Silent

By Cherryzhwa

209 58 25

Park Junmin seorang pelajar yang baru sahaja berpindah dari Australia kembali ke Korea. Dia bertemu dengan se... More

dua🧸
tiga🧸
empat🧸
lima🧸
enam🧸
tujuh🧸
lapan🧸
sembilan🧸
sepuluh🧸
sebelas🧸
dua belas🧸
tiga belas🧸
empat belas🧸
lima belas🧸
enam belas🧸
tujuh belas🧸
lapan belas🧸

satu🧸

17 3 0
By Cherryzhwa

"belakang lagi... Ha lagi-lagi... Lagi... Berhenti!"

Sekarang situasi di hadapan sebuah rumah sangat sibuk kerana rumah tersebut telah dibeli oleh seseorang yang baru sahaja berpindah untuk ditinggali bersama keluarganya. Beberapa buah lori yang membawa perabot-perabot untuk diletakkan di dalam rumah. Sebuah kereta mewah memasuki halaman rumah tersebut. Keluar lah seorang lelaki dengan isteri dan anaknya untuk melihat keadaan rumah mereka.

"Nahh inilah rumah baru kita! Cantik tak?" Tanya sang ketua keluarga. Isteri dan anaknya mengangguk gembira.

"Cantik betul rumah ni, pandai ayah pilih" puji sang anak. Sang ayah pun terkekeh sambil mengusap rambut anaknya.

"Mulai sekarang kita akan tinggal kat sini. Ayah harap kamu suka" katanya, sang anak pun menganggukkan kepala.

...

Beberapa jam kemudian akhirnya semua telah selesai. Hanya tinggal untuk mengemas barang-barang peribadi mereka. Sekarang mereka sedang berada di ruang makan.

"Junmin ayah dah daftarkan kamu di sekolah yang berdekatan dengan sini. Pihak sekolah kata kamu dah boleh mula bersekolah esok, ayah dah beli semua barang-barang keperluan kamu" kata sang ayah kepada anaknya yang bernama Junmin.

"Baik ayah. Junmin akan belajar rajin-rajin dan banggakan ibu dan ayah" katanya dengan semangat. Kedua ibu bapanya pun tertawa kecil melihat telatah anaknya.

"Bagus anak mama, macam ni lah mama sayang" kata ibunya kemudian mengusap-usap kepala Junmin. Junmin yang diperlukan seperti itu pun tertawa kecil.

...

6:25 pagi

Junmin sudah bersiap dengan pakaian sekolah yang lengkap. Dia kemudian mengambil beg galasnya dan turun kebawah untuk sarapan bersama ibu bapanya.

"Selamat pagi ibu, ayah" sapanya ketika dia sudah tiba di dapur. Ayahnya yang sedang membaca surat khabar itu pun melihat kearah anaknya itu kemudian tersenyum.

"Pagi anak ayah. Wah semangat betul nak pergi sekolah ya" katanya. Junmin pun tersenyum.

"Yelah ayah, hari ni kan hari pertama Junmin, kena lah semangat hehe" sang ayah pun tersenyum dan mengangguk kemudian tibalah sang ibu dengan semangkuk besar nasi goreng.

"Bagus lah anak ibu semangat. Nanti kat sana belajar rajin-rajin jangan kacau orang jaga adab elok-elok faham?" Nasihat sang ibu. Junmin mengangguk sambil memakan nasi goreng yang dimasak oleh ibunya.

...

Junmin tiba di sekolah dengan dihantar oleh ayahnya menaiki kereta. Dia masuk ke dalam area sekolah dengan wajah yang ceria dan menyapa beberapa orang yang berada di sekitarnya. Dia terus berjalan sehingga sampai ke bilik guru.

tok tok tok

Dia mengetuk pintu bilik guru tersebut. Menunggu izin dari guru yang berada di dalam bilik tersebut. Semasa dia sedang menunggu tiba-tiba seseorang berdiri di sebelahnya. Junmin melihat orang tersebut. Seorang lelaki yang mungkin sebaya dengannya, agak tinggi dan mukanya juga tak kurang.

Tapi penampilannya sangat teruk berbanding dengan mukanya. Baju yang tidak dipakai dengan elok, lusuh dan kotor dan mukanya juga ada beberapa lebam dan luka. Junmin menatapnya dengan tatapan prihatin kemudian dia memberanikan diri untuk bertanya.

"Hai? Awak siapa? Kenapa awak kat sini? Kenapa tak masuk kelas?" Tanya Junmin. Lelaki tersebut melihat kearahnya sebentar kemudian mengabaikan Junmin. Junmin yang diabaikan pun merasa sedikit marah tapi tak apalah.

Kemudian suara di dalam terdengar menyuruhnya untuk masuk ke dalam. Junmin pun masuk ke dalam bersama lelaki tersebut. Junmin menuju kearah meja pengetua manakala lelaki tadi menuju ke meja sebelah pengetua.

"Murid baru ya?" Tanya sang pengetua.

"Ya saya murid baru" sang pengetua mengangguk kemudian membuka kertas-kertas yang berada di atas mejanya.

"Baiklah kamu akan ditempatkan di kelas 5 semangat. Semua barang-barang keperluan kamu dah dapat kan?" Junmin mengangguk lagi.

"Baiklah saya rasa urusan saya dengan kamu dah selesai kamu boleh terus ke kelas dan selamat belajar di sini ya" kata sang pengetua. Kemudian sang pengetua menatap lelaki yang berada di meja sebelah.

"Hei Sumin! Kamu buat masalah lagi?!" marahnya pada lelaki yang bernama Sumin tadi.

"Ohh Sumin namanya" kata Junmin di dalam hati. Lelaki itu hanya diam dan membuatkan sang pengetua hanya boleh memicit kepalanya.

"Haih kamu ni, dah memandangkan cikgu disiplin ada urusan saya denda kamu bersihkan tandas. Kamu boleh pergi" setelah mengatakan itu, Sumin terus berjalan keluar. Junmin pun segera mengikuti langkah Sumin.

"Hey Sumin berhenti kejap!" Jerit Junmin dari jauh. Sumin pun berpura-pura tidak dengar dan makin mempercepatkan langkah. Junmin yang tak berputus asa pun segera berlari dan menarik lengan Sumin.

"Kejap!" Sumin yang merasa tangannya ditarik pun berhenti dan menoleh dengan muka marah.

"Kau nak apa?!" Marahnya pada Junmin. Junmin yang dimarahi pun sedikit terkejut. Tangannya yang menarik tangan Sumin pun dihempas begitu sahaja.

"Maaf saya tak ada niat nak kacau awak tapi, boleh tolong bawa saya ke kelas 5 semangat?" Tanyanya. Sumin berdecih pelan.

"Minta tolong orang lain" kemudian dia pergi begitu saja. Junmin yang ditinggalkan begitu saja pun menatapnya sedih.

"Aku tau kau ada masalah, tatapan kau tak boleh tipu aku, tak apa aku akan cari tau pasal kau dan aku akan bantu kau suatu hari nanti. Tunggu aku" katanya sambil menatap Sumin yang semakin jauh darinya. Kemudian dia pergi untuk mencari kelasnya.

...

Beberapa minit kemudian, Junmin akhirnya tiba di kelasnya, dia mendapati seorang guru yang tengah mengajar di dalam kelas. Dia mengetuk pintu perlahan.

"Oh murid baru? Mari masuk" setelah mendapat izin, Junmin masuk ke dalam kelas dan berdiri di hadapan kelas.

"Baiklah anak-anak murid sekalian, ini murid baru di kelas kamu. Silakan perkenalkan diri"

"Hai saya Park Junmin, saya baru pindah dari Australia. Saya memang berasal dari Korea. Saya harap kawan-kawan dapat terima saya dengan baik dan kita dapat kawan sama-sama" katanya sambil tersenyum ramah.

"Baiklah Junmin kamu boleh duduk di kerusi sebelah Yujun ya" Junmin mengangguk kemudian pergi menuju tempat duduknya.

"Hai aku Yujun! Selamat berkenalan!" Katanya Yujun sambil menghulurkan tangannya. Junmin pun membalas huluran tangannya sambil tersenyum.

"Junmin, selamat berkenalan juga" setelah itu masing-masing mula fokus dengan pada guru yang mengajar di hadapan.

Beberapa jam kemudian, akhirnya waktu yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar telah tiba, waktu rehat. Junmin sedang mengemas barang-barang.

"Junmin, jom pergi kantin sama-sama" ajak Yujun pada Junmin.

"Oh boleh-boleh, kejap ya saya nak kemas barang" Yujun mengangguk sambil menunggu Junmin yang sedang mengemas barang.

"Dah siap! Jom" mereka berdua berjalan dan menuju pintu belakang kelas. Semasa hendak melangkah keluar tiba-tiba Junmin terlanggar seseorang sehingga dia terjatuh.

"Ehh maaf-maaf saya tak sengaja" Junmin hendak membantu orang tersebut tapi orang itu hanya diam sahaja membuatkan Junmin hairan.

"Awak? Awak ok ke?" Tanyanya namun orang tersebut tetap diam. Tiba-tiba dia terus berdiri dan berjalan menuju tempat duduknya kemudian meletakkan kepalanya di atas meja dan tidur. Junmin semakin hairan dengan tingkah lakunya.

"Hari ni aku asyik jumpa orang pelik je dan.... Kenapa tatapan mereka berdua sama?" kata Junmin di dalam hati. Yujun yang melihat Junmin termenung pun menggoyangkan badan Junmin.

"Hei Junmin? Kenapa?" Tanyanya. Junmin yang tersedar pun menggeleng.

"Tak... Tak ada apa-apa, dah jom nanti ramai" Junmin berjalan mendahului Yujun yang membuatkan Yujun kehairanan kemudian dia mengikut Junmin dari belakang.

To be continue

Park Junmin

Choi Sumin

Jung Yujun

Park Jinyoung (Junmin dad)

Park Sooyoung (Junmin mom)

Continue Reading

You'll Also Like

984 213 5
Senyuman manis serta lesung pipit menghiasi wajahnya namun tersembunyinya sebuah rahsia yang menyedihkan~ ☆COMPLETE☆
5.7K 727 26
[txt's malay fanfiction] Without their knowledge, Right after they get married, someone tests their loyalty to each other. Can they be loyal to each...
314K 15.5K 48
( ssars love written series 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022
1.2K 179 25
ɴᴄᴛ ᴏᴛ23 ғᴀɴғɪᴄᴛɪᴏɴ ~ FAMILY ~ Mahukan keluarga yang harmoni aman dan sentosa walaupun kadangkala rumah boleh roboh kerana mereka? Di sinilah tempat...