AKU menggerutu di sepanjang aku naik lif menuju ke tingkat atas. Aku tilik jam di pergelangan tangan. Tiba-tiba lambat pula lif ni naik. Aku dah lah cuak sebab datang lambat.
Kalau bukan sebab kereta aku buat hal di tengah jalan raya tak akanlah aku datang lambat lepastu kelam kabut macam ni. Dah lah kereta aku tu rosak tepat dekat traffic light. Mana tak meroyan kereta di belakang menanti aku nak start kereta.
Sudahnya aku keluar dan minta maaf kepada kereta yang di belakang. Boleh tahan tebal juga muka aku masa tu. Terpaksalah aku order grab. Itu pun kena tunggu setengah jam. Kau rasa?
Ting!
Aku berdesis bila pintu lif akhirnya terbuka. Baru saja aku hendak melangkah hendak keluar, Tuan Nuf sudah terpacak menanti di depan pintu lif.
"Tu... Tuan Nuf." tergagap aku melihat Tuan Nuf merenung aku. Dahlah tatapan dia tu kosong. Aku tak tahu dia marah atau tak sebab aku lambat sampai.
Perlahan aku melangkah keluar dari lif.
"Phone kau mana?" soalnya dengan dahi berkerut.
"Ada. Dekat dalam beg." jawapan aku tu terlebih bijak.
"Dah tak reti check phone ke?"
Aku menggelabah menyeluk beg. Bila aku sentuh benda segi empat aku keluarkan. Aku tersengih bila aku terkeluarkan bedak sejuk aku. Aku seluk tangan lagi cari telefon. Bila telefon aku dapat, aku tekan punat lock.
"Eh? Habis battery?" perlahan aku angkat wajah.
Tuan Nuf pandang aku macam nak telan aku hidup-hidup. Habislah riwayat aku kali ini.
Ini semua sebab Roslan, Azizi dan Nazim. Sebab diaorang bertiga lah aku terjebak main game online semalam sampai tertidur lepastu lupa nak mengecas daya bateri telefon. Tadi aku order grab elok je sekarang dah habis bateri.
Kedengaran deruan nafas Tuan Nuf menghela kasar. Punat pada lif ditekannya.
"Follow me." seraya memasuki lif.
Aku terkebil-kebil memandang Tuan Nuf tanpa bergerak seinci.
"Tihani."
Aku bagaikan tersedar dari mimpi, aku menggelabah masuk semula ke dalam lif dan berdiri sedikit jauh di belakangnya.
Bila lif tertutup Tuan Nuf menoleh ke belakang sebelum menapak selangkah ke belakang menyamai kedudukan kami. Aku berdehem kekok.
Kali ini aku baru sedar sesuatu. Tuan Nuf selalu berdiri di samping aku ketika menaiki lif. Bukan sekali Tuan Nuf buat begitu cuma baru sekarang aku sedar. Dulu aku sangka Tuan Nuf cuma ingin menyandar ke dinding lif.
"Kita nak pergi mana Tuan Nuf? Hari ini..." aku keluarkan iPad dari beg untuk memeriksa jadualnya.
"Cancel? Bila masa saya cancel jadual Tuan Nuf..."
"I did." penuh mempersona dan terserlah auranya mengatakan.
"So kita nak pergi mana ni, Tuan Nuf?" soalku seraya mata memandang angka nombor berwarna merah menurun.
Semenjak Tuan Nuf ajak aku kahwin, aku jadi kekok berdua dengan dia. Kalau dulu berduaan, walaupun di dalam lif aku rasa selesa sebab aku tahu Tuan Nuf tak akan pandang perempuan macam aku ni.
Aku memandang Tuan Nuf dari hujung mata. Tuan Nuf leka menunduk memandang skrin telefon bimbitnya.
Ceh! Aku cakap dengan dinding rupanya.
AKU hanya membontoti langkah Tuan Nuf memasuki kedai telefom bimbit. Aku sangka Tuan Nuf bawa aku untuk berjumpa dengan client.
"Boleh saya bantu? Tuan dan Puan nak cari telefon jenama apa?" datang seorang pekerja perempuan berambut perang. Tingginya tidak kurang sama seperti aku.
Tuan Nuf menjeling sebelum mendekati satu kotak kaca penuh setiap jenama telefon bimbit bersusun rapi.
Aku pandang si rambut perang tadi dengan segan. Segera aku berlari mendekati Tuan Nuf. Tak mahu berlama dengan si rambut perang tadi kerana aku tahu betapa malunya si dia diperlaku begitu oleh Tuan Nuf.
"Tuan Nuf nak beli phone ke?" aku turut menengok jenis-jenis telefon yang ada di situ.
Tuan Nuf tak menjawab. Sudahnya aku kemam bibir dan kunci mulut saja. Nak tanya bukannya ada jawapan pun. Tak memasal aku memalukan diri macam si rambut perang tadi.
"That one with purple." ujar Tuan Nuf ke arah pekerja di hadapan kotak kaca.
Iphone 15 pro max.
Aku membuat muka. Orang kaya kan? Tak kesah beli berapa fon dan nilainya tak dipedulikan. Asal gaji aku tak terkacau sudah.
Telefon bimbit menjadi pilihan Tuan Nuf dikeluarkan dari kotak kaca penuh berhati-hati sebelum telefon tersebut diletak atas kaca di hadapan Tuan Nuf.
Tanpa basa basi Tuan Nuf menghulurkan dompet berkulit hitam dari poket sutnya lalu kad hitam keemasan dikeluarkan sebelum diserahkan pada pekerja tadi.
"Here you go. Thank you and come again." pekerja tadi hulur kembali kad Tuan Nuf.
Acuh tak acuh Tuan Nuf mengambil semula kadnya sebelum berura-ura meninggalkan aku di situ. Lekas-lekas aku capai beg kecil yang sudah berisi sekotak telefon pilihan Tuan Nuf tadi. Sempat lagi aku mengucapkan terima kasih pada pekerja tersebut.
Terkebil-kebil aku berlari mendapatkan Tuan Nuf yang kini sudah melangkah jauh dari aku. Kaki aku dahlah pendek nak capai lelaki kaki panjang dia tu bukannya senang. Masalahnya pula aku pakai kasut tumit tinggi sekarang ni.
Dari jauh aku lihat Tuan Nuf sudah memasuki perut kereta Audi RS7. Orang kaya kan? Esok-esok entah kereta apa pula dia bawa.
Semakin laju lagi kakiku bergerak sebab takut kena tinggal. Aku dahlah tumpang dia tadi.
Masuk saja ke dalam kereta, aku serahkan beg kecil tadi ke arahnya.
"Yours."
Aku memicing mata.
Dah datang baliklah perangai jawab sepatah dia tu.
"Untuk saya? Saya dah ada phone, Tuan..."
"Diam. Pakai seatbelt."
Aku terdiam. Beg tadi aku letak atas peha sebelum tali pinggang keledar aku tadi lalu menekan dari bahu kiri hingga ke pinggang kananku. Sekilas aku pandang Tuan Nuf.
AKU mengeluh bosan menghadap laptop sedari tadi. Jam pada hujung bawah kanan pada skrin laptop aku tatap.
02:32 pm.
Aku mengerling ke arah pintu pejabat Tuan Nuf.
Lepas kami pulang dari kedai tadi, Tuan Nuf terus pandu kereta menuju ke syarikat semula. Tak sempat pula aku nak ucap terima kasih sebab muka dia yang ketat tadi buatkan aku tak jadi nak bersuara.
Telefon Iphone 15 pro max pemberian Tuan Nuf aku pandang seketika.
Warna ungu. Warna kegemaran aku dari dulu lagi.
Bibir bawah aku pagut bila teringat pembicaraanku bersama Puan Nuraini.
"Rina dah tengok cincin yang Nuf bagi?"
"Dah. Baru je tengok. Cantik." aku mengangguk.
"Itu Nuf sendiri yang carikan tau. Masa tu auntie nak pilihkan sebab lelaki ni kan tak pandai bab-bab mencari perhiasan. Auntie nak pilih tapi Nuf tak kasi sebab dia tahu selera Rina macam mana."
Ringtone Opening berdering dan muncul nama mak di atas skrin telefon. Sakit pula telinga aku dengar bunyi ringtone aku yang baru ini. Aku lebih rela guna lagu Celine Dion, lagu kegemaran aku.
Punat hijau aku geser ke kanan.
"Mak..."
"Hello, Rina, kita kena balik kampung sekarang." dataran suara mak sangat cemas membuatkan aku panik.
"Kenapa mak?" terasa sesuatu benda menjalar naik ke tubuhku. Wajahku juga berubah pucat.
"Nek Bonda jatuh. Tadi dia telefon mak sebab nak minta tolong. Nak telefon yang lain tak berangkat." jelas mak.
Aku berdesis. Buntu.
Macam mana nak balik kampung kalau kereta aku pun tersidai dekat bengkel. Mahu tak mahu terpaksalah kami naik teksi ke Melaka.
"Okey, okey. Rina kemas-kemas dulu." usai itu aku terus tutup panggilan.
Aku ni nampak je jahil dengan Nek Bonda Rahimah tapi kalau melibatkan tentang kesihatan aku memang bertindak segera.
Aku melangkah menuju ke depan pintu kerja Tuan Nuf lalu aku ketuk sekali.
"Masuk."
Aku pulas tombol pintu lalu aku tolak perlahan sebelum mara ke depan meja Tuan Nuf. Tuan Nuf sedikit pun tak angkat muka pandang aku.
"Tuan Nuf boleh tak saya minta kebenaran untuk balik awal hari ini?"
Permintaan aku itu akhirnya menarik perhatian Tuan Nuf. Wajahnya terangkat memandang aku.
"Kenapa?"
"Saya kena balik kampung nenek saya sekarang." jelasku tanpa memberitahu alasanku. Cukup saja Tuan Nuf tahu aku kena balik sekarang juga.
"Aku hantar kau." Tuan Nuf bangkit dan berura hendak memakai kembali sut hitamnya.
"Eh tak apa, Tuan Nuf. Saya kena ambil mak saya lagi. Boleh ya saya pulang awal hari ini?"
"Aku hantar." tekan Tuan Nuf.
Aku mendengus kecil. Nak berdebat dengan dia memang aku kalah. Hendak tak hendak, mahu tak mahu, aku ikut saja cakapnya. Nanti tak memasal aku dengan mak lambat sampai sebab nak bertekak dengan Tuan Nuf.
Aku terus telefon mak beritahu kitaorang tumpang kereta Tuan Nuf. Tak sampai 20 minit kami dah sampai rumah dan aku lihat mak tengah mengunci pintu rumah sebelum mendekati kereta Tuan Nuf.
"Maaf ya menyusahkan Nuf." ujar mak setelah menutup pintu kereta.
"Tak apa, makcik." balas Tuan Nuf.
Aku pandang Tuan Nuf dari hujung mata. Kalau cakap dengan mak bukan main lembut tona dia tapi kalau dengan aku macam nak ajak gaduh pun ada.
2 jam lebih perjalanan kami menuju ke Melaka, Kampung Batak. Mujur saja traffic light memudahkan perjalanan kami.
Tiba saja di depan kampung halaman Nek Bonda Rahimah, mak orang pertama keluar awal. Aku pula terkejut bila melihat Tuan Nuf turut ikut keluar dari kereta.
"Eh! Tuan Nuf nak ke mana?" soalku seraya membuka tali pinggang keledar.
Tuan Nuf menanggal kaca mata hitam yang tersarung tadi.
"Aku tunggu dekat sini."
"Nak buat apa?" soalku lagi.
Tuan Nuf tak menjawab. Tubuhnya sudah selamat keluar dari perut kereta. Aku bergegas keluar sama sebelum berlari anak ke arahnya.
"Nak buat apa?" aku soal semula.
"Kau lupa ke kau ikut siapa sekarang ni?"
"Saya boleh je order grab. Tuan Nuf baliklah semula. Terima kasih sebab hantar saya dengan Mak dekat sini dan terima kasih juga sebab phone. Nanti saya bayar semula tapi saya tak janji nak bayar penuh. Saya bayar incit-incit boleh, ya?"
Tuan Nuf menyarung semula kaca mata hitamnya sebelum menyandar belakang ke arah keretanya. Tangannya naik memeluk tubuh.
"Tuan Nuf tak nak balik ke?"
"I said I waited here, Tihani." putus Tuan Nuf.
Sikit-sikit Tihani, Tihani, Tihani.