C | MAFIA LIMITED EDITION

By r0yalady_

300K 12.6K 171

[𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬] ZARIETH MIKAEL FRANZ × HANIE NAURAH Dia dingin, tidak berhati perut dan kejam. Ya... More

001
002
003
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
058
059
060
061
062
063
064
065
066
067
068
070
EPILOG

069

3.7K 155 1
By r0yalady_

Berkerut dahi Naurah tatkala telinganya menangkap bunyi sesuatu di sebelahnya. Gadis itu mengumam perlahan apabila terasa lenanya terganggu. Wajahnya ditolehkan ke arah lain.

Untuk beberapa saat, gadis itu menghidu satu bau yang tidak asing baginya. Bau perfume lelaki! Tetapi dalam bilik ini hanya ada dia seorang sahaja, dia tidak tidur sebilik bersama Lara. Aiden lagilah tidak!

Jadi.. dari mana datang bau perfume ini?

Gulp.

Perlahan-lahan kelopak mata gadis itu terbuka untuk melihat dari mana datangnya bau perfume itu. Buat seketika, tubuh Naurah mengeras tatkala ada figura lelaki sedang duduk di sebelahnya sambil membaca sesuatu di tangan. Disebabkan bilik yang gelap itu, wajah lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas.

Saliva terasa kelat tiba-tiba. Meremang bulu roma gadis itu.

'Ya Allah, siapa pulak lelaki asing ni? Selamatkan aku, ya Allah.' Doa gadis itu dalam hati gelisah. Dia takut! Rasa mahu menangis.

"Hmm.. dah bangun? "

Suara garau lelaki itu menerjah gegendang telinganya. Sekali lagi tubuh Naurah mengeras. Alamak! Dia perasan pulak kita dah bangun! Mak! Perut besarnya dipegang perlahan.

Tiba-tiba rambut gadis itu dielus lembut. Terus Naurah bangun statik dari pembaringannya.

"Argh! J-jangan dekat! " jerit gadis itu panik. Sudahlah gelap! Huwa!

Terus tubuh Naurah ditarik bawa masuk ke dalam dakapan lelaki itu. Gadis itu sudah meronta-ronta ingin dilepaskan. Siapa suka lelaki asing tiba-tiba sentuh? Semakin meronta Naurah di dalam dakapan lelaki itu.

"Hei, hei! shh.. sayang, ni saya. " bisik suara itu perlahan cuba memujuk Naurah.

"Hiks.. hiks.. s-siapa? " cecair jernih mengalir di pipinya.

"Turn around, sayang. " arah lelaki itu dengan nada lembut.

Perlahan-lahan Naurah pusing memandang ke arah empunya suara. Alangkah terkejutnya gadis itu tatkala wajah yang amat dirinduinya itu memenuhi kornea mata. Iris biru laut itu.

"Chak! Miss me? " lelaki itu tersenyum kecil.

"Mikael..? " semakin berair mata Naurah merenung wajah lelaki itu.

Wajah suaminya.

Lelaki kacukan Perancis itu menggeleng kepala perlahan dengan senyuman kecil pada bibirnya. Tidak lepas iris biru laut itu menatap wajah Naurah.

Tidak lama kemudian Naurah terkedu sesaat. Reaksi itu bukan milik Mikael tetapi,

"Firash? "

Firash sekadar mengangguk kepala mengeyakan. Senyuman kecil diukir pada wajah. Dia tahu, gadis itu akan memarahi dirinya. Tetapi jangkaannya salah, Naurah terus merangkul leher lelaki itu erat.

"Hiks.. saya, hiks.. rindu awak.. " tersedu-sedu gadis itu berkata dengan air matanya.

"I'm sorry. " tutur Firash perlahan. Belakang tubuh isterinya diusap perlahan.

"Awak tinggalkan saya.. hiks! Awak tak cakap apa pun dengan saya, hiks.. awak jahat! Huwaaa. " gadis itu menyembamkan wajahnya pada bahu lebar Firash.

"I'm sorry, sayang. " Firash merangkul pinggang isterinya rapat.

Lama mereka begitu. Masing-masing diam melayani perasaan sendiri. Naurah tidak berganjak dari posisinya, memeluk leher Firash bagai koala yang melekat. Lelaki itu hanya membiarkan isterinya duduk di atas ribanya. Belakang tubuh gadis itu diusap lembut.

"Why you didn't tell me anything? " tanya Naurah perlahan dengan nada sayu. Firash diam.

"Because it's risky. " balas Firash senada. Lelaki itu merehatkan dagunya di atas bahu isterinya sambil merangkul pinggang gadis itu.

"Saya mintak maaf sebab tak dapat duduk dekat dengan awak sepanjang 5 bulan ni. Bukan saya tak nak tetapi keadaan tak mengizinkan. Macam-macam cara saya cuba untuk pergi dekat awak, sayang tapi teralu banyak halangan. " terang Firash sayu.

"Halangan? Apa maksud awak? " Naurah mulai curiga.

Firash meleraikan pelukan mereka. Belakang tubuh Naurah ditahan dengan tangannya risau gadis itu terjatuh. Tidak berkedip mata Naurah melihat wajah suaminya yang sayu itu.

Wajah yang amat dia rindui.

Tangan kecil gadis itu naik menyentuh wajah Firash dengan lembut. Lelaki itu hanya diam membiarkan.

"Are you okay, my husband? " tanya gadis itu perlahan. Entah kenapa dia dapat rasakan lelaki itu menyimpan seribu satu rahsia.

"Sayang, boleh bagi saya tidur sekejap? Suddenly I feel tired. " Firash sekadar tersenyum nipis. Naurah mengangguk kepala perlahan.

"Tidurlah dulu, kesian awak. " Naurah menepuk bantal kosong di sebelahnya.

Cup!

Tanpa apa-apa amaran, pipi merah gadis itu dikucup sekelip mata. Naurah terkedu sejenak. Firash sekadar tersenyum segaris sebelum membaringkan dirinya dengan selesa.

Jangan jealous, ini namanya nak melepaskan rindu! Haha.

Tidak sampai beberapa minit, dengkuran halus terhasil dari bibir lelaki itu. Naurah ketawa halus. Lain benar dengan personaliti Mikael dan Mika. Tidak lepas mata Naurah merenung segenap wajah kacak suaminya.

Perlahan-lahan tangannya naik menyentuh wajah polos lelaki itu. Oh tuhan, sungguh dia rindukan lelaki yang bergelar suaminya ini. Tidak semena-mena cecair jernih mengalir di pipi Naurah. Entah kenapa terasa sayu dan syahdu.

"Hiks.. saya tahu saya tak pernah bagitahu awak.. hiks.. " gadis itu mengemam bibirnya rapat menahan esakan.

"Mikael.., "

"Saya sayang awak. " bisik Naurah sebak.

Dahi licin lelaki itu dikucup lama.

Tidak lama selepas itu, Naurah turut terlena nyenyak di atas bidang dada Mikael. Degupan jantung lelaki itu berdegup tenang bagaikan bayi polos yang sedang beradu.

Sementara itu di bilik Aiden, lelaki Brunei itu berdiri statik tidak bergerak. Kakinya seolah-olah terpaku di hadapan tandas. Kelopak matanya ditenyeh dengan tangan berkali-kali.

Aku halusinasi ke? bisik hati lelaki itu bingung.

"Aiden, bengkak mata kau nanti duk tenyeh-tenyeh macam tu. " suara garau lelaki itu menerjah gegendang telinganya.

Sah! Dia tidak berkhayal!

Aiden mencebir bibir mahu menangis. Dia tidak salah lihat! Mereka berdua ada di hadapannya.

Zayan dan Leo.

"Korang..! Huwaaa! " Aiden menerpa laju ke arah mereka berdua. Tangannya memaut leher Zayan dan Leo erat.

"WOI! KAU NAK BUNUH AKU KE, MONYET?! Ukh..! " Leo menampar tangan sasa lelaki Brunei itu berkali-kali. Oksigen hilang!

"A-Aiden..! Ukh! " Zayan berusaha menarik lengan Aiden yang melilit di lehernya. Fuh! Tercekik, mat!

Tanpa sedar, Aiden tersengih sinis. Pautan di leher dua orang lelaki itu dieratkan. Sesi untuk revenge! Muahaha!

"Rasakan! Kauorang tinggal aku 5 bulan sorang-sorang dengan Puan Muda, pastu korang sedap melantak dengan Tuan Mikael! Banyak cantik kaki nak jejak datang sini, amboi! At least bagilah aku ole-ole ke apa, ini tidak! Datang bawak luggage korang, apa ingat bilik aku ni bilik rakyat ke apa, huh?! " Bazooka!

Seperti peluru ayat yang terkeluar dari mulut Aiden melepaskan ketidakpuashatian yang dirasainya. Zayan dan Leo terdiam mendengar bebelan sahabat mereka. Ada point, jadi diam ajelah.

Aiden menghembus nafas panjang. Pautan di leher Zayan dan Leo dilepaskan. Maaf, dia tidak berniat mahu menjadi Hitler lagi.

"Kau ni macam tak tahu pulak. Lima bulan tu dikira pendek tau, kalau tidak Tuan kita tu nak suruh menghilang setahun tau! Cuba bersyukur sikit. " Leo mencebik perlahan.

"Setahun? Uish, dah beranak dah Puan Muda kita tu. Melepas dia nanti, ish.. ish. " Aiden menggeleng kepala perlahan.

"Bila kau tahu Puan Muda mengandung? " tanya Zayan ingin tahu. Leo turut mengangguk kepala ingin tahu.

Aiden diam sejenak, memikirkan sesuatu. Dia pun hampir lupa bagaimana dia tahu Naurah mengandung.

Tak lama selepas itu, Aiden petik jari dengan senyuman senget.

"Lepas bangunan tu dah kena bom, aku bawak Puan Muda pergi hospital. Yelah, injured teruk kut! Aku risaulah. Lepas tu, doktor bedah tu keluar tanya mana suami Puan Muda kita tu. Aku tanyalah kenapa, rupa-rupanya Puan Muda tengah bawak Tuan Mikael Junior.. haa, begitulah ceritanya. " cerita Aiden panjang lebar.

Zayan dan Leo anggukkan kepala perlahan, memahami jalan cerita ringkas Aiden.

"Agaknya, Tuan Mikael tahu tak Puan Muda tengah mengandung masa dekat Perancis tu? " tanya Leo curious.

"Aku rasa tak tapi Aryan ada cakap Tuan Mikael ada muntah-muntah pagi tu. " balas Zayan bersahaja.

"Hmm.. tak sangka Tuan kita yang kena morning sickness. Mesti Tuan kita tu sayang mati dekat Puan Muda, ekeke! " Aiden ketawa mengekek. Lucu pula rasanya!

Iyelah, Mikael yang beku macam ais batu tu boleh lembut dengan perempuan. Nak pula, perempuan itu Hanie Naurah yang sengal tidak tentu masa. Aneh? Tapi itulah jalan cerita mereka yang penuh tunggang-langgang seperti kisah hidup penulisnya, haha.

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 76.4K 60
"𝙨𝙝𝙚 𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚𝙙 𝙖𝙬𝙖𝙮 𝙢𝙮 𝙙𝙚𝙢𝙤𝙣𝙨 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙖𝙧 𝙞𝙣 𝙝𝙚𝙧 𝙚𝙮𝙚𝙨" Known as My Fierce Headprefect WARNING! Sumpah cerita...
6.3K 277 75
Baca first story dulu baru faham Okey! title: Risy Rieyyan [sweet psycho CEO] So ini adalah sambungan cerita..but bukan pasal erieyna Amanda & risy...
256K 9.7K 65
𝐇𝐈𝐋𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐀𝐀𝐂 𝐍𝐈𝐂𝐊 & 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐍𝐔𝐑 𝐀𝐌𝐈𝐑𝐀𝐒𝐇 𝐗𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑 "𝕎𝕚𝕝𝕝 𝕒𝕝𝕨𝕒𝕪𝕤 𝕓𝕖 𝕪𝕠𝕦𝕣 𝕡𝕣𝕠𝕥𝕖𝕔𝕥𝕚𝕠𝕟, 𝕄𝕣𝕤 ℕ𝕚...
386K 18.9K 52
KHAIRY ZAFEEL Seorang anak lelaki tunggal dari keluarga yang kaya. dua orang tua nya pula mempunyai pangkat dato dan datin. Dari kecil dia hidup deng...