"Omae wa shigoto ga dekinain da na!" (Kau ni memang bodoh kalau buat kerja!)
Miranda hanya menekur pandangan ke lantai. Rosie yang berdiri di sebelahnya sekadar jungkit hujung bibir. Sudah dua kali buat kerja masih gagal. Teringin nak hilang kepala agaknya si Miranda ni. Dia sesekali melirik ke arah Hisoka yang tenang duduk menghisap rokok cerut di hadapannya. Hari ini mereka berempat di arahkan ke sini. Entah apa lagi plan yang Hisoka nak buat selepas ini.
"Sumimasen, okyakusama. Watashi no kashitsu desu" (Maaf tuan. Salah saya) Miranda berkata perlahan. Terasa kecut perutnya walaupun nada suara Hisoka kedengaran lembut, tapi berbahaya di sebaliknya.
"Macam mana Shin boleh tahu kau yang cuba nak langgar isteri dia?" Soal Hisoka sambil melihat ke arah Miranda.
"S..saya tak tahu tuan. Saya dah buat semuanya untuk menyembunyikan identiti saya. Tapi dia dapat hidu jugak yang saya memandu kereta tu"
"Sebab tu aku kata kau bodoh. Kerja paling senang tu pun kau gagal nak buat!" Hisoka mula bertempik nyaring.
"Masuta, itsu kōdō shimasu ka?" (Tuan, bila kita nak bertindak?) Soal Akito yang berdiri di sebelah Hisoka.
Hisoka tidak terus menyahut. Dia memejam mata rapat sambil menghisap rokok cerutnya sehingga habis. Hujung bibir di jungkit sinis.
"Masa majlis perkahwinan anak Jay"
Miranda dan Rosie berpandangan sesama sendiri. Begitu juga dengan Rayyan dan Fikri.
"Macam mana tuan?" Soal Akito lagi.
"Aku akan datang ke majlis tu seperti biasa. Kamu berempat nanti yang akan bertindak" Hisoka terus memandang tepat ke arah Rayyan, Fikri, Rosie dan Miranda.
Mereka berempat kerut dahi. Masih kurang jelas dengan apa yang Hisoka sampaikan. Nak bertindak yang macam mana tu? Masa majlis perkahwinan? Dah tentu-tentu ramai orang akan hadir masa tu nanti.
"Errr bertindak yang macam mana tu tuan?" Soal Rosie ingin tahu.
Takkan lah mereka nak tunjuk muka datang ke majlis tu. Sah-sah la nanti kena halau. Memang tak lah keluarga Jay tu nak terima selepas mereka buat hal sebelum ni dengan anak-anak Jay tu.
Hisoka ketawa lantang. Sambil jemari mengusap-usap dagunya perlahan.
"Rayyan and Fikri will cut off the electricity" Balas Hisoka mudah.
Rayyan dan Fikri terus memandang antara satu sama lain. Hari tu putuskan brek, lepas ni putuskan elekrik pulak? Silap-silap haribulan ada juga yang mati kejung ni nanti.
"Then who's your target sir?" Soal Rosie lagi.
"Nyawa Jay"
"Nyawa? Nyawa Jay?" Soal Rosie tidak faham.
"Err maksud tuan anak-anak dia ke? Ta..tapi macam mana? Kan masa tu majlis persandingan mereka" Tak habis fikir Rosie sekarang. Macam mana nak culik? Takkan lah nak pergi culik Jazeel dan Nashmia? Nanti tak sempat nak culik, mereka yang kena tibai dulu.
"Stupid!" Hisoka ketap rahang.
"Jay's Tamashii. Dan kau tahu siapa yang aku maksudkan"
"Takkan dia seorang saja tuan?" Rosie tidak puas hati.
"Yang lain terpulang pada korang semua nak balas dendam dengan siapa. Yang aku tahu, kali ni tak ada yang gagal! Kalau gagal, nyawa kamu berempat akan melayang!" Hisoka berkata tegas.
"Akito, ima minato ni ikitai" (Akito, aku nak ke pelabuhan sekarang) Hisoka bingkas bangun dan terus berlalu keluar dari situ.
"Hai, Masuta" (Baik, tuan)
Selepas Hisoka dan Akito keluar dari situ, Rayyan dan Fikri terus bersuara. Masing-masing memikirkan tentang arahan Hisoka tadi.
"Nak kena putuskan elektrik ni Rayyan. Bukan bilik pencawang hotel tu di kawal ketat oleh security ke?" Fikri garu kepala.
Rayyan berdecit. Apa la bodoh sangat si Fikri ni.
"Kau ni nak kata bodoh, tapi belajar sampai Universiti. Cuba guna sikit otak kau tu fikir!"
"Argh! Aku bukan jenis yang suka nak berfikir. Kau bagitahu aku je, senang" Fikri bercekak pinggang sambil memandang ke arah Rayyan. Mahu mendengar idea lelaki itu.
"Apa kau susah, esok kita tibai la security yang ada. Lepas tu kau dengan aku menyamar la jadi security"
Terus terlopong mulut Fikri mendengar idea bernas yang diutarakan oleh Rayyan tadi.
"Fuh! Tak sangka bergeliga jugak otak kau ya Rayyan. Memang padanlah jadi penyangak. Kahkahkah!" Terus berdekah-dekah Fikri ketawa.
Pap!
Ketawanya serta merta terhenti bila kepalanya dipukul oleh Rayyan.
"Hei sial! Kepala jangan main!" Fikri menjerkah. Kurang ajar!
"Kau yang sial!" Rayyan membalas.
"Aku nak culik Bunga. Ikut plan kita yang asal" Fikri jungkit hujung bibir. Dia masih belum berpuas hati lagi. Jadi, dia akan culik Bunga masa majlis perkahwinan tu berlangsung nanti. Untung nasib, dia yang dulu merasmikan malam pertama dengan Bunga nanti. Dia terus tertawa jahat di situ.
"Aku okay je. Aku pun nakkan si Bunga tu"
Fikri menjeling tajam ke arah Rayyan. Kurang ajar betul mamat ni tak nak mengalah. Tak apa, tengok siapa akan jadi yang pertama nanti. Nanti dia akan tibai jugak mamat tak semenggah ni. Bodoh!
"Ha, dan kau berdua ni, apa rancangan korang? Nak perdajalkan siapa selain dari nyawa Jay tu?" Rayyan memandang ke arah Rosie dan Miranda yang buat muka sejak tadi melihat dia dan Fikri.
"Aku nak Shin" Miranda bersuara sambil berpeluk tubuh.
Rosie mencebik. Kepala otak perempuan sekor ni memang tak ada fikir orang lain lagi ke.
"Kau ingat petik jari ke kau nak culik Shin tu Mira?" Rosie menyoal dengan muka tidak puas hati.
"Habis tu, nak culik Mia?" Soal Miranda seakan tidak setuju.
"Kau tak dengar ke apa arahan Hisoka tadi? Dia suruh kita culik siapa?"
"Argh!!! Bangsat betul! Tapi macam mana pun, Shin tu mesti jadi milik aku. Dan aku akan pastikan nyawa Mia tu berakhir di tangan aku" Miranda ketap gigi dengan kuat bersama pandangan mata yang mencerlung tajam. Sungguh dia sangat bencikan Nashmia!
"Terpulang pada kau. Jomlah blah dari sini!"
Mereka terus meninggalkan kawasan apartment Hisoka. Mahu mengatur rancangan yang sudah dirancang tadi agar berjalan dengan lancar nanti.
Malam ini, Shin mengambil keputusan untuk menyiasat di mana keberadaan ayah tirinya. Dia tidak betah berdiam diri selepas mengetahui yang Hisoka itu ada hubungan persaudaraan dengan keluarga isterinya dan turut mempunyai niat tidak baik terhadap keluarga mereka. Apa yang Hisoka nak lakukan sebenarnya?
Dia mengendap di kawasan pelabuhan. Dia datang sendirian ke sini. Mata melilau ke sekeliling kawasan pelabuhan yang sunyi sepi. Sekarang sudah pukul 11 malam. Dia melihat ke arah deretan beberapa buah kapal besar yang berlabuh di situ. Dia mahu mencari kepastian. Samada Roka itu adalah Hisoka atau bukan.
Matanya ralit memerhati beberapa buah kapal yang ada di situ. Melihat keadaan sedikit lengang, perlahan-lahan dia berlari ke arah kawasan kontena dan bersembunyi di situ. Dia mengintai lagi ke arah deretan kapal di situ. Cuba mencari sesuatu. Dan matanya terus berhenti ke arah sebuah kapal besar berwarna putih tidak jauh dari situ.
Kelihatan ada beberapa orang manusia berada di atas kapal sedang mengusung beberapa buah peti besar yang tidak diketahui isi kandungannya. Shin kerut dahi. Tidak berpuas hati, dia bergerak dengan lebih dekat. Mahu melihat apa yang sekumpulan manusia itu sedang buat.
Dalam pada dia ralit memerhati, dia terlihat sosok tubuh seseorang mengenakan kot labuh, kepala bertopi dan rokok cerut di tangannya. Rokok cerut itu yang membuatkan hatinya semakin tertanya-tanya.
Shin terus bergerak senyap-senyap dan sekarang dia sudah berada lebih dekat dengan badan kapal. Kepalanya meninjau keluar dan matanya terus melihat ke arah tulisah HISOKA yang tertulis pada kapal berwarna putih itu.
Ini bermakna memang benar Hisoka berada di sini? Dan adakah lelaki bertopi yang menaiki kapal itu tadi Hisoka?
Shin semakin ingin tahu. Dan dia merangkak perlahan menuju ke tangga untuk naik ke atas kapal selepas dia memastikan tiada orang-orang Hisoka yang lalu lalang di sekitar situ. Ketika dia sudah berjaya naik ke atas kapal, Shin terus bersembunyi di tempat yang sedikit tersorok. Memerhati beberapa orang manusia yang lalu lalang membawa peti turun naik kapal.
Nampak sibuk benar mereka ni? Apa yang ada dalam peti tu sebenarnya?
Kening bertaut bila dia sempat melihat tanda yang terdapat di tengkuk salah seorang lelaki itu tadi. Tanda seperti yang Nashmia katakan ketika mereka kena serang di Tokyo dulu. Masuta-H.
Masuta-H? Shin mengetuk-ngetuk pelipisnya.
Masuta-H.. Masuta Hisoka? Dan dia terus ternganga bila tekaannya seakan tepat dengan perkataan itu.
Ini bermakna kejadian di Tokyo dulu memang angkara Hisoka? Jadi dia dah lama perhatikan Jazeel dan Nashmia? Oh god... Shin hampir saja tidak percaya. Terlalu bijak Hisoka membuat perancangan dalam diam tanpa sedar. Dan bermaksud dia memang sudah lama memburu keluarga isterinya.
Dan bisnes apa yang Hisoka buat sebenarnya ni? Melihat pintu masuk kapal di situ tiada di jaga oleh sesiapa, Shin terus menyelinap masuk penuh berhati-hati. Dia memerhati sekeliling dalam kapal. Memang ada terdapat beberapa deretan buah kereta mewah di situ.
Namun dia lebih ingin tahu isi kandungan dalam peti besi itu sebenarnya. Seakan Hisoka ni menyeludup dan membekalkan sesuatu kepada orang di sini. Tapi kepada siapa? Shin semakin penasaran ingin tahu. Dia kekal bersembunyi di situ bila terdengar perbualan seseorang tidak jauh dari situ.
"Subete no hako wa Tansuri ni hikiwatasaremashita ka?" (Semua peti dah diserahkan kepada Tan Sri?)
"Ryōkai shimashita, go-shujinsama. Mamonaku, Tansuri ga saishin no buki ni tsuite hanashiau tame ni koko ni kimasu" (Dah tuan. Sekejap lagi Tan Sri akan datang ke sini untuk berbincang tentang senjata yang terkini)
"Yoi desu ne. Subete ga sumūzu ni susumu yō ni kakunin shite kudasai. Tsurenai yō ni shite kudasai" (Bagus. Pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Jangan sampai tertangkap)
Akito menunduk. Tanda menurut arahan.
Shin yang sedang pasang telinga, kerut dahi. Tan Sri? Tan Sri yang mana mereka maksudkan ni? Tak mungkin Tan Sri Borhan? Shin geleng kepala. Tak mungkin. Dia menidakkan semua itu.
Kelihatan seorang lelaki berjalan masuk ke dalam kapal.
"Tan Suri ga kochira niimasu, go-shujinsama" (Tan Sri dah berada di sini tuan)
"Kare ni haitte moratte kudasai" (Suruh dia masuk) Arah Hisoka perlahan.
Lelaki itu terus saja membawa Tan Sri yang dimaksudkan itu masuk dan bertemu dengan Hisoka di situ.
Shin semakin mahu mengintai dan melihat siapakah gerangan Tan Sri yang berdiri membelakanginya itu. Mukanya di tutup dengan pelitup muka dan topi menutup sebahagian dari matanya. Jadi agak sukar untuk dia mengecam wajah Tan Sri itu.
"Hello Tan Sri, apa khabar?" Hisoka berjabat tangan dengan Tan Sri itu.
"Khabar baik tuan. Macam mana barang yang saya nak? Sudah ada?" Soal Tan Sri itu tidak sabar.
"Oh ya. Ada... ada... mari ikut saya"
Hisoka terus berlalu dari situ dan menghala ke arah sebuah lagi bilik kecil diikuti oleh Tan Sri tadi bersama dengan Akito. Mereka terus menghilangkan diri di situ. Shin yang mengendap di situ semakin tidak berpuas hati. Dia bergerak keluar dari tempat dia bersembunyi. Mahu mencuri dengar perbualan sekumpulan lelaki itu di dalam bilik tersebut.
Shin terus menekap telinganya pada daun pintu. Berharap dia dapat mendengar perbualan mereka di dalam sana. Sesekali matanya melilau ke sekeliling bimbang kalau dia tertangkap dengan orang-orang Hisoka mengendap di situ.
Sementara di dalam bilik itu, Hisoka terus membuka peti besi besar dihadapannya. Sebaik saja peti itu terbuka, terdapat beberapa bilah pedang, senapang dan juga pistol yang pelbagai jenis tersimpan rapi di situ.
"So Tan Sri? Macam mana? Originally dari Jepun" Hisoka tertawa lantang.
Tan Sri mengangguk kepalanya tanda berpuas hati selepas melihat isi kandungan dalam peti besi itu. Kerana dia akan menjual pula senjata-senjata itu kepada pengganas di sempadan negara nanti. Keuntungan yang diperolehi berlipat kali ganda daripada biasa. Dan dia sudah lama berurusan dengan Hisoka berkaitan penyeludupan dan pembelian senjata-senjata dari Jepun ini.
Dan dia sentiasa saja selamat dari serbuan dan tuduhan hanya kerana kuasa dan pangkat yang dia ada untuk menutup mulut pihak berkuasa. Sekarang semuanya boleh saja dilakukan dengan duit. Dan hakikatnya, manusia sanggup menjual maruah diri demi duit sehingga lupa diri.
"Okay. Saya suka. Uruskan untuk saya semua ini sebab saya nak terus hantar ni ke sempadan malam ini jugak. Mereka sudah menunggu di sana"
"Boleh saja Tan Sri. Tak ada masalah. Orang-orang saya akan uruskan secepat mungkin" Hisoka menepuk-nepuk bahu Tan Sri perlahan.
Tan Sri tertawa.
"Yang ini sudah selesai. Macam mana dengan perancangan kita yang satu lagi tu?" Soal Tan Sri kepada Hisoka.
Hisoka jungkit hujung bibir. Senyum senget.
"Itu Tan Sri jangan bimbang. Rancangan sedang di susun. Dan pasti akan berjaya. Dan jangan sampai sesiapa syak dengan kita Tan Sri" Hisoka memberi peringatan.
"Ya saya tahu. Setakat ini tiada sesiapa pun yang syak. Saya pun dah lama menyepikan diri untuk beberapa minggu ni supaya semua beranggapan yang saya sudah slow down dalam dunia politik ni. Hahahahaha"
"Wow! Hebat Tan Sri ya. Bagus" Hisoka angguk kepala.
Prangggg!!!
Serentak itu tawa Hisoka dan Tan Sri mati bila mendengar bunyi benda jatuh yang datangnya dari luar bilik itu. Mereka terus berpandangan sesama sendiri.
"Bunyi apa tu?" Soal Tan Sri tidak senang hati.
"Nampaknya ada orang sedang mencuri dengar perbualan kita. Argh!!!!!!" Wajah Hisoka terus berubah garang sebelum dia melangkah laju ke arah pintu.
Oh shitt!! shittt!!!!
Shin yang telah terlanggar susunan tin di belakangnya, mendengus geram. Dan bila dia melihat beberapa orang lelaki mula berlari masuk ke dalam kapal, Shin bingkas berdiri. Dia kena keluar dari sini.
Hisoka terus menguak kasar daun pintu sebelum matanya tertangkap kelibat seseorang yang sudah berlari dari situ.
"Tsukamaeru made kare o tsukamaete! Soshite korosu nda!" (Tangkap dia sampai dapat! Dan bunuh!) Terus bergema jeritan Hisoka memenuhi ruang dalam kapal.
Orang-orangnya terus berlari laju mengejar Shin yang sudah terjun keluar dari perut kapal.
"Siapa tu Hisoka? Adakah dia dah dengar perbualan kita tadi? Saya tak nak ada sesiapa tahu hal ini. Saya nak orang tu mati!" Tan Sri ketap rahang. Jahanam rancangannya nanti kalau rahsia ni bocor.
"Jangan bimbang Tan Sri" Hisoka berkata sebelum dia terus berlalu dari situ.
Shin terus berlari selepas dia berjaya melompat keluar dari kapal. Dia tidak mahu sesiapa melihat wajahnya. Lantas jaketnya terus di tarik ke atas untuk menutupi separuh dari wajahnya. Dia menoleh ke belakang dan beberapa orang lelaki sedang mengejarnya dengan pantas.
"Kare o oikakero!" (Kejar dia!)
Damn!