Bahagia Tanpa Ragu

By hasyagrizelle

14.9K 1.1K 63

[ON GOING] 7th story | Spin off Puspita Milik Ishaq | Elnara ialah seorang wanita yang penuh dedikasi terhada... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
BAB 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35

Bab 32

303 28 1
By hasyagrizelle

SUASANA di hospital yang sibuk, Elnara sedang fokus memasukkan data pesakit ke dalam sistem komputer, memastikan setiap butiran dicatat dengan tepat. Sesekali, dia menoleh ke arah pesakitnya, memastikan semuanya dalam keadaan baik.

Tiba-tiba, seorang rakan sekerjanya, Sarah, menyandar di sebelah meja sambil tersenyum mengusik.

"So, how's married life?" tanya Sarah, matanya berkilau nakal.

Elnara terhenti sejenak, wajahnya sedikit tersipu. Dia tersenyum sambil menarik nafas.

"Well, it's...different! Ada cabaran baru, tapi seronok."

Sarah ketawa kecil, lalu menepuk bahunya.

"Glad to hear that. Nanti kalau ada tips, share lah, okay?"

"Tak ada tips. Susah rupanya hidup berkahwin ni. Dan agak penat." Keluhan dilepaskan.

"Kenapa tu? Penat... buat apa?" Sarah tertanya perkara yang membuatkan rakannya itu melepaskan keluhan. Sedangkan baru seminggu.

"Penat kena sentiasa mencantikkan diri di depan suami sepanjang masa. Kau tahu, disebabkan aku tak nak nampak selekeh depan dia sebaik dia celik mata dari tidur, aku kena bangun lebih awal dari dia. Sebab kena bercantik-cantik untuk dia. Then, barulah baring semula sebelah dia sementara tunggu dia sedar."

Kini, Elnara membalikkan tubuh menghadap Sarah untuk melanjutkan cerita dan perkara yang perlu dilakukan juga diharunginya.

"Urm... Semualah tentang peribadi. Fahamlah kan? Yalah. Aku bukannya boleh predict suami aku itu. Kutnya dia nak aku, waktu aku tak bersedia? Nanti dia kecewa, aku pula jadi isteri derhaka. Ha. Itu ajelah aku boleh cerita." Masih berhati-hati dalam berbicara dek bimbang terlepas perkara dalam kain yang tidak sepatutnya diberitahu pula.

Cuma hendak menyatakan bahawa secara zahir dan batinnya, ia agak sukar buatnya sebagai seorang isteri. Kerana dia sememangnya jenis yang berpikiran terlalu jauh. Disebabkan itu jugalah, dia agak lambat bernikah dari rakan yang lain.

Bukan kerana malas tetapi disebabkan keterampilan diri yang adakalnya sukar untuk dijaga sebaiknya disebabkan kelemahannya dalam mengatur jadual rutin harian.

"Ah. Faham. Tapi... cantik? Kenapa nak kena selalu nampak cantik? Sedangkan dia dah mengahwini kau, bermakna dia kena terima bagaimana pun keadaan kau," bahasa Sarah.

Memaksudkan bahawa Elnara tidak perlulah terlalu sering berusaha untuk sentiasa terlihat cantik di depan Hakim hanya untuk memuaskan lelaki itu dan tidak patut suaminya itu bosan dengannya disebabkan keadaannya yang adakalanya selekeh.

Sepatutnya, perkahwinan yang terjadi antara lelaki dan perempuan itu bukan sahaja terletak pada daya tarikan melalui rupa paras.

"Tapi kau tak make up ke apa, cantik aje. Selekeh sikit ajelah dengan spek bulat kau itu. Biasa dekat rumah sewa dulu, paling tidak kau cuma pakai sunscreen dan lip balm aje dekat rumah. Tak adalah selekeh mana," sambung Sarah lagi.

Gadis itu menyatakan bagaimana Elnara kelihatan ketika di rumah sewa kerana semestinya Elnara akan sentiasa memakai kanta lekap mata setiap kali bertugas. Penampilan gadis itu juga sentiasa kemas. Berbeza sedikit saja dari seperti ketika berada di rumah.

"Aku cantik ke, Sarah?"

Sarah memutarkan bola mata. Sudah tahu, ditanya lagi. Memang tidaklah dia mahu menjawab apabila rasa serumahnya dulu bertanya.

"Kau dekat rumah dengan dia, pakai spek?"

Terkemam bibir Elnara mendengar pertanyaan itu. Dia menggeleng.

"Aku pakai lens. Clear. Aku takut aku nampak macam makcik kalau pakai spek aje dekat rumah."

Ternganga kecil mulut Sarah seraya keningnya berkerut tipis. Bersungguh betul si Elnara ini mahu tampak sempurna di mata si suami.

"What?! Effort betul. Betul-betul tak nak dia pandang yang lain dah, ya?" Terlopong mulut Sarah.

"Of course. Kau tahu... sekali aku diikat, aku akan pastikan dia pun tak akan nak putuskan." Sebelah kening dijongket.

"Poyolah!" Sarah menayang wajah jengkel.

Namun tidak peliklah apabila memikirkan asbab rakannya itu tidak pernah berpacaran apatah lagi membenarkan sebarang lelaki memasuki ke dalam hidupnya. Begitu setia pada yang ditakdirkan buatnya.

Sungguh, lelaki yang berjodohan dengan Elnara ialah lelaki yang sangat bertuah disebabkan kesetiaan gadis itu hanya pada jodohnya yang selama ini, dia sendiri tidak pernah ketahui apatah lagi menduga gerangannya.

"Yang menjaga untuk yang menjaga."

Sebelah tangan Sarah naik menyentuu bahu rakannya.

"Just be yourself, El. Tak perlu risau tentang apa pun yang dia fikir dan rasa tentang diri kau. Kau cantik, El. Kau cantik. Tak payah susahkan diri kena bersiap depan dia sepanjang masa. He is just your husband. Tunjukkan kecantikan sebenar kau. Bukan yang dibuat-buat."

Elnara sekadar menadah telinga mendengar nasihat oleh rakannya itu. Dia terlalu obses untuk sentiasa terlihat cantik di hadapan lelaki yang dicintainya sehinggakan sanggup menyusahkan diri agar sentiasa terlihat sempurna di mata suaminya sendiri.








"SAYANG? El?"

Elnara yang baru saja merehatkan tubuh di atas sofa itu memalingkan kepala pada arah hadirnya suara tersebut. Suaminya yang semestinya pulang lebih daripadanya sudah membersihkan diri. Jam di dinding, dikerling. Waktu biasa dia pulang dari kerja iaitu jam 9 malam.

"Saya dekat sini." Wanita itu menyahut lalu membaringkan tubuh di atas sofa tanpa melucutkan tudung kerjanya terlebih dahulu.

"Oh! Assalamualaikum, isteriku. Macam mana hari ini? Okay?" Hakim segera mendekati isterinya lalu melutut di sisi sofa yang dijadikan tempat Elnara merehatkan diri.

"Waalaikumsalam. Hari ini, biasa aje. Penat. Shift petang kan?" Tangan kanan Hakim dicapai lalu dikucup belakang tapak tangan itu penuh hormat.

Hakim membalas dengan mengucup belakang tapak tangan isterinya pula. Seterusnya, tangannya bergerak ke kepala Elnara untuk melucutkan tudung kerja wanita itu.

"Saya bukakan, ya?"

"Boleh, sayang."

Tersenyum lebar Hakim apabila isterinya sering memanggilnya sedemikian. Manis tapi tetap juga masih tidak boleh menandingi dan mengalahkan dia.

Selesai melucutkan tudung di kepala wanita kesayangannya itu, Hakim mengusap ubun-ubun Elnara.

"Masam lah dia. Mandi dulu, okay? Lepas itu, makan malam. Saya dah masak tadi. Sorry, saya dah makan dulu. Tapi kejap lagi, saya teman awak makan."

Mata yang tadi dipejam, Elnara celikkan kembali sekaligus retina mata disapa dengan raut wajah segar suaminya. Tapak tangannya naik menyentuh rahang Hakim.

"Kenapa lembut sangat ni? Sama macam sebelum kahwin dulu." Jambang tipis yang tumbuh melata di wajah maskulin itu, dimainnya.

"Sebab saya tak dusta. Dah, cepat. Bangun. Ke... nak dukung?" Sebelah kening dijongketkan.

"Dukunglah."

Hakim menurut. Dicempung tubuh halus nan kecil isterinya itu. Spontan, Elnara menggalungkan tangan ke leher suaminya.

"Awak buat saya rasa berdosa, Ezra."

"Kenapa pula? Awak tak ada buat dosa apa pun dengan saya, El."

"Awak yang buat kerja rumah, awak memasak, awak yang balik dulu sebelum saya, awak pula yang sambut saya pulang dari kerja. Saya rasa berdosa. Patut saya buat semua itu."

"Tak berdosa pun, sayang. Saya buat semua itu sebagai tanggungjawab seorang suami dan saya dah terbiasa berdikari dalam semua hal sejak bujang lagi. And I am really okay with it. Awak pulang lambat dari saya, pun saya tak kisah. Asalkan awak tetap pulang ke rumah kita dengan selamat. Dah cukup."

Tubuh Elnara diletakkan ke atas tilam. Dibiarkan wanita itu duduk melunjur kaki. Rasa sangat malas dan bertambah hendak dimanjakan sejak sudah bersuami ini. Kalau boleh, semuanya mahu Hakim buatkan untuknya.

Tapi bimbang nanti dia pula yang seperti memperhambakan suami sendiri!

"Kerjaya kita berbeza, Ezra. Awak rasa, kita... akan bertahan?" Mata melekap pandang pada sepasang mata suaminya yang sudah melabuhkan duduk bersebelahannya.

"Oh my Allah. Elnara. Kita baru kahwin seminggu, awak dah fikir fasal benda ni? Relaks. Saya okay!" Rambut panjang lagikan lembut milik Elnara diusap kasih oleh Hakim. Senyuman manis bergayutan di bibir lelaki itu.

"Saya yang tak okay. Saya takut satu masa nanti, awak tak dapat faham kerjaya saya. Selepas itu, awak–"

"Okay, wait. Saya rasa kita kena recalled balik bagaimana hubungan kita sebelum betul buat keputusan serius untuk kahwin dulu. Pernah ke saya ganggu waktu kerja awak? Pernah saya marah atau merajuk dengan awak disebabkan awak susah nak ada masa untuk saya? Pernah saya halang awak buat apa awak nak, semata untuk spend time dengan saya? No."

"And same goes to you. Bila saya cakap, saya on duty, then awak layan. Awak okay. Tak ada merajuk bila saya tiba-tiba menghilang tanpa khabar berita macam waktu awal perkenalan kita dulu. Kemudian, saya yang tiba-tiba muncul semula. Awak cool sangat, sayang. Sebab awak faham kerjaya saya. And what makes you think that I can't understand you and your job? Hurm?"

Enara membalas senyuman itu, menggenggam tangan suaminya erat, seolah-olah ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak mampu diungkap dengan kata-kata. Tapi dalam matanya tergambar ribuan emosi yang melimpah. Ada kelegaan, rasa syukur, dan terharu yang menyelinap halus, membuatkan dadanya terasa hangat.

Tanpa disedari, matanya berkaca.  Bukan kerana sedih, melainakan kerana menyedari betapa bertuahnya dia.

Saat itu, dia benar-benar terkesima, merasakan cinta suaminya yang menerima dirinya seutuhnya, dengan segala kekurangan dan kesibukan.

"Saya tak pernah sangka yang saya akan jumpa seseorang yang akan faham saya macam ni. Saya takut saya terlalu sibuk, terlalu penat, sampai awak rasa terabai."

"Saya tahu siapa awak sejak awal. Dan saya terima. Saya akan terus ada di sini. Okay? No worries."

Continue Reading

You'll Also Like

54M 1.6M 63
[#1 Teen Fiction | #1 in Romance] Bad boy Luke Dawson is stuck living with clumsy nobody Millie Ripley for the summer. When she ran over his most p...
9.7M 658K 82
[ BOOK 1 OF AZITERA: YTHER'S QUEEN ] Consumed by avarice, the four human kingdoms-the Infernal Empire, the Kingdom of Caelum, the Kingdom of Treterra...
196M 4.6M 100
[COMPLETE][EDITING] Ace Hernandez, the Mafia King, known as the Devil. Sofia Diaz, known as an angel. The two are arranged to be married, forced by...