PERLAHAN lahan mata dicelikkan dan mata nya memandang wajah si suami.
"Abang." Perlahan suara Hyura memanggil. Airel menuang kan air kosong dan dibantu Hyura untuk minum.
"Siapa lah yang dengki dengan anak kita ni bang. Nasib baik lah tak jadi apa apa bahagian dalaman." Mama Humaira mengeluh perlahan. Papa Zen mengusap bahu isterinya.
"Kamu dah cari ka siapa dalang semua ni Airel?" Airel menoleh ke arah papa Zen dan mengeleng.
"Belum lagi tapi tak apa Airel akan usahakan." Mereka menganguk. Hyura pandang suami nya dan dia pandang wajah wajah orang tua mereka.
"Hyura, kuat kan diri tau. Kami nak kena balik dah ni kalau nak apa apa bagitahu mama ya?" Hyura menganguk kepalanya.
Airel mengengam jari jemari Hyura namun dia menarik tangan nya. Airel pandang wajah isterinya yang memandang ke arah lain.
Hyura bangun perlahan lahan sambil memegang perutnya. Airel mahu menolong tapi Hyura membuat isyarat agar tidak payah.
"Hyura, kau kenapa ni?" Hairan Airel bila dia hendak menolong, Hyura mencenggah.
"Saya nak berdikari." Terasa sakit di bahagian perut apabila hendak berjalan tapi dia gagah kan juga untuk ke bilik air.
"Hyura, sini la aku tolong." Kasihan dia melihat wajah sakit Hyura ketika hendak berjalan.
"Tak apa, saya tak nak menyusahkan sesiapa." Perlahan lahan dia naik atas katil semula.
"Airel." Jejaka itu menoleh memandang nya.
"Ya kenapa?" Dipandang mata redup si isteri. Hyura ukir senyuman nipis nya.
"Bila saya dah sihat, awak lepaskan saya." Jika semalam darah bagai kering dalam badan, tapi hari ni bagai roh ditarik keluar.
"Saya dah penat Airel. Saya dah penat nak mencintai awak. Saya tahan segala kata kata yang awak lontarkan. Semua saya simpan dekat sini." Ditepuk dada nya.
"Betul la apa awak cakap, saya kena campak jauh jauh rasa cinta saya dekat awak sebab awak tak akan sudi terima." Bebola mata Airel merenung tepat anak mata isterinya.
"Sudah ya? Hentikan perkhawinan ni dan saya tahu kebahagian awak bukan pada saya." Mutiara jernih mengalir ke pipi mulus itu.
"Saya tak sebaik perempuan dekat luar sana. Kisah silam saya tak akan ada siapa pun boleh terima. Siapa ja kan nak ada isteri yang dulu selalu keluar masuk club ikut suka hati." Dikesat air mata nya mengunakan belakang tapak tangan.
"Cukup sampai sini ja saya perjuangkan cinta awak Airel. Saya tak sekuat macam awak bayangkan." Hyura baringkan badan nya. Airel tergamam sendirian.
Kata kata Henry mula menerjah ke dalam fikiran nya. Hyura dah tawar hati?.
"Untuk lepaskan kau, maaf. Aku tak mampu. Aku tahu dah banyak kali hati kau sakit sebab aku tapi aku buat tak peduli." Airel hela nafas perlahan.