PELENGKAP HATI DIA [ C ]

By moonjni

371K 15.1K 312

Sebuah kisah yang agak berat buat insan bernama Hawra Farhah. Perkahwinan yang dirasakan indah untuk selaman... More

PROLOG ๐ŸŒผ
BAB 1 ๐ŸŒผ
BAB 2 ๐ŸŒผ
BAB 3 ๐ŸŒผ
BAB 4 ๐ŸŒผ
BAB 5 ๐ŸŒผ
BAB 6 ๐ŸŒผ
BAB 7 ๐ŸŒผ
BAB 8 ๐ŸŒผ
BAB 9 ๐ŸŒผ
BAB 10 ๐ŸŒผ
BAB 11 ๐ŸŒผ
BAB 12 ๐ŸŒผ
BAB 13 ๐ŸŒผ
BAB 14 ๐ŸŒผ
BAB 15 ๐ŸŒผ
BAB 16 ๐ŸŒผ
BAB 17 ๐ŸŒผ
BAB 18 ๐ŸŒผ
BAB 19 ๐ŸŒผ
BAB 20 ๐ŸŒผ
BAB 21 ๐ŸŒผ
BAB 22 ๐ŸŒผ
BAB 23 ๐ŸŒผ
BAB 24 ๐ŸŒผ
BAB 25 ๐ŸŒผ
BAB 27 ๐ŸŒผ
BAB 28 ๐ŸŒผ
BAB 29 ๐ŸŒผ
BAB 30 ๐ŸŒผ
BAB 31 ๐ŸŒผ
BAB 32 ๐ŸŒผ
BAB 33 ๐ŸŒผ
BAB 34 ๐ŸŒผ
BAB 35 ๐ŸŒผ
BAB 36 ๐ŸŒผ
BAB 37 ๐ŸŒผ
BAB 38 ๐ŸŒผ
BAB 39 ๐ŸŒผ
BAB 40 ๐ŸŒผ
BAB 41 ๐ŸŒผ
BAB 42 ๐ŸŒผ
BAB 43 ๐ŸŒผ
BAB 44 ๐ŸŒผ
BAB 45 ๐ŸŒผ
BAB 46 ๐ŸŒผ
BAB 47 ๐ŸŒผ
BAB 48 ๐ŸŒผ
BAB 49 ๐ŸŒผ
BAB 50 ๐ŸŒผ
BAB 51 ๐ŸŒผ
EPILOG ๐ŸŒผ

BAB 26 ๐ŸŒผ

6.2K 285 6
By moonjni

MANIS berasa cukup gembira selepas Hawra memberitahu bahawa dirinya akan pergi ke United Kingdom. Rasa lega dalam diri Manis dapat dilepaskan. Dia yakin Osman dan Aina dapat menjaga Hawra dengan baik.

"Lepas ni aku nak berbual dengan gosip dengan siapa ya?" ucap Manis dan berpura-pura sedih.

"Aik. Tadi bukan kau rasa happy ke?" Hawra mengerutkan dahinya tanda hairan.

"Aku bahagia sebab abang kau akan jaga kau lepas ni Ara. Dan aku percaya yang kau akan sentiasa dalam keadaan selamat nanti. Yang aku sedih ni, sebab sahabat aku nak pergi jauh. Aku takde dengan kau dah nanti," jelas Manis dengan nada kendur.

Tangan Manis lantas dipegang dan digenggam lembut. Senyuman diukir indah ke bibir.

"Sejauh mana pun aku berada, kau tetap sahabat aku Manis. Aku takde kawan yang lain dah. Hanya kau je yang sudi teman aku sehingga sekarang. Ada masa, aku akan call kau. Aku harap kau jaga diri kau dan sentiasa doakan untuk kesihatan aku ya."

Manis terus berasa sebak. Seolah itu adalah perpisahan terakhir mereka. Sedangkan Hawra akan bergerak ke sana hujung bulan ini. Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi.

"Aku akan sentiasa doakan untuk kau." Manis lantas tersenyum ke arah Hawra.

Moga persahabatan mereka berdua terjalin buat selamanya. Itulah doa yang sering dilafazkan oleh mereka berdua.

🌼

HAWRA ditolak dengan kerusi roda oleh Aina. Mereka berdua baru sahaja pergi ke kafeteria untuk menjamah makan tengah hari. Tambah pula, esok Hawra akan menjalani kemoterapinya buat kali kelima.

Hasya juga sudah beberapa minggu tidak berjumpa dengan Hawra. Hawra faham dengan situasi Hasya pada saat itu. Tambah pula, Hasya sentiasa bertanya khabar padanya. Jadi dia tidak terasa sunyi.

Datin Farisya dan Arjuna juga sering melawatnya pada hari Jumaat. Dia sudah menganggap Datin Farisya seperti ibunya malah Dato' Mazlan juga amat baik dengannya.

Hawra sudah berfikir untuk memberitahu Datin Farisya pada hari Jumaat nanti tentang kepergiaannya ke UK. Dia sendiri yang menyekat Hasya daripada memberitahu kepada Datin Farisya. Biarlah ianya sampai dari mulutnya sendiri.

"Ara. Akak nak ke toilet kejap. Ara okay ke tunggu dekat sini?" Soal Aina. Tiba-tiba perutnya memulas pula.

"Ara okay je kak. Akak pergilah, Ara tunggu sini," ucap Hawra dan menyedut air masaknya.

"Okay Ara. Tunggu sini tau, nanti akak datang balik."

Aina terus berlalu pergi. Hawra mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghilangkan rasa bosan. Game candy crush dibuka untuk bermain.

🌼

HANIS berjalan keluar dari bilik doktor dengan rasa bahagia. Dia terus mendapatkan Izzul yang sedang menunggu di kerusi. Izzul yang sedang ralit bermain dengan telefonnya terus mengangkat wajah apabila muncul buku pink di hadapannya.

Hanis sudah tersenyum-senyum senang. Dia disahkan mengandung dua bulan. Rasa bahagia dalam dirinya sudah hampir meletus.

"Dah siap ke?" Soal Izzul dan mengambil buku pink dari tangan Hanis.

"Dah abang. Rupanya Hanis dah pregnant dua bulan. Tak sangka kan," ucap Hanis dan duduk di sebelah Izzul.

"Ye ke Hanis? Alhamdulillah." Izzul terus mengucapkan rasa syukur. Itulah yang dia nantikan sejak dahulu.

"Aah. Abang akan jadi ayah nanti. Happy tak?" Soal Hanis dengan rasa ceria.

"Mestilah abang happy. Isteri abang ni dah pregnant. Terima kasih sayang." Dahi Hanis dikucup lembut.

Hati Hanis terus berbunga-bunga dengan cara Izzul. Akhirnya dia berjaya juga memberikan zuriat buat Izzul.

"Kita kena beritahu mak dengan abah nanti. Dia orang mesti seronok. Hanis nak apa-apa tak? Abang belikan. Harini abang ambil cuti untuk luangkan masa dengan Hanis," ucap Izzul dengan nada gembira.

"Hanis nak pergi jalan-jalan dengan abang. Boleh ke?" Pinta Hanis dengan gembira.

Mereka berdua juga berjalan untuk pulang. Tangan kiri Hanis tidak dilepaskan oleh Izzul. Dia benar-benar bahagia ketika itu.

Sedang mereka berdua berjalan, langkah Hanis mati tiba-tiba. Izzul juga tersentak sedikit kerana tangan Hanis yang dipegangnya masih tidak dilepas.

"Kenapa Hanis?" Soal Izzul dan mengerutkan dahi.

"Itu bukan Kak Ara ke?" Soal Hanis saat melihat Hawra yang sedang bermain telefon di sebuah meja.

Izzul terus menoleh ke arah yang dipandang oleh Izzul. Riak wajahnya terus berubah saat melihat wajah pucat Hawra ketika itu. Malah bentuk tubuh Hawra juga terlihat agak susut.

"Hanis nak pergi jumpa dia."

Tangan Izzul dilepas dan Hanis terus mengorak langkah.

Izzul sudah mengeluh perlahan. Dia tahu tujuan Hanis saat itu. Pasti mahu memberitahu Hawra tentang kandungannya. Mahu tidak mahu, Izzul terpaksa menurut sahaja langkah Hanis.

"Ehem. Ehem," dehemnya agak kasar. Tangan sudah disilang ke dada.

Hawra yang berasa ada orang di sebelahnya terus mengangkat wajah. Dia terus tersentak saat melihat Hanis dan Izzul di situ.

"Waalaikumussalam. Ya Cik. Nak apa?" Soalnya seolah tidak mengenali mereka berdua.

"Lama tak nampak Kak Ara. Kenapa nampak macam sakit je ni?" Soal Hanis dengan riak wajah sinis.

"Saya dengan awak ada apa-apa hubungan ke untuk saya beritahu awak?" Balas Hawra dan tersenyum tipis.

Dia masih duduk di kerusi rodanya. Tenaganya masih tiada selepas pemeriksaan sebentar tadi.

"Sombongnya. Abang tengok lah. Mentang-mentang dah cerai dengan abang, dia buat-buat tak kenal dah. Dah lah tak bangun pun untuk salam Hanis. Ingat Hanis nak sangat jumpa dia," adu Hanis dan memasamkan wajah.

Dia mahu melihat reaksi Izzul sebentar lagi.

"Biar je lah dia tu Hanis. Orang dah lupa dekat orang lama nak buat macam mana. Hanis jangan stress sangat, tak elok untuk Hanis," pujuk Izzul dengan lembut.

Hawra hanya diamkan diri. Dia malas hendak bertekak di situ. Membazir air liurnya sahaja.

"Hanis nyaris lupa. Kalau Kak Ara nak tahu, Hanis dah pregnant dua bulan. Hanis dah berjaya bawa anak Abang Izz dalam perut Hanis sekarang. Hanis harap Kak Ara tak cemburu ya sebab Kak Ara kan mandul," sindir Hanis dan sengaja menyebut kata 'mandul' itu agak kuat.

Orang sekeliling juga mula berbisik pada situasi itu. Izzul lantas menarik lengan Hanis.

"Tak payah nak bazir waktu Hanis untuk perempuan macam ni. Takde guna. Anak kita tak layak untuk jumpa dengan dia," tutur Izzul dengan penuh sombong.

Hawra tersenyum dan berdiri perlahan-lahan. Walaupun tubuhnya berasa getar dengan cukup hebat, dia tidak mahu air mukanya jatuh di situ.

"Saya tak kisah kalau awak mengandung atau tak Cik Hanis. Saya tak kisah sebab awak dengan suami awak tak ada kepentingan buat saya. Saya hanya mampu ucapkan tahniah dan saya doakan semoga anak awak nanti dapat tumbuh dengan sihat. Moga dia diajar cara menghormati orang lain. Dan untuk awak Cik Suami Hanis. Awak minta dekat saya supaya jangan jumpa dengan awak, tapi kenapa isteri kedua awak ni datang jumpa saya? Adakah saya ni magnet? Atau isteri kedua awak ni masih cemburu dengan saya," ucap Hawra dengan susunan ayat yang cukup teratur.

"Kau memang tak tahu malu lah!" Marah Hanis kerana berasa sakit hati.

"Apa yang kau cakap dekat adik aku?!"

Kemunculan Osman menyentak Izzul di situ. Aina terus mendapatkan Hawra dan meminta Hawra untuk duduk semula. Hanis sudah pelik apabila melihat wajah resah Izzul.

Continue Reading

You'll Also Like

144K 12.3K 14
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
159K 9.2K 25
RE-EDIT SOON! '' bila kuat sangat kita genggam, itu yang jadi titik kelemahan dalam diri. Learn to let go, if it return,its your, if it looked awa...
52.8K 4.5K 37
๐‹๐ฎ๐ญ๐ก ๐๐š๐ฒ๐ฒ๐ข๐ | ๐๐ฎ๐ซ ๐’๐ฒ๐ข๐Ÿ๐š ๐ˆ๐ค๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง๐š Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa ap...
9.2M 586K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020๐Ÿ†, The top hero2020๐Ÿ†,The best romance2020๐Ÿ†,The top author2020๐Ÿ† AIN SURAYA, dia seorang isteri...