๐‹๐ฎ๐ญ๐ก๐Ÿ๐ข'๐ฌ ๐๐ž๐ฅ๐จ๐ฏ๐ž๏ฟฝ...

By qweenellaa

991 55 2

[on-hold] 2nd Series ๐“›๐“พ๐“ฝ๐“ฑ๐“ฏ๐“ฒ || ๐“—๐“ช๐“ท๐“ท๐“ช๐“ฑ โ๐”š๐”ข ๐” ๐”ž๐”ซ'๐”ฑ ๐”ญ๐”ฏ๐”ข๐”ก๐”ฆ๐” ๐”ฑ ๐”ฑ๐”ฅ๐”ข ๐”ฃ๐”ฒ๐”ฑ๐”ฒ๐”ฏ๐”ข ๐”Ÿ๐”ฒ๐”ฑ โ„‘... More

Luthfi's Beloved
Luthfi's : 01
Luthfi's : 02
Luthfi's : 03

Luthfi's : 04

49 4 0
By qweenellaa

BUNYI penggera yang meminta untuk ditutup mengganggu Luthfi dari lenanya. Mata yang masih terkatup dibuka perlahan. Badan bingkas bangun dari baringan dan penggera tersebut dimatikan sebelum menuju ke tandas.

Pili air dibuka. Tatkala air yang sejuk menjelajahi seluruh ceruk badannya, mata yang mengantuk terus menjadi segar. Bibirnya dikemam rapat sebelum satu keluhan terbit keluar dari mulutnya.

Sejak dua menjak ini entah kenapa fikiran dia hanya dipenuhi dengan pesakit barunya... Atau lebih tepat kawan baik dia ketika di universiti dahulu.

Nik Nur Hannah Yasmeen.

Nak kata dia jatuh hati pada Hannah, tidak. Cuma, kadang-kadang wajah Hannah selalu sahaja menjengah fikiran dia. Selama ini tidak pun. Habis sahaja pengajian untuk ijazah mereka, Hannah bagaikan hilang.

Banyak kali dia cuba untuk mengambil tahu tentang wanita itu namun hampa. Hannah bagaikan seorang yang tidak wujud pun di muka bumi.

Nombor telefon ditular, media sosial pula semuanya Hannah nyahaktifkan Semua itu menyebabkan dia bagaikan sudah putus harapan untuk mengambil tahu akan wanita itu.

Tapi, sejak pertemuan mereka kembali tiga minggu lepas, entah mengapa, hati dia menjadi berdebar-debar saat melihat Hannah yang sekarang. Makin cantik dan makin matang. Cuma yang hilang adalah senyuman Hannah yang lama.

Dahulu, setiap kali Hannah tersenyum, wajah gadis itu pasti akan nampai bersinar dan mampu membuat orang disekelilingnya turut ingin tersenyum namun entah apa yang terjadi selama enam tahun lepas, dia tidak tahu.

Muka diraup kasar sebelum istighfar berulang kali keluar dari mulut lelaki itu. Berdosa jika dia terus memikirkan tentang wanita ajnabiyah.

Dia tidak suka akan perasaan seperti ini. Dia dan Hannah hamya sekadar teman. Tidak lebih. Dia juga tidak mahu Hannah menjadi segan dengan dia dan dia tidak mahu terputus hubungan dengan Hannah.

Cukuplah sekali sahaja.

Namun, tetap juga wajah tampan itu tersenyum sendiri apabila teringatkan Hannah.

Apa ini Luthfi? Tak akanlah terjatuh hati dekat kawan sendiri? Tapi, kalau betul sekalipun, tidak salah, kan?

Seusai selesai solat fardhu Subuh, Luthfi mengambil kitab al-Quran yang berada di atas meja tidur biliknya. Bait-bait ayat suci al-Quran dibaca dengan teliti.

Ruangan dapur dituju. Peti sejuk dibuka dan susu kotak berperisa kopi diteguk dengan perlahan selepas kalimah basmallah dibaca.

Kabinet dibuka dan plastik roti digapai sebelum empat keping roti dimasukkan ke dalam pembakar roti. Roti yang sudah siap dicalitkan dengan jem strawberi.

Sarapan dihidang diatas meja bersama dengan segelas susu. Mata Luthfi melilau mencari kelibat seseorang.

“Nufail!” Nyaring suara Luthfi memanggil anaknya yang masih lagi belum turun untuk bersarapan.

Terkedek-kedek seorang budak lelaki berumur empat tahun berlari memasuki ruangan dapur itu. Mata bulat itu memandang Luthfi sebelum tersenyum menampakkan sebari gigi yang terbentuk elok.

Sorry, papa. Hehe.” Cepat-cepat Nufail duduk diatas sebelum makanan yang tersedia dimakan dengan penuh selera.

“Hari ini awak ikut papa pergi kerja. Papa balik lewat, nanti tak ada orang yang boleh pergi ambil awak dekat taska.” Lembut sahaja suara Luthfi memberitahu Nufail yang sedang duduk dihadapannya.

Nufail hanya mengangguk tanda setuju dan faham. Terukir senyuman pada wajah Luthfi sebelum kepala anaknya itu diusap perlahan. Wajah Nufail yang comot akibat jem turut dilap dengan ibu jari.

Comel betul. Anak siapalah ni.

TOMBOL pintu dipandang dengan penuh debaran. Jemari halus itu sesekali menyentuh tombol sebelum ditarik balik. Nafas dihembus beberapa kali untuk menenangkan hati yang resah.

“Kau boleh buat, Hannah. You can do it, girl!” Sekali lagi tombol pintu dipegang namun belum sempat dia memulas, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari dalam bilik menyebabkan badannya tertarik ke dalam ruangan tersebut.

Hannah menutup matanya, takut-takut kalau kepala dia terhantuk dekat pintu. Mahu benjol seminggu.

Kening tirusnya terjungkit apabila telapak tangan kecilnya terasa seperti menyentuh permukaan yang lembut seperti fabrik.

Ketika matanya yang tertutup rapat ingin dicelik perlahan, suara kanak-kanak lelaki nyaring memenuhi ruangan bilik itu.

“Papa kena raba dengan kakak cantik la!”

Terus tegak badan Hannah apabila ada orang menuduhnya meraba orang. Lelaki dihadapannya itu memalingkan mukanya daripada memandang Hannah. Satu deheman dilepaskan.

“Nufail, tak baik kata dekat orang macam tu.”

Tidak semena wajah putih mulus milik Hannah memerah. Matanya terarah pula pada si kecil yang banyak celoteh mulutnya itu. Kini pandangan mata Hannah bersilih ganti memandang dua orang yang berada di hadapannya.

Luthfi yang mengerti dengan kelakuan Hannah meminta gadis itu masuk ke dalam bilik kerjanya terlebih dahulu.

Namun, badan Hannah bagaikan terkaku disitu. Papa? Budak lelaki itu panggil Luthfi, papa kan tadi? Jadi, maksudnya...

“Hannah?” teguran itu kembali menyedarkan Hannah dari lamunannya.

Tempat disebelah kanak-kanak yang bernama Nufail itu, diambil. Ralit betul Nufail itu bermain dengan mainan sampaikan dia duduk disebelah pun tidak perasan.

Amboi, dik. Kau main sampai orang duduk sebelah pun tak kisah.

“Maaf sebab saya datang waktu rehat awak. Petang nanti saya betul-betul ada urusan,” ujar Hannah sambil matanya ralit memerhati gelagat Nufail.

Satu senyuman terbit pada bibir Hannah. Tangannya naik mengelus rambut halus milik Nufail.

“Tak ada apalah. Saya tak sibuk pun sekarang ni. But if you don’t mind, can he stay with us?” balas Luthfi sambil memandang ke arah Nufail. Anak dia ini memang taksub dengan mainan ke macam mana? Dari tadi tak berhenti main dengan mainan dia.

Hannah angguk tanda faham. “Sure, no problem.

Seraya itu, Luthfi menyambung melihat rekod kesihatan milik Hannah. Membiarkan wanita itu berborak dengan anak lelakinya.

“Nama awak apa?” soal Hannah pada budak lelaki disebelahnya. Serentak Luthfi dan Nufail berpaling ke arah Hannah.

Mata dikerdip-kerdipkan sebelum tersenyum lebar.

“Nama saya Muhammad Nufail. Umur saya empat tahun, papa saya kerja dekat hospital, hehe.” Tangan kecilnya menyentuh belakang tengkuk sebelum hidung mancung dan kecilnya turut digosok perlahan. Acah-acah malu.

Hannah tergelak kecil dengan gelagat Nufail. Comel! Pipi tembam milik Nufail dicubit geram. Acah betullah budak ni.

Luthfi yang dari tadi menjadi pemerhati tersenyum seorang diri melihat Hannah dengan anaknya. Faham dengan sikap Nufail yang jenis banyak mulut dan tidak malu.

Langsung tidak mengikut sifat arwah ibu dengan ayahnya.

Kini, wajah Hannah pula yang menjadi santapan mata. Iris mata Hannah yang bersinar dibawah cahaya lampu biliknya menyerlahkan lagi kecantikan gadis itu. Dia rasa, dia tidak akan pernah bosan melihat iris cantik milik Hannah Yasmeen. Nafas Luthfi bagaikan tersekat di kerongkong apabila iris kelabu gelapnya bertentang dengan iris coklat gelap milik Hannah.

Entah kenapa, sejak bertemu Hannah kembali, dia sering menjadi tudak keruan seperti ini.

Liur yang ditelan terasa pedih. Lama mereka berdua membalas pandangan. Masing-masing terbuai dengan panahan anak mata. Akibat terlalu gugup, Hannah menjatuhkan pandangannya. Jemari kecilnya disulam kemas.

Debaran di dada tiada tanda yang ia akan berhenti dalam masa terdekat. Tambahan pula, dia dapat merasakan bahawa Luthfi masih lagi memandangnya.

Dia menjadi agak tidak selesa apabila lelaki yang bergelar sebagai doktor psikiatrinya itu memandang dia seperti itu. Memandang tepat ke dalam anak matanya walaupun dahulu, ketika di zaman universiti, sering sahaja mereka bertentang mata.

Hannah bingkas bangun dari sofa dan menuju ke arah Luthfi yang berada di mejanya. Kerusi untuk pesakit yang berada di sebelah sisi meja Luthfi dituju.

“Awak rasa awak dah boleh mulakan ke? Saya tak paksa awak kalau awak masih belum bersedia,” soal Luthfi. Sebagai seorang doktor, dia tidak boleh memaksa pesakitnya untuk menceritakan masalah mereka.

Hannah memandang Luthfi sekilas sebelum tersenyum hambar. Matanya kembali memandang Nufail yang masih berada di atas sofa.

“Luthfi... Saya ini, menyedihkan, betul tak?” Kini anak matanya memandang dinding bilik kerja Luthfi dengan tatapan kosong. Dinding yang kosong, kosong seperti hatinya.

“Kenapa awak kata macam tu? Awak tak nenyedihkan, lah,” keras Luthfi menafikan butir bicara Hannah. Dia nampak raut wajah itu sudah kembali hambar.

“Iyalah, dulu zaman belajar, saya ni dilabel budak pandai, grad pun dapat anugerah tapi... Hujung-hujung jadi gila.” Terkeluar tawa sinis tatkala dia menyebut ayat terakhirnya.

Betullah, dia gila. Penyakit yang dia kena ini memang penyakit mental. Personality Borderline Disorder (BPD). Penyakit ini sebenarnya ramai sahaja yang hidap tapi tidak terlalu diwar-warkan oleh orang ramai sahaja.

“Hannah... Tak baik kata macam tu. Awak sakit sebab takdir Allah. Mungkin ada hikmah disebalik sakit awak ni.” Sekali lagi Hannah tergelak.

Iya, takdir Allah. Dia tidak menafikan itu dan tidak pernah dia menyalahkan percaturan Allah. Cuma, kadang-kadang dia rasa dia tidak kuat untuk hadap semua benda ini.

“Iya, saya tahu. Saya sedar itu semua. Tapi ada masa, saya jadi takut. Saya takut, saya hilang diri saya yang sebenarnya. Saya takut Haiyan sakit sebab saya. Saya takut dengan penyakit saya ni. Saya...” Tanpa sedar, air mata jatuh menitis pada pipi mulus itu.

Pantas dia nengelap pipinya dengan kasar saat Luthfi memintas percakapannya.

“Hannah, dengar apa yang saya nak cakap pada awak ni. Tak salah untuk awak takut tapi awak kena sentiasa ingat yang satu hari nanti, rasa takut itu akan memakan diri awak sendiri. Awak pun tahu, awak kena sentiasa elakkan dengan perkara-perkara negatif. And please remember that no matter what, you are still Hannah Yasmeen that I know. Not the I used to know. You will always be you. Sakit atau tidak, awak tetap orang yang sama,” balas Luthfi sambil menghalakan beberapa helai tisu kepada Hannah.

Sekali lagi, Hannah kalah dengan emosinya sendiri. Air mata gugur tanpa henti. Luthfi bilang, dia tetap Hannah yang sama tapi, dia tidak jumpa akan persamaan itu.

Saat melihat air mata Hannah yang tumpah, penumbuk dikepal kemas. Betapa rapuhnya Hannah saat ini, dia sendiri tidak pasti namun untuk pertama kalinya, sepanjang mereka berteman, Hannah menangis dihadapannya.

Dulu, sering juga dia menyoal Hannah, kenapa sentiasa ceria. Tidak pernah sekali pun dia lihat Hannah bersedih dan dia pernah tertanya-tanya, seperti manakah seorang Hannah Yasmeen yang sedang bersedih namun jikalau beginilah keadaannya, dia tidak sanggup.

Jika Hannah takut hilang dirinya sendiri, dia juga takut kehilangan kawannya yang tidak lekang dengan senyuman dahulu.

“Kakak cantik, kenapa nangis?” Satu tangan kecil menyentuh jemari Hannah yang bersulam kemas itu. Pantas air mata diseka dengan kekura tangan sebelum Nufail itu diangkat duduk diatas ribanya.

“Mana ada kakak nangis, ada habuk masuk dalam mata kakak tadi.” Sedaya upaya Hannah menyorokkan wajah sedihnya dan senyuman yang manis dihadiahkan untuk Nufail.

Anak kecil itu seakan tidak percaya dengan kata-kata Hannah. Namun, dia selalu ingat pesan papanya yang jangan masuk campur urusan orang tua. Disebabkan dia masih muda dan comel, dia senyapkan sahaja.

“Baik, kakak cantik jangan nangis selalu tau, nanti mata merah, tak cantik...” tergelak kecil Hannah mendengar teguran itu. Pandai-pandai sahaja.

“Luthfi... Nufail ni anak awak ke?” Mata kembali terarah kearah temannya dihadapan. Syukur ada Nufail, dia menjadi semakin lega. Rasa sedih yang dia rasakan tadi, hilang begitu sahaja.

“Iya, dia anak saya. Tapi kena tambah sikit lagi. Anak angkat,” balas Luthfi seraya mengusap lembut rambut anak lelakinya itu.

“Ohh...” Jantung Hannah yang berdebar dengan jawapan yang Luthfi bakal ungkapkan itu terasa lapang saat tahu akan kebenarannya.

Nufail hanyalah anak angkat. Nufail bukan anak kandung Luthfi. Nufail hanya dijaga oleh Luthfi, itu sahaja.

“Dia anak Hud...”

“... dengan Nawal.”

Kejung Hannah saat mendengar berita yang baru sahaja dikatakan oleh lelaki dihadapannya itu. Anak Nawal?

Hud dengan Nawal? Hud? Hud Zafran dan Nawal Alaina?

“Tapi bukan ke Hud kahwin dengan Farah?” Berkerut kening tipis itu saat melontarkan soalan tersebut. Mustahil Hud ada anak dengan Nawal sedangkan lelaki itu sudah pun berkahwin dengan Farah.

“Banyak benda yang telah berlaku, Hannah. Hud really messing his own lifes including Nawals’.

TBC

thanks for reading! Jangan lupa like dan comment <3

Continue Reading

You'll Also Like

127K 13.2K 18
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
1.5M 53.2K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
21.8K 1.4K 41
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil kep...
1.8M 59.2K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...