CINTA UNTUK KANDA

By MissNrsai

86.7K 3.6K 223

2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal... More

BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
EPILOG
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Special Chapter 3
Special Chapter 4

BAB 3

1.8K 77 1
By MissNrsai

Arman henyakkan punggung ke sofa. Setelah sebulan dia tak dapat balik kerana perlu menyiapkan beberapa tugas. Akhirnya, dapat juga dia pulang ke rumah ibu bapanya. Rindu sungguh pada keluarga. Tapi sayangnya, mummy dan daddy dia tak ada rumah. Sibuk membantu menyiapkan majlis dirumah Aunty Bella. Petang nanti ada majlis hari jadi Nuryn Maleeqa. Anak kepada arwah Afiq dan Fara yang dijaga oleh Lydia. Isteri kedua Afiq. Sekarang dah jadi isteri Aniq, adik Afiq.

"Assalamualaikum."
Kedengaran salam diberikan membuatkan Arman berpaling ke belakang. Terlihat Puteri Amani yang baru melangkah masuk ke dalam rumah.

"Eh my sister dah balik," pantas Arman bangun mendapatkan kakaknya.

Amani mengurut dadanya sendiri. Terkejut bila melihat Arman. Dia ingatkan tiada sesiapa diruang ramu. Mujur dia tak kena serangan jantung.

"Kau ni dik...terkejut kakak. Bila balik?" soal Puteri Amani sebelum menyambung semula langkahnya tadi.

"Baru saja. Arman baru je nak baring dekat sofa ni, tiba-tiba kakak balik pula."
Puteri Amani mengangguk faham. Tengok muka Arman pun dia tahu Arman tengah penat. Kesian pula dia tengok Arman. Tapi waktu ni je dia kesian. Tunggu sajalah esok. Orang lain patut kesiankan dia. Dia dah boleh agak, mesti dia akan jadi mangsa buli Arman.

"Kau pergilah naik bilik. Rehat dekat dalam bilik,"

"Hmm yalah. Arman naik atas dulu," kata Arman sebelum dia bangun untuk menuju ke biliknya.

"Arman, petang nanti pergi dengan kakak ya?"

Arman memberhentikan langkahnya. Dia membalikkan tubuh menghadap Puteri Amani.

"Kakak drive?" Arman menyoal.

"Kenapa kakak pula? Armanlah yang drive,"

"Kalau macam tu kita pergi asing. Kakak pergi dengan kereta kakak. Arman pergi dengan kereta Arman,"

"Alaa bolehlah. Kakak penat nak drive. Kita pergi dengan kereta Arman,"

"Habis kakak ingat Arman tak penat ke?" soal Arman.

"Kakak bagi duit minyak. RM 50 cukup tak?"

"Cukuplah, kak. Apa yang tak cukupnya. Dekat je rumah aunty Bella tu. Nanti dalam kereta tu, kakak tidur je. Mesti kakak penatkan?"

Puteri Amani tersenyum sinis. Mudah betul dia mempergunakan adiknya. Arman tu pantang orang sebut duit. Laju saja. Tak kisah nilainya berapa. Asalkan duit. Yang malas terus jadi rajin.

Petang itu, Arman menjalan tugas sebagai pemandu kakaknya. Puteri Amani pula sudah lena disebelah. Padahal jarak dari rumahnya ke rumah Aunty Bella bukan jauh mana pun. Lebih kurang setengah jam je.

Sampai saja dirumah Aunty Bella, Arman dan Amani terus masuk ke dalam rumah. Ramai juga tetamu yang hadir. Mungkin jiran-jiran aunty Bella.

Kelibat Atiq yang sedang duduk bersama Haura menjadi sasaran matanya. Laju saja kaki di atur menuju ke arah mereka berdua. Agak lama tak bermesyuarat bersama mereka.

"Eh bigboss Arman!" Haura terlebih dahulu menyapa apabila melihat Arman yang sedang berjalan menghampiri mereka.

Arman sengih. Dia boleh nampak keterujaan Haura bila melihatnya. Haura dengan semua orang dia ramah. Anak bongsu Uncle Emir dan Aunty Hanan ni seorang memang agak lain dari adik beradiknya. Yang bongsu ni, terlebih aktif. Dan Haura sangat berbeza dengan kembarnya, Eiman.

"What's up, bro? Lama tak balik sini. Sibuk sangat ke?" Atiq menyoal. Arman labuhkan punggungnya disebelah Atiq.

"Ya, sibuk sangat. Hujung semester macam ni, semua pensyarah berkejaran nak bagi assignment. Suka bagi last minute,"

"Eleh...kau apa kurang? Suka siapkan kerja last minute. Dan aku yakin, kau pun akan siapkan semua assignment tu last minute,"

Arman ketawa. Atiq memang hebat meneka. Rasanya semua orang tahu perangai dia macam mana. Memang jenis buat kerja last minute.

"Jangan kahwin nanti pun kau buat kerja last minute. Baru kalut kau nanti," kata Haura pula.

"Alahai kau ni. Sengaja nak mendoakan aku macam tu. Masin mulut kau nanti macam mana?"

"Biar sajalah. Baru kau tahu padahnya," balas Haura.

Arman mengecilkan mata memandang Haura. Nak je dia luku kepala Haura.

"Eh Yadh mana?" soal Arman. Saja nak tukar topik. Malas nak sambung percakapan mereka tadi.

"Aku dekat sini. Kenapa? Kau rindu aku ke?" soal Tengku Fayyadh sebelum dia duduk bersama mereka.

"Aku rindu? Lambat lagi. Pengsan bangun semula pun aku takkan rindu kau," kata Arman.

Tengku Fayyadh ketawa.

"Kau mengaku sajalah, Man. Macam aku tak kenal kau. Jenis yang ego tinggi,"

"Aku serius tau. Sebab rindu pada kau, tak mendatangkan faedah. Kalau rindu bini, dia lain sikit. Banyak faedah," ujar Arman sambil tersenyum.

"Belajar pun tak habis lagi. Ada hati nak kahwin,"

"Aku..."

"Arman! Sini kejap, tolong mummy angkat galon air ni."

Tak jadi Arman nak meneruskan percakapannya. Dia bangun lalu mengikuti langkah mummynya.

Usai membantu mummynya, Arman duduk sendirian didapur. Nak menghilangkan rasa penat. Sepuluh galon air juga dia angkat. Sakit pinggang.
Arman bangun kemudian dia buka peti sejuk. Hajatnya nak minum air, tapi lain pula yang dia nampak. Ada kek. Dia keluarkan kek itu lalu dia ambil sepotong. Sedap. Dia ambil lagi sepotong. Sedap sehingga menjilat jari.

"Arman!" laju Haura menghampiri Arman.

"Kau ni, Haura. Terkejut aku,"

"Arman, ini kan kek..." Haura dan Arman saling berpandangan.

"Allahuakbar!" terbuka luas mata Arman. Baru dia sedar itu kek untuk hari jadi Nuryn sekejap lagi. Habislah dia.

"Kau ni, Arman. Buat hal betul. Kenapa kau makan kek ni?" soal Haura geram.

"Aku lupalah, gila! Aku lapar tadi," jawab Arman sambil garu kepala.

"Dekat depan tu ada makanan, Arman. Yang kau gatal nak makan dekat sini tu kenapa?" marah Haura.

"Habis aku nak buat apa ni?" wajah Arman dah cuak. Dia buat kesalahan besar kut. Memang cari nahas.

"Kita beli kek baru. Kau ikut aku."
Arman mengangguk laju sebelum mengikut langkah Haura. Otak dia dah tak boleh nak berfikir dengan baik. Ikut sajalah kata Haura.

Sampai saja di kedai kek, mereka berdua ditimpa masalah lagi. Kek yang sedia ada Cuma yang gambar spiderman. Nuryn tu perempuan. Tak kena dengan tema. Nak tak nak, terpaksa juga mereka beli. Bolehlah tu daripada tak ada kek langsung.

Bila majlis hari jadi bermula, Arman dan Haura gelabah semacam. Sampai berpeluh. Gelagat mereka berdua itu disedari oleh Tuan Hafiz, daddy Arman.

"Kau orang berdua ni kenapa? Demam ke?" soal Tuan Hafiz.

Arman menggeleng laju. Begitu juga Haura. Takkan pula Arman nak mengaku kesalahan dia tadi.

"Arman penat?" Tuan Hafiz menyoal lagi. Arman geleng lagi. Kening Tua n Hafiz sudah bersatu. Lain macam saja dia tengok Arman tu. Macam ada sesuatu yang tak kena.

"Daddy, nape kek Nuyen ada pedeman?" soal Nuryn pada daddynya.

Arman dan Haura buat-buat tak dengar soalan anak kecil itu. Pura- pura sibuk dengan handphone sendiri.

Aniq lihat kek yang baru diletakkan di atas meja. Benarlah, kek itu gambar spiderman. Isteri dia salah tempah ke? Rasanya dia dah bincang dengan Lydia untuk tempah kek dengan tema Frozen.

"Sayang, bukan ke kita bincang nak tempah kek gambar Frozen ke?" soal Aniq pada isterinya yang sedang menghampiri.

"Ya, kenapa? Tuan kedai salah bagi kek ke?" soal Lydia semula. Tuan kedai kek tak ada pula bagitahu dia apa-apa. Dia pun tak tengok isi dalam kek semasa dia ambil di kedai pagi tadi.

"Gambar spiderman," kata Aniq. Lydia tayang wajah tidak percaya. Biar betul?

"Tapi saya dah tempah kek Frozen macam yang kita bincang tu. Kenapa jadi macam ni?" Lydia menyoal risau. Bimbang kalau Nuryn kecewa dengan kek hari jadinya.

"Cokey, mummy. Nuyen cuka pedeman. Macam abang opik. Abang opik cuka pedeman," kata Nuryn sambil tersenyum menayangkan giginya.

Lydia tersenyum lega. Dia sangka Nuryn akan sedih. Ubun rambut Nuryn dikucup lama.

"Abang opik, cini. Teman Nuyen," panggil Nuryn. Taufiq berjalan mendekati. Dia tersenyum saja bila Nuryn tak lupakan dia untuk tiup lilin bersama.

Taufiq merupakan anak tiri Tengku Fahmi. Tengku Fahmi berkahwin dengan janda anak satu. Dah jodoh dia. Tengku Fahmi juga dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Tengku Farisya.

Arman dan Haura mengurut dada masing-masing. Lega bila Nuryn tak memberontak bila kek hari jadi sudah bertukar tema. Maklumlah, Nuryn dah bersiap pakai gaun Elsa. Tapi kek tema Spiderman. Tak kena langsung.

"Arman," seru Tuan Hafiz. Laju Arman angkat kepala memandang Tuan Hafiz.

"Ya daddy?"

"Don't tell me...kek tu bertukar tema disebabkan Arman?" soal Tuan Hafiz mencerlung tajam ke dalam anak mata Arman.

"Errr daddy...Arman...Arman..."

"Haris Arman Bin Muhammad Al-Hafiz!!!" bergema satu kediaman milik Tuam Adam dan Puan Bella apabila Tuan Hafiz menyebut nama penuh nama anak bongsunya.

"Daddy...Arman minta maaf. Arman tak sengaja. Arman..."

"Pergi minta maaf dengan Aniq. Bukan dengan daddy," kata Tuan Hafiz tegas.

Arman akur lalu menghampiri Aniq dan Lydia. Wajah paling comel dia tayangkan dengan harapaan yang Aniq dan Lydia akan memaafkannya.

"Aniq, Arman minta maaf. Arman tak sengaja makan kek Nuryn. Jadi Arman ganti dengan kek Spiderman tu," jujur Arman sambil bibirnya dicebikkan.

Aniq geleng kepala. Dia dah agak. Itu bukan kek asal yang ditempah oleh isterinya.

"Tak apalah, Arman. Asalkan ada kek. Nuryn pun okay. Dia suka je dengan kek tu," kata Aniq sambil menepuk bahu Arman.

"Abang Aniq...Haura pun nak minta maaf. Haura pun bersubahat dengan Arman. Haura pun salah," jujur Haura pula.

Puan Hanan dan Tuan Emir masing-masing menggeleng kepala mendengar pengakuan Haura. Pengakuan Haura memang tepat dengan tekaan mereka. Patutlah mereka lihat Arman dan Haura keluar bersama tadi. Rupanya pergi cari kek yang baru.

"Nuryn, uncle minta maaf ya?"

"Cokey. Nuyen cuka pedeman. Tengyuu, uncle."

Arman tersenyum. Comel pula dia tengok Nuryn senyum padanya. Nuryn senyum sebijik macam arwah Fara. Rindu pula dia pada arwah Fara dan Afiq.




SHAFIYAH duduk bersila di atas katil sambil melihat design pakaian yang direka olehnya sekejap tadi. Sepatutnya waktu macam ni dia sudah tidur. Akibat minum kopi, rasa kantuk itu tak kunjung tiba. Maka terhasillah design baru lagi. Namun, mampu disimpan saja. Dia sepenuhnya bekerja dengan syarikat papa yang jauh dari bidangnya. Bakat yang ada disia-siakan begitu saja.

Bunyi pintu ditolak dari luar membuatkan Shafiyah berpaling. Terlihat mama yang sedang berdiri di depan pintu. Satu senyuman manis dia hadiahkan buat mamanya.

Datin Sofea turut membalas senyuman anaknya sebelum menghampiri Shafiyah. Dia tahu punca anaknya belum tidur lagi. Mesti akibat minum kopi. Puas dia melarang, Shafiyah bukan nak dengar. Dia bukan apa, takut menjejaskan kesihatan jika kerap kali tak tidur di waktu malam.

"Sha buat apa tak tidur lagi?" soal Fatin Sofea sebaik saja melabuhkan punggungnya di birai katil milik Shafiyah.

"Sha tak rasa nak tidur lagi. Jadi Sha buat design baru. Cantik tak, ma?"
Datin Sofea melihat beberapa helaian kertas yang dilakar oleh Shafiyah. Bibir menguntum senyum. Anak daranya itu memang berbakat.

"Cantik," sepatah saja jawapan Datin Sofea cukup membuatkan Shafiyah tersenyum lebar. Shafiyah tahu bahwa mamanya itu ikhlas memuji.

"Thank you, ma."

"Sha dah tahu ke nak buat apa supaya Sha tak kerja dekat Syarikat papa?" soal Datin Sofea.

"Belum, ma. Sha buntu. Tapi Sha ada tefikir nak buka butik sendiri. Mama rasa okay ke?" Shafiyah bertanya pendapat.

"Not bad idea Sha tu. Tapi, nak buka butik pun Sha kena ada ilmu perniagaan. Kalau Sha tangguhkan dulu hasrat Sha tu boleh? Kerja di syarikat papa lama sikit. Ambil pengalaman macam mana nak buat business," cadang Datin Sofea.

Shafiyah dah mula tayang wajah kecewa. Ingatkan mama akan setuju dengan cadangannya. Tapi nampak gaya mama dia pun tak berapa nak setuju. Kalau bagitahu papa, lagilah papa tak setuju.

"Ehem!" bunyi suara berdehem membuatkan Shafiyah dan mamanya menoleh. Terlihat Datuk Huzair sedang berdiri di depan pintu.

Cepat-cepat Shafiyah menyusun semua lakarannya tadi dan diletakkan ke dalam laci meja ditepi katilnya. Takut papanya nampak. Sejak dia bekerja di syarikat papanya, dia tak pernah tunjukkan diri sebagai seorang fashion designer. Takut papanya melarang. Walaupun papanya tak pernah nak sebut tentang itu.

"Papa..." Shafiyah tersenyum. Datuk Huzair turut masuk ke dalam bilik itu.

"Kenapa abang datang sini?" soal Datin Sofea pada suaminya.

"Abang datang cari isteri abang," jawan Datuk Huzair.

"Amboi, papa ni! Tak boleh nak berpisah sekejap dengan isteri dia. Tak hilang punlah isteri papa ni,"

"Papa bukan boleh percaya sangat dengan Sha. Ini pun Sha culik isteri papa,"

"Eh, mama yang datang serah diri dekat sini. Bukan Sha culik mama,"

Datuk Huzair ketawa. Dia tahu bahawa isterinya sendiri yang datang ke bilik Shafiyah.

"Sha buat apa tak tidur lagi?" soal Datuk Huzair.

"Papa buat apa tak tidur lagi?" soalan dibalas soalan. Datin Sofea yang jadi pemerhati hanya mampu tertawa.

"Papa cari isteri papa,"

"Mama ganggu Sha. Sebab tu Sha tak tidur lagi," bulat mata Datin Sofea bila Shafiyah menuduhnya.

"Mama pula dipersalahkan?"

"Habis mama diam je. Sha petiklah nama mama." Shafiyah tersengih menayangkan gigi.

"Apa yang Sha simpan dalam laci tadi?" soal Datuk Huzair.

Shafiyah sedikit cuak. Dia sudah agak papa nampak. Tak sangka pula papa akan bertanya.

"Tak adalah. Kertas lama. Ingat nak buang. Sha kemas bilik sikit tadi," tipu Shafiyah. Taknaklah dia bagitahu papa tentang apa yang dia buat lagi.

Datuk Huzair tersenyum sinis. Shafiyah tipu dia. Bukan dia tak dengar perbualan antara Shafiyah dan isterinya tadi.

Sejujurnya, dia bukan nak halang minat Shafiyah. Cuma dia tak yakin nak melepaskan Shafiyah. Sebolehnya, dia mahu Shafiyah sentiasa berada dalam pemerhatiannya.

"Tidurlah, Sha. Tak elok kalau selalu tidur lambat," kata Datuk Huzair.

Shafiyah melemparkan senyuman buat papanya.

"Yalah, pa. Sha tidur. Tapi papa ambil balik isteri papa ni. Sha taknak,"

"Eh dia ni. Halau mama pula,"

Shafiyah dan Datuk Huzair ketawa kecil. Selalu sangat mereka mengusik Datin Sofea. Suka betul tengok wajah masam Datin Sofea.

Continue Reading

You'll Also Like

4.4K 560 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
28.7K 1.6K 12
The Sequel of I Wanna Be Yours♥️ . Harash? Namia? Ramadhan? Yup! Rindu mereka? So.. jom kita tengok kisah mereka dalam menyambut bulan ramadan bersam...
82.9K 2.1K 15
SYAQIL ASRAN X RAJA HAYFA HANINA Syaqil seorang jejaka tampan yang cukup pakej. Harta, pangkat,kuasa segalanya berada di hujung jarinya. Namun dalam...
142K 6.4K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...