"Raiden, ada orang nak berjumpa dengan kau," ujar seorang lelaki berusia 20-an. Dia ialah salah seorang pekerja di Cat Cafe, Hiwajima Hajime.
"Saya pergi sekarang," Raiden berjalan menuju ke pintu dapur lalu keluar dan menuju ke kaunter.
"Noir Raiden. Kamu bekerja di sini rupanya," ujar Inspektor Suzuku yang duduk di hadapan kaunter.
"Tuan buat apa di sini?" Raiden terkejut apabila melihat Inspektor Suzuku berada di hadapannya.
"Saya datang sebab nak minum kopi. Katanya, di sini ada pakar kopi yang handal. Adakah orang itu ialah kamu?" Soal Inspektor Suzuku sambil melihat tepat ke mata Raiden.
"Dia tahu banyak perkara pasal aku. Dalam fikiran dia penuh dengan maklumat aku. Apa yang dia nak daripada aku? Sekejap! Dia mahu aku terlibat dengan kes pembunuhan itu lagi. Tapi aku dah tak belajar di Sekolah Menengah Tinggi Seika. Perkara yang paling kusut lagi ialah macam mana aku nak selesaikannya sedangkan aku yang lakukan semua kes itu," fikir Raiden setelah membaca fikiran Inspektor Suzuku ketika mereka bertentang mata.
"Raiden, kenapa kamu mengelamun?" Soal Inspektor Suzuku sambil memandangnya hairan.
"Tak... Saya....." tiba-tiba, dia didatangi oleh rakan sekerjanya, Toku Kaoru.
"Maaf mengganggu. Saya nak pinjam Raiden sekejap," ujar Kaoru dengan sopan.
"Kenapa?" Soal Raiden kepada rakannya.
"Crystal hilang lagi. Aku dah puas cari dia tadi," beritahu Kaoru dengan nada yang risau kerana kucing itu diamanahkan oleh Raiden untuk menjaganya. Hal ini kerana Kaoru bertugas dalam penjagaan kucing di Cat Cafe ini.
"Jangan risau. Dia tak ke mana-mana pun," ujar Raiden dengan yakinnya.
"Baiklah kalau macam itu, aku pergi sambung kerja aku," Kaoru berlalu pergi meninggalkan kaunter tersebut.
"Crystal tu kucing kamu ke?" Soal Inspektor Suzuku ingin tahu.
"Ya. Disebabkan papa tak suka kucing, saya tinggalkan Crystal di kafe ni. Lagi pun di sini ada ramai orang yang menjaganya. Saya tak rasa risau sangat," jelas Raiden sambil mencapai teko kopi yang berada di atas rak.
"Dah berapa lama kamu bekerja di sini?" Sudah menjadi kebiasaan bagi pegawai polis yang berusia 40-an ini. Dia memang suka soal siasat walaupun di luar waktu kerja.
"Tiga tahun. Mama dan papa tak tahu saya bekerja di sini selama ini. Saya harap tuan dapat simpan rahsia ini baik-baik. Atau saya yang akan dihalau keluar dari rumah nanti," terus terang Raiden. Diambilnya bekas serbuk kopi yang terdapat di rak kopi pada sudut kanan kaunter.
"Baiklah. Morikawa kata, kamu dah tukar sekolah. Rasanya sukarlah nak selesaikan kes-kes pembunuhan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tinggi Seika tu," dia berasa kecewa terhadap perkara tersebut.
"Memang tidak dapat dielakkan sebab papa takut saya akan jadi mangsa yang seterusnya," jelas Raiden dengan maksud yang tersirat.
"Betul juga," dia mengakui kebenarannya.
Raiden membru kopi tersebut dan dimasukkan ke dalam cawan. Aroma kopi yang menyegarkan memenuhi ruang kafe tersebut. Dia menjadi perhatian para pelanggan di situ ketika menuang kopi yang beraroma unik itu ke dalam cawan.
"Meow~" Crystal duduk di atas sebuah kerusi di sebelah kanan Inspektor Suzuku di hadapan kaunter tersebut.
"Crystal, saya tahu kamu masih ada di sini," ujar Raiden sambil tersenyum kepada kucing parsinya yang berwarna hitam bertompok-tompok putih.
"Comelnya kucing kamu," puji Inspektor Suzuku. Crystal melompat ke atas meja kaunter lalu duduk di tepi cawan kopi yang dihidangkan kepada Inspektor Suzuku.
"Dia minum kopi ke?" Dia hairan apabila melihat reaksi Crystal yang menghidu bau kopi tanpa mendekatkan hidungnya pada cawan.
"Crystal tak minum kopi. Dia cuma suka bau kopi yang saya buat," jelas Raiden lalu mengambil Crystal dan mendukungnya.
"Meow~" Crystal memanjat bahu Raiden lalu menjilat leher Raiden.
"Jangan gigit aku," dia risau jika Crystal menggigitnya kerana Crystal merupakan vampire tetapi dia telah disumpah oleh ahli sihir ketika di Venadaland.
"Aku lapar. Mana makanan?" ujar Crystal dalam bahasa kucingnya.
Kebenaran tentang Crystal ialah vampire telah lama diketahui oleh Raiden sejak tiga tahun lepas ketika dia terjumpa Crystal di lorong berdekatan sekolahnya dulu. Manakala, Crystal juga tahu Raiden ialah vampire dan dia pernah memberitahu perkara tersebut kepada Raiden tetapi tidak dipercayainya sehinggalah diberitahu sendiri oleh Rikiya.
"Tuan, saya minta maaf. Saya nak beri makan kucing saya sekejap," pinta Raiden dengan sopan sambil menarik Crystal menjauhi lehernya.
"Baiklah," ujar Inspektor Suzuku sambil memegang secawan kopi yang dibuat oleh Raiden.
Raiden berlalu pergi meninggalkan Inspektor Suzuku sendirian di kaunter.
"Nak makan daging?" Tanya Raiden kepada Crystal ketika berjalan menuju ke bilik rehatnya.
"Aku nak darah," jawab Crystal sambil menjilat tangannya yang gebu.
"Mana ada darah. Janganlah macam ni. Kalau orang lain tahu, mesti kau akan kena halau," tegas Raiden dengan nada suara yang perlahan supaya tidak didengari oleh orang lain.
"Darah kau," Crystal mengeluarkan kukunya yang tajam.
"A...Aku?" Raiden menelan air liurnya kerana berasa gerun apabila Crystal berkata sedemikian. Maklumlah, selama ini Crystal hanya makan daging mentah.
Diletaknya Crystal di bawah dan mengunci pintu bilik rehat supaya tiada sesiapa masuk ke dalam. Kemudian, dia memeriksa setiap sudut bilik tersebut untuk memastikan hanya dia dan Crystal di dalam bilik itu.
"Pertama kali aku buat semua ini. Selama ini aku yang hisap darah orang lain," fikir Raiden yang kelihatan sedikit panik.
"Jangan takut. Tak sakit pun," Crystal berjalan menghampiri Raiden lalu dia lompat ke atas Raiden sehingga jatuh.
"Kau memang ghairah sebab dah lama tak dapat darah," mata Raiden bertukar menjadi merah kerana itu ialah Rikiya yang berada di dunia realiti.
Crystal berdiri di atas dada Rikiys lalu menghidu bau Rikiya di bahagian leher, "Bau darah diraja memang sangat membuka selera," Crystal menjilat leher Rikiya berkali-kali.
"Jangan habiskan darah aku nanti kau akan terima hukumannya," Amaran Rikiya. Dia hanya membiarkan sahaja Crystal menjilatnya dan menggigitnya.
"Kalau kau bukan pembantu aku, tak mungkin aku akan benarkannya. Adakah kau sudah bertemu dengan raja?" Rikiya menahan sakit pada lehernya.
Crystal tidak menjawab pertanyannya kerana terlalu asyik menikmati darah Rikiya.
"Crystal, kau tak menjawab pertanyaan aku," mata Rikiya terpejam rapat kerana menahan sakit.
Disebabkan Rikiya jenis yang baran, taringnya kelihatan dan dia mengeluarkan api hitam pada tapak tangannya untuk memberi hukuman kepada Crystal. "Crystal!"
Crystal terkejut apabila namanya dipanggil dengan suara yang penuh amarah. Dia kenal suara itu, itu ialah suara Rikiya yang bakal memberi hukuman kepadanya kerana mengingkari arahan.
Crystal melepaskan gigitannya tadi dan turun dari dada Rikiya, "Minta maaf," pohonnya dengan sopan ketika di hadapan Rikiya.
Api hitam dipadamkan dan dia duduk di atas lantai. Manakala, kesan gigitan pada lehernya kian menghilang.
"Kau dengar apa yang aku tanya tadi?" Soal Rikiya lalu berdiri dan berjalan menuju ke sebuah kerusi.
"Ya. Aku sudah berjumpa dengan Tuanku. Tuanku kata, dia mahu berjumpa dengan Putera Rikiya," jelas Crystal dengan perasaan sedikit gerun apabila melihat wajah Rikiya yang dingin.
"Aku tak boleh pergi ke England selagi tugas aku belum selesai," ujar Rikiya.
"Tapi Tuanku mesti marah sebab Putera Rikiya tidak pulang ke istana. Tuanku sudah lama menunggu sejak tujuh belas tahun lepas," Crystal berjalan dan berhenti di hadapan Rikiya.
"Kalau kes tujuh belas tahun lepas tak berlaku, aku pasti sudah sampai ke England bersama-sama mama dan papa," Rikiya mengimbas kembali memori silamnya yang perit itu.
"Minta maaf kerana telah buatkan Putera Rikiya berasa sedih," Crystal menundukkan kepalanya tanda minta maaf.
"Kisah silam yang perit," Rikiya bangun dari kerusinya dan berjalan menuju ke pintu. Keadaan Raiden kembali normal tanpa taring dan anak mata berwarna merah.
"Crystal, esok aku tak datang kafe sebab aku ada banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan," beritahu Raiden dengan nadanya yang tenang tidak seperti Rikiya yang dingin.
"Baiklah. Jangan risau pasal aku. Kau perlu fokus pada kerja sekolah kau," nasihat Crystal sambil berjalan di sisi kiri Raiden.
"Rikiya~Rikiya~" kedengaran suara seorang perempuan sedang memanggil namanya. Raiden kaku kerana tidak dapat bergerak.
"Apa yang dah berlaku?" Soal hati Raiden.
"Raiden, kau okey ke?" Tanya Crystal yang kelihatan risau apabila Raiden berhenti bergerak secara tiba-tiba.
Tiba-tiba, jantung Raiden terasa sakit seperti ditusuk oleh seseorang. Sangat perit tidak terkata. "ARGH!" Dia menjerit kesakitan lalu rebah sambil memegang dadanya.
"Raiden!"Crystal panik apabila melihatn Raiden sedemikian. Dia melompat dan membuka pintu tersebut untuk meminta bantuan.
Crystal berlari menuju ke kaunter di mana Inspektor Suzuku berada. "Meow~" panggil Crystal.
Inspektor Suzuku berpaling melihatnya, " Kenapa?" Soalnya.
Tanpa membuang masa, Crystal menggigit hujung kaki seluar milik Inspektor Suzuku untuk menariknya pergi ke bilik rehat.
"Crystal! Jangan ganggu pelanggan macam itu," marah Kaoru apabila melihatn Crystal.
Dia mengambil Crystal lalu mendukungnya. " Saya minta maaf sebab kucing ni dah ganggu tuan."
"Tidak mengapa," ujarnya sambil tersenyum.
Crystal melompat turun daripada lengan Kaoru. "Crystal!" Dia berlari mengejar Crystal sehingga ke bilik rehat.
Raiden mengerang kesakitan pada jantungnya. Badannya berpeluh menahan sakit. Kaoru terkejut apabila melihat keadaan rakan sekerjanya.
"Meow~" Crystal duduk disebelah kanan Raiden sambil menangis.
"Raiden bertahanlah. Apa yang dah berlaku?" Kaoru duduk di atas lantai. Kemudian, dia mengangkat kepala Raiden dan diletakkan di atas pehanya.
"Kau tak sepatutnya wujud kerana manusia tidak dibenarkan berkahwin dengan vampire," suara perempuan itu jelas kedengaran pada pendengaran Raiden. Tiba-tiba, perutnya pula berasa perit seperti ditusuk pedang menembusi belakangnya.
"WARGH!"Jeritan Raiden kedengaran memenuhi ruang kafe ini. Kesakitan yang terlalu sakit tidak dapat ditahannya lagi.
Inspektor Suzuku bergegas menuju ke bilik rehat apabila terdengar jeritan Raiden. Alangkah terkejutnya apabila melihat Raiden berguling-guling kesakitan di atas lantai di dalam bilik tersebut.
"Apa dah berlaku?" Soal Inspektor Suzuku kepada Kaoru.
"Saya tak tahu. Masa saya datang tadi, dia dah mengerang kesakitan," jelas Kaoru.
"Putera tak guna. Aku akan bunuh kau!" Suara amarah itu kedengaran sebelum tikaman kuat dan memeritkan pada hati Raiden.
"WARGH!!!" Raiden termuntah darah tanpa henti. Pelanggan yang berada di dalam kafe tersebut turut terkejut apabila mendengarnya.
Mereka bergegas menuju ke bilik rehat untuk melihat keadaan Raiden tetapi mereka dihalang oleh Inspektor Suzuku yang berada di hadapan pintu masuk.
"Apa yang telah berlaku," mereka tertanya-tanya.
"Matilah kau!" Tawaan yang kuat didengari oleh Raiden. Badan Raiden semakin lemah dan dia mula hilang kesedaran.
"Raiden!" Jerit Kaoru apabila Raiden telah tidak bergerak. Diperiksanya nadi Raiden. Dia semakin lemah.
Inspektor Suzuku bertindak segera dengan menelefon pihak hospital untuk mendapatkan bantuan.
"Tuan, tolong telefon ibu bapa dia sekali," pinta Kaoru.
"Maaf. Saya tak akan beritahu mereka. Kalau mereka tahu, Raiden yang akan terima padahnya sebab dia bekerja di sini," terus terang Inspektor Suzuku. Kaoru hanya menundukkan kepalanya tanda akur dengan keputusan Inspektor Suzuku.
Beberapa minit kemudian, ambulan tiba di Cat Cafe. Raiden dikejarkan ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Inspektor Suzuku mengekori ambulan menuju ke hospital.
Hai, semua. Sampai di sini sahaja untuk hari ini. Lain kali saya akan sambung lagi dengan kes-kes yang lebih mencabar. Saya harap anda sukakannya.
-Mizuki_Anazuki-