amarah mendengar bicara Sufi.

“ Takkan kita nak putuskan persahabatan kita disebabkan ni je Sofi. Fikir la baik-baik. Jasmin tu kawan kita ” Pujuk Hanani lagi. Dia tidak mahu memutuskan persahabatan yang telah lama terjalin disebabkan cinta bodoh begini.

“ Kawan kau, bukan kawan aku. Yang aku tahu dia dah rampas Emiir dari aku. Aku perlu dapatkan balik cinta aku. Selama ni aku diam bukan sebab aku mengalah ” Tutur Sofiya sarkastik. Ujaran itu penuh makna.

“ Apa maksud kau Sofi? ” Terpinga-pinga Hanani mendengar apa yang dikatakan Sofiya tadi. Sejak bila Sofiya sukakan Emiir?

Sofiya merentap lengannya dari pegangan Hanani. Dia memasuki keretanya dan berlalu pergi dari rumah sewa mereka.

“ Apa kita nak buat ni Sufi? Aku takut dia apa-apa kan Jasmin je ” Hanani meluahkan rasa bimbangnya.

“ Tak apa. Rilek. Aku tak rasa Emiir akan melayan perempuan macam tu ” Sufi cuba menyedapkan hatinya dan Hanani. Dan mereka yakin Sofiya tidak akan bertindak di luar kawalan. Semoga perkara buruk tidak bakal terjadi.

MENGANDUNG? Tahniah Miir. Tak lama lagi jadi bapa orang la kau. Tak sangka eh, laju juga kau buat kerja. Auchhh ” Tidak semena-mena dia mengaduh apabila kepalanya diketuk dengan pen oleh Emiir.

“ Siapa mengandung? ” Entah dari mana perempuan itu datang. Tiba-tiba datang menyoal.

“ Sofi, kenapa tak ketuk pintu dulu? Saya ada tetamu ” Tegur Emiir buat Sofiya menunduk memohon maaf.

“ Maaf, saya tak sengaja. Saya datang cuma nak bagi ni je ” Sofiya mengangkat bungkusan makanan di tangan. Zulfan memandang bungkusan itu bersilih ganti dengan wajah Emiir.

“ Okay, masuklah. Thank you ” Ucap Emiir. Sofiya janggal di situ lagi-lagi Zulfan dari tadi memandangnya.

Lebih baik dia minta diri terlebih dahulu.

“ Hmm.. Saya keluar dulu lah ” Emiir mengangguk. Risau pula melihat pandangan Zulfan saat ini. Seperti sedang menghakiminya.

“ Sejak bila? Kau jangan cakap apa yang aku cakap masa malam dinner haritu betul Miir. Kau jangan jadi sampah Miir ” Zulfan menyoal dengan mata membulat terkejut.

“ Okay, aku jujur lah dengan kau. Aku ada terjatuh hati dekat Sofiya lepas jumpa dia semula dan berurusan dengan dia tapi sekarang aku dah buang semua perasaan tu sebab aku masih cuba untuk mencintai Jasmin selayaknya seorang isteri ” Jelas Emiir. Harap Zulfan tidak berprasangka buruk lagi terhadapnya dan yang paling penting tidak memberitahu Jasmin.

“ Patutla aku nampak kau orang rapat semacam je. Dia siap bawakkan makanan lagi datang office. Bukan main eh ” Perli Zulfan. Dia pergi melihat bungkusan makanan di atas meja kecil.

“ Dan aku rasa dia pun sukakan kau. Aku boleh nampak cara layanan dia pada kau, cara dia pandang kau ” Sambung Zulfan menghidu makanan di dalam bungkusan itu.

Emiir hanya diam membisu. Tidak tahu mahu memberi respon apa. Dia harus menyelesaikan sendiri masalah ini Sofiya.

Continue Reading

You'll Also Like

709K 18K 48
[COMPLETED] [ Start : 24 Jun 2016 ] [ End : 22 Disember 2016 ] Cerita yang mengisahkan dua orang manusia yang dipaksa untuk berkahwin secara tiba-tib...
39.7K 936 46
Start ; 28 May 2020 End ; 25 Oct 2021 - " kalau jatuh kerana manusia , bangkitlah kerana tuhan . " " Amanda ! Apa lagi yang tak cukup !!? Kau gil...
29.5K 1.4K 34
Setiap rumah tangga pasti ada ujiannya. "Just like this Dahlia Natasya?"-Zafril Zafril cuba menepis segala fikiran negetif terhadap isterinya. "Apa y...
281K 8.7K 80
Bertemu dan berpisah adalah lumrah kehidupan. Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta diuji apabila isteri yang disayangi menghadap ilahi. Kehadiran...