OG | | MEJAR'S CODE G28

By farhaenanurr

38.5K 1.8K 64

SYED AARIZ AL-FARRAS Bagi seorang Syed Aariz Al-Farras, tiada yang lebih menarik selain bermain dengan nyawa... More

𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
1' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
2' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
3' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
4' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
5' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
6' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
7' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
8' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
9' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
10' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
11' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
12' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
13' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
14' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
15' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
16' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
17' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
18' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
19' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
20' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
21' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
22' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
23' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
24' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
25' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
26' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
27' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
28' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
29' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
30' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
31' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
32' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
33' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
34' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
35' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
36' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
37' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
38' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
39' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
40' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
41' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
42' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
43' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
44' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
45' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
46' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
47' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
48' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
49' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
51' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
52' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
53' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
54' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
55' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
56' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28
57' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

50' 𝓜𝓔𝓙𝓐𝓡'𝓢 𝓒𝓞𝓓𝓔 𝓖28

168 10 0
By farhaenanurr

Rumah yang biasanya menjadi tempat perlindungan dan kebahagiaan buat Aariz dan Arfana kini berubah menjadi gelanggang pertengkaran yang penuh emosi. Setelah mereka bergaduh pada malam pulang dari kejadian tragis di gudang, Aariz dan Arfana hampir tidak berbicara satu sama lain. Keheningan yang biasanya menenangkan kini terasa menyesakkan, dengan setiap detik berlalu menambahkan tekanan yang semakin tidak tertanggung.

Aariz duduk di ruang tamu, pandangannya kosong menghadap ke luar tingkap. Fikirannya masih terganggu oleh imej adiknya yang terbujur kaku, dan perasaan bersalah yang membelenggu hatinya tidak juga hilang. Arfana, yang berada di dapur, cuba menenangkan dirinya dengan membuat teh, tetapi tangannya menggeletar, dan setiap bunyi cawan yang berdenting mengingatkan dia pada pertengkaran yang baru sahaja berlaku.

"Farras, teh untuk awak," kata Arfana, suaranya lembut tetapi jelas bergetar. Dia berjalan perlahan ke arah suaminya, cawan teh dalam tangannya. Walaupun dia buta, dia masih mampu merasakan kesakitan yang melanda hati Aariz dan dirinya, tetapi dia tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan.

"Terima kasih." Aariz hanya mengangguk tanpa menoleh ke arah isterinya. Dia mengambil cawan itu dengan tangan yang masih terasa berat, memandang teh yang berkepul-kepul dengan pandangan kosong.

Arfana duduk di sebelahnya, menunggu dengan penuh kesabaran untuk Aariz berkata sesuatu. Namun, yang dia dengar hanyalah dengusan nafas panjang dan berat dari suaminya. Keadaan ini memanjangkan kesedihan dan kerisauan di hatinya.

"Farras, we need to talk." akhirnya Arfana bersuara, walaupun dengan nada yang perlahan dan hati-hati.

Aariz mengeluh panjang, matanya tidak lepas dari cawan teh di tangannya. "Abang tak tahu nak cakap apa, Sayang. Abang rasa... abang rasa semuanya salah. Semua yang berlaku ni... adalah kesilapan abang."

"Ini bukan salah awak, Farras. Aadyan... dia dah pilih jalan dia sendiri. Kita tak boleh ubah apa yang dah terjadi," balas Arfana dengan lembut, cuba memberikan sokongan kepada suaminya.

"Tapi saya abangnya, Sayang! Abang sepatutnya jaga dia! Abang sepatutnya ada untuk dia! Tapi abang tak buat apa-apa... abang biarkan dia tenggelam dalam kebencian, dalam kesakitan yang dia rasa selama ni," Aariz membalas dengan suara yang semakin tinggi, menunjukkan betapa hancur hatinya dengan apa yang berlaku.

Arfana terdiam sejenak, cuba mencari kata-kata yang sesuai untuk meredakan ketegangan yang semakin memuncak. "Farras, saya faham awak rasa bersalah. Tapi kita tak boleh hidup dalam masa lalu. Kita kena teruskan hidup, untuk kita berdua... dan untuk masa depan kita."

Aariz segera berpaling, wajahnya penuh dengan kekecewaan dan rasa tidak puas hati. "Untuk kita? Macam mana abang nak teruskan hidup bila abang rasa abang gagal dalam semua ni? Abang tak dapat selamatkan adik sendiri... abang tak dapat lindungi sayang... Abang rasa... abang rasa macam abang hilang segala-galanya."

"Farras, awak masih ada saya. Kita masih ada satu sama lain," Arfana membalas dengan suara yang bergetar, hatinya semakin berat dengan setiap kata-kata yang terucap.

"Adakah kita, Arfana Faiqa? Adakah kita masih ada satu sama lain?" Aariz bertanya, suaranya perlahan tetapi penuh dengan kekecewaan yang mendalam.

Kata-kata itu menusuk hati Arfana seperti belati. "Farras, apa maksud awak? Awak... awak tak serius dengan apa yang awak cakap tadi, kan?"

Aariz mendesah panjang, sukar untuk meluahkan perasaannya yang begitu bercampur-aduk. "Abang tak tahu, Sayang. Abang tak tahu apa yang abang rasa sekarang. Saya sayang awak... tapi saya rasa macam saya dah kehilangan diri saya sendiri. Saya rasa macam saya bukan suami yang baik... bukan abang yang baik... bukan apa-apa yang baik."

Air mata mula mengalir di pipi Arfana. Dia tahu Aariz sedang berada di titik terendah dalam hidupnya, tetapi dia tidak pernah menyangka bahawa perkara ini akan menggoncang perkahwinan mereka hingga ke tahap ini. "Farras, awak tak boleh cakap macam tu. Saya... saya perlukan awak. Saya tak boleh hadapi semua ni tanpa awak."

Aariz meletakkan cawan teh di atas meja, tangannya menggigil sedikit. "Tapi saya rasa macam saya tak cukup kuat untuk jadi orang yang awak perlukan. Saya takut saya akan kecewakan awak lagi... seperti mana saya kecewakan Aadyan."

Arfana menggenggam tangan suaminya, memegang erat seolah-olah tidak mahu melepaskannya. "Farras, kita dah lalui banyak perkara bersama. Kita boleh hadapi semua ni, walaupun sukar. Saya tak pernah minta awak jadi sempurna... saya cuma minta awak tetap berada di sisi saya."

Namun, Aariz menarik tangannya perlahan dari genggaman Arfana, membuatkan hati isterinya semakin remuk. "Saya perlukan masa, Arfana. Saya perlukan masa untuk fikirkan semua ni... saya rasa saya dah terlalu banyak menghancurkan segalanya."

Arfana terasa dunianya runtuh dengan kata-kata itu. "Awak nak tinggalkan saya?"

"Farras..." suara Arfana lemah, memanggil nama suaminya dalam kekeliruan dan kesedihan yang mendalam.

Padahal dia sudah sedaya upaya menurunkan ego yang sedang melanda dirinya malam tadi hanya untuk menyenangkan hati suaminya.

" Saya pun masih marah dengan awak sejak malam tadi, tapi, harini saya cuba untuk tak bermasam muka dengan awak. Ini ke yang saya dapat?"

Aariz hanya diam. Hatinya berkecamuk dengan pelbagai soalan yang tidak mempunyai jawapan. Mengapa semuanya harus berakhir begini? Mengapa Aadyan harus terperangkap dalam dendam yang menghancurkan segalanya?

"Aariz Al-Farras," panggil Arfana lagi, kali ini dengan nada yang sedikit lebih mendesak. "Awak okey tak? Jangan buat keputusan melulu macam ni..."

Suara Arfana akhirnya mengembalikan Aariz ke dunia nyata. Dia menoleh ke arah isterinya, matanya penuh dengan kekeliruan dan kesakitan. "Okey? Macam mana saya boleh okey, Sayang? Adik saya... dia dah mati. Dia mati dalam keadaan yang penuh dengan kesakitan dan penyesalan."

Arfana terdiam, tidak tahu bagaimana untuk memberikan kata-kata yang mampu menenangkan hati suaminya. Dia tahu Aariz sedang melalui sesuatu yang sangat sukar, tetapi dia juga merasakan perlu untuk berbicara mengenai perasaan sendiri.

"Saya faham, Farras... saya pun sedih. Tapi... awak kena ingat, dia yang pilih jalan ni. Dia yang buat keputusan untuk berdendam dan hancurkan hidup kita."

Aariz segera berpaling, memandang Arfana dengan mata yang penuh kemarahan yang membara. "Don't you dare to talk like that, Arfana! Dia adik aku... darah daging aku! Kau tahu tak betapa seksanya dia selama ni? Kau tahu tak betapa dia rasa tersisih, terpinggir? Kau tak pernah tahu, kan?"

Arfana terkejut dengan ledakan emosi Aariz. "Farras, saya tak kata saya tak faham. Tapi saya pun ada hak untuk rasa sakit. Dia cederakan mama saya... dia buat semua ni... dan awak nak saya buat apa? Senyum dan lupakan semuanya?"

" Kalau awak lupa, biar saya ingatkan. Mata ni! Mata yang dah cacat ni, penyebabnya adik awak! Dan saya maafkan sebab saya ingat dia hanya buat satu kesalahan."

"Aku tak kata kau kena lupakan," Aariz membalas, suaranya semakin tinggi. "Tapi kau tak boleh faham apa yang aku rasa sekarang ni. Kau tak boleh faham macam mana rasa bila tengok adik sendiri mati depan mata kau, dengan penuh penyesalan. Kau tak pernah ada adik... kau tak tahu apa-apa!"

Kata-kata Aariz itu menghentam Arfana dengan keras. Dia terdiam, bibirnya menggigil menahan perasaan marah. "Farras... saya tahu awak tengah marah, tapi jangan hina perasaan saya macam ni. Saya juga kehilangan orang yang saya sayang... saya kehilangan diri saya, saya kehilangan abang saya, Arshan... dan sekarang, saya kehilangan kepercayaan pada satu-satunya orang yang saya harap boleh jadi tempat bergantung."

Aariz terdiam, terperangkap dalam kata-kata Arfana yang menyinggungnya. Dia tahu dia tidak patut berkata begitu, tetapi kemarahan dan kesedihan telah menguasai dirinya. Dia meraup wajahnya dengan tangan, cuba menenangkan diri tetapi gagal. Segala-galanya terasa hancur berderai.

Arfana yang semakin terguris, berdiri dengan longlai, mencari-cari arah untuk bergerak. "Kalau awak rasa saya tak faham... mungkin betul awak tak pernah cuba bagi saya faham. Mungkin sebab awak selalu fikir awak yang paling betul, yang paling terluka. Tapi awak lupa... saya juga ada perasaan, Mejar Aariz."

Aariz mengeluh panjang, Dia merasa hampa, kecewa dengan dirinya sendiri. "Sayang... saya tak tahu apa yang saya patut buat sekarang. Saya rasa macam kehilangan semuanya... dan saya tak boleh terima hakikat yang saya gagal sebagai abang... sebagai suami."

Arfana terdiam sejenak sebelum melangkah perlahan mendekati Aariz. Dia meraba-raba mencari suaminya, dan apabila tangannya menyentuh bahu Aariz, dia merasakan getaran kesakitan yang sama dalam diri mereka berdua.

"Farras," kata Arfana dengan lembut, suaranya penuh dengan kasih sayang walaupun terluka. "Saya tak pernah fikir awak gagal. Saya cuma nak awak tahu... kita perlu saling bergantung. Bukan saling menyalahkan."

Aariz mendongak, memandang wajah Arfana yang penuh dengan keikhlasan. Dalam saat itu, dia sedar bahawa apa yang dia perlukan sekarang bukanlah jawapan, tetapi kekuatan dari wanita yang dicintainya.

"Sayang, saya minta maaf... saya tak patut cakap macam tu tadi. saya cuma... saya tak tahu apa yang saya rasa sekarang."

" Cuma, Saya masih buntu, layakkah Saya jadi suami Awak?" 

Continue Reading

You'll Also Like

92.5K 9.8K 13
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.
63.8K 2.5K 53
Harraz Althaf, seorang jejaka yang sudah malas untuk memikirkan soal percintaan, namun, pasangan yang ditetapkan orang tuanya bukanlah suatu petanda...
5.7M 260K 62
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
30.9K 1K 43
Luna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang...