Ezzaq Qayyum lihat sang isteri yang sedang sisir rambut di hadapan cermin kecil dalam bilik ini.
"Sayang." Ezzaq berdiri di belakang Alayya.
"Hm?" Alayya lihat dada Ezzaq yang terpantul pada cermin. Saking tingginya Ezzaq ini sehingga wajahnya tak terlihat langsung dalam cermin kecil yang tergantung pada dinding.
"Boleh abang cuba ikat rambut sayang?" Ezzaq meminta izin.
Spontan, Alayya tersenyum. Gadis ini angkat lengan tangan, tunjukkan getah rambut hitam yang berada di lengan tangan Alayya.
Senang hati Ezzaq ambil getah rambut itu dan mula kumpulkan rambut lebat isterinya.
"Sayang nak tahu tak?" Ezzaq mahu ajak Alayya berbual tentang apa yang Ezzaq simpan selama ini.
"Apa dia?"
"Abang suka bau wangian rambut sayang dan abang obsess dengan bau sayang. Sepanjang ke kursus, abang selalu tertanya, bila agaknya abang dapat tidur sambil bau wangian rambut sayang?" Ezzaq bercerita baik sambil lihat wajah Alayya di cermin.
"Sayang ingat, abang tidur nyenyak sepanjang dekat sana. Maklumlah, penat seharian." Alayya bukan memerli cuma itu memang perkara yang berada di fikirannya. Jika Alayya kepenatan, satu apa pun Alayya tak fikir selain tidur.
"Penat, abang memang penat tapi abang tak boleh tidur. Selama dua bulan tu, sebelum abang tidur, abang tertanya sendiri, apa Layya tengah buat? Nyenyak ke tidur sayang? Sayang selamat pergi dan selamat pulang ke? Layya rindukan abang ke? Banyak benda yang abang fikir, buatkan abang susah nak lelap mata"
Alayya buat keputusan untuk terus diam, mahu dengar lagi cerita daripada Ezzaq.
"Sepanjang dua tahun, tiga tahun kalau termasuk waktu latihan, abang tak pernah rasa nak balik rumah seperti mana abang rasa sewaktu jalani kursus terbaru ni. Sebelum ni, abang suka bila di panggil ke ops, ke kursus, ke latihan. Abang rasa itu dunia abang."
"Abang dapat jauh daripada sayang, lupakan perasaan abang sekejap. Cinta dalam diam itu tak seindah mana pun, sayang. Mungkin sebab tu, abang suka bila di panggil ke operasi. Bila abang sibuk, abang tak terfikirkan soal hati sangat"
"Tapi sekarang, bila dah ada sayang dekat rumah, hati abang asik kata abang nak balik, abang nak jumpa isteri abang, abang rindu bau isteri abang, abang rindu dengan telatah Layya. Semuanya, abang rindu." Ezzaq kemaskan ikatan rambut Alayya.
"Jadi...abang masuk UTK kerana nak sibukkan diri?" tiba-tiba kepala Alayya terlintaskan perkara itu.
Ezzaq ambil masa yang agak lama untuk menjawab. Lelaki ini lihat dahulu hasil ikatan rambut Alayya yang Ezzaq lakukan. Ketika puas hati, Ezzaq pegang bahu Alayya, pusingkan tubuh wanita ini agar menghadap Ezzaq.
Mata kedua mereka saling bertemu. Senyuman pada bibir Ezzaq langsung tidak pudar sedari tadi.
"Kalau abang cakap ya, sayang kecil hati ke dengan abang?" tanya Ezzaq, baik.
Alayya menggeleng.
"Jadi ya, abang mahu sibukkan diri. UTK bukanlah tujuan utama abang. Saat abang peroleh Inspektor, abang dah bersyukur sangat. Tapi entahlah, abang rasa sunyi, sebab tu abang saja-saja apply UTK dan akhirnya abang berjaya tamatkan latihan." Ezzaq bertindak jujur sahaja.
"Maaf, sayang tak pernah sedar akan perasaan abang pada sayang." Mudah saja Alayya menyebut ucapan maaf sekarang.
"Bukan salah sayang..." ujar Ezzaq perlahan.
TOK! TOK! TOK!
Ketukan pada pintu bilik membawa pandangan Ezzaq dan Alayya tertumpu pada daun pintu.
"Kak Alayya!" suara Zarina memanggil kedengaran jelas.
"Ya." Alayya menapak ke pintu bilik, tak mahu Zarina menunggu lama.
Zarina tampak teruja saat dapat lihat wajah Alayya. Namun, ketika susuk Ezzaq muncul di belakang Alayya, senyuman Zarina langsung hilang di bawa angin malam. Zarina tampak terkejut.
"Kenapa abang Ezzaq masuk bilik kakak Alayya? Beritahu umi!" Zarina terus berlari untuk cari Puan Maidah.
Ezzaq terpaku di saat tawa Alayya pecah mendengar jeritan Zarina tadi.
"Salah ke sayang, abang masuk bilik sayang?" Ezzaq bertanya sambil tuding jari pada diri sendiri.
"Salah! Sebab abang pun tak minta izin sayang sebelum masuk ke sini." Alayya jeling Ezzaq atas bawah.
"Oh, do I need permission now?" Ezzaq sengih sehingga ke telinga.
"Kalau abang nak cucuk pinggang sayang macam ni." Ezzaq cucuk pinggang Alayya guna jari telunjuknya.
Terloncat sedikit Alayya dek terkejut.
"Perlu kebenaran juga ke?" tanya Ezzaq.
"Tak baiklah, abang. Alayya cucuk leher abang nanti, tahulah." Konon Alayya mahu beri amaran pada sang suami.
"Tu umi tu! Abang Ezzaq masuk bilik kak Alayya!" suara nyaring Zarina kedengaran sekali lagi.
Suasana di antara Ezzaq dan Alayya diganggu sekali lagi oleh si kecil yang sama, yang baru berusia 9 tahun.
Zarina tarik tangan Puan Maidah seraya gunakan sebelah lagi tangan kecil miliknya untuk tuding jari pada Ezzaq.
Ezzaq berdiri tegap seolah bangga dirinya di tangkap berdua-duaan dengan Alayya sekarang.
Puan Maidah berhenti di hadapan bilik Alayya dalam rumah anak yatim ini.
"Ya ya Zarina, umi nampak." Puan Maidah layan saja kanak-kanak ini. Kepala dipanggung untuk lihat Alayya dan Ezzaq bersilih ganti.
"Selamat malam umi," sapa Alayya.
"Selamat malam, kak Layya!" penuh bersemangat Zarina menjawab.
"Selamat malam juga, Zarina." Sengaja Ezzaq menyampuk, ingin lihat riaksi Zarina.
"Tak nak cakap dengan abang!" Zarina teleng kepala, tangan bersilang ke dada tanda protes.
Alayya dan Ezzaq, keduanya ketap bibir masing-masing, elak tawa mereka pecah di hadapan Zarina. Nanti Zarina ingat Ezzaq dan Alayya mengejeknya pula.
"Hey Zarina." Puan Maidah tepuk bahu Zarina sekali dua.
"Marahlah abang Ezzaq tu umi!" Zarina tidak puas hati. Kenapa Puan Maidah tak marah Ezzaq pula? Bukan ke lelaki tak boleh masuk ke dalam bilik perempuan? Berdosa besar!
"Macam mana umi nak marah? Abang Ezzaq dengan Kak Alayya kan dah kahwin." Puan Maidah memberitahu Zarina.
Zarina mendongak kepala, lihat wajah uminya.
"Kahwin? Kakak dengan abang? Dah kahwin? Bila?!" Zarina menempik dek terkejut.
"Dah lama dah, itulah siapa suruh tak tahu." Ezzaq jelir lidah pada Zarina, mahu kenakan si kecil itu.
"Hish! Umi!" Zarina hentak kaki, panggil Puan Maidah, mahu wanita itu marah Ezzaq.
Tak sempat Puan Maidah nak memarah, tangan Alayya terlebih dahulu tepuk peha Ezzaq, acah seolah memukul lelaki ini.
"Padan muka! Kena pukul!" Zarina jelir lidah pada Ezzaq semula.
"Abang suka. Pukul lagi boleh, kak Alayya?" Ezzaq lentok kepala lihat Alayya yang berdiri di hadapannya.
"Gedik pula kamu ni Ezzaq." Puan Maidah akhirnya mencelah.
"Ezzaq ni memang umi, gedik dia, mengalahkan perempuan." Alayya ambil kesempatan yang ada untuk kenakan Ezzaq.
"Eiii...abang Ezzaq macam perempuan." Zarina mengejek.
Ezzaq berdecit.
"Banyak mulutlah budak kecil ni," komen Ezzaq.
"Dengan budak-budak pun nak gaduh ke?" bisik Alayya.
"Umi, kalau dah kahwin, boleh duduk satu bilik ke?" tanya Zarina, sekali gus menarik perhatian Ezzaq dan Alayya untuk dengar perbualan Puan Maidah serta Zarina.
"Boleh. Pasangan yang dah berkahwin digalakkan duduk satu rumah." Pada Puan Maidah, Zarina sudah cukup besar untuk tahu perihal normal begini. Bukannya Puan Maidah cerita benda yang bukan-bukan. Sekadar memberitahu yang perlu.
"Ouh...kalau mak bapa Zarina masih hidup, maknanya diaorang duduk satu rumahlah? Dengan Zarina?" persoalan kedua Zarina ini buat hati Alayya terkesan.
"Ya. Tapi Zarina anak yang istimewa. Allah sayang mak ayah Zarina, kerana itu Allah ambil mereka. Zarina istimewa kerana Zarina kuat. Nanti Zarina membesar, Zarina jadi macam kak Alayya, dapat kerja, boleh duduk rumah sendiri, ada duit sendiri." Puan Maidah cubit pipi Zarina.
"Hmm...maknanya Zarina dengan Ammar kena kahwinlah, baru boleh duduk sekali." Zarina berfikir.
Tersedak Ezzaq dengar soalan itu. Puan Maidah sudah kelu seribu sementara Alayya tercengang di tempat dia berdiri. Perasaan hatinya yang terkesan tadi sudah hilang!
"Ammar mana? Ammar kawan baik Zarina tu ke?" Ezzaq bertindak untuk buka mulut. Sudah Puan Maidah diam saja, biar Ezzaq yang bantu jawab.
"Haah"
"Bagus, betul. Abang Ezzaq dengan kak Alayya dulu pun kawan baik, tahu-tahu dah kahwin." Ezzaq menjawab dengan yakin.
Alayya langsung tampar peha Ezzaq, kali ini kuat sedikit.
"Okaylah kalau macam tu. Zarina nak cakap dengan Ammar." Zarina terus berlari, mahu cari lelaki itu.
"Kenapa cakap macam tu pada dia? Ezzaq ni pun." Alayya jeling sang suami.
"Salah ke umi? Betul kan?" Ezzaq lihat wajah Puan Maidah.
"Pening umi melayan korang berdua ni." Puan Maidah urut kepala sebelum berjalan untuk beredar.
Alayya tampar peha Ezzaq sekali lagi, mulut terkumat kamit marahkan sang suami.
"Pukul lagi sayang, abang suka." Ezzaq tutup pintu bilik mereka.
"Memang gediklah Ezzaq ni." Alayya buat muka sebelum kejar Puan Maidah di hadapan.
Ezzaq kunci dahulu pintu bilik mereka sebelum berlari anak untuk dapatkan dua wanita itu.
Malam masih muda, masih membenarkan mereka untuk berbual panjang sambil nikmati makan malam. Untuk apa berkurung dalam bilik semata?