Aryssa

By sy4hazel

240K 8.1K 85

• romance • - BOOK 1 - ; 1ST SERIES OF SHE TENGKU DANIAL ASHRAFF × ARYSSA ELENNA sebuah karya yang sudah tama... More

ARYSSA
A || 01
R || 02
Y || 03
S || 04
S || 05
A || 06
A || 07
S || 08
H || 09
R || 10
A || 11
F || 12
F || 13
A || 14
R || 15
Y || 16
S || 17
S || 18
A || 19
A || 20
S || 21
H || 22
R || 23
A || 24
F || 25
F || 26
A || 27
R || 28
Y || 29
S || 30
S || 31
A || 32
A || 33
S || 34 **
H || 35
R || 36
A || 37
F || 38
A || 40
R || 41
Y || 42
S || 43 **
S || 44
A || 45
A || 46
S || 47
H || 48
R || 49*
A || 50
F || 51
F || 52**
A || 53
R || 54
Y || 55
S || 56**
S || 57*
A || 58
END
Special || 01
Special || 02
Special || 03
TELEGRAM : )

F || 39

2.5K 93 0
By sy4hazel

.....

SUASANA di balai pelepasan amat sibuk dengan orang ramai. Aryssa dan Ashraff juga tidak ketinggalan untuk hantar Tengku Syahirah serta Tengku Dani ke lapangan terbang. Sambil-sambil itu sempat mereka gamit kenangan pertama bertemu di situ.

"Nanti sampai sana terus call along." pesan Tengku Arfa lalu memeluk Tengku Syahirah.

"Kamu pun sama, jaga cucu bonda ni elok-elok." perut kecil Tengku Arfa dipegang lembut.

Tengku Arfa senyum. Tengku Syahirah beralih ke arah Arsha.

"Sha..."

Arsha tanpa menjawab panggilan Tengku Syahirah terus memeluk erat bondanya.

"Bonda jaga diri tau. Pasal Sha jangan risau, Sha pandai jaga diri."

Tengku Syahirah menggosok belakang tubuh anak bongsunya. Haih, lepas ni rindu la nak bebel pada anak bongsunya seorang.

"Rys..." panggil Tengku Syahirah selepas meleraikan pelukan Arsha.

Aryssa memandang wajah ibu mertuanya.

"Kamu jaga diri baik-baik. Jaga Raf. Kalau dia buat apa-apa tak elok dekat kamu call bonda terus." pesan Tengku Syahirah.

Aryssa ketawa kecil.

"In Sha Allah, bonda." balas Aryssa.

"Nenek! Nenek!" panggil Dayyan.

Tengku Syahirah berpaling memandang wajah cucu sulungnya.

"Ya, sayang."

"Nenek pergi sana jaga diri tau! Ayyan akan doakan nenek selamat pergi dan selamat balik tau!" petah Dayyan menjawab.

Tengku Syahirah senyum.

"Terima kasih, cucu nenek."

"Ira... Jom, kita." ajak Tengku Dani setelah dengar pengumuman kali terakhir.

Aryssa, Arsha serta Arfa memeluk Tengku Syahirah buat kali terakhir. Manakala Edrian dan Ashraff bersalam serta memeluk Tengku Dani.

"Angah... Jaga Rys elok-elok. In Sha Allah bonda doakan Angah dengan Rys cepat-cepat dapat anak ya."

Ashraff hanya senyum.

"Terima kasih bonda."

"Jom kita,"

Mereka melambai Tengku Syahirah serta Tengku Dani dari jauh.

"So... Lepas ni, kau orang nak ke mana?" soal Edrian.

Ashraff memandang wajah Aryssa.

"Makan kut. Lunch time pun dah masuk,"

"Ayyan nak ikut!" teruja Dayyan ingin mengikut Ashraff pergi makan tengahari.

"Kalau macam tu, abang pun ikut la. Kita makan sekali." kata Edrian.

Arfa pula hanya mengikut suaminya. Ashraff mengangguk kepala lalu mereka pun bersurai.

•••••

"SHA! Cepat!" jerit Aryssa memanggil adik iparnya.

Ashraff? Lelaki itu awal-awal sudah keluar pergi bertemu client. Manakala mereka berdua pula bercadang ingin ke shopping mall.

"Sorry kak. Baju tak jumpa pula tadi," kata Arsha seraya turun ke bawah.

Aryssa senyum.

"Tak apa. Janji Sha siap, akak dah lega sikit." balas Aryssa.

"Angah tahu kita nak keluar?" soal Arsha. Risau juga kalau abangnya tidak tahu.

"Tahu. Akak dah cakap awal-awal sebelum dia keluar rumah tadi. Dia cuma pesan balik awal aje."

Arsha hanya mengangguk faham.

•••••

Pavillion Mall

Aryssa dan Arsha melangkah masuk ke mall terbesar di Kuala Lumpur. Walaupun hampir setiap kali mereka ke sini tapi suasana di hujung minggu pasti ramai yang datang melihat kemewahan deretan kedai itu.

"Akak, kita beli coffee dulu?"cadang Arsha.

"Okay,"

Mereka berdua terus ke cafe untuk membeli minuman.

"Terima kasih akak belanja Sha."

Aryssa senyum.

"Tak ada hal la. Selalu akak beli, angah kamu yang hulur duit. Hari ini apa salahnya akak belanja adik ipar akak."

"Untung angah dapat akak." puji Arsha.

Sedang mereka berbual sambil berjalan kelilingi mall itu. Aryssa tanpa sengaja melanggar seseorang.

"Sorry-sorry. Tak sengaja." kata Aryssa lalu mengeluarkan tisu dari bag tangannya.

"Tak apa. Dah biasa dah kena langgar dengan you." kata orang yang Aryssa melanggar.

Arsha mengerut dahi pelik. Aryssa mengangkat wajahnya. Terkedu dia melihat jejaka itu berada di hadapannya.

"Surprise?" soal jejaka itu kepada Aryssa.

Riak wajah Aryssa terus berubah dingin. Dia tidak sangka bahawa dia akan bertemu lelaki itu di sini. Tanpa sepatah kata terus Aryssa menarik tangan Arsha.

Jejaka itu pantas menahan pergelangan tangan Aryssa.

"Adam! Stop it!" Aryssa membentak. Hampir saja aksi mereka dilihat oleh orang ramai.

Arsha hanya memerhati drama tak berbayar kakak iparnya.

"What? I datang sini nak cari you? You tak rindu dekat I ke?" kata jejaka bernama Adam.

Aryssa senyum sinis.

Rindu?

"Sorry. Rindu? Hello, setahu aku aku tak ada kena mengena dengan kau. So do not disturb me."

"Plus I'm married." tambah Aryssa lalu menunjuk cincin perkahwinannya dan Ashraff.

Adam terkejut.

"Bila masa you kahwin? Kenapa I tak tahu apa-apa pun."

"Itu sebab kau tak layak dalam hidup aku." usai berkata terus Aryssa menarik tangan Arsha dari situ. Rimas dirinya melihat kewujudan Adam.

"Siapa tu kak?" soal Arsha.

Aryssa memandang wajah adik iparnya.

"Dia tu? Orang gila yang tergilakan akak dulu. Akak pun tak tahu macam mana akak ada kawan macam tu." terang Aryssa mengingat kembali kisah lalunya.

"Angah tahu?"

Aryssa geleng kepala perlahan. Dia belum berkesempatan untuk beritahu Ashraff akan hal itu.

"Nevermind about that, nanti ada masa akak beritahu Ashraff. Now, Sha masih nak lepak dekat mana-mana ke? Kalau tak, kita balik. Dah pukul berapa ni?" Jam di pergelangan dikerling kilas.

"Balik la kak. Tengok mood akak yang tak berapa okay ni, baik kita balik. Nanti ada malaun lain serang akak, akak yang susah nanti." cadang Arsha.

Aryssa angguk kepala akur. Setuju dengan cadangan Arsha.

"Sorry, tapi sebelum tu kita singgah beli sushi." Arsha hanya mengikut kakak iparnya.

Dari jauh, Adam melihat dua gadis itu berborak sesama sendiri. Senyuman sinis diukir pada bibirnya. Telefon pintar yang berada di poket belakang dibawa keluar.

"We go next, dear."

•••••

MALAM itu, Aryssa, Ashraff serta Arsha makan malam bersama. Usai makan, Ashraff berlalu ke ruang tamu manakala Arsha menolong kakak iparnya membersih dapur.

"Akak. Sha rasa yang kawan akak tu something la." ujar Arsha memberitahu apa yang dia lihat tadu.

Aryssa memandang wajah adik iparnya.

"Kenapa?"

"Tak, tadi masa lepas kita lari dari dia. Sha ternampak dia call someone sambil senyum dekat Sha dan akak. Then, masa kita pergi singgah beli sushi pun, dia ada kat situ. Sampai la kita gerak balik, baru dia hilang." cerita Arsha.

Aryssa resah. Dia bukan risau akan kekantoian dengan Ashraff tapi risau jikalau Adam ada kaitan dengan seseorang yang dia kenal rapat.

Selesai mengemas dapur terus Aryssa duduk di sofa bersama Ashraff. Arsha? Katanya tak mahu ganggu waktu berduaan abang dan kakak iparnya.

"Biy..."

Ashraff memandang kilas wajah Aryssa lalu beralih semula ke television. Aryssa menarik muka masam. Eh, siaran tv tu lagi penting ke?

"Biy..." panggil Aryssa lagi.

Ashraff buat tak dengar. Aryssa merengus perlahan. Tanpa menghiraukan Ashraff terus Aryssa bangun dari duduknya. Namun langkahnya terhenti apabila Ashraff menarik tangannya.

"Danial Ashraff!" marah Aryssa lalu terduduk di atas riba Ashraff.

Ashraff senyum. Suka tengok matanya melihat isterinya marah. Comel!

"Ya, sayang. Kenapa? Sayang ada benda nak cakap ke?" soal Ashraff sambil membelai rambut panjang isterinya. Bukan dia tak tahu isterinya cuba tarik perhatiannya tadi.

"Ish, dah la malas cakap dengan biy. Tadi orang panggil buat-buat tak dengar. Hah, layan la siaran tv tu. Best sangat kan?" sindir Aryssa pedas.

Ashraff tayang wajah seperti terkesan akan kata-kata sindiran isterinya. Namun, dia tidaklah terasa kerana dia sedar akan salahnya mengabaikan panggilan isterinya.

"Alaa, tak mau la macam ni, sayang. Okay, biy minta maaf. Sorry. Biy saja aje nak tengok sayang marah. Tu aje," ujar Ashraff, memujuk.

Aryssa menjeling menyampah. Nak tengok dia marah konon.

"Okay-okay. Sayang nak cakap apa? Cepat, biy sedia nak dengar ni." kata Ashraff bersedia hendak tadah telinganya untuk isterinua yang tercinta.

Aryssa bangun dari riba Ashraff. Namun belum sempat dia bangun, lelaki itu sudah halangnya dari bangun.

"Stay here." arahnya.

Aryssa akur. Nak tak nak terpaksalah dia duduk di atas riba Ashraff.

"Erm, actually tadi masa dekat mall, sayang jumpa dengan kawan sayang." Terjongket kening Ashraff mendengar perkataan kawan.

"Bukan sayang keluar dengan Sha ke?"

Aryssa angguk kepala mengiya.

"Ya. Sayang memang keluar dengan Sha. Kita orang jumpa tanpa sengaja. Sayang terlanggar dia then guess what? Dia cakap dia rindu dekat sayang. Gila kan?" cerita Aryssa.

Ashraff kerut dahi pelik. Bukanlah perkara sebegitu memang sesuatu yang biasa pada kaum perempuan?

"Bukan selalu kalau girl with girl selalu saling rindu ke? Macam mana sayang boleh kata dia gila?"

Aryssa menepuk dahinya sendiri. Alahai, nampak sangat suaminya sangka yang si dia yang dia kata tadi adalah perempuan.

"No, biy! He's man. Memang la sayang cakap dia gila. Then, takkan la sayang nak cakap dia rindu sayang. Sayang pun rindu dia macam tu?"

Ashraff tak dapat tahan rasa cemburunya terus buat muka cemburu. Tak sangka pula si dia yang dikatakan isterinya adalah lelaki.

"Mana la biy tahu yang dia lelaki. Biy ingatkan dia perempuan. Ya la, sayangkan tak ada kawan lelaki selain Izzat."

"Then dia buat apa aje dekat sayang? Sayang ada buat apa-apa ke dekat dia?" soal Ashraff ingin tahu apa tindakan isterinya.

"Hmm, sayang tak buat apa. Sayang tayang poker face then lari. And I think he had a relationship with someone." ujar Aryssa.

Ashraff memandang wajah Aryssa. Haih, isterinya ini ada deria keenam ke?

"Biy... Are you hiding something from me?" soal Aryssa tiba-tiba.

Ashraff terkejut. Matanya memandang wajah Aryssa. Melihat wajah cantik isterinya membuatkan dia sedar bahawa dia belum beritahu rahsianya kepada Aryssa.

"Ermm, kalau biy cakap ada. Sayang nak biy buat apa?" soalan di balas dengan soalan. Sengaja dia menyoal, mana tahu dia boleh siap sedia ke?

"Ermmm, nothing cuma Rys rasa jujur lebih baik. Ya la, mana aci Rys aje jujur. Biy tak pun," Aryssa mencebik.

Ashraff senyum. Hidung Aryssa diciutnya.

"Nanti biy bagi tahu sayang okay. By the way, esok sayang free tak?" tanya Ashraff apabila teringat akan sesuatu.

Aryssa cuba mengingat jadualnya esok. Rasanya dia tiada apa-apa jadual untuk esok.

"Free maybe? Tapi tak tahu la kalau tiba-tiba ada client nak dinner meet. Kenapa?"

"Nothing. Saja tanya." Ashraff mengalih perhatiannya ke siaran tv.

.....

Continue Reading

You'll Also Like

199K 8.8K 52
#1 Under The Ravenes Series •Never play with the king. Tak pernah terlintas di dalam minda Adriana untuk menjadi seorang babysitter sementara. Dalam...
251K 8.4K 67
***1st story*** (UNEDITED) Status: Complete! Mengisahkan tentang seorang gadis yatim piatu dan hidup sebatang kara. Memiliki raut wajah yang sangat...
704K 18.3K 53
🦋 EZRA X IZZA 🦋 #1 ❗ MATURE CONTENT 🔞 TRIGGER WARNING❗ Bertunang dengan orang lain,tiba-tiba terkahwin dengan orang lain. Kerana wang,Izza Adelia...
1M 27.8K 78
"I want to be with you for the rest of my life and if you needed me to i'd jump out of plane for you" Zafriel Love of action will be sweet if there i...