Sahil tidak dapat melelapkan matanya lalu dicapainya telefon bimbit.dan mendail nombor Johanna. Berkali-kali telefon itu berdering kali yang ke sepuluh barulah Johanna menerima panggilan itu.
"Deaaaarrrr, tengah malam ni. I nak tidur esok pagi kerja!"
"I'm sorry, I rindukan you sebab itu-"
"You.tak penat ke dengan kenduri,huh?" Johanna membebel dengan mata terkatup.
"Sayang, jumpa I,esok di fisio."
"Itu je ke you nak cakap. Text pun takpa! Sorry ya darling I penat sangat."
"Jump-"
Klik, panggilan dimatikan. Sahil terdiam memandang telefonnya.
"Maafkan saya tuan, tuan mesti tidur sekarang. Esok pagi hendak ke pusat fisio,"sapa Sam seraya masuk membawa susu tinggi kalsium suam. "Jemput minum dulu,"lembut sahaja Sam berbicara. Dia membantu Sahil ke katil dan dia pergi membuka lampu tidur. Sam tidur di atas daybed di tepi dinding berdekatan dengan katil Sahil.
Seminggu berlalu dan Zaireen menunaikan segala niatnya. Daripada menyediakan dan melatih chef baru di rumah itu hinggalah memastikan segalanya berjalan seperti biasa.
"Reen ini Marina. Nutritionist Sahil,"kata Puan Sri kepada Zaireen . "Marina ini tunangan Sahil."
"Apa khabar? Saya Marina. Alhamdulillah dapat berjumpa."
"Baik, saya Zaireen. Selamat berkenalan,"ucap Zaireen menyambut tangan Marina.
"Saya berpeluang melihat menu yang Cik Zaireen buat-"
"Panggil saja Reen,"potong Zaireen tersenyum.
"Oh, baiklah. Saya nak Reen tahu, menu yang Reen buat sangat teliti."
"Cik Marina memuji saya?"
Marina terketawa kecil.
"Ya."
"Tak perlu sebab semua makanan itu atas permintaan Tuan Sahil,"jawab Zaireen ketawa. "Cuma satu perkara kecil yang saya hendak ingatkan."
"Apa dia?"
"Tuan Sahil alergik walnuts dan almonds. Kacang lain ok."
Marina cepat-cepat mengeluarkan nota kecil.
"Terima kasih kerana mengingatkan saya."
"My pleasure,"ucap Zaireen tersenyum. "Mama, Reen minta diri dulu. Reen ada hal sikit kat rumah."
"Tak nak tengok Sahil ke?"tanya Puan Sri. Zaireen tersenyum.
"Tuan Sahil kan di Master Chu untuk.urutan refleksologi."
"Eh ya tak ya. Baiklah Reen. Reen pergilah buat kerja Reen." Zaireen meminta diri pulang ke kediamannya. Baru sahaja dia melangkah masuk telefon bimbitnya berbunyi. Video call dari Sam.
"Aik, kenapa lain macam call hari ni? Text tak leh?"usik Zaireen. Sam nampak begitu serba-salah. "Kau ni apasal Sam?"
"Reen, kau boleh datang ke pusat fisio tak?"
"Bukan ke Master Chu ke?"
"Sudah...sepatutnya tiada fisio tapi Tuan Sahil berkeras hendak ke mari."
Zaireen hanya memandang Sam di telefon.
"Mana dia?"tanya Zaireen. Sam menukarkan ke kamera belakang. Kelihatan Sahil bermenung. "Kenapa nampak tak terurus sangat ni Sam?"
"Aku try, tapi kau taulah Tuan ni kalau dia mengamuk-teruk."
"Hmm..baru sampai ke?"
Sam mengangguk.
"Ok aku sampai dalam 30 min."
"Terima kasih Reen. Terima kasih," kata Sam lalu mematikan panggilan. Zaireen hanya menggelengkan kepalanya.
Sam, kau ingat aku ni siapa ek? Tukang buat silapmata? Kalau dah orang tua tu tak nak buat apa,bawak balik sajalah. Bebel Zaireen dalam kepala. Zaireen menarik jaket kulitnya dan mengambil helmet dan terus bergegas ke pusat fisio.
Setibanya di situ, dia melihat dari luar cermin. Sahil sudah seperti patah semangat.
"Bila last Johanna datang menjenguk dia?"tanya Zaireen yang baru menjejakkan kaki ke pusat itu yang disewa khas oleh keluarga Tan Sri.
"Sehari selepas majlis pertunangan,"jawab Sam. Johanna memandang lelaki yang lebih muda darinya.
"Aku nak tanya, kau telefon aku asal ek?"soal Zaireen meletakkan helmetnya di atas meja di tepi dinding.
"Reen, dia tak lalu makan, murung. Cik Johanna hanya datang tak lebih dari 10 minit. Tuan bagi mesej dalam 10 mesej dijawabnya cuma sekali. Selalunya dengan 'K' saja."
"Jadi kau bersedih kerana Sahil lah ni?"
"Reen, aku bukan apa..Master Chu pesan, sebaik mana rawatan fizikal kalau mentalnya lemah tiada apa pun yang akan berkesan."
Zaireen tersenyum.
"Aku buat kelakar ke? Kau senyum2 ni?"
"Huih, senyum pun tak boleh. Aku fikir kau ni bapaklah serius bercerita buat aku rasa macam baca novel.:
"Reen, aku tak bergurau!"gesa Sam.
"Ya ya ya aku tahu. Ok, aku gerenti selepas ni Sahil akan jadi super active kau akan call aku cakap nak berhenti."
"Aku tak faham."
"Budak2 memang susah nak faham. Kau tunggu dan lihat. Bagi aku dalam dua hari macam tu." Sam menganggukkan kepalanya. "Sat, aku nak buat call." Dia berjalan ke suatu sudut. "Ah, Ah Meng Reen sini. Gambar2 I hari tu you simpan tak? Kalau simpan i bagi ukuran tolong printkan for me. Bila boleh siap? Ah? Oh Lusa. Hao..Lusa pun Lusa lah. Send them to Villa Tan Sri Samad. Ok ok. Jumpa nanti."
"Kau telefon siapa Reen?
"Kau kan nak Sahil lebih bersemangat,kan? Ni aku pi beli semangat dia. Kau jangan bimbang. Aku masuk dulu. Aku rasa dia dah lupakan aku."
"Er..tapi Reen..jangan-"
Belum sempat Sam menyudahkan ayatnya Reen terus berlalu.
"Nah air,"tegur Zaireen kepada Sahil sambil menghulurkan sebotol air mineral sejuk. Sahil mengambil botol itu dan cuba membalingnya ke muka Reen tapi dapat dipatahkan oleh gadis itu.
"Kau tak belajar fizik ke,hah? Kau duduk aku berdiri tak sampai sedepa jauhnya kau nak baling botol ni kau ingat akan mengena batang hidung aku?"
"Aku? Kau? Eh, jangan biadap?!"
"Well, selayaknya kau pun bukan bersopan sangat."
"Zaireen!!"tempik Sahil. Wajah Sam cemas ketika Zaireen mengerling ke arahnya. Zaireen memberi isyarat jangan berbuat apa-apa. Zaireen menguap besar di hadapan Sahil.
"Kau ingat aku takut pada lelaki cacat macam kau ni?"
"Cacat? Beria kau nak jadi isteri aku. Tak sedar diri."
Zaireen membuka tudung air mineral di tangannya.
"Kau ke aku yang tak sedar diri?"tanya Zaireen sinis.
"Kau jangan melampau ya. Walaupun kau bukan orang gaji aku tetapi tetap anak driver ayah aku!"
"Baik, kau ingat ni...kau sebut lagi pasal orang gaji kuli bapak kau ke aku akan buat lebih teruk lagi."
"Kau ingat aku takut?"getus Sahil. Zaireen mengatur tapak ke sisi Sahil dan menuangkan air botol tadi ke atas kepala Sahil. Sahil terkejut kerana tindakan berani Zaireen.
"Ei,perempuan-"
Zaireen membuka sebotol lagi air dan menuangkan isi ke atas Sahil lagi sekali. Habis basah kuyup jadinya. Sam bergegas kepada mereka.
"Zaireen! Berani-"
"Ei, diam boleh. Aku memang berani. Amacam? Sejuk segar tak rasanya mandi air mineral." Sahil berjaya berdiri dan mahu mencekik leher Zaireen. Sam terkejut kerana Sahil boleh berdiri. Zaireen mundur setapak dan Sahil rebah. Zaireen bertepuk tangan. Dia berlutut di sisi Sahil. "Congrats, kau sudah boleh berdiri. Keep up the good work ok?"ucap Zaireen menepuk bahu Sahil tetapi ditepis oleh Sahil. "Sam dalam boot kereta ada sepersalinan. Kau tolong tuan Sahil salin baju. Aku ada kerja sikit." Lalu dia bangun. "Tuan Sahil, see you real soon. Bye!" Zaireen pergi dari situ.
Kau berjaya juga berdiri Sahil kau jangan bimbang aku akan buat kau bersemangat kental selepas ini.