RIDZWAN : HER TRUE LOVE [C]

By tyrastory_

1.3M 43.5K 2.6K

Kayla Hanania adalah seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan literary journalism atau jurnalisme sa... More

RIDZ - PENGENALANπŸ¦‹
RIDZ - BAB 1πŸ¦‹
RIDZ - BAB 2πŸ¦‹
RIDZ - BAB 3πŸ¦‹
RIDZ - BAB 4πŸ¦‹
RIDZ - BAB 5πŸ¦‹
RIDZ - BAB 6πŸ¦‹
RIDZ - BAB 7πŸ¦‹
RIDZ - BAB 8πŸ¦‹
RIDZ - BAB 9πŸ¦‹
RIDZ - BAB 10πŸ¦‹
RIDZ - BAB 11πŸ¦‹
RIDZ - BAB 12πŸ¦‹
RIDZ - BAB 13πŸ¦‹
RIDZ - BAB 14πŸ¦‹
RIDZ - BAB 15πŸ¦‹
RIDZ - BAB 16πŸ¦‹
RIDZ - BAB 17πŸ¦‹
RIDZ - BAB 18πŸ¦‹
RIDZ - BAB 19πŸ¦‹
RIDZ - BAB 20πŸ¦‹
RIDZ - BAB 21πŸ¦‹
RIDZ - BAB 22πŸ¦‹
RIDZ - BAB 23πŸ¦‹
RIDZ - BAB 24πŸ¦‹
RIDZ - BAB 25πŸ¦‹
RIDZ - BAB 26πŸ¦‹
RIDZ - BAB 27πŸ¦‹
RIDZ - BAB 28πŸ¦‹
RIDZ - BAB 29πŸ¦‹
RIDZ - BAB 30πŸ¦‹
RIDZ - BAB 31πŸ¦‹
RIDZ - BAB 32πŸ¦‹
RIDZ - BAB 33πŸ¦‹
RIDZ - BAB 34πŸ¦‹
RIDZ - BAB 35πŸ¦‹
RIDZ - BAB 36πŸ¦‹
RIDZ - BAB 37πŸ¦‹
RIDZ - BAB 38πŸ¦‹
RIDZ - BAB 39πŸ¦‹
RIDZ - BAB 41πŸ¦‹
RIDZ - BAB 42πŸ¦‹
RIDZ - BAB 43πŸ¦‹
RIDZ - BAB 44πŸ¦‹
RIDZ - BAB 45πŸ¦‹
RIDZ - BAB 46πŸ¦‹
RIDZ - BAB 47πŸ¦‹
RIDZ - BAB 48πŸ¦‹
RIDZ - BAB 49πŸ¦‹
RIDZ - BAB 50πŸ¦‹
RIDZ - BAB 51πŸ¦‹
RIDZ - BAB 52πŸ¦‹
RIDZ - BAB 53πŸ¦‹
RIDZ - BAB 54πŸ¦‹
RIDZ - BAB 55πŸ¦‹
RIDZ - BAB 56πŸ¦‹
RIDZ - BAB 57πŸ¦‹
RIDZ - BAB 58πŸ¦‹
RIDZ - BAB 59πŸ¦‹
RIDZ - BAB 60πŸ¦‹
RIDZ - BAB 61πŸ¦‹
RIDZ - BAB 62πŸ¦‹
RIDZ - BAB 63πŸ¦‹
RIDZ - BAB 64πŸ¦‹
RIDZ - EPILOGπŸ¦‹

RIDZ - BAB 40πŸ¦‹

24.1K 632 50
By tyrastory_



"ASSALAMUALAIKU WAROHMATULLAH.." Ridzwan mengusap mukanya selepas memberi salam sewaktu solat. Dia berpaling ke belakang. Tersenyum dia apabila dia sudah mempunyai makmum pada hari ini.

Ridzwan tergelak melihat Kayla yang memuncung. Dia menghampiri Kayla lalu mencabut songkoknya. Dia menghulurkan tangan dan Kayla terus menyalaminya.

Dicium lama kepala Kayla. Kayla melepaskan tangannya lalu memuncung sahaja memandang Ridzwan. Ridzwan menekup kedua pipi Kayla lalu mencium dahi, kedua-dua pipi serta bibir seketika cuma.

Berkerut dahi Ridzwan apabila Kayla masih monyok. "Kenapa ni? Masam je muka honey pagi ni.. takde mood ke?" Tanyanya selari mengusap pipi Kayla.

Kayla menghela nafas perlahan lalu memeluk badan Ridzwan. Terkejut Ridzwan dibuatnya apabila tubuh gebu Kayla menerpa ke tubuhnya. Ridzwan senyum lalu menggosok perlahan belakang badan isterinya.

"Kayla sedih.. semalam Kayla pakai baju nak goda abang.. tapi Kayla bleh pula tertidur dalam bilik air. Huwaaa tak sukaa.. susah-susah je Kayla simpan baju ni untuk abang tapi Kayla tertidur pula.."

Ridzwan ketawa apabila Kayla merengek didadanya. Dia mengelus perlahan kepala Kayla yang ditutupi telekung.

"Ololo sebab tu ke? Ala takpa.. hari lain ada.." Kayla melonggarkan pelukan lalu mendongak kearah suaminya. Dia tercebik.

"Tapi tak sama dengan malam pertama.. Kayla nak buat surprise untuk abang tapi tak jadi pula.. Kayla cuai.." Kayla mula memuncung dihadapan wajah Ridzwan.

Ridzwan tergelak apabila melihat wajah kekanakan isterinya. Kayla amat cantik bertelekung begini. Dengan muka sembabnya lagi sebab masih pagi ahahhah cute!

Ridzwan mencium sekilas bibir muncung itu. Tersenyum Kayla dibuatnya. Yeayy dapat banyak ciuman dari abang hari ni..

"Ok takpa.. harini dating nak? Abang cuti hari ni.." Kayla sengih lalu mengangguk. "Nakk.. Kayla pun cuti laa. Kayla cuti sem. Nasib baik abang pandai pilih tarikh.."

Ridzwan senyum. "Mestilah.. abang pilih masa honey cuti. Mana boleh pilih ikut suka je.." Kayla senyum lalu mengangguk.

"Abang.." Ridzwan mengelus perlahan kepala Kayla. "Yes honey?"

Kayla menggigit bibir. "Nak mandi bersama tak pagi ni? Kayla nak mandi dengan abang.." bisik Kayla perlahan.

Ridzwan tergelak perlahan. Dia mencuit sedikit hujung Kayla. "Nakal.. suka menempel dengan abang kan? Tak boleh berenggang langsung dengan abang dia ni.."

Kayla sengih. "Hehe mestilah.. kalau bleh Kayla nak abang sentiasa ada dengan Kayla siang dan malam.. jom laa abang kita mandi.. semalam terbantut sebab kawan Kayla. Harini tak terbantut dah. Jom jom.."

Ajak Kayla lalu menarik tangan suaminya untuk bangun. Ridzwan tergelak namun dia bangun juga mengikuti langkah isterinya.

"Taknak cabut telekung dulu ke sayang?" Kayla senyum lalu berhenti mendadak. Dia mendongak kearah suaminya yang sedang menunduk kearahnya.

"Abang tolong la cabutkan.. tangan Kayla pendek.. tak sampai la nak cabutkan.." Ridzwan menjeling. "Alasan kan?" Kayla sengih sahaja.

Ridzwan menggeleng dengan senyuman. Dia mula mencabut telekung isterinya. Dia melipat dan diletakkan diatas ampaian. Dia meneguk liur kesat apabila isterinya masih memakai baju semalam.

Bergelora juga nafsunya yang satu itu apabila Kayla begitu menggodanya sekarang. Kayla kulum senyum lalu menarik tangan suaminya kearahnya.

Dia berjalan mengundur untuk masuk ke dalam bilik air. "Jom la ikut Kayla.. abang nak Kayla tak?"

Ridzwan mengemam bibir. Dia mahu tapi... aih.. malu! Kenapa Kayla terlalu menggoda ni?!

Kayla menutup pintu bilik air lalu menghampiri suaminya yang sedang merenungnya. Kayla senyum menggoda lalu mula mencabut baju tshirt di badan suaminya. Ridzwan hanya membenarkan sahaja.

Kayla menjilat bibirnya lalu tangan mula merungkaikan kain pelikat Ridzwan. Ridzwan terus menahan tangan gatal itu. "No.. abang nak mandi ni. Abang biasa mandi pakai kain pelikat.." bisik Ridzwan perlahan.

Kayla senyum lalu mengalungkan tangan ke leher suaminya. "Tapi Kayla nak tengok badan abang.. badan abang seksi.. Kayla suka.." bisiknya perlahan dihadapan wajah Ridzwan.

Ridzwan berdehem. "Jom mandi.. nanti lambat pula kita nak keluar.." Ridzwan menarik perlahan tangan Kayla yang melilit lehernya. Dia melepaskan tangan itu lalu berlalu kearah shower.

"Meh mandi.." ajak Ridzwan kearah Kayla. Kayla memuncung lalu merapati suaminya. Hmmm nak tengok badan abang.. cepat-cepat la lucutkan kain tu hmm..

"Abang pakaikan sabun dekat badan Kayla bleh?" Ridzwan senyum lalu mengangguk. "Boleh.. tukar ke kain mandi cepat.." ujar Ridzwan lalu mengambil kain mandi yang tersidai di ampaian.

Kayla menggeleng. "Taknak.. Kayla nak mandi bogel dengan abang." Ridzwan meneguk liur kesat. Aduh ni yang lemah ni. Sudahlah lemah gemalai sahaja suara Kayla ketika ini.

Parah ni.. benteng pertahanan sudah hampir roboh.

Ridzwan berdehem lalu menggeleng. "No. Tak baik mandi bogel. Tukar sekarang.. nanti basah pula baju tidur honey tu.."

Kayla mencebik lalu mengambil kain yang dipegang oleh Ridzwan. Ridzwan terus pandang ke arah lain apabila Kayla dengan selambanya melucutkan baju serta seluar pendek dihadapannya.

Kayla menjeling sahaja melihat belakang badan seksi suaminya. Cehh. Orang nak tunjuk wayang free pun dia taknak tengok..

Abang ni tak sportrim..

"Dah abang.." ujar Kayla yang sudah memakai kain basah mandiannya. Ridzwan memusingkan badan kearah Kayla. Dia senyum lalu mengambil baju-baju Kayla lalu diletakkan ke dalam bakul.

Kayla hanya memuncung sahaja. Ridzwan senyum tipis lalu menekup kedua pipi Kayla. Dicium bertalu-talu pipi gebu idamannya itu. Tersenyum Kayla apabila pipinya digomol suaminya.

"Ermm sayang dia.." ujar Ridzwan yang sudah melepaskan ciumannya. Kayla terkekeh ketawa lalu menepuk perlahan dada Ridzwan.

"Abang ni.. pandai je pujuk Kayla kan?" Ridzwan sengih. "Mestilah.. abang dah biasa la pujuk honey. Setakat merajuk macam ni, kacang je la bagi abang.."

Kayla menjeling lalu tersenyum apabila Ridzwan menjungkit kening berulang kali kearahnya. Menggodahh betul si abang Ridzwan ni sorang..

Ridzwan senyum. "Jom mandi. Nanti lambat pula nak keluar berjalan.." ujar Ridzwan lalu menarik perlahan tangan isterinya kebawah shower.

Kayla mengemam bibir. "Er abang.." panggilnya dengan suara manja lalu menarik tangan suaminya. Ridzwan berpaling kearah Kayla lalu menjungkit kening.

"Kenapa?"

"Err kalau kita berendam dalam bathrub boleh? Kayla teringin nak mandi dengan abang dalam tu.." ujar Kayla sambil menunding jari kearah tab mandi miliknya.

Ridzwan senyum lalu mengelus perlahan rambut Kayla. "Ok jom.." Kayla senyum lebar lalu melangkah kearah itu.

"Meh abang dukung." Ujar Ridzwan lalu mencempung isterinya. "Argh abang! Terkejut Kayla!" Jerit Kayla lalu mengalung tangan ke leher suaminya.

Ridzwan tergelak. "Ringan la honey ni. Lepasni abang suap makan banyak-banyak biar gemuk.." Kayla memuncung. "Suka kan tengok Kayla gemuk?"

Ridzwan sengih lalu mengangguk. "Of course. Gemuk arr best.. bleh abang gigit badan honey.." ujarnya lalu meletak perlahan Kayla didalam tab mandi.

Kayla senyum sahaja apabila suaminya melayannya seumpama princess sahaja ahak..

Ridzwan membuka air lalu masuk ke dalam tab mandi. Dia menarik badan Kayla untuk berbaring diatasnya.

Kayla senyum lalu menyandarkan kepala ke dada Ridzwan. Senyumannya makin lebar apabila dada Ridzwan berdegup kencang. Tangannya mula menyentuh dada bogel Ridzwan.

"Abang berdebar ya?" Ridzwan senyum. "Gila tak berdebar.. abang tak pernah duk rapat macam ni dengan perempuan.. apatah lagi dengan separuh bogel mcm ni.." ujar Ridzwan sambil mengelus rambut basah isterinya.

Kayla sengih lalu panggung kepala kearah Ridzwan yang merenungnya. "Kayla nak letak sabun jap dalam ni.." kata Kayla lalu mengambil sabun lalu dipicitkan sabun ke dalam tab mandi.

"Wanginya sayang.. patutlah honey bau wangi.." puji Ridzwan dengan senyuman lebar. Kayla kulum senyum. Malu!

Diperhatikan sahaja buih-buih yang sudah timbul. Dia memandang kearah Ridzwan yang merenungnya. "Abang.."

"Yes?"

"Kayla nak lucutkan kain basah boleh? Kayla tak selesa mandi buih dengan kain basah.."

Ridzwan meneguk liur kesat. Haa sudah..

TBC🤍
Kayla ni makin lama makin bahaya. I is tachod dengan dia..

VOTE AND COMMENT❤️

Continue Reading

You'll Also Like

683K 2.2K 6
❣️2ND OBSESSED SERIES❣️ Mereka seringkali bergaduh apabila bertemu namun siapa sangka bahawa pergaduhan mereka akan berubah kepada cinta untuk sang j...
1M 40.7K 60
[π‘π¨π¦πšπ§πœπž π’πžπ«π’πžπ¬] DANIEL HANZ ANAQI Γ— DAMIA IZARA Dikhianati oleh satu-satunya orang yang dipercayai dan dijual menjadi pelacur murahan d...
208K 9.4K 49
2th Masterpiece Under The Mafia series Syed Luth Zulfaqar || Tuan Darwia Mikayla STATUS || ON GOING START || 14 FEBRUARY 2021 END || 13 OCTOBER 2021...
809K 47.1K 77
Apabila Angel bertemu Devil, keadaan berubah serta merta. Fawwaz Naufal, seorang anak lelaki beragama Islam yang kuat agamanya ketika masih kanak-kan...