Mr. Smile Jodohku [og]

By cookyinne

232 24 5

π™π™šπ™£π™œπ™ π™ͺ 𝙄𝙯𝙯 𝙇π™ͺ𝙩𝙝𝙛𝙖𝙣 𝙓 𝙕𝙖𝙧𝙖 π˜Όπ™¦π™šπ™šπ™‘π™– My 1st story. (synopsis edited) 𝙕𝙖𝙧𝙖 π˜Όπ™¦π™šπ™š... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12

BAB 10

9 0 0
By cookyinne

ZARA setia menanti kehadiran ibu bapanya yang bakal tiba tidak lama lagi. Gadis itu ingin menjemput orang tuanya tapi ditegah oleh mereka. Ingin masa berdua katanya. Sesudahnya, dia hanya berikan alamat rumah sewanya sebelum ibu bapa gadis itu ingin berangkat tadi.

Heh! Baru nak berbakti eh alih-alih nak berdating pula mereka berdua tu.

Hari ni genap 3 hari dia duduk berseorangan di rumah memandangkan Marsya masih kalut nak uruskan majlis bertunang dan kenduri kesyukuran. Riana pula memang dah sibuk menguruskan majlis perkahwinan jadi sunyilah dia.

Kari daging dan ayam goreng dihidang di atas meja bersama sayur campur sebelum di tutup dengan tudung saji. Alang-alang dah tengahari Zara ajak lah Encik Zeyad dan Puan Safina makan bersama berbanding mereka makan di kedai. Bukan selalu merasa air tangan katanya.

Kaki dibawa menuju ke ruang tamu. Sofa berangkai tiga dihenyak. Telefon dimeja dicapai lalu dibuka. Aplikasi WhatsApp ditekan kemudian nombor Puan Safina menjadi pilihan. Pesan ditaip sebelum dihantar.

'Mak rah sine? Dah sampei, belum?' (Mak kat mana? Dah sampai, belum?)

Tanpa menunggu lama, pesan yang dihantar langsung dibalas.

'Mak ngan apak rah kawasan perumahan kau la tok. Sik lamak gik sampei.' (Mak dengan ayah kat kawasan perumahan kamu lah ni. Tak lama lagi sampai.)

'Ohhh.. Okeyy mak.'

Terus bingkas Zara berdiri lalu pintu dibuka sebelum kembali duduk. Televisyen yang ditutup kini dibuka. Saluran yang menarik dicari.

Tidak lama dia bersantai, sayup-sayup suara orang memberi salam kedengaran diluar rumah. "Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam!"

Laju Zara berdiri menuju keluar rumah untuk membuka pagar agar dapat memberi laluan kepada ibu bapanya masuk ke dalam kawasan rumah. Tubuh Puan Safina dirangkul kemas oleh Zara.

"Mak.. Aiee rindu gilak kamek ngan kitak, mak." (Mak.. Ishh rindu betul orang dengan mak.) Pipi gebu Zara dicium berkali-kali olek Puan Safina. Tergeleng-geleng kepala Encik Zeyad memandang isteri dan anak perempuannya yang asyik melepas rindu. Haihlah anak..

"Mak nya jak yang di peluk cium. Apaknya sitok sik mauk kah? Balit apak mun pitok." (Mak dia aje yang di peluk cium. Ayahnya kat sini tak nak ke? Ayah balik aje lah kalau macam ni.) Encik Zeyad memasamkan muka  sebelum berura-ura untuk menarik kembali bagasinya. Pantas Zara memeluk tubuh tua ayahnya dengan wajah ceria.

"Eee... Apak tok dah tua-tua pun mok merajuk gik. (Eee... Ayah ni dah tua-tua pun nak merajuk lagi.) Jelingan manja diberikan Encik Zeyad. Kali ini giliran Puan Safina pula yang tergeleng. Ada saja perangai suami dia tu.

"Udah gik. Juh masok. Sekda orang mok nangga drama kitak duak ya." (Dah  lah. Jom masuk. Tak ada orang nak tengok drama awak berdua tu.) Puan Safina laju ingin meninggalkan dua beranak tu diluar.

"Eh– Mak ngantik kamek mak." (Eh– Mak tunggu orang mak.) Zara berlari anak mengejar langkah ibunya yang sudah kedepan beberapa langkah darinya.

^^^

"NAD tolong mama sini!"

Terperanjat Tengku Nadella yang sibuk menyusun pinggan di atas meja makan apabila diseru oleh mamanya. Bukan main lantang suara Tengku Indah.

"Iya.. Sabar ma. Nad masih susun pinggan. Give me a minute!saut Tengku Nadella.

Tengku Indah yang ada di dapur sibuk memasak untuk tetamu yang bakal bertandang ke rumah mereka. Istimewa khas dari air tangan Tengku Indah. Cewahhh.. Tak gituu?

Tengku Indah dan Tengku Hidayat yang bercadang untuk menjemput Zara dan keluarga untuk datang makan malam dirumah mereka. Saja lah nak berkenal-kenal lah orang kata.

Tengku Nabila sudah maklum yang dia memang tak dapat datang. Suami dah balik dari operasi, eh demam pulak! Berkepit sajalah Raiqal dengan Tengku Nabila dirumah. Apalah nasib Si Firas tu? Tak merasa kalah saing ke dah kalau bapak dia sendiri manja dengan maknya? Hahaha!

Tengku Izz dan Tengku Hidayat pula sibuk dengan dunia lelaki mereka. Melayan bola sepak la jawabnya. Tak apa sabar, Izz.. Sekarang boleh hurrayy-hurrayy dulu. Tunggu kau kahwin nanti huuhuu-huuhuu kau hujung katil!

Riuh ruang tamu mereka dengan suara sorakan nyaring kedua lelaki itu. Tengku Nadella yang sedari tadi ulang-alik membawa mangkuk lauk pauk ke meja berhampiran ruang tamu tu sesekali menjeling kosong kearah figura abang dan papanya.

Tengku Indah yang baru saja datang menghampiri si anak bongsu bersama buah-buahan yang dipotong berkerut melihat tingkah suami dan anak lelakinya.

"Eh?! Janganlah tamak! Tau nak try aje! Habis apa guna team kau berdiri jadi tunggul menunggu bola dari engkau tu haa?!" Tengku Hidayat memarahi pemain bola itu dari luar skrin televisyen.

"Woi, woi, woi! Apa pasal main lambung-lambung bola tu? Main bola buat cara main bola! Lambung bola macam tu pergi main takraw lah! Aduiii..." Mengeluh panjang Tengku Izz.

Macam ni lah keadaannya bila Tengku Hidayat dan Tengku Izz bertemu menonton bola sepak bersama. Habis semua nak dimarah dan ditegur. Dahla bising-bising depan skrin televisyen. Siapa je yang nak dengar? Orang dalam rumah ni juga yang bernanah telinga..

"Yang terjerit-jerit, marah-marah dengan tv tu dah kenapa? Macam lah manusia-manusia, pemain-pemain bola tu dengar suara awak berdua tu marahkan dia orang." Balik-balik ditegur masih juga anak beranak ni macam ni kalau nonton bola!

"Alah, yang.. Awak tak faham. Abang ni geram tengok pemain tu– Goall!!!" Sorakan mengejut dari Tengku Hidayat memeranjatkan Tengku Indah dan Tengku Nadella. Terpejam rapat mata si isteri dengan perangai suami.

"Papa ni.. Kesian lah mama terkejut," tegur Tengku Izz.

Tengku Izz menggeleng kepala dengan aksi Tengku Hidayat tu. Macam dia tak kenal papanya itu kuat menyakat mamanya.

Lama anak beranak itu bergurau senda, tiba-tiba bunyi loceng rumah berbunyi menandakan ada tetamu yang datang.

Ding..

Dong..

Dengan langkah cepat, Tengku Indah disusuli Tengku Hidayat dan Tengku Izz menapak kearah pintu utama. Tidak lupa sebelum itu, pagar rumah sudahpun dibuka oleh Tengku Nadella terlebih dahulu. Apabila pintu utama berkembar itu dibuka, dapat dilihat dari luar pagar wajah-wajah manis Zara dan keluarga.

"Eh? Apa pula berdiri kat luar tu? Mari masuk meh, jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri." Ramah Tengku Indah mempelawa ketiga mereka masuk. Mereka bertiga hanya mengangguk dan tersenyum manis.

"Susah-susah aje Tengku sekeluarga nak jemput kami ke rumah ni bagai.." Segan Puan Safina berkata sejurus mereka menapak masuk ke dalam kawasan rumah.

"Segan pula kami." Riak bersalah Encik Zeyad pamerkan.

"Eh.. Tak ada yang susahnya haaa.. Tak perlu nak segan silu memang kami yang nak jemput. Tak payahlah nak berTengku bagai awaknya. Panggil je saya ni Indah. Sebelah saya ni suami saya, panggil je Hidayat. Kata nak berbesan takkan nak formal lagi. Tak gitu, bang?" Sempat Tengku Indah mengaitkan nama suaminya. Tersenyum simpul suaminya.

"Masuklah.. Nak tunggu Indah ni jemput masuk mungkin esok pagi baru masuk tetamu kita ni." Tengku Hidayat pula bersuara bersama gelengan.

Sepanjang Encik Zeyad sekeluarga menapak masuk, Tengku Izz yang hanya memakukan pandangan pada diri Zara yang mengenakan dress labuh berwarna putih bercorak bungaan pink halus. Dipadankan dengan selendang berwarna putih yang digayakan dengan sungguh ayu. Menutup dada.

Cantik!

Lelaki itu hanya mampu mengemam bibir sehingga menampakkan lekuk lesung pipitnya. Haihh lah.. Bakal bini siapa lah agaknya tu.

Sepanjang masa makan malam itu, banyak juga dua keluarga itu berkongsi cerita dan berbincang banyak perkara. Setelah berkenal-kenalan tadi, terus rapat macam dah lama sangat kenal. Tak sangka Tengku Indah dengan Puan Safina tu sekepala rupanya. Memang riuh rendah jadinya ruang makan itu. Yang lelaki pun tak kurang juga masuk airnya.

Tengku Izz pula tak lepas-lepas memandang anak dara orang! Bawa bersabar dulu lah ye? Tengku Nadella yang sememangnya duduk bertentangan dengan abangnya, memandang nakal kearah lelaki itu. Kaki Tengku Izz dicuit dengan kaki Tengku Nadella sendiri.

"Amboi angah ni.. Tak menyabar betul lah. Bukan main lagi pandang kak Ara sampai tak kasi lepas eh? Tunggu dulu belum halal." Terkekeh-kekeh gadis itu mengusik pasangan itu. Zara yang memang duduk disebelah Tengku Nadella sudah tertunduk. Merah habis mukanya saat ini. Tengku Izz juga sudah tak senang duduk. Telinga lelaki itu memerah menahan malu.

"Kalau iya pun, sabar-sabar dulu Luth oii... Jangan gelojoh sangat nak tenung anak orang macam tu." Tergeleng-geleng kepala Tengku Hidayat melihat tingkah si anak teruna. Saja ingin mengusik sama. Hahaha!

"Maksudnya dah setuju lah kan bila tarikh nikah, semua?" soal Tengku Hidayat kembali lalu dibalas anggukan oleh keluarga sebelah Zara.

"Pasti ke taknak buat majlis bertunang dulu? Mana lah tahu yang Fina sekeluarga nak ikut adat kan?" Kali ini Tengku Indah pula yang bertanya. Was-was juga dia. Yelah, orang lain bukan main nak mengikut adat bagai tapi mereka ni terus langkah pergi majlis nikah.

"Ye Indah.. Lagipun kalau ikut adat sekalipun belum tentu sampai nikah. Jangan salah faham pula, saya ni tak maksudkan untuk awak tapi saya maksudkan bekas tunang si Zara ni. Bertunang pun akhirnya kena curang. Dulu tu pun bertunang wakilkan aje. Tak ada lah sampai keluarga pihak lelaki tu datang ramai-ramai. Cuma wakilkan saudara-saudara yang memang duduk tak jauh dari tempat kami tinggal." Panjang lebar Puan Safina bercerita. Tak mahu Tengku Hidayat dan keluarga salah faham.

"Kalau itu yang keluarga sebelah perempuan nak, kami ikut saja. Tak kisah lah ikut adat atau tak yang penting hubungan tu halal disisi Allah." Putus Tengku Hidayat. Lelaki separuh abad itu juga sedikit sebanyak setuju dengan apa yang Puan Safina katakan tadi.

"Masa-masa ni lah kamu berdua kena jaga batas. Jangan selalu sangat berjumpa, keluar berdua. Tak manis orang pandang. Lagipun kamu berdua ni tengah darah manis." Kali ini nasihat yang keluar dari ulas bibir Encik Zeyad pula. Haih.. Teringat pula zaman-zaman kegemilangannya dulu. Nak mengorat isteri dia satu hal. Nak ambil hati bakal ayah mentua satu hal. Tersenyum juga dia.

"Aie bang, kenak?" Puan Safina mengusik suaminya yang tiba-tiba sahaja tersenyum senget. Adalah tu yang difikirnya!

"Sikda lah yang oii... Teringat time kita duak muda-muda dolok." Tepat ke sasaran pukulan manja Puan Safina kearah lengan Encik Zeyad apabila suaminya itu mengenyitkan mata dengan penuh romantis kepada isterinya itu.

Terletus tawa kesemua mereka dibuatnya.

"Fina, lain kali awak ajar lah saya loghat Sarawak pula ye? Boleh lah kita membawang sama-sama. Tak ada lah banyak orang yang faham." Tergeleng kepala Tengku Hidayat dengan permintaan isterinya.

Anak-anak mereka sedari tadi hanya memerhati tanpa ada yang ingin menyampuk.

"Emm... Pa. Nad bawa kak Ara duduk kat luar eh? Ambil angin malam hehe. Angah, Nad culik bakal isteri angah tau!" Tangan Zara terus dirangkul dan dibawa keluar. Terkebil-kebil Tengku Izz.

Takkan nak tinggal aku sorang-sorang kat sini kot?

"Kalau macam tu, Izz keluar sekali eh?" Tanpa menunggu balasan dari orang tuanya, kaki panjang itu terus melangkah keluar. Tempat dua orang gadis yang sedang duduk di kerusi batu itu menjadi tujuan.

Kuat Tengku Izz berdehem. Zara dan Tengku Nadella yang duduk membelakangi lelaki itu pantas berbalik tubuh.

"Eh angah buat apa kat sini? Sibuk jela. Orang nak bonding dengan kak Ara pun tak boleh." Jelingan manja diberikan kepada Tengku Izz. Ishh... Sibuk lah!

"Suka hati lah! Nanti jadi bini angah juga." Kerusi bertentangan dengan Zara menjadi pilihan dia melabuhkan duduk. Jelas wajah masam Tengku Nadella memandangan Tengku Izz.

"Tetap juga belum kahwin lagi!"

"Nanti kahwin juga!"

"Lama lagi!"

"Kejap je."

"Dahla, kak Ara tak payah kahwin dengan Mat Poyo ni! Eee.. Menyakitkan hati betullah. Macam mana kak Ara boleh lekat dengan Mat Poyo ni?" Pandangan sinis Tengku Nadella berikan kepada Tengku Izz.

Terpempan Tengku Izz dengan gelaran yang dia peroleh dari adiknya itu. Eh, dia panggil aku Mat Poyo? Kurang asam punya budak!

Zara hanya tersenyum melihat pergaduhan manja antara adik beradik didepannya ini. Rasa macam tengok diri sendiri dengan adik pula! Apa agaknya khabar berita Zirul dengan Syawena?

"Entahlah, Nad. Dah jodoh mungkin? Harap-harap abang awak ni bukan jenis main kayu tiga la ye." Sempat dikerling wajah blur Tengku Izz yang duduk dihadapannya itu.

"Akak jangan risau. Kalau angah duakan akak, memang ini Nad kasi." Penumbuk digenggam dan ditayangkan tepat pada sisi wajah Tengku Izz.

Tertawa kecil Zara dibuatnya.

"Amboi, nak belasah lah ni?" Sinis bicara Tengku Izz.

Cukuplah dia ada seorang isteri saja nanti. Ramai-ramai nak buat apa? Nanti sendiri yang susah.

SIBUK sungguh hari-hari bakal pengantin ni ye? Kehulu kehilir sediakan persiapan. Sengaja bersedia lebih awal. Puan Safina sendiri berkata sediakan persiapan majlis awal-awal lah bagus. Nanti tak ada lah kelam kabut.

Hahaha.. Habislah kau Marsya. Aku langkah kau dulu. Paling last lah kau kahwin! Aku gerak dulu, kau lambat sangat.

Bercakap pasal Marsya, kawan-kawannya yang lain semua tidak tahu tentang berita yang dia bakal berkahwin. Semua sibuk dengan hal masing-masing. Ada yang sibuk berkepit dengan suami, ada yang urus majlis nikah, ada yang bertunang.

Agaknya apa reaksi mereka kalau tahu yang Zara nak berkahwin?

Hari ini, Zara dan Tengku Izz nak fitting baju nikah dan sanding. Semua sponsor atas nama Tengku Hidayat. Butik ni pun butik kakaknya, Datin Tengku Hayani merangkap mak long Tengku Izz lah.

FHa's boutique.

Terpana Zara melihat reka dalaman butik Tengku Hayani. Mewah habis! Boleh kering account bank dia. 

"Izz sayang!!" Kuat bunyi seseorang melaung namanya. Terpejam erat mata lelaki itu. Ha sudah bala datang!

"Ishh.. Dah nak kahwin ni makin sombong you eh?" Manja sekali gerangan itu memukul lengan Tengku Izz. Tidak berkelip Zara memandang orang yang tergedik dengan bakal suami dia ni.

"Kau jangan buat hal, please." Senyum plastik dia lemparkan. Mana pula mak long dia ni? Anak tunggal dia ni dah buat hal! Berbisik-bisik pekerja butik itu memandang mereka.

Lain yang dicari lain yang muncul. Pak long dia! Dato' Farizal. Nasib datang.

"Pak long, tengok lah apa anak pak long ni buat! Buat malu orang je," adu Tengku Izz. Sepupunya itu dipandang jengkel.

Tergeleng kepala Dato' Farizal. Anak tunggalnya ini sungguhlah. Asal berjumpa, ada saja perangainya.

"Sudah-sudahlah lah tu, Aisy," tegur Dato'Farizal.

"Betul lah, daddy. Izz ni lepas nak kahwin makin sombong. Tak pandang orang walau sebelah mata." Bibir dicebik. Geram Tengku Izz rasakan dengan sepupunya ini.

Drama betul!

"Dahlan Aisyraffi!!" Terhinjut Zara yang berdiri disebelah Tengku Izz.

"Kau tu lelaki, Aisy! Geli lah nak bersayang-sayang dengan kau. Tak pasal-pasal staf butik mummy kau ingat yang aku ni ambil jalan kiri! Tak lawak tahu!" Geram lelaki itu rasakan dengan perangai sepupunya yang satu ini.

Memang mereka rapat dari kecil tapi gaya dia yang tiba-tiba jadi sotong tu ngeri sungguh! Jatuh sahamnya.

"Wuuu... Garangnya sayang kita ni." Mata dikenyit dengan gaya nakal. Loya tekak Tengku Izz melihat tingkah Aisy.

"Apa mimpi kau malam tadi eh? Sebelum ni tak ada kau nak bersayang-sayang dengan aku. Jin mana sampuk kau?" Mata dijeling tajam. Tak habis-habis betul Aisy nak menjatuhkan macho dirinya.

Dengan selamba Aisy mengabaikan Tengku Izz. Dia sengaja berjalan dengan gaya mak nyah meninggalkan tiga manusia yang bersamanya tadi. Menggeleng kepala Dato' Farizal dengan gaya anaknya itu. Perangai siapa diikut pun dia tak tahu.

"Dah abaikan Aisy. Lupa makan ubat gamaknya budak bertuah tu. Jom pak long bawa tengok busana pengantin kamu berdua."

Zara dan Tengku Izz yang berjalan bersebelahan itu segera membuntuti arah Dato' Farizal berjalan. Kekiri dia membelok, kekiri juga mereka mengikut. Kekanan dia membelok, kekanan juga mereka mengikut. Macam anak ayam! Hahaha.

Terlihat wajah Datin Tengku Hayani, isteri Dato' Farizal, ralit berborak dengan anak terunanya seorang itu. Dato' Farizal berdehem ingin mendapatkan perhatian si isteri.

"Yani, ni ha Izz dengan bakal isteri dia nak tengok baju." Berpaling wanita separuh abad itu memandang suaminya yang datang bersama dua lagi gerangan.

"Oh kejap, mak long panggil staf." Terpusing-pusing kepalanya mencari keberadaan staf butiknya.

"Nurin!" Orang yang dipanggil menoleh.

"Ye, datin? Ada apa?" tanya Nurin sebaik saja dia mendekat. Datin Tengku Hayani melemparkan senyuman mesra kepada pekerjanya itu.

"Nurin pergi cari lagi 3 orang staf, lepastu ambil busana pengantin yang saya cakap semalam tu bawa sini. Anak saudara saya nak fitting baju. Boleh, Nurin?" arah Datin Tengku Hayani dengan lembut. Laju Nurin mengangguk dengan arahan majikannya itu.

Continue Reading

You'll Also Like

127K 11.3K 48
Agency Series (3) Siapa sangka, kekasih hati yang hilang tanpa kata sewaktu di sekolah dahulu, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini...
70.1K 4.8K 59
Ezran dan Ayreen sudah berkawan sejak umur 5 tahun, sewaktu keluarga Ezran berpindah di depan rumah keluarga Ayreen. Persahabatan sejak kecil begitu...
38K 5.5K 48
Ungku Zaril & Suri Aralyn Ungku Zaril adalah seorang lelaki yang sangat berkarisma dan berjaya. Dia berkerja sebagai seorang pilot. Siapa saja yang t...
1.6M 54.6K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...