ASYRAF'S [OG]

By Aumey_

180K 8.1K 246

๐˜๐˜ช๐˜ณ๐˜ด๐˜ต ๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜บ โ— ๐˜ผ๐™ก๐™จ๐™ค ๐™ ๐™ฃ๐™ค๐™ฌ๐™ฃ ๐™–๐™จ ๐˜ฝ๐™ช๐™ฃ๐™œ๐™– ๐™ˆ๐™ž๐™ก๐™ž๐™  ๐˜ผ๐™จ๐™ฎ. ๐…๐จ๐ซ๐›๐ข๐๐๐ž๐ง ๐’๐ฐ๐ž๐ž๐ญ๏ฟฝ... More

๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ‘
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ’
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ“
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ”
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ•
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ–
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ—
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐ŸŽ
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ’
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ“
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ•
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ–
BUKAN UPDATE
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ—
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐ŸŽ
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ‘
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ’
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ“
๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ”

๐๐”๐๐†๐€ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐€๐’๐˜ -๐Ÿ๐Ÿ”

7.5K 311 13
By Aumey_

Asyraf yang sedang sibuk menandatangani dokumen penting segera mengalihkan pandangan ke arah pintu yang dirempuh seseorang.

"Kau nak apa?"

Pen terus diletakkan diatas meja lalu badan disandarkan di kerusi.

"Kau memang tak guna kan? Banyak lagi la projek kau boleh ambil, asal projek yang aku nak jugak kau sailang?" Sembur Asad tanpa usul periksa.

Terangkat sebelah alis kening Asyraf. Apa benda dia ni merepek?

"Pardon? Kau bodoh? Kau sendiri yang lepaskan projek tu atas alasan terlampau banyak kos. Kau yang tak berani ambil risiko. Sekarang kau nak salahkan aku?" Jawab Asyraf tenang.

Tiada guna dia berdebat dengan Asad. Ini juga bukanlah kali pertama mereka bergaduh.

"Kalau aku tolak proposal tu pun, kau tak patut ambil. Aku nak kau serahkan projek tu pada aku." Arah Asad.

Dia ni ada otak atau tidak? Projek pembangunan tu dah pun dalam pembinaan. Kalau masih dalam perbincangan mungkin boleh lah Asad meminta seperti ini.

Tapi adakah Asyraf akan bagi jika masih dalam perbincangan sekali pun? Tentulah tidak.

Ini lah akibatnya apabila tidak berfikir panjang. Dulu bukan main tolak proposal tersebut. Sekarang bila dapat tahu tapak pembangunan itu merupakan kawasan strategik dan mampu membawa keuntungan yang lebih besar, menggelupur tak tentu pasal.

"No." Jawab Asyraf ringkas dan tegas.

Butang interkom ditekan.

"Rio, please take this trash out from my office."

Rio memasuki pejabat Asyraf ingin menyeret Asad keluar. Sudah biasa dengan pergaduhan sepupu itu.

"Takpayah pegang aku, aku boleh keluar sendiri."

Asad menepis kasar lengan Rio lalu menggosok perlahan bekas pegangan Rio seakan-akan jijik. Kaki dibawa ke pintu kaca lalu keluar.

Rambut dikusutkan kasar.

"Sial kau, Asyraf."

Asyraf memicitkan batang hidupnya. Pening sungguh kepalanya melayan perangai tak matang Asad.

Syarikat Asad tidak kalah hebatnya. Malah banyak sahaja syarikat besar yang mahu bekerjasama.

Pen kembali diangkat untuk menyambung kerjanya yang tergendala.

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Dapat dilihat Mak Jah sedang sibuk menghidangkan makanan tengah hari.

"Bunga belum balik ke Mak Jah?" Tanya Asyraf.

Blazer dibuka lalu diletakkan diatas sofa. Punggung dilabuhkan ke atas sofa.

"Belum, Tuan. Dari tadi jugak Mak Jah tunggu Bunga balik. Sepatutnya masa-masa macam ni dah balik."

Jam tangan berjenama Rolex dipandang.

1.30 petang.

Bunga ada beritahu harini dia ada clinical session di hospital. Hanya observation sebagai seorang student medic.

Tapi kenapa lambat sangat? Risau dibuatnya.

"Assalammualaikum." Suara lembut seseorang yang ditunggu menyapa halwa telinga.

Kasut disusun rapi di dalam rak kasut. Tote bag yang dipakai dibetulkan semula agar terletak diatas bahu.

Asyraf melihat perlakuan Bunga yang agak lain harini.

Sebelah tangan memicit kepala yang mula rasa berpinar. Hampir sahaja hilang keseimbangan namun pantas berpaut pada dinding.

Perutnya juga rasa seperti dicucuk dengan pisau.

Ya allah, sakitnya.

Melihat Bunga seperti ingin rebah, laju Asyraf bangun dari duduk lalu memaut pinggang Bunga. Terus sahaja badan ramping si isteri didukung dengan cari bridal style.

"Mak Jah, tutup dulu semua lauk. Nanti saya makan." Pesan Asyraf lalu membawa Bunga kedalam bilik.

Diletakkan Bunga perlahan diatas katil. Totebag milik Bunga diambil lalu digantung di almari bag.

Asyraf memandang wajah pucat milik Bunga. Lemah sahaja gadis itu harini.

"Kenapa ni?" Tanya Asyraf lembut. Getah rambut yang mengikat rambut panjang Bunga untuk pergi ke class dicabut perlahan lalu dipakai di pergelangan tangan.

Tapak tangan menekap pada dahi Bunga.

Panas.

"Kau demam ni, Bunga." kata Asyraf perlahan. Baru sahaja ingin bangun namun pergerakannya terhenti apabila perasan dahi Bunga yang berkerut seperti menahan kesakitan.

"Sakit?"

Bunga mengangguk perlahan.

"Bunga senggugut." Jawab Bunga lemah. Tangan menekan di bawah perut berharap kesakitannya akan reda. Badan juga mula meringkuk di atas katil.

"Baring elok-elok." Arah Asyraf sambil membantu Bunga membetulkan baringan. Kemudian laci side table dibuka. Minyak angin diambil.

Baju Bunga diselak ke atas. Baru sahaja tangan ingin menyapu minyak angin pada perut Bunga, pantas tangan Bunga menghalang.

"Asy..." Rengek Bunga sambil menolak tangan Asyraf menjauh.

"Aku tak buat apa-apa. Aku nak sapu ubat je." Terang Asyraf.

Mendengar kata-kata Asyraf, akhirnya Bunga melepaskan tangan Asyraf. Dapat dirasakan tangan kasar hangat milik suami mula menyapu ubat pada bahagian bawah perutnya dan diurut perlahan.

Mata dipejamkan, namun tidaklah dijemput lena. Kepalanya juga rasa berdenyut-denyut.

"Nak tukar baju tak?"

Bunga hanya mengangguk. Tak larat mahu mengeluarkan walau sepatah perkataan.

Asyraf menarik Bunga perlahan agar bersandar di kepala katil.

Baju tshirt putih miliknya diambil dari walk in closet. Dress yang dipakai Bunga dibuka lalu digantikan dengan tshirt besar Asyraf.

Dress Bunga dicampak ke dalam bakul baju kotor.

Badan Bunga dibaringkan semula.

"Tunggu sekejap."

Asyraf duduk semula di atas katil bersama hot pack ditangan. Baju tshirt yang dipakai Bunga diselak sedikit lalu hotpack diletakkan diatas perut Bunga.

"Panas sangat ke?" Tanya Asyraf ingin memastikan Bunga selesa.

Bunga menggeleng.

"Kau rehat la dulu. Aku nak turun bawah kejap."

Langkah terhenti apabila ada tangan kecil yang memegang pergelangan tangannya seakan menahan dirinya daripada pergi.

"Jangan tinggal Bunga..." Tutur Bunga lembut seakan merayu.

Asyraf memandang wajah pucat Bunga dipandang. Mata bundar yang selalunya ceria kini mengandungi mutiara jernih kerana suhu badan yang sedikit panas dari biasa.

"Kau ada nak apa-apa?"

"Nak peluk..." Jawab Bunga meleret sambil tangan didepa.

Pandangan bertukar redup mendengar permintaan Bunga. Dengan perlahan badan dibaringkan sebelah Bunga lalu menarik Bunga kedalam dakapan. Dipeluk Bunga erat.

Tidak selesa sebenarnya apabila merasakan haba hotpack pada perutnya. Tapi dia relakan demi keselesaan Bunga.

Punggung Bunga ditepuk lembut seakan mendodoi bayi.

"It's hurt to see you like this, Princess. Get well soon."

。・:*:・゚★,。・:*:・゚☆

Tiga hari.

Sudah tiga hari dia ambil cuti untuk menguruskan Bunga yang sedang sakit. Semua urusannya di office diambil alih oleh PA nya untuk sementara waktu.

Mujur senggugut si isteri tidak berlarutan begitu teruk.

Bunga yang tertidur di dada tegapnya dipandang. Bibir munggil gadis itu dicium sekilas.

Geram.

Bunga langsung tidak mahu berenggang dengannya. Ditolak sahaja kehendaknya, mula lah drama air mata.

Makin manja Bunga ketika tidak sihat. Makin persis seorang bayi.

"Janganlah tinggal Bunga."

"Asy dah tak sayang Bunga."

"Bunga tak penting ke?"

Itulah ayat yang kerap keluar dari mulut Bunga sejak tiga hari ini.

Namun, keadaan Bunga boleh dikatakan agak teruk. Makan sikit pasti akan dimuntahkan semula. Sehingga perut Bunga kosong. Susah juga nak memujuk agar Bunga makan.

Langsung tak mahu menjamah apa pun kerana tidak mahu muntah.

Ubat pun jika tidak dipaksa, memang tidak jalan.

Bunga yang tertidur lena diangkat perlahan. Kaki Bunga dililit pada sekitar pinggangnya. Kepala Bunga terletak elok pada bahu Asyraf.

Asyraf membawa Bunga perlahan kedapur untuk membasahkan tekak.

Bukan tak mahu meninggalkan Bunga. Dia tahu sekiranya dia melepaskan pelukan, Bunga pasti akan terjaga. Sudah dia cuba semalam sampai menangis Bunga. Padahal dia kedapur sahaja untuk makan.

Mak Jah yang sememangnya di dapur tersenyum melihat layanan Asyraf pada Bunga. Apa yang Bunga inginkan pasti Asyraf akan tunaikan.

Lihat lah. Bunga tak mahu berenggang, Asyraf langsung tak melepaskan Bunga.

"Manja betul Bunga, Mak Jah tengok." Kata Mak Jah sambil melihat Bunga yang tertidur dalam dukungan Asyraf.

Asyraf meneguk air didalam gelas laju. Wajah lena Bunga dibahunya dijeling sekilas.

"Biasalah Mak Jah. Budak ni tengah tak sihat. Ni pun masih demam. Tak kebah langsung demam."

Sebelah tangan mengusap lembut kepala Bunga.

"Bawalah ke klinik, Tuan Asy. Kalau dibiar risau melarat."

"Bukan taknak bawa Mak Jah. Bunga memang manja. Tapi degil dia kalah orang besar." Jawab Asyraf.

Tertawa MakJah mendengar balasan pasrah Asyraf.

"Tak apa lah, Tuan. Tengok Bunga ni, sehari dua lagi okay la."

Asyraf mengangguk.

"Saya naik dulu, Mak Jah."

Mak Jah memerhatikan bayangan Asyraf yang sedang naik ke bilik.

Semoga perkahwinan mereka selalu dilindungi dari segala niat jahat manusia.

-TBC-

Semoga saya selalu rajin untuk menulis dan update.

Happy reading semua.

See you next week.

Continue Reading

You'll Also Like

167K 9.8K 58
2nd book โ˜˜๏ธโ˜˜๏ธโ˜˜๏ธ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk โš ๏ธ Typo bersepah โš ๏ธ Matured language โš ๏ธ 15+ โš ๏ธ Light confl...
114K 7.2K 48
'Boleh tak, untuk sehari saja, abang peluk Khayla, tanpa rasa benci?' . Dia seorang lelaki yang kacak...
1.6M 55.5K 69
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
Dario's By wawa

Teen Fiction

1.5K 73 19
Devidde Dario Luis adalah anak tunggal keluarga luis yang terkenal dengan syarikatnya di Malaysia Itali dan Brunei keluarga luis juga di kenali sebag...