SENYUMAN nipis Ellia ukirkan, cuba menutupi perasaan tegangnya. "Tak ada apalah... Erm, kakak sebenarnya nak tanya satu soalan lagi. Kenapa team Crowner tak lantik Leader baru?"
Sun tersenyum pahit mendengar soalan itu. "CL left a great mark on that position. Kitorang... Tak mampu nak pikul posisi tu. But maybe, J akan ambil posisi tu tak lama lagi."
"That J... Do you trust him?"
"Urm, I do find him trustable. He's been kind to all of us since the recruitment session began. Dia ada dengan kitorang bila kitorang perlukan CL... Dia yang temankan kitorang bila CL tak ada. Dia juga yang banyak bantu kitorang plan strategy..."
Strategi? Ellia menelan liur yang terasa seperti berpasir. Bukankah kebocoran strategi merupakan punca kekalahan team Crowner? "I see. Err... Sun, strategy korang yang kononnya CL bocorkan tu... Who's the original planner?"
"Oh, it's J's ideas." Sun langsung menjawab soalan itu tanpa teragak-agak. Dia sama sekali tidak mencurigai motif tersembunyi Ellia dalam mempertanyakan soalan tersebut.
"I see."
Mata Ellia kemudian beralih ke arah jam dinding. Sudah pukul 11.30 malam! "Eh, dah lewat ni! Sun kena rehat sekarang, esok sekolah, kan?"
Sun membuat muncung itik bilamana tubuhnya ditolak lembut oleh Ellia menuju ke arah pintu. Haih, tidak tercapai hajatnya untuk berbual lama dengan kakaknya itu! "Nanti kita sambung girls talk kita eh, kakak?"
"Erm..." Ellia menganggukkan sahaja kepalanya.
Selepas Sun keluar dari biliknya, dia kemudian menutup kembali pintu biliknya. Fikirannya masih berlegar-legar, dibelenggu dengan isu pinjaman wang CL itu. CL membuat pinjaman? Tetapi, untuk apa? Atau, mungkinkah apa yang dilihat oleh ahli-ahli team Crowner ketika itu cumalah sekadar dokumen palsu?
Now that almost all the missing pieces are being found... Sooner or later, the puzzle will definitely be completed.
Namun, Ellia bimbang. Bagaimana jika dia hanya berjaya menyelesaikan puzzle itu setelah semua kebenarannya terungkap? Andai terlewat, mungkinkah semua ahli team Crowner juga akan meninggalkan dunia VRS seperti CL?
Tidak! Dia tidak akan membenarkan hal itu berlaku. Ellia pantas mencapai telefonnya. Aplikasi VRS Timeline dia periksa untuk mencari tahu lebih banyak hal lagi berkenaan masalah yang menimpa team Crowner. Semua yang berlaku ketika itu... Meski segalanya dirancang dengan begitu sempurna, pasti tetap akan ada 'lubang' yang merosakkan kesempurnaan itu.
Because there is no such thing as perfection in this flawed world.
Dia akan berusaha sebaik mungkin demi menemukan setiap 'lubang' yang ada. Mengapa? Kerana dia sesungguhnya menganggap team Crowner sebagai kawan-kawannya. Dan padanya, team Crowner itu bukanlah berjumlah tujuh ahli, sebaliknya lapan ahli. CL masih lagi sebahagian daripada team itu... Meskipun dia telah pergi.
Crowner will always be eight. No matter what, that number won't ever decrease. But whether it will increase or not, that's something no one can tell easily.
•◦✦────•◦ᘡᘞ •◦────✦◦•
Ting! Tong! Ting! Tong!
Bunyi loceng yang kedengaran itu mengejutkan Ellia dari lamunannya. Dia yang sewaktu itu sedang duduk di ruang tamu langsung mengamati jam. Pukul 2.00 petang... Siapa pula yang datang?
Setahunya, L dan Sun tidak mungkin akan pulang seawal ini memandangkan mereka berdua perlu mengikuti latihan koir sekolah. Menurut mereka, sebuah majlis istimewa akan diadakan di Sekolah Tinggi Gardenisté pada minggu hadapan. Jadi mahu tidak mahu, sebagai ahli kelas Premium, mereka wajib untuk mengambil bahagian.
Ting! Tong! Ting! Tong!
"Coming," ujar Ellia lalu membawa langkah ke pintu masuk rumah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, dia melihat dahulu identiti orang yang menekan bell rumahnya melalui paparan pada skrin wall tablet. L dan Sun? Dahinya terus berkerut kala mengetahui hal itu. Latihan koir mereka itu dibatalkan ke apa?
Tidak mahu membuatkan kaki mereka lenguh, pintu segera dibuka. "L, Sun, kak─"
"Surpriseeeeee!"
Hampir meloncat Ellia dibuatnya apabila Alex, Dan, Eli, Hope dan Yuki tiba-tiba muncul entah dari mana. Sejenak kemudian, rasa terkejutnya berganti dengan rasa gembira. Terpancar jelas biasan kegembiraan melalui ruangan matanya. "Korang!"
L dan Sun tersengih melihat reaksi kakak mereka itu. Ellia sememangnya sudah tidak kekok lagi bersama rakan-rakan sepasukan mereka. Daripada reaksinya sahaja, mereka berdua sudah dapat merasakan betapa Ellia merindui ahli-ahli team Crowner yang lain.
"Eh, jomlah masuk," pelawa Ellia.
Usai masuk ke dalam, mereka semua kemudiannya melabuhkan duduk di atas sofa. Baru sahaja mereka ingin berbual-bual, salah seorang daripada maid keluarga Lawrence mendatangi mereka. Segelas jus avocado dia letakkan di atas meja kaca. "Have a drink, miss."
Dalam bingung, Ellia menguntumkan jua senyuman kepada maid itu. Bila masa pula dia meminta dibuatkan jus? Pelik! Apabila maid tersebut beredar, barulah dia mencapai gelas berisi jus avocado di atas meja kaca itu. Akan tetapi, belum sempat dia ingin menikmati jus itu, Hope menahan tangannya. Semua yang melihat, termasuklah Ellia sendiri, terpinga-pinga dengan perbuatan gadis itu. Ada apa dengan Hope?
"Excuse me, Ellia," ucap Hope sebelum mengambil gelas yang dipegang Ellia.
Apabila Hope perhatikan jus itu, dia mendapati ada gelembung-gelembung air yang abnormal terbentuk dan terdapat lingkaran halus berwarna putih pada jus tersebut. Dalam sekelip mata, riak wajahnya bertukar tegang. Tanpa mengatakan apa-apa, dia berlalu ke ruangan dapur. Ellia dan yang lain buru-buru menyusuli gadis itu, ingin mencari tahu apa yang tidak kena dengannya.
"Drink it," arah Hope kepada maid yang memberikan jus avocado itu kepada Ellia sebentar tadi.
"Kenapa sa-saya perlu minum? Ini, kan... Un-Untuk Cik Ellia," balas maid itu dengan terbata-bata.
"Sebab saya seseorang yang paranoid. Saya takut sangat jus ni beracun. Jadi, saya nak awak rasa dulu. Well, kalau betul tak beracun... Tak apalah awak minum jus ni, kan?"
Alex, Dan, Eli, Ellia, L, Sun dan Yuki saling bertukar pandangan antara sesama mereka. Jus itu... Beracun?
"Ta-Tapi... Saya ni seorang maid... Minum jus majikan bukannya─"
"No. Sekarang ni, saya nak awak anggap diri awak sebagai seorang majikan dekat sebuah restoran. Seorang pelanggan tuduh yang minuman di restoran awak tu ada racun. Jadi untuk buktikan kredibiliti awak sebagai seseorang yang bekerja dengan telus, awak patut rasa minuman tu. Betul, kan?" Cepat sahaja Hope mencantas percakapan maid itu.
"Tapi─"
"Saya tak kesah kalau awak nak minum jus tu, Kylie. Lagipun, seingat saya... Saya tak pernah minta awak atau maid lain buatkan saya jus tadi. So, I won't claim that juice as mine. Maknanya, sesiapa pun boleh minum jus tu, termasuklah awak. Kawan saya ni cuma nak awak buktikan yang jus tu selamat untuk diminum... Jadi kalau betul tak ada apa-apa, minumlah jus tu. Tapi kalau awak tolak, itu maknanya memang ada sesuatu yang tak kena dengan jus tu." Kali ini, Ellia yang bersuara. Pandangannya tajam merenung wajah maid muda yang bernama Kylie itu.
Kylie meneguk air liurnya apabila Hope mendekatkan gelas berisi jus itu ke mulutnya. Secara refleks, tangannya menepis kuat gelas kaca tersebut bilamana muncung gelas itu menyentuh sedikit permukaan bibirnya.
Pecah berderai gelas kaca itu menyembah lantai. Permukaan lantai dapur kini basah dengan jus avocado. Wajah Kylie tampak pucat lesi. Dia menuju ke singki dan terus membuka pili air. Dia membasahkan tangannya lantas menggosok kuat permukaan bibirnya sehingga membengkak.
Hope menarik kasar pergelangan tangan Kylie, menyebabkan gadis itu berpaling menghadapnya. "Jus tu memang beracun... Betul tak? Say it. Siapa yang suruh kau racun minuman Ellia? Tergamak kau buat majikan kau sendiri macam ni, kan? Kau tahu tak racun yang kau guna tu boleh bawa maut? Apa yang kau fikir sebenarnya? Kenapa kau nak sakiti Ellia? Apa salah dia pada kau?"
Kylie menggeleng laju. "Ta-Tak... A-Aku... Tak... Tak..."
"Hope, stop it. You're hurting her," ujar Alex, risau melihat keadaan pergelangan tangan Kylie yang dicengkam kuat oleh Hope.
"I'm hurting her? Jadi, dia pula macam mana? Dia hampir bunuh Ellia dengan jus tu, okey?" Berombak kencang dada Hope menahan amarah yang menjulang tinggi di hatinya.
"Tapi, kau berjaya halang, kan? Ellia pun selamat... Jadi, Hope... You don't have to hurt her."
"Macam mana kalau aku tak sedar yang jus tu beracun? Apa yang akan berlaku dekat Ellia? Kau cuma cakap macam ni sebab Ellia okey, Alex. Kalau sesuatu berlaku pada Ellia, aku rasa kau takkan cakap macam ni dekat aku..."
Setitis demi setitis air mata Hope gugur namun pantas disekanya. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain, tidak ingin sesiapa melihat dia menangis.
"You know what, Hope? Aku tak fahamlah dengan kau ni... Kitorang semua pun marah dengan dia, okey? Tapi, takkan nak berkasar dengan Si Kylie ni pula? Kenapa kau kena emo sangat?"
"Memang kau takkan faham aku... Sebab kau tak pernah rasa macam mana perasaannya bila kau nampak ibu bapa kau mati diracun."
Alex terkedu tika Hope membalas rendah dengan suara yang pecah. Ibu bapa mati diracun? "Hope, aku─"
"Dahlah, korang uruslah dia ni sendiri..." Hope melepaskan pergelangan tangan Kylie. Lalu tanpa sebarang kata lagi, dia berlalu pergi dari situ.
Alex yang ingin mengejar serta-merta dihalang oleh Dan. Dia memandang Dan dengan raut bersalah. "Dan, aku tak tahu... Aku minta maaf..."
"Jangan minta maaf dekat aku, Alex. I'm not the person that you have hurted," balas Dan.
Kemudian, dia bersegera meninggalkan mereka semua yang berada di situ untuk mendapatkan Hope. Gadis itu... Perlukan dia.
"Jangan risau... Dan akan tenangkan Hope." Eli melempar bicara ketika menyedari Alex, Ellia, L, Sun dan Yuki masing-masing menayang raut bimbang. "Jadi sekarang, apa kita nak buat dengan dia ni?" Dia menjongketkan keningnya.
"Aku ada idea," kata Yuki.
"Apa dia?" Soalan itu serentak meluncur keluar dari mulut lima orang manusia lain di ruangan dapur tersebut.
Sementara itu, Kylie cuma dapat menundukkan kepalanya. Dia sudah membuat kesilapan besar saat dia bersetuju untuk mencelakai puteri sulung pasangan Sienna Jennings dan Blair Lawrence itu.
〄⨾〄⨾〄
▒▒▒▒▒▒
Does it make any sense? 😂😳👀 Adei, apa-apa ajelah... Makin lama, kan... Makin ke laut cerita ni😌
But seriously, Yna dah lama rancang scene ni dalam kepala😂 Kenapa? Well, why eh? 👀🤔😏
By the way, about the wall tablet... Faham-faham ajelah ya maksudnya? Dia macam tablet tapi melekat dekat dinding... Tablet tu sebuah gajet yang bersambung melalui Wi-Fi dengan doorbell rumah Ellia😂😂
P/S: Doorbell tu bukan dekat gate... Tapi dekat luar pintu masuk rumah Ellia. Rumah Ellia punya kawalan keselamatan tak ketat sangat kalau bahagian gate, tapi bila dah masuk gate... Nak masuk rumah dia tu memang hmm-
Apa-apa sekalipun, thanks for reading! 💜💜☺️