Pagi menjelma , lucas menggapai telefon bimbit nya yang berbunyi nyaring . Mata dicelik sedikit sebelum menjawab panggilan telefon .
" HOI BODOH ! KAU KAT MANA NI WOII !! HARINI MEETING PAGI HANAT NI DAH PUKUL BERAPA KO TAK SAMPAI SAMPAI LAGI NI "
Cepat cepat Lucas jarakkan telefon dari telinga . Boleh pekak telinga dia dengar Ash jerit . Jam dikerling , drastik tubuhnya bangun apabila melihat jarum jam pukul 9 .
" ASAL KAU TAK KEJUT AKUUU ?? TAK FUNCTION AH KAU NI MUHAMMAD" dia yang bangun lambat dia marah orang hm .
" KEPALA BAPAK KAU LA INGAT AKU NI BINI KAU KE NAK KEJUT KEJUT KAU HAH ?! CEPAT SIKIT 15 MIN KO TAK SAMPAI AKU REPORT MUMMY KAU "
" TUNGGUU AKU MUHAMMAD " Cepat cepat dia bangun pergi mandi . Si ash tu tak boleh dibawa main ,semua nak report mummy . 10 minit kemudian dia keluar dari condo dengan lengkap berkot . Kereta dipandu laju menuju ke syarikat miliknya .
Semua mata memandang ke arah Lucas yang tergolek di lobi syarikat , ada yang menggigit bibir menahan diri dari gelak . Lucas bangkit membetulkan blazer sambil berdehem menutup malu . " Korang tengok apa ? dah takde keje dah ? pergi la buat keje tu " Lucas berjalan pantas menuju ke bilik mesyuarat . Pintu dibuka pantas , matanya tertuju pada Ash yang sedang menerangkan tentang projek terkini mereka . Dia tersenyum malu apabila sedar dirinya direnung .
" That's all from me . Thank you " Ash kembali duduk di tempatnya . Lucas menarik kerusi di sebelah Ash dan terus menghidupkan laptopnya . " I'm sorry..have some trouble" Pembentangan diteruskan dan syarikat tersebut bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka . Mereka bersurai selepas hampir 3 jam berbincang .
" AKHIRNYAA AKU BEBASSS " Ash menggoncang badan Lucas sambil menjerit di telinga kawannya itu .
" PANGGG !!" Terteleng kepala Ash menerima tamparan Lucas . Matanya merenung ke arah Lucas . "Sampai..sampai hati kau tampar muka handsome aku niii " Dia menghempas buku sebelum bangun dan berlari keluar . " DON'T EVER KECEK WITH ME ! KITA PUTUS ! "
Lucas hanya memandang tingkah rakannya itu . " Drama . menyampah . " Kepala diletak atas meja dan dia melelapkan matanya . goodbye dunia ...
Tercungap cungap aira bangun apabila dia disimbah dengan sebaldi air . Perutnya disepak sekuat hati . " BANGUNLAH PEREMPUAN ! MAKANAN AKU MANA !? " Jerkahan itu mengejutkan dirinya .
" Maaf awak , ss—saya minta ampun . Saya tak larat sangat sangat . " Rambutnya ditarik kuat sehingga terdongak . " Ss —sakit rykarl..aira sakit .."Dia merintih menahan pedih seakan kulit kepalanya tercabut . Rykarl seolah seolah tersedar ,dia lepaskan rambut aira dan menunduk separas dengan wanita itu .
"ss–sayang.. saya minta maaf sayang.. sakit ke ? I'm sorry sayang I really sorry..sayang sakit ?" tangannya terketar ketar membelek seluruh tubuh aira.Kesan luka dan melecur dilihat , "saya ke..yang buat semua ni sayang ?" aira mengengsot ke belakang , sungguh! dia takut ..
"ss sayang tunggu sini eh ? sayang tunggu ...karl ambik ubat tau ..tunggu.." Rykarl bangun sambil ketuk kepala , pipinya ditampar sehingga merah . Dia berlari mengambil first-aid untuk merawat aira.
Tangan aira digapai , disapu ubat dan dibalut penuh cermat .Begitu juga semua luka yang ada di bahagian lain . Selesai merawat dia terus mendukung aira naik ke bilik . Aira diam tidak melawan kerana takut dia menjadi mangsa pukulan Rykarl lagi . Lelaki itu berbahaya dan tidak dapat dijangka perlakuannya . Tubuhnya dibaringkan di atas katil dan diselimutkan dengan cermat. "Sayang rehat ye ? karl masakkan untuk sayang tau . Jangan tinggal karl ye ?" Tanggannya dicium sebelum lelaki itu bergerak pergi . Aira merenung siling lama sebelum dia terpejam sendiri .
Celik mata sahaja Aira melihat dirinya di satu tempat lapang , matanya diliarkan ke sekeliling . Dia berjalan mengikut rasa hati . Sehingga dia menangkap satu suara yang dirindui . " Aira sayang.." Aira kaku di tempatnya . " Mama .. " Senyuman yang terukir di bibir wanita itu membuatkan air mata Aira jatuh . Aira berlari mendakap tubuh tua itu . " Ma.. mama pergi mana ? Aira sakit ma Aira sakit .. Ma bawak Aira ikut mama please " Aira mengongoi dalam pelukan . Belakang nya diusap perlahan . " Ma kenapa mama tinggal Aira ma.. Aira penat .. Sakit ma .."
Tubuhnya ditolak perlahan ,pipi Aira diusap lembut . " Anak mama kuat .. Mama tak pergi mana mana sayang .. Mama ada dengan Aira .. Aira kuat lawan ye ? " Kepala digeleng laju . " Aira tak kuat ma.. Aira nak peluk mama .. " Tangan wanita itu digenggam kemas tidak mahu terlepas . " Mama sentiasa ada , ingat tu ... Mama tak boleh lama lama .. Selamat tinggal .. Selamatkan diri kamu ye nak.." Pegangan tangan terasa longgar . Aira menggeleng laju sambil menarik tangan mamanya . " Ma jangan tinggal Aira maaaa " Dia mengejar bayang yang semakin jauh . " MAMAAA"
Aira terbangun dari mimpi , dia melihat sekeliling . " mama..." .Lutut dipeluk dan disembahkan wajahnya disitu . Sungguh.. dia penat .. Bunyi pintu terbuka mengejutkan dirinya,air matanya diseka segera .
" Sayang dah bangun ? Karl ada masakkan bubur untuk aira .. Meh karl suap .. " Aira mengengsot sedikit apabila Karl melabuhkan punggung di sisinya . Sudu yang berisi bubur itu ditiup sebelum disua pada Aira . " Makan sayang .. aku dah masakkan untuk kau ni " Aira hanya memandang tingkahnya . Raykarl yang bengang terus menarik rambut Aira " Aku kata makan , jadi makan . Aku tak suka orang ingkar arahan aku " Dengan terketar ketar Aira membuka mulut , bubur dikunyah perlahan . Barulah Raykarl melepaskan rambunya . Kepala diusap " Goodgirl sayang .. Makan tau..Jangan bagi aku marah .. "