Servis?

By hani_j29

491 75 1

Laina, bukan seorang gadis yang mempunyai impian untuk berkahwin. bukannya tak mahu berkahwin, cuma tak minat... More

satu
dua
tiga
empat
lima
enam
tujuh
lapan
sembilan
sepuluh
sebelas
dua belas
tiga belas
empat belas
lima belas
enam belas
lapan belas

tujuh belas

27 4 0
By hani_j29

MAJLIS makan malam kian mendatang. Cikgu-cikgu benarkan murid-murid tingkatan lima pulang hujung minggu ni untuk mereka cari baju.

Laina mahu pulang ke rumah mamanya tapi wanita itu sibuk mahu menguruskan kerjanya. Awalnya, Laina marah. Namun dia faham skop kerja mamanya bagaimana.

Dia ikut Yusuf pulang. Mummy dan Kak Ina kelihatan sangat gembira bila jumpanya. Dan untuk itu, Laina sangat bersyukur.

Laina melangkah ke dapur. Kelihatan ibu mertuanya sedang mengemas dapur. Dia pergi ke peti ais untuk ambil susu. Cecair itu dituang dan dia minum sekali teguk.

Puan Yah melihat siapa yang membulat peti aisnya.

"Laina?"

Gadis itu berdeham sebelum dia menjawab.

"Mummy"

Wanita berusia itu berdiri di kitchen island.

"Tak tidur Laina?"

"Tak ngantuk lagi my"

"Ke tak boleh tidur dengan Yusuf?"

Laina terdiam.

Melihat menantunya diam membisu, dia sudah boleh agak.

"Masih tak berbaik lagi?"

Laina geleng lemah. Kepalanya menunduk ke bawah. Jemarinya dimain.

Puan Yah perhati menantunya. Dia dan Puan Iza ada sebab tersendiri kenapa mahu kahwinkan mereka di usia muda ini. Mereka tahu ia terlalu awal tapi keadaan memaksa.

"Mummy faham kalau Laina masih marah dengan Yusuf. Tapi cuba fikir balik. Sampai bila kena bergaduh macam ni?" Puan Yah cuba beri nasihat sebagai orang yang berpengalaman dalam perkahwinan.

"Laina tak marah dia pun. Yusuf tu yang..." Laina mengeluh. Tak mampu dia nak sambung ayat. Bukan salah dia.

"Mummy faham kalau itu yang Laina rasa. Tak boleh nafi dia punya ego tinggi melangit. Yusuf pernah cerita kat Laina tak?"

Lain pandang ibu mertuanya.

"Pasal apa?"

Puan Yah senyum lembut.

"Mummy dengan papa dulu tak duduk sekali. Sorang Shah Alam, sorang lagi kat sini"

Kemudian Laina sedar sesuatu.

"Ooo, patutlah cuti panjang dia naik bas"

"Betul. Yusuf awal-awal nampak okey tapi lama-lama dia terus naik menyampah. Sebab kesiankan dia, papa berhenti kerja kat sini dan pindah sini"

Laina angguk faham dengan cerita itu.

"Jadi Laina, Yusuf ni sebenarnya sunyi. Mummy dengan papa selalu sibuk dengan kerja. Dengan kakak dia pula tak sekufu. Mummy kalau boleh tak nak dia sunyi lagi"

Laina angguk lagi. Hm.. prihatin betul mummy kat anak dia. Kalau mamanya, memang tak ingat apa dah pasal anak dia. Lantak situ la kau. Ha gituw.

"Inshallah mummy, Laina cuba yang terbaik untuk Yusuf. Tapi minta maaf awal-awal kalau ada yang kurang sebab kami masih muda..."

"Tak apa mummy faham. Korang pun patutnya sekarang kena fokus exam besar kan. Mummy tak harapkan lebih. Tapi kalau boleh.."

Tangan Laina dicapai dan diusap lembut. Laina pandang.

"Tolong jaga Yusuf ya"

Wajah ibu mertuanya yang berharap dipandang. Lama-lama dia angguk perlahan.

DIA mengiring ke kiri. Tak selesa. Mengiring ke kanan pula. Rasa lain. Kemudian dia menelentang. Dia keluh kasar.

"Nak tidur pun payah!" Yusuf mencebik. Dia kerling ke pintu bilik. Manalah si Laina ni? Lama betul dia keluar.

Tangan diletakkan ke belakang kepala untuk dijadikan bantal. Dia terfikir.

Macam mana dia nak tidur dengan Laina? Dia bukan tak kenal si Laina tu. Kalau dingin, memang Laina nak tidur bawah lah jawabnya. Tak pun sofa.

Ah! Dia tak nak Laina tidur tempat lain!

Tiba-tiba dia dengar pintu biliknya dibuka. Automatik dia bangun dan berdiri tepi katil. Rasa gemuruh pula nak berdepan dengan Laina.

Bila dia pandang Laina yang masih membelakanginya, dia naik hairan.

Kenapa tak bergerak-gerak minah ni? Kena sampuk ke apa?

"Hiks.. hiks.."

Yusuf buat muka pasrah bila dengar tangisan Laina. Alahai.. menangis pula dah.

Kaki melangkah merapati Laina. Bahu yang terhinjut-hinjut itu dipegang dan dipusing tubuh itu menghadap dia.

"Kau buang tebiat apa nangis malam-malam ni? Kilat tak ada. Tak ada pula orang kutuk kau yatim"

Tak pasal-pasal Yusuf dapat penumbuk Laina kat perut.

Buk!

"Aduh!" Yusuf mengaduh.

"Mulut tu celopar betul! Hiks..."

Suara Laina kedengaran kesian di telinga Yusuf. Tak sampai hati pula nak kacau lebih-lebih. Dengan lembut dia tarik Laina ke dalam pelukan.

"Kau kenapa menangis ni, hm?"

Baju Yusuf mula basah di bahagian bahu kanan sebab air mata Laina yang berhenti mengalir.

"Hiks.. hiks.. ish! Hiks.. aku tak suka.. hiks cak.. cakap benda.. ni.. tapi.. hiks hiks.. aku rin.. dukan kau.. hiks hiks.."

Biarpun luahan itu lambat, tapi Yusuf dapat mengerti dengan jelas. Dipegang muka Laina untuk ditanya lebih lanjut. Berseri-seri muka Yusuf.

"Apa? Aku tak dengar" saja dia mahu Laina ulang.

Naik berang, dia jerit depan muka Yusuf.

"Eiii! Aku cakap aku rindukan kau! Tak dengar ke?!"

Yusuf rasa nak jerit kuat-kuat bagi satu dunia tahu Laina rindukan dia.

"Habis tu, asal baru cakap sekarang?"

"Ish! Kau yang ego tak nak cakap dengan aku! Sombong!" Kutuk Laina depan-depan. Tangan Yusuf dimukanya ditepis kasar. Hilang sudah air matanya.

"Lah. Kau sendiri kata jalani hidup macam sebelum kita kahwin. Tengah lalui la tu"

"Eii! Tapi at least cakap lah dengan aku!"

"Ooo, gedik nak aku bercakap dengan kau. Dulu sombong. Tak bercakap lelaki la, apa la.. sekarang? Kan dah kena kifarah" bertubi-tubi Yusuf bagi kepada Laina. Nak saja dia ketawa kuat-kuat bila muka isterinya mula cemberut.

"Yalah, yalah. Orang minta maaf. Ya salah orang. Tak payah la duk ungkit" Laina mencebik.

Yusuf perasan, kalau Laina sentap, bahagian bibirnya jadi kembung. Macam bayi.

"Yang kau kenapa tak tidur lagi?" Laina mengubah topik.

"Kau tak ada. Macam mana aku nak tidur?"

"Kat asrama okey je tidur"

"Kat asrama, kat asrama lah. Kat rumah, satu katil dengan kau. Kan lain tu" kening Yusuf diangkat berkali-kali.

Laina menjulingkan matanya.

"Lupa aku bercakap dengan buaya"

"Buaya-buaya aku pun, sayang kau juga tau"

"Sayang setakat cakap kat mulut je.. memang la senang"

"Habis kau nak sayang macam mana? Macam ni?"

Yusuf peluk Laina kejap.

"Ke macam ni?"

Yusuf berura-ura mahu mencium bibirnya. Terus ditolak jauh tubuh Yusuf.

"Sorry to say bro but it's too early. Yeah I do love you but right now is not the right time to 'make love'"

Dua ayat terakhir itu ditekan dan dibuat tanda pengikat kata. Kaki bergerak menjauh dan pergi ke katil.

"Sekarang memang tak tapi in the future.. kita tak tahu" ujar Yusuf mahu membetulkan persepsi Laina.

Laina yang sedang mengibas katil pandang Yusuf.

"Are you sure we still husband and wife in future?"

Yusuf terpinga.

"Ha?"

"Manalah tahu kalau kau berminat dengan perempuan lain kan habis sekolah nanti"

Yusuf ramas kepalanya. Kenapalah minah ni overthinking sangat?

Dia melangkah ke katil dan duduk menghadap Laina yang sudah baring.

"Kau memang betul-betul harapkan ke?"

"I said in the future man. No one can predict. Perasaan manusia berubah-ubah. Kita tak tahu-"

"Tak Laina!" Muka Laina dipegang dan dicantumkan dahi mereka. Gadis itu terkedu.

"Tengok mata aku" arah Yusuf. Kedengaran sangat dingin jadi Laina akur.

"Che Zulaina, aku tahu kau tak suka dengar benda yang melibatkan perasaan tapi aku kena cakap benda ni"

Ayat Yusuf yang seterusnya buat Laina tertunggu-tunggu.

"Aku sayang kau, Laina. Demi Tuhan, aku sayang kau gila-gila. Waktu kau tak ada, tak bercakap dengan aku.. aku rasa nak bunuh semua orang. Nak robohkan sekolah tu. Rasa nak campak si Qaisara tu kat lombong. Tapi sebab aku masih ingat Tuhan dan kau.. aku tak buat semua tu. See Laina. You've changed the big part of me. Aku dah tak jadi baran"

"But you haven't seen the dark side of me, Yusuf. You might get shock" bisik Laina kebimbangan.

"It's okay, freckles. I'm ready to know everything about you" bisik Yusuf lembut mahu kurangkan kegusaran di hati Laina.

"Kau menipu kalau kau kata kau tak cintakan aku sebab aku dah baca diari kau"

"Hah?!"

Laina jauhkan wajahnya dari Yusuf. Makin dia tak tenang bila muka Yusuf seperti mengusik.

"Dari awal sampai akhir kau tulis pasal aku. Waktu aku naik-"

Mulut Yusuf ditekup. Dia tak mahu dengar apa-apa. Sangat memalukan!

"Nah, tidur! Tak payah bangun dah"

Laina letakkan timbunan bantal ke muka Yusuf sebelum dia bungkuskan tubuh Yusuf dengan selimut.

Gadis itu terlalu kuat sehingga Yusuf tak mampu nak lawan semula.





Continue Reading

You'll Also Like

2K 54 20
Khai - "belajar dulu baru bercinta.." Qayyum - "aku playboy so ko boleh ke?" EL - "tak apa Zairul suka ngn ko.." Zairul - "kau tu tunang aku tau. Kau...
4.3K 138 18
Athifa Warda - nama yang indah dan sepadan untuk seorang gadis yang ceria. Seseorang yang mampu membuatkan orang di sekeliling senang dengannya. Meg...
2.4M 98K 75
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yan...
73.3K 6.2K 51
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa ap...