SYARAT BAHAGIA | C

By missraisha_

252K 15K 1K

Dia wanita terakhir milik, Shazrin Ammar. Sehina itukah seorang manusia yang tiada sebarang pendidikan di ma... More

T I N T A R A I S H A
M A I N C H A R A C T E R S
P R O L O G
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 1 0
B A B 1 1
B A B 1 2
B A B 1 3
B A B 1 4
B A B 1 5
B A B 1 6
B A B 1 7
B A B 1 8
B A B 1 9
B A B 2 0
B A B 2 1
B A B 2 2
B A B 2 3
B A B 2 4
B A B 2 5
B A B 2 6
B A B 2 7
B A B 2 8
B A B 2 9
B A B 3 0
B A B 3 1
B A B 3 2
B A B 3 3
B A B 3 4
B A B 3 5
B A B 3 6
B A B 3 7
B A B 3 8
B A B 3 9
B A B 4 0
B A B 4 1
B A B 4 2
B A B 4 3
B A B 4 4
B A B 4 5
B A B 4 6
B A B 4 8
B A B 4 9
B A B 5 0
E X P L A I N
B A B 5 1
B A B 5 2
B A B 5 3
B A B 5 4 [Shafiq × Afrin]
E P I L O G
E P I L O G [FINALE]
P E N G H A R G A A N

B A B 4 7

4K 292 18
By missraisha_

Di atas bangunan 18 tingkat yang menjulang tinggi. Angin menderu kencang seakan-akan meratap dalam keheningan malam. Seorang lelaki berdiri di tepi. Ia memandang ke bawah dengan putus asa. Tidak mampu untuk menanggung rasa sakit di hati.

Di seberang bumbung pula, Bunga Anggerik Nathalia dan Shazrin Ammar muncul bersama nafas yang tercungap-cungap. Mereka berdua ingin mencegah sebelum terlambat. Untunglah, mereka datang di tepat waktu.

"Fiq, jangan buat kerja sia-sia!" jerit Shazrin Ammar ingin mendekat.

Namun, kata-katanya di balas oleh si adik bersama tawa sinis. "Selangkah abang datang. Fiq terjun!"

Shazrin Ammar meneguk liur kasar. Dari gaya Shafiq. Adiknya itu tidak main-main.

"Terjunlah sekarang, setakat tingkat 18 ni, paling-paling kau koma je. Tak pun, cacat." Kata Bunga Anggerik Nathalia dengan selamba.

Riak wajahnya sangat biasa. Tidak terkesan langsung dengan ugutan adik iparnya.

"Kau tengah cabar aku ke Anggerik? sedarlah sikit, semua ni berpunca dari kaulah! sebab kau Afrin tinggalkan aku."
Kata Shafiq Ammar geram.

Bunga Anggerik Nathalia senyum sinis. Dia punca?

"Aku tak cabar kau. Tapi, aku bagi dorongan untuk kau terus bunuh diri. Silakan terjun sekarang." Jawab Anggerik tanpa rasa bersalah.

Dia ingin melihat sejauh mana keberanian seorang Shafiq Ammar. Tercabarkah egonya atau sebaliknya?

"Kesayangan abang, bukan macam ini caranya kalau nak menegur. Jangan cabar-cabar orang kesayangan, please."
Kata Shazrin Ammar pula seraya memandang sang isteri.

"Abang diam. Kalau abang,tak boleh ajar dia beradab. Biar Anggerik yang ajar.
Kau nak terjun sangatkan? Terjunlah!" Ucapnya geram.

Namun, refleksi daripada kata-kata Anggerik. Tanpa sedar, Shazrin Ammar menarik kasar pergelangan isterinya lalu di tatap mata itu dengan tajam.

Dia marah. Sangat.

"Cukup Bunga Anggerik Nathalia! Shafiq adik abang. I always choose him first
than you! jangan sampai abang tampar Anggerik dekat sini." Kata Shazrin pula menahan marah.

Dia tidak pernah meninggikan suaranya kepada Anggerik walaupun sekali. Hanya sahaja, malam ini kelakukan isterinya seakan melampaui batas.

"Faham. Anggerik dah faham kedudukan Anggerik dalam hati abang. Aku tak baik mana Shafiq, tapi aku cuba. Selalu cuba untuk berubah. Bukan selalu salahkan orang lain, atas setiap perkara yang berlaku. Dan, sebab kau juga aku tahu bahawa di hati suami aku takkan pernah ada ruang istimewa untuk aku sebagai isteri." Kata Bunga Anggerik Nathalia lalu ia meleraikan pegangan sang suami dan berjalan keluar dari bangunan itu.

Kecewa? mungkin. Kerana, suaminya selalu membela si adik yang sudah terang-terangan salah.

"Turun Fiq." Keras suara itu berkata.

Setelah itu, secara perlahan-lahan Shafiq Ammar turun dari situ dan melangkah lemah ke arah si abang.

"Fiq, minta maaf." Ucapnya sambil kepalanya di tundukkan serba salah.

Shazrin Ammar pula tidak berkata banyak. Ia, menarik tangan si adik lalu keluar dari situ dengan perasaan kecewa.

Kecewa kerana sikap sang isteri dan adik. Dua-dua dia sayang. Tanpa sedar, ada keluhan kecil terbit dari bibir sang abang.

"Jangan pernah buat kerja bodoh ini lagi." Kata Shazrin lagi dan mereka bertiga pulang ke rumah tanpa sepatah kata.

Dua minggu usia pernikahan mereka. Namun, masing-masing seakan orang asing setelah kejadian itu berlaku. Shazrin Ammar baru sahaja turun dari bilik dan tanpa sengaja ia mendengar perbualan isterinya bersama seseorang.

"Jaga diri kau Afrin, nanti aku datang jumpa kau." Panggilan di matikan.

Bunga Anggerik Nathalia memalingkan wajahnya dan dia terkejut ketika melihat sang suami sedang merenung tajam kepadanya.

"Kesayangan abang, tak akan pernah berubahkan? Anggerik tahu Afrin dekat mana tapi kenapa setiap kali abang tanya, kesayangan abang cakap tak tahu?" kata Shazrin Ammar kecewa.

Ia inginkan penjelasan mengapa sang isteri sanggup menyembunyikan bekas adik iparnya itu.

"Dari dulu, Afrin selalu bela Anggerik. Salah ke, kalau Anggerik tolong dia kali ini? Afrin pun manusia abang, bukan Fiq je yang sakit dekat sini. Dia pun sama. Dia kawan Anggerik, I'm protect what i should protect abang." Kata Bunga Anggerik Nathalia pula.

Shazrin Ammar tertawa sinis. Sungguhkah niatnya begitu? dia ragu-ragu dengan isterinya sendiri.

"Fiq hampir kehilangan nyawa.
Kesayangan memang sengajakan
nak tengok Fiq mati dulu, baru Anggerik
puas hati." Tuduh Shazrin Ammar tanpa rasa bersalah.

Bunga Anggerik Nathalia menahan rasa. Ia lemparkan sebuah senyuman kepada sang suami. Begitukah pandangan Shazrin Ammar kepadanya? Jauh sangat itu.

"Oh, Anggerik lupa dia adik abang. Ni alamat Afrin, bagilah dekat Shafiq. Kesiankan adik abang tu, nanti mati
pula dia. Anggerik akan selalu jahat di
mata abang dan Fiq kan? again, sorry." Kata Bunga Anggerik Nathalia lalu menghantar alamat itu kepada Shazrin Ammar melalui whatsapps.

Shazrin Ammar mengeluh. Sedarlah dia bahawa ia sudah tersalah kata.

"Kesayangan abang, bukan macam itu.
Abang cuma..." Kata-kata Shazrin di sangkal oleh sang isteri.

"Jangan selalu bela Fiq bila dia buat salah abang. Dia takkan belajar kalau abang terus bela dia. Ya, you always choose him first than me. Tapi, talak bukan perkara yang main-main. Anggerik rasa, abang lagi arif kot. Cuba abang dekat tempat Afrin, lepas jatuh talak baru dia menyesal. Isn't fair for her?" kata Bunga Nathalia lagi.

Dia memandang sekilas wajah itu. Dia kecewa kerana suaminya masih membela adiknya. Sedangkan, kenyataannya Shafiq Ammar yang salah.

"Kesayangan, abang..." Kata-kata Shazrin di pintas oleh sang isteri.

"Anggerik tak boleh nafikan dulu abang selalu bela Anggerik untuk setiap salah yang Anggerik buat. Selalu cabar abang. Anggerik minta maaf sebab tak pernah jaga walaupun sekali hati abang. Kifarah itu selalu berputar abang. Kali ini, Anggerik perlu rasa apa yang pernah abang rasa dulu." Katanya lalu beredar dari situ.

Air mata yang mengalir ia sapu kasar. Dia benci terlihat lemah. Mengapa rasanya sakit sangat?

Dari jauh, Shafiq Ammar memerhatikan tingkah mereka bersama keluhan kecil. Semua ini salah dia. Punca dia, Anggerik betul. Dia selalu menyalahkan orang lain. Sedangkan ini salah dia. Dia patut cermin diri dia semula. Dia ingin abangnya bahagia. Namun, tanpa sedar dia telah hancurkan kebahagiaan abangnya sendiri sedikit demi sedikit.

'Apa yang kau dah buat Fiq?' bisik hatinya. Dia berjanji, akan memperbaiki semuanya kelak.

Dia janji.

Cuti sudah tamat. Waktunya kembali kepada kerja. Bunga Anggerik Nathalia baru sahaja selesai memasak. Sarapan ringkas sahaja pagi ini. Nasi goreng dan teh panas. Usai hidangkan, dia duduk bersama Fatimah. Begitu juga dengan tiga adik iparnya. Suaminya pula, masih bersiap-siap. sedingin apa pun hubungan mereka. Dia masih menyediakan pakaian dan makan untuk sang suami. Kerana, itu tanggungjawab.

Jika dulu, dia tidak pernah melakukannya. Sekarang ini, dia menebus semula kesilapan itu.

"Umi, Timah nak bawa bekal. Boyeh?" soal Fatimah Zahra bersama senyuman.

Bunga Anggerik Nathalia senyum manis kepada si anak.

"Boleh kesayangan umi. Nanti umi sediakan eh. Comelnya budak ni!" Kata Bunga Anggerik Nathalia seraya mencubit pipi si anak.

Siapa suruh comel sangat pipi itu!

"Akak... Aran dengan Ana nak bawa juga boleh tak? kitorang malaslah nak pergi cafe." Celah Nurin Shazran pula.

Dia malu sebenarnya hendak bertanya.

"Boleh, bawa aje. Untuk abang, Anggerik dah asingkan." Kata Bunga Anggerik Nathalia pula.

"Anggerik." Shafiq menatap lama kakak iparnya itu.

Bunga Anggerik Nathalia membalas pandangan itu.

"Aku minta maaf." Ucapnya dengan penuh penyesalan.

"It's okay, kau tak salah." Jawab Anggerik pula lalu mereka makan tanpa sebarang suara.

Kekok kan rasanya?

Usai sarapan. Mereka bertiga pergi ke tempat kerja. Hubungan mereka baru sahaja hendak pulih. Wajarlah kalau kekok sedikitkan?

"Umi, kita pergi dengan abah ke hari ini?" soal Fatimah pula.

Bunga Anggerik Nathalia berfikir sejenak. Ia usap pipi si anak dengan penuh sayang.

"Kita pergi berdua lah." Putus Anggerik.

Fatimah Zahra mengangguk.

"Kesayangan." Panggil Shazrin Ammar.

Keduanya memandang dia.

"Abah!" Fatimah berlari memeluk si ayah.

Shazrin Ammar senyum. Wajah si isteri dia pandang penuh cinta.

"Hari ini, abang teman kesayangan shooting. Abang dah kosongkan jadual abang untuk kesayangan abang ni." Katanya dengan lembut.

Bunga Anggerik Nathalia menatap sang suami lama.

"Terserah, Anggerik dah buatkan sarapan. Anggerik tunggu dalam kereta." Katanya pula tanpa sebarang reaksi.

Shazrin Ammar tersenyum manis lalu ia dukung Fatimah dan berjalan ke arah Bunga Anggerik Nathalia. Di elus pipi itu penuh sayang. Dia ingin perbaiki hubungan mereka yang dingin ini selama dua minggu ini.

"Teman abang sarapan. Dah dua minggu kita dingin. Kesayangan abang tak nak fix ke hubungan ni?" soal Shazrin Ammar pula.

Bunga Anggerik Nathalia senyum tawar. Fatimah ia ambil daripada dukungan sang suami.

"Saya takkan pernah berubahkan? betul lah tu apa yang abang cakap. Jahat tetap jahat. Dahlah, Anggerik tunggu dalam kereta dengan Fatimah. Maaflah, susahkan keluarga abang untuk jaga anak Anggerik. Anggerik bodoh dulu." Ucapnya lalu berlalu ke kereta meninggalkan sang suami yang hanya msmandang kepergiannya.

"Umi, cry?" soal Fatimah polos.

Bunga Anggerik Nathalia berhenti setelah menutup pintu. Dia menunduk sedikit lalu tubuh Fatimah di rangkul erat. Menghamburkan tangisan yang ia tahan selama dua minggu ini.

"Umi, jangan menangis. Timah ada. Shh..." Pujuk Fatimah bersama senyuman.

"Umi minta maaf..." Bisiknya penuh sesal.

Tidak sedarkah Shazrin Ammar bahawa, isterinya juga terluka?

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Jangan lupa comment &
vote banyak². Kalau tak
saya malas updated werk!

Enjoy & happyread❣️

Continue Reading

You'll Also Like

9.6M 654K 82
[ BOOK 1 OF AZITERA: YTHER'S QUEEN ] Consumed by avarice, the four human kingdoms-the Infernal Empire, the Kingdom of Caelum, the Kingdom of Treterra...
43.1K 1.5K 21
mempersembahkan- let me hold you even after light and dark •••• BOOK 2 Husna, gadis yang baru sembilan belas tahun itu terpaksa mencari rezeki sendir...
729K 36.6K 41
"Jangan dekat dengan cowok lain, aku nggak suka" ucap alfa tepat di telinga aiyla. Dapat aiyla rasa kan deru nafas tak beraturan menerpa leher jenjan...