"Erghh....Sakitnya badan aku...." Layla merungut. Perlahan-lahan dia cuba membuka kedua-dua belah matanya sambil membetulkan 'brightness' yang masih kabur dan samar-samar itu. Dia melihat kawasan sekelilingnya yang merupakn sebuah bilik kecil yang penuh dengan kotak-kotak yg die sendiri pun tak tau apa isinya dan juga dua buah rak kecil yang tinggi yang dipenuhi oleh beberpa kotak-kotak yang lain.
'Hmm...Mesti aku tak bangun lagi ni....' Layla berfkir dan kemudiannya menyambung melelapkan kembali kedua belah matanya. Entah kenapa die rase penat sangat dan agak mengantuk walaupun hanya dalam mimpi. Tapi sapa kesah, mimpi dia, biarlah die nk buat ape-pun ken?
Baru sahaja die hendak menyambung tidur mimpinya itu, Layla terperasan akan sesuatu yang pelik- bukan, sangat sangat sangatlah pelik yang berlaku padanya. Dia terus terjaga sepenuhnya. Matanya terbuntang besar melihat....
"APAKAH?!?!" Layla terjerit kecil.
'Kejap! Asal....Asal semua benda jadi 3D?!' Dia berteriak dalam hatinya.
'Eh, tapi memang semua benda 3D pon. Ini...ini...' Perlahan-lahan Layla mengangkat kedua-dua belah tangannya untuk dilihat. Ternganga besar dia dibuatnya, sampai kalau lalat masuk pun mesti tak perasan punya ni.
'Aku....AKU DAH JADI KARTUN!!!!' Layla tidak dapat menyorokkan lagi keterujaan dan keseronokannya itu, eh tapi buat ape nak sorokkan? Takpelah, anggap jela sebagai penyedap ayat ye:)
Senyumnya mula melebar selebar-lebarnya yang boleh. Beberapa saat kemudian, perasaan itu tiba-tiba terhenti. Dia menggosok matanya perlahan-lahan dan menutupnya dengan agak lama sebelum membukanya kembali.
Sama. Masih sama. Tiada sedikit pun yg berubah. Keadaan sekililingnya dan dirinya juga masih tetap dalam bentuk animasi 3D. Senyumnya melebar kembali.
"Weh, betulla aku dah jdi kartun! Mimpi jenis apakah ini?! Sangat...sangat...sangat cool!!!" Matanya mula kelihatan sinar-sinar kecil. Haih, happy sangat nampaknya. Dah nampak macam kanak-kanak riang yang dapat gula-gula pun ade jugak. Sedang Layla masih dalam keseronokannya itu, tiba-tiba satu soalan datang menerjah ke dalam akal pikirannya yang kecil itu.
'Eh...agaknya macam mana eh aku nampak dalam kartun?...' Dia melihat sekelilingnya kembali sambil menganalisasi kawasan itu.
'Kotak....Aku kat dalam stor ke ni?' Layla berfikir sebelum dia ternampak sesuatu yang berkilau tak jauh daripada tempatnya itu. Dia mula mendekatinya dan mengalihkan beberapa kotak-kotak yg menghalanginya. Layla mengalihkan kain putih yang menutupi benda tersebut. Kelihatan sebuah cermin antik lama yg agak besar itu penuh dengan habuk.
"Eh, ada ceminla. Tiba-tiba je kan." Layla mengunakan kain putih tadi untuk mengelap sedikit habuk-habuk yang terdapat di cermin tersebut.
Maka terpantullah sebuah imej akan seorang remaja perempuan yang memakai baju T-Shirt jalan lengan panjang berwarna biru tua berserta dengan seluar jean penjang yang berwarna hitam. Tudung shawl hitam itu dililit dengan agak labuh bagi menutupi bahagian dadanya juga dan di belakangnya. Dicukupkan lagi dengan handsock hitam dan stokin hitam yg dipakai olehnya. Layla memakai kasut snickers berwarna putih.
Alhamdulillah, tutup aurat. Cume yg tak cukupnya kat hati dengan kt kepala tu je, kan? Eeh, tiber.
(Ha, ginila, bajunye. Maafla, tk reti lukis kasut dan sorry kalu buruk. Saye masih beginner:D)
Layla terkaku seketika.
........
"Masyaallah, cantiknya gadis manis di hadapanku ini." Kata Layla dengan penuh dramatik. Riak betul. Kena tarik balik nanti baru tau.
"Hahaha, puji diri sendiri pulak. Dah la tu, nanti jadi riak pulak dah." Memang dh riak dah pon. Layla memandang wajahnya yang kini dalam bentuk animasi 3D itu. Dia terdiam seketika.
"Pelik betulla mimpi aku kali ni...." kata Layla perlahan. Tanpa dia sedari, die sebenarnya lagi pelik sebab tengah cakap seorang-seorang.
.
.
.
.
"Hmm..." Layla duduk sambil merenung cermin yang mempamerkan wajahnya itu.
'Aku nk kena buat ape sekarang ni? Tak jadi apa-apa pon.' Layla berfikir. Dia masih lagi merenung cermin itu sambil menunggu....entahla, die sendiri pun tak tau tunggu ape.
Disebabkan terlampau bosan, Layla bangun dari tempat duduknya dan memilih untuk 'mengexplore' sedikit bilik itu. Mana tau nanti tetiber jumpe harta karun ke ape.
Tapi apa yang menyusahkan dia adalah, bilik tu penuh kotak. Maksud saya, terlalu penuh. Kotak-kotak yang ada tu pun tak disusun dengan begitu rapi (kebanyakannya la), oleh itu bilik itu penuh bertaburan dengan kotak. Jadi kalau Layla nak lalu sesuatu jalan tu, dia terpaksa alihkan kotak-kotak itu dengan penuh berhati-hati supaya kotak-kotak lain tak jatuh ataupun parkour je atas kotak-kotak tu.
Disebabkan Layla ni bukanlah seorang yang rajin gitu, dia memilih pilihan kedua. Lagipun kalau nak alih nanti akan memakan masa yg agak lama. Mujur kotak-kotak ni isinya penuh dan agak berat, kalau tak dah lame dah jatuh.
Maka Layla pon memulakanlah parkour kecilnya itu dengan penuh berhati-hati sambil melihat kawasan di sekelilngnya itu.
'Wahh...Best jugak eh buat parkour ni. Nanti aku cube ajak angah ajar aku buat parkour la lepas ni.' Fikir Layla sambil dengan seronoknya melompat-lompat di atas kotak-kotak tersebut. Tiba-tiba Layla terhenti. Dia teringat akan adik lelakinya yang berumur 12 tahun itu, Luqman. Agaknye apelah yang dia tengah buat. Fikir Layla.
'Alah, mesti dia tengah tidur jugak sambil mimpi lawan raksasa bermata enam tu.' Layla tergelak kecil sendiri. Teringat dia akan suatu masa itu ketika adiknya itu sendiri mengigau depan mata dia pasal lawan dengan raksasa bermata enam. Haih, mengarut bethol. Tanpa dia sedar, kaki dia entah macam mane ntah tibe-tibe boleh terpelot? tersadung? ha gitulah, secara sendirinya. Disebabkan terkejut, Layla tidak dapat bertindak balas dan dengan gelabah dan terkapai-kapainya cepat-cepat mencapai kotak-kotak tinggi yang tersusun berhampirannya.
'Fuhh, selamat.' Layla melepaskan keluhan kecil.
Kotak-kotak tu belike: ......Gurau jer!!
"EH! KEJAP! KEJAP! AKU TAK READY NAK LANDING LAGI NI WEI!!"
Kotak: Ah! Nasibko lah! Sape suroh pijak kitorang sesuka hati ko jer. Dasar manusia tak sedor diri. Penat pekerja-pekerja tu balut kitorang dengan begitu 'perfect' sekali! Nasib baik dok rosak barang-barang kt dalam ni. Dohla ko tu berat. Kemek muka kitorang tau!
Bebel ketidakpuas hatian kotak-kotak tersebut yang korang bayangkan jela tetiber Allah bagi izin cakap jp. Kalau tak ye pon, mungkin hantu minah mana ntah tibe-tibe datang saje nk kacau orang.
Dan makanya hilanglah keseimbangan badan Layla dan terjatuhlah dia bersama timbunan kotak-kotak yang tersusun itu yang turut sama sekali jatuh dan menghimpit badan Layla yang kecik molek itu.
Beberapa minit kemudian...
"FUAAAHH!!" Akhirnya berjaya jugak Layla keluar dari timbunan kotak-kotak berat itu yang hampir membuatnya separuh mati kerana dihimpit dengan kuantiti kotak yang agak banyak.
"Adoii...Sakitnya badan aku..." Layla mengosok-gosok belakang badannya yang masih terasa sedikit baki-baki sakit itu sambil mengstrechingkan sikit badannya itu yang berbunyi 'kruk krak kruk krak' pelik. Teruk juga dia jatuh tadi. Baru sahaja dia hendak bangun beredar dari tempatnya itu, tiba-tiba satu kotak kecil yang boleh tahan beratnya terjatuh dari atas mengena tepat kepada kepalanya. Wah, headshot! Kesian, seperti peribahasa melayu mengatakan, sudah jatuh ditimpa tangga...
"Aduh! Sakitla- eh?" Tak sempat menghabiskan perkataannya, mata Layla tertangkap akan sesuatu benda yg terdapat di belakang susunan kotak-kotak yang sudah pun runtuh itu. Perlahan-lahan Layla bangun dari tempat duduknya itu dan mendekati belakang kotak-kotak itu sambil mengalih beberapa kotak-kotak yang menghalanginya dan tangan lagi satunya masih memegang kepalanya yang masih berdenyut-denyut itu.
'Hmm... nampak macam...' Layla semakin mendekati sesuatu benda itu. Kemudian, ternampaklah sebuah pintu logam nipis yang berwarna kelabu itu.
"Ouh. Pintu je pon, aku ingat apela tadi..." Layla mengeluh kecil.
Beberapa saat kemudian...
'Jap-'
"EH?! Ade pintulah!" Layla menatap semula pintu tersebut. Tak perasan pula dia sebenornya ade pintu dalam bilik ni awal-awal tadi. Perasaan teruja dan ingin tahu mula timbul kembali.
'Wahh! Macam mane boleh ade pintu rahsia pulak kt sini? Die kena sorok ngan kotak-kotak ni tadi eh? Ape agaknye kt luar tu eh? Nak bukak ke taknak? Nak bukak ke taknak?' Macam-macam soalan timbul kt kepala Layla. Dia teruja tapi pada masa samanya adala gementar jugak. Yelah, mimpi tak boleh dijangka. Nanti keluar hantu ke pocong ke ape ke, tak pasal-pasal pulak nanti. Uish, serik dah dia haritu kena kejar ngan beruang angkasa ganas yang nk baham dia dalam satu mimpi tu. Ha, ni mesti kes tak baca doa ngan basuh kaki sebelum tidor ni.
Layla yg masih tengah sibuk memikirkan keputusan sama ada nk bukak ke taknak tetap merenung pintu itu dengan muka yang berfikir.
'Eh, tetiber lapor lak pulak perut aku ni. Haish, pikir punya pasal la ni. Alah, masuk je la. Mimpi je pun kan? ' Disebabkan taknak fikir panjang, Layla menghiraukan sahaja soalan yang masih tergantung di dalam kepalanya itu.
"Bismillah..." Dengan nafas basmallah, Layla menarik nafas sedalam-dalamnya yang mungkin. Dia mengumpulkan segala kekuatannya.
"WACHAAAAAA!!!!"
PANG!
Pintu itu ditendang begitu kuat hingga tercabut dan melanting ke hadapan. Cahaya-cahaya terang pun mula memasuki bilik yang gelap tersebut. Disebabkan Layla terlalu lama di dalam gelap, dia terpaksa menutup matanya seketika sebelum membukanya semula. Cahaya yang yang terang itu perlahan-perlahan membentuk sesuatu. Bukan, sebuah tempat. Mata Layla terbuntang besar melihat....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersambung...
________________________________________________________________________________
Hello! Assalamualaikum anak-anakku sekalian. Anda sihat? Haha, sorryla tpi dkt chap 1 ni takde abe boi kesayangan kite ni lgi. Mungkin kt chap 2 nnti ade kot. Kot la. Bagi korang yng tk phm dan confuse dngn jalan citer ni... Padan muke, buken masaalah aku. Wkwkwkwk, gurau jer, gurau jer. Hehe, mule balik. Bagi korang yng tk paham dan confuse dengan jalan citer ni, takpe sbb nanti slowly korang akan phm jugak bile chapter-chapter seterusnya keluar (kalau keluarla-akh!*kene tampor*) sbb die akan slowly reveal situation dengan AU aku ni dkt korang. Kalau masih tk phm jugak bolehlh pergi ikut nasihat Gopal. Meh sini aku phmken ko. *memegang kuali hikmat mamaGem*
Meanwhile...
MamaGem kt umah die: Harini nk masak tomyam la. Aik? Mane pulak pergi kuali aku ni?
Blaze, Taufan: *terkejut+berpeluh tk rilek*
Duri: Oh, tadi Duri dengn abang Blaze dan abang Taufan buat untuk main masak-masak!
Blaze, Taufan; 'DURIIIII!!!!'
MamaGem: Ouh, yeke. Haih, lain kali mintak izin dulu ye, Duri. Rosak pulak kuali tu nanti.
Dur: Okey mamagem!
MamaGem: Dah, mana kuali tu? Aku nk masak ni.
Duri: Ouh, nah! *menghulurken sebuah kuali*
MamaGem: Terima kasih.
MamaGem: 'Hmm, asal macam lain macam je kuali ni? Perasaan aku je kot.'
Duri: Sama-sama!
Blaze, Taufan: ???
Blaze: Weh. Duri, mane kau dapat kuali tu? *ckp perlahan supaye tk didengari oleh MamaGem yng sedang memasak*
Taufan: A'ah la. Bukan kite dh terhilangkan ke mase main perang² haritu? *ckp perlahan jgak*
Duri: Ouh, aku curi jiran sebelah! *dengan penuh innocentnya bercakap kuat-kuat*
MamaGem: Hmm? Curi? Curi ape tu, Duri? *terdengor Duri*
Taufan: *tutup mulut Duri* Tak-takde pape! Kitorang..err...ha! Kitorang ingat nk main pencuri² dengn jiran sebelah satgi! Kan, Blaze, Duri?
Blaze, Duri: *angguk²*
Blaze: B-boleh kan, Gempa?
MamaGem: Ouh, boleh. Pergila. Tapi balik nanti sebelum maghrib ye, macam biasa. *senyum bak bidadari*
TTM: Okey!
Meanwile again....
Adikku yng durjana: Weh, mane ko dpt kuali tu?
Meh:......Dia....Dia dtng kt aku...
FLASHBACK
Meh: Lalalalalala *berjalan-jalan dengan penuh heppy dan santainya*
Meh: *nampak something* Eh, apekebende tu- *pappp! hinggapla kuali di atas mukaku yng hensem ni eh- comel*
END FLASHBACK
Meh: A'ah, dia dtang kt aku.
Nisa(bgi name jp la): ??, Ouh oke.
Nisa: 'Haih, pelikla kakakku yng seorang ni. Tapi kakakku memang sorang pon.'
Meh: 'Asal tetibe panas je telinga aku ni eh?' *tetiber tk sedap hati*
Ok, dahla. Baaii! Jaga diri lek-lok. Assalamualaikum! *puff, balik semula ke alam barzah*
Edit: Ya, aku nak ade reader dri alam lain time tu so sbb tu aku cakap cam tu.