ZAR | COMPLETED

By tihatti

1.2M 66K 7.9K

COMPLETE [1𝓢𝓽 𝓗𝓪𝓽𝓲 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiran... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
PTSD
BAB 38
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
ZAR
EPILOG
FROM ME TO YOU

BAB 39

19.2K 1.1K 102
By tihatti

Recommended song: Sejati by Faizal Tahir


"Awak tak panas ke?" Soalan yang tertahan di hujung lidah akhirnya terkeluar. Pandangan risau Aku berikan pada Zar. Namun dia menggeleng kepalanya, tangan pula diangkat menunjukkan isyarat thumbs up. Menandakan dia baik-baik sahaja tika ini.

" Betul ni?" Lagi sekali Aku bertanya, dan kepala miliknya dia anggukan buat kali kedua. Mana tidaknya, sekarang ini musim panas dan bukanya musim hujan, namun boleh pula dia muncul di hadapan Aku dengan berpakain seperti ini.

Satu set costume Hello Kitty lengkap menutupi wajahnya juga.

Hati terasa hangat, tersentuh dengan tindakan dirinya. Hampir empat minggu berlalu semenjak kejadian malam itu, perlahan demi perlahan Aku mula membuka diri, mengajar agar jangan menjadi terlalu paranoid. Makan masa, itu yang pasti namun tidaklah teruk hingga Aku tidak mampu berhadapan dengan mana-mana lelaki.

Boleh...cumanya kalau ingin bersentuhan kulit, ianya membuatkan seluru bulu roma Aku mencanak naik. Jantung pula mula berdegup kencang. Pada waktu malam pula, adakalanya Aku akan terbangun daripada mimpi, berpeluh satu badan.

Seolah sisa sentuhan Zafran masih berbaki pada diriku.

Dan bila Zar punya masa terluang, dia akan datang kemari. Aku sangkakan Papa dan Mama tidak menyukai kehadiranya, Iyalah reaksi Papa awal-awal berjumpa denganya dahulu tidaklah baik mana namun...hati manusia itu sifatnya berbolak balik bukan?

Seperti petang ini, dia datang kemari, berjumpa denganku. Duduk bersama di tepi kolam renang di halaman rumah keluarga Aku. Cuaca redup hari ini, meniup rasa tenang seketika buat diri. Dan minggu depan adalah pembicaraan mengenai kes Zafran dan kes pencerain yang Aku tuntut.

Insyallah...kali ini semuanya akan baik-baik sahaja. Aku berharap. Berharap bahawa harapan kali ini seperti layang-layang yang tidak putus talinya.

" Hang ok?" Soalan daripada Zar mengalihkan Aku ke dunia nyata semula. Aku toleh kepadanya dan senyum sesaat. Semenjak hari dia berkata dia akan membawa rombongan meminang selepas semua ini berakhir, Aku tidak tahu harus Aku rasa apa.

Bergelar janda...lalu menikahi pula lelaki lain dalam waktu yang singkat. Apa pandangan masyarakat nanti? Adakah Aku ini perempuan sundal? Perempuan murahan yang hanya tahu menarik perhatian lelaki?

" Adwa, hang ada masalah ka?" Aku ketap bibir, apa muka Aku ini senang dibaca?

" Mana ada, saya ok je la. Awak ni kuat perasan sangat kot"

" Hang ingat Aku ni buta tak dapat tengok muka hang serupa tapai basi?"

" Tchh" Aku berdecit perlahan, pandangan kembali terhala pada pantulan air di kolam. Cantik terbias dengan cahaya mentari. Lama Aku berdiam diri sebelum Aku luahkan apa yang bermain di akal fikiran.

" Awak tak rasa macam semua ni cepat sangat?" Jujur Aku bertanya, dan pantas dia menggeleng perlahan, dia berdehem lalu membalas soalan itu dengan perkataan yang disusun elok. Tidak mahu menyakiti hati Aku.

" Cepat, tapi hang tau, Aku nak kahwin dengan hang bukan sebab tubuh hang ka apa tapi..." Jari miliknya menunjuk tepat pada hati Aku.

" Tapi sebab hati hang. Jangan risau, Aku takkan sentuh, takkan sesekali. Cuma Aku nak lindung hang saja. Bila kita dah kahwin, hang dah halal untuk Aku. Aku boleh tengokkan hang dua puluh empat jam, Aku boleh ada, boleh dengar hang punya masalah. Hang tak payah tanggung semua dah hang tau? Pasai kata orang, lantak pi lah dekat depa, ini hidup kita, kita yang hadap bukanya depa. Kalau nak puaskan hati semua orang Adwa, sampai kiamat takkan boleh, kita yang sakit nanti."

Aku ketap bibir kuat, hampir berdarah. Semua yang dia kata adalah satu kebenaran.

" Awak tak kisah, family awak ok? Saya pun tak kenal dengan Mama dan Papa awak lagi, mana tau kalau parent awak tak sukakan saya" Lagi Aku bertanya, masih cuba mencari kepastian yang pasti untuk hati. Betul, Aku hanya kenal Dahlia dan Danisya, Ibu Bapa Zar pula Aku tidak pernah jumpa.

Bagaimana kalau...mereka tidak sukakan Aku? Zar senyum tipis, mata miliknya redup melihat dalam ke arah ku.

" Pasai tu...hang jangan risau lah, Mak Aku sempoi punya orang...Pak Aku...baik sangat, Insyallah dia akan terima hang"

Zar senyum kelat. Dia tipu, dia sendiri juga sekarang ini sedang mencari kebenaran untuk memberitahu bapanya. Tapi dia tidak tahu bagaimana. Biarlah, itu dia akan uruskan, sekarang ini yang lebih penting Adwa.

" Saya takut kalau Ayah awak tak terima Saya. Iyalah...saya ni bakal janda...gila pula itu"

" Trauma tu dikategorikan sebagai gila ka Adwa? Dak kan? Jadi jangan cakap lagutu dah, Ayah Aku baik Insyallah dia terima..."

" Minggu depan..."

" Hmm minggu depan pembicaraan kes Zaf...saya langsung tak jumpa dengan dia lepas malam tu. Engku ada datang merayu minta maaf tapi...saya tak mampu nak maafkan perbuatan dia" Aku berkata dengan nada yang tenang, walhal sebut namanya sahaja sudah mampu buatkan hati ini ingin melonjak keluar.

" Aku datang kalau ada masa, Insyallah"

" Kenapa beria sangat Zar? Awak tak takut kalau saya patahkan hati awak?" Dia dan Aku sama-sama memandang antara satu sama lain. Dia yang masih di dalam costume kucing itu. Sanggup berpanas semata-mata tidak mahu Aku lihat wajahnya kerana trauma PTSD yang Aku hidapi.

Dia...Zar Uzair lelaki yang sangat sempurna. Terlalu sempurna untuk wujud di dunia nyata.

" Untuk hang, Aku tak kisah kalau hati Aku patah banyak kali pun, sebab Aku tau, hati Aku ni sakit sebab hang, tapi sembuh juga sebab hang. Hang racun tapi juga penyembuh untuk Aku Adwa"

Aku tergamam, kelu lidah ini. Air mata bergenang di kelopak mata. Demi Allah, kenapa lelaki sebaik dia jatuh cinta pada wanita yang rosak ini!

Tangan miliknya yang dilapik kain itu perlahan-lahan hinggap di pipiku, menghapus air mata yang jatuh menitik. Entah keberanian yang datang dari mana, perlahan-lahan Aku tanggalkan kepala costume yang dipakai di kepalanya, melihatkan wajah sempurna milik Zar Uzair.

Ini...adalah wajah lelaki yang tulus cintanya. Cinta yang entah bagaimana Aku ingin membalas. Adakalanya Aku risau, jika rasa cinta yang Zar rasakan ini terlalu dalam hingga mampu memakan dirinya. Bagaimana kalau takdir berkata lain, adakah dia mampu membuang rasa cinta ini?

Diliar pandangan mataku pada wajahnya, dengan jambang nipis yang tumbuh meliar di rahangnya, bulu mata yang lentik, hidung yang terletak elok dan itu...

Anak mata hitam yang seperti lohong hitam yang sentiasa menarik diriku padanya. Anak mata yang memendam seribu satu rasa.

Tuhan...tiada lebih Aku pinta, tapi berikanlah dia seribu satu kebaikan.

" Terima kasih Zar" Ucapku tulus, dan dia...dia berikan Aku senyuman yang sama. Senyuman yang terlalu ikhlas.

Zar pejam mata, nafas disedut lalu dihembus. Dia cukup tahu yang ayahnya sedang memarahi dirinya. Bahkan kemarahan kali ini lebih teruk dari sebelumnya. Langkah kaki sedari tadi sudah terpasung di depan pintu rumah, namun untuk membuka tombol kunci itu, dia tiada daya.

Tiada kekuatan. Bagaimana dia ingin bicarakan hal yang satu ini? Hal mengenai Adwa nak niatnya ingin menikahi wanita itu? Dan banhkan selepas insiden yang berlaku di kampung neneknya, sudah tentu ayah nya tidak akan terima.

Tetapi dia sudah berjanji bahawa seluruh hidupnya akan dia dedikasi pada wanita itu. Sah! Dia sudah gila disebabkan cinta. Itu sudah pasti. Dan ini adalah kali pertama dia jejakkan kaki kembali ke rumah orang tuanya, selepas malam Adwa dirosakkan secara tidak rela oleh lelaki binatang itu.

Apa yang dia buat, semua bukanlah kerana nafsu, namun hanya Adwa. Hanya disebabkan sebaris nama itu. Basmallah dibasah di bibir, lalu dengan kekuatan yang masih tersisa dia pulas tombol pintu hadapan.

" Krekk"

Sebaik sahaja dia membuka pintu rumah itu, dia lihat Ibunya, Ayahnya, Dahlia dan bahkan Danisya sudah ada di ruang tamu. Seolah-olah menunggu nya masuk ke dalam. Dia ada menelefon Dahlia, supaya memberitahu ayah dan ibu mereka bahawa dia ingin pulang. Ingin membincangkan hal ini.

Anak mata miliknya meneliti satu persatu wajah ahli keluarga. Keluarga yang sangat dia kasihi. Wajah Danisya yang polos tidak mengerti apa-apa, wajah Dahlia yang melihat ke arahnya dengan anak mata yang gelisah, wajah sang ibu yang memandang dirinya dengan rasa simpati yang menggunung tinggi dan...wajah ayah yang langsung tidak sudi memandang padanya.

Allah...sakitnya.

Kaki dibawa merapati mereka, tangan ibu disalam lalu dicium. Dia usap seketika rambut Danisya, lalu lutut dia jatuhkan tepat di hadapan ayahnya. Masih tidak sudi memandang wajahnya.

" Dahlia...hang pi bawak Danisya masuk bilik" Serak suaranya berkata, dia tidak mahu si kecil Danisya melihat yang bukan-bukan. Kerana dia tahu pada ketika  ini amarah si ayah tidak dapat dibendung lagi.

Dasar anak derhaka engkau Zar. Selalu menyusahkan hati ibu dan ayahnya.

" Jom Isya, Kita main dalam bilik, kak lia ada beli buku baru" Tangan kecil Danisya Dahlia pimpin menuju ke bilik belakang, sempat Dahlia mengerling sekilas ke arah Zar, bibir dia gigit perlahan. Sebaik sahaja daun pintu ditutup, Zar raih tangan si bapa.

Disalam lalu dicium namun pantas sahaja Ayahnya menarik semula. Seolah-olah Zar ini adalah makhluk yang paling hina. Walhal mereka berkongsi darah yang sama.

" Zar..." Belum sempat dia berkata lanjut, terasa pipinya pijar dan terteleng ke tepi. Luka tepi bibirnya.

" Panggg!"

" Allah Abang!" Terus Puan Halimah memeluk anak nya itu. Statik tidak bergerak. Bahu Zar dia peluk kejap, matanya sudah tumpah dengan air mata yang tidak henti-henti. Apa sudah terjadi dengan keluarga mereka, suami yang dia sayangi juga sudah keterlaluan.

" Hebat hang, bawak isteri orang kehulur hilir sampai dia kena lagutu, kalau perempuan tu mati hang nak tanggungjawab lagumana!" Memetir suara Ayahnya menjengah ke perdengaran telinga.

" Muka Aku ni Aku nak letak mana? Muka Opah hang tu lagumana? Habis orang kampung duk kata hang bawak bini orang masuk rumah, duk canang sana sini buat cerita, Akal hang tu hang letak mana?"

"Nasib baik orang kampung jumpa, kalau dak? Sebab hang dia dah jadi mayat, duk kalut hal rumah tangga orang pasaipa? Tak cukup hang nak tambah malu dekat muka Aku? Duk terkejaq-kejaq bini orang?" Zar pejamkan mata, terasa badanya dipeluk kuat oleh Ibunya, terasa air mata sang ibu menitis mengenai wajahnya.

Zar akui...dia terlalu terburu-buru, selalu sahaja menyusahkan orang sekeliling. Selalu merisaukan hati Ibu dan Ayahnya.

" Zar nak kahwin dengan dia..." Perlahan sahaja suara itu berkata-kata. Terluah juga isi hatinya. Terus ayahnya memegang kuat kolar baju hingga badanya terdorong ke hadapan. Mata miliknya bersambung dengan mata mencerlung ayahnya. Naik turun dada mereka berdua.

" Hang dah buntingkan dia? Sampai gila nak kahwin dengan janda tu? Apa salah Aku sampai sampai dapat anak tak guna serupa hang? Dulu Hawa sekarang dia? Sial apa yang hang bawak ni Zar...?" Suara sang ayah sudah kendur, dan Zar dapat lihat betapa kecewanya hati orang tua ini.

Allah...kuatkanlah Aku...

Wajah Zar yang masih terteleng ke tepi, tidak membalas tamparan si ayah. Pelukan si ibu dia lepaskan. Dengan mata yang sudah memerah menahan tanggisan, tubuhnya dibawa lalu disujud pada kaki si ayah.

Berharap agar hati ayahnya lembut biarpun sedikit, berharap agar ayahnya memahami isi hatinya walaupun hanya sekelumit.

" Zar minta maaf kalau Zar pilih beret unggu ni lebih dari Pak, Zar minta maaf...kalau asbab Zar arwah Hawa dan Angah meninggal, Zar minta maaf sebab selalu sakitkan hati Pak dan Zar tak kisah kalau Zar...adalah anak derhaka di mata Pak sampai hujung nafas..."

Zar berhenti seketika, diletak wajah hingga mengenai kaki si ayah. Tolonglah faham walaupun hanya sesaat.

" Tapi demi Allah...Zar tak buntingkan dia, Zar masih tahu mana halal dan haram. Sebab dari kecik Pak dan ajaq Zar soal agama mana mungkin Zar boleh lupa...Zar tahu andai Zar bagi perhatian lebih dekat arwah Hawa mesti dia masih hidup, ada depan Pak. Mesti setiap hari Pak boleh ketawa serupa dulu kalau dia masih ada. Untuk arwah Angah...sepatutnya Zar yang ambil impak letupan tu bukanya dia. Patutnya Zar yang mati bukanya Angah. Zar ni Along yang gagal...tapi untuk kali ni, Zar tak minta banyak... Zar cuma nak restu Pak jaa, untuk Zar nikah dengan dia..."

Tulus Zar ungkapkan setiap ayat, dia raih tangan ayahnya sekali lagi lalu dicium lama. Badan miliknya mula tersedu sedan dan akhirnya dia melepas tanggisan. Tanggisan yang tiada jeritan, namun hanya air mata yang mengalir tidak henti dan seluruh tubuh menggeletar hebat menahan emosi.

Tanggisan yang Zar cuba tahan, sedaya upaya.

" Untuk kali ni...Zar minta Pak tengok Zar sebagai anak Pak, walaupun sekali. Tolonglah..."

Zar lepaskan tangan ayahnya, lalu dengan langkah yang berat, dia daki tangga menuju ke kamarnya.

Puan Halimah menjerling tajam ke arah suaminya. Tega sekali sang ayah memperlakukan anak kandung hingga sebergitu.

" Puas hati Abang? Puas sebab sanggup lukakan anak sendiri?"

" Yang salah dalam hal ni Abang, Abang yang salah sebab tak terima Qada dan Qadar. Abang ni petingkan diri, letakkan semua salah atas bahu Zar...Abang letakkan dia sebagai penjenayah dalam semua ni..."

Tangan Puan Halimah memukul dada suaminya tidak henti-henti, merah padam wajahnya.

" Abang ni lupa...lupa yang dia anak kita, anak kita juga, bertahun-tahun Abang tak sudi pandang dia dengan kasih, tapi sekali pun dia tak melawan. Abang cukup tahu yang Angah meninggal bukanya sebab dia...Angah meninggal sebab Tuhan lebih sayangkan dia, dan semua yang jadi tu asbab sahaja. Kalau Zar tu bagi perhatian dekat Hawa sekalipun, belum tentu Hawa tu nak teruskan hidup!"

" Abang cakap seolah-olah lupa Tuhan! Abang tak redha dengan takdir! Zar tu tanggungjawab kita, amanah Allah untuk kita, tapi apa yang Abang buat? Abang abaikan tanggungjawab Abang!"

Bertalu-talu Puan Halimah meluah rasa yang dipendam, penat dengan situasi keluarga mereka. Penat dengan suaminya yang langsung tidak berpijak di bumi nyata, tumpah air mata ibu apabila melihat anak yang langsung tidak bersalah diperlakukan sebergitu.

" Kalau...Tuhan ambil dia dari kita, kalau sesuatu terjadi dekat dia Abang...waktu tu Abang menyesal menangis air mata darah sekalipun jangan, sebab Abang sendiri yang pilih"

Encik Zainuddin diam tidak berkutik, terasa setiap luahan kata isterinya menusuk tepat ke kalbu. Terduduk dia di atas sofa. Seolah-olah baru tersedar dari mimpi yang lama.

Pelupuk mata terasa berair, benarlah...dia tidak mahu menerima takdir, tidak rela menerima Qada dan Qadar yang ditetapkan, terlalu ego untuk melihat kebenaran lalu dia sengaja kaburkan penglihatan dan mata hatinya dengan kebencian.

Allah...apa yang dia sudah lakukan?

Zar hempaskan tubuh ke atas katil, sesak dadanya ketika ini. Berapa lama lagi dia harus bertahan dengan kebencian ayahnya. Bagaimana serkiranya nanti, Dia dan Adwa berkahwin, dan kebencian itu menular pada Adwa pula?

Ahh, dia tidak tega. Wanita itu sudah banyak menderita.

Zar buka laci almari, gambar yang dibingkai kemas itu dia ambil, lalu dia cium perlahan. Dia elus lembut gambar lama itu, gambar yang memberi dia seribu satu rasa.

Gambar dia dan adik keduanya, sedang berpeluk bahu dan tersenyum riang. Waktu gambar ini ditangkap, mereka berdua baru sahaja tamat latihan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan elit dalam Tentera Laut Diraja Malaysia, dengan beret berwarna unggu yang sergam indah terletak di atas kepala.

Sedia berkorban.

Masing-masing tahu, sekali mereka menapak masuk ke dalam pasukan itu, nyawa diri bukanlah yang paling utama, tetapi nyawa negara yang tercinta. Datang mereka bukanlah dialu-alukan, latihan yang dihadapi hampir sahaja menggilakan akal waras namun adik yang kedua ini acap kali berkata...

" Apa yang kita buat ni Along, adalah satu jihad yang tak semua mampu lakukan. Orang boleh kata kita ni gila, hilang akal sebab sanggup buat semua ini, tapi kalau bukan kita siapa lagi? Anggap ja lah apa yang kita buat ni adalah satu fardu kifayah. Satu jalan yang cukup dekat dengan syahid Along. Lagipun satu nyawa kita terkorban, kita boleh selematkan berpuluh nyawa lagi, boleh berikan berpuluh nyawa tersenyum dan bahagia. Kalau kita mati sekalipun, ada orang lain yang boleh sambung benda yang kita nak buat"

Adik yang terlalu optimis, dan asbab sifat itulah yang menyebabkan nyawa dia melayang di hadapan mata Zar. Dibawa potret itu kedada lalu dipeluk rapat hingga dia terlena dengan air mata mengalir jatuh ke pipi.

" Kita kena keluar sekarang!"

Zar jatuhkan arahan, rata-rata ahli pasukan Alpha dan Beta sudah mengudur diri, nyawa-nyawa mangsa yang terperangkap juga sudah mereka selamatkan dan ditempatkan di bot penyelamat.Pelantar minyak ini bila-bila masa sahaja akan meletup!

Tumpahan minyak hampir 6.500 km persegi. Kebocoran paip yang berlaku pula pada kedalaman 1.500 meter di bawah paras air laut.Malah hampir 4,000,000 liter minyak mentah yang berwarna hitam pekat melimpah tidak henti-henti. Bangunan ini juga hampir tujuh puluh peratus terbakar.

Dan yang paling menyayat hati, hampir setengah jam operasi menyelamat dijalankan tiga belas orang daripada seratus dua puluh enam pekerja meninggal dunia dan dua puluh lagi cedera. Berdarah sana sini.

Hanya tersisa pasukan Gama sahaja yang belum menaiki bot penyelamat.

" Encik...Encik kawan saya, kawan saya masih ada dalam bangunan tu, saya terpisah dengan dia sewaktu runtuhan tadi, tolonglah!" Tiba-tiba seorang wanita menerpa ke arah mereka, merayu-rayu dan melutut meminta pertolongan agar rakan nya yang hilang dicari. Zar ketap bibir, dikerling sekilas ke arah bangunan yang marak dengan api itu, mustahil untuk masuk semula ke dalam.

" Maaf tapi"

" Biar Aku masuk kejap!" Adiknya mencelah. Pantas sahaja Zar menggeleng laju.

" Tak!, kita kena selamatkan yang tersisa, dah tak cukup masa"

" Aku tau, tapi Insyallah sempat, tiga minit"

" Jangan jadi gila! Aku ketua kau ikut arahan Aku!"Tinggi nada dia membalas. Melepas adiknya melangkah semula ke dalam seolah-olah membiarkan adiknya terjun ke dalam gaung maut.

Belum sempat dia menarik uniform adiknya, lelaki itu pantas berlari masuk ke dalam kepulan asap. Menjerit dia memanggil, urat tegang timbul di segenap sendi. Ini bukan masa untuk berlagak ataupun bersifat optimis, mereka harus selamatkan yang tersisa! Itu arahan daripada pihak atasan.

" KEJORA, patah balik!" Jeritnya sekuat hati, namun tiada sahutan.

" Qaid, bawa yang selamat pergi dulu, Aku follow belakang." Namun pantas ditegah oleh Qaid, dia pegang kejap bahu Zar. Mempasak kaki Zar daripada berlari menuju ke dalam api yang marak.

" Kita tunggu Close air support aircraft, utamakan apa yang ada di depan mata Ocean!" Zar gelisah, mereka semua sudah dilatih untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Tentera .Tetapi sebelum bergelar gelaran itu, dia adalah abang dahulu.

" Adik Aku Qaid!"

" Ocean!, Utamakan nyawa yang masih selamat!" Arthar pantas menarik Zar kedalam bot keselamatan, lalu bergerak laju menjauhi pangkalan minyak yang bila-bila masa sahaja bakal meletup.

" Bommm!" Letupan demi letupan berlaku dari arah pelantar, dan di hadapan mata Zar...bangunan terakhir yang adiknya melangkah masuk meletup lalu bersepai. Sisa-sisa yang beterbangan jatuh ke dalam laut.

" KEJORA!" Dierit sekuat hati, ringan terasa tubuh ingin berenang ke arah sana, terasa segenap urat di tubuh berhenti berfungsi. Namun ahli pasukan nya terlebih dahulu menyambar badanya. Memegang erat agar dia tidak bertindak gila.

" Allah...Allah..." Nafas terasa pendek, seolah-olah udara di sekeliling nya sudah hilang entah ke mana. Anak mata mengiggil-gigil melihat tiang pelantar yang sudah hancur bersepai.

Ini adalah jihad yang tak semua mampu lakukan

" Adik Aku...Adik Aku Dika! Adik Aku ada dekat sana!"

" Bawa mengucap Zar, mengucap! Ingat Allah!"

" Arghhhhh"

Dan kita adalah insan yang terpilih untuk lalui jalan ini Along.

Terhenti perjalanan dia di sana, tidak ada kubur tidak bernisan juga. Jatuh ke dalam laut lalu hanyut entah kemana. Tiada juga pusara untuk lempiskan rasa rindu. Hanya gambar yang ada sebagai bukti rasa kasih dan cinta.

Dalam lena yang panjang, Zar genggam lebih erat gambar itu. Andai dia tahu apa yang bakal berlaku hari itu, dia lebih rela hubungan mereka sebagai adik beradik tercalar asalkan si dia masih hidup bernafas hingga sekarang.

Jika ini adalah bayaran untuk beret unggu, lanyard berwarna biru tentera laut dan juga celoreng yang selalu dipakai di badan yang dia impikan sedari kecil, maka dia akan pikul buat selamanya. Biar mati dia mencuba demi bahagia, biar dia sakit dilukai asalkan ianya setimpal dengan cintanya. Biar nadi dia terhenti asalkan

Insan yang dia sayangi gembira.

-          Inspired by Deepwater Horizon accident 20 April 2010

Continue Reading

You'll Also Like

8.9K 1K 4
Izzaty Inany, mempunyai kelebihan melihat makhluk halus sejak daripada kecil. Kebolehannya ini menjadi beban bagi diri dia apabila dia mendapat tawar...
45.7K 2.3K 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingg...
2.1K 256 30
𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘪𝘒𝘦𝘴, 2024 , spin-off kepada BDA Semuanya berlaku sejak lelaki itu menjadi imam solat tarawih di sekolahnya. Idna Hensem, seo...
107K 6.6K 48
×BOOK 1× [ C O M P L E T E D ] Nor Amni Shah seorang budak perempuan yang berani mati menyamar jadi lelaki semata mata ingin masuk ke Highschool Prin...